Pages

5 benda yang korang suka tapi malu nak mengaku

Monday, February 22, 2010

Kalau anda hidup di kalangan manusia lain, dan bukan di dalam gua tanpa kemudahan internet mahupun komunikasi, anda tentu ada guilty pleasures atau 'suka tapi malu' yang selalunya segan nak diceritakan pada orang lain.

Kadang-kadang apa yang kita suka tu mungkin di luar norma kebiasaan orang sekeliling. Ataupun, yang tidak sepatutnya kita suka kerana batasan-batasan sosial dan keagamaan. Adakalanya, well, perubahan budaya dan mind track orang sekeliling kita buat kita segan gila nak mengaku.

Tapi tak payah lah pura-pura macam korang memang perfect dan tak ada guilty pleasures. Kalau korang manusia, chances are tentu ada beberapa benda di bawah ini yang jadi guilty pleasures korang...



1. Coklat
Yang ini paling menjadi kebiasaan, terutamanya kaum wanita. Lelaki pun ada juga, tapi disebabkan stereotaip "coklat=gemuk=perempuan gemuk itu hodoh", maka lelaki kurang tempiasnya. Tanya kebanyakan rakan perempuan anda dan mereka pasti mengaku rasa bersalah jika terlebih makan coklat. Tak kira lah coklat berjenama macam Toblerone ataupun ke coklat murahan zaman kanak-kanak seperti Kandos, mesti ada yang segan-segan nak makan banyak.

Saya coklat-coklat ni kurang, tapi saya mengaku, saya hantu kuaci. Kuaci gurih fuhhh... kalau boleh masuk wayang pun saya nak bawa tapi saya takut kena siram Coke, heheh.



2. Backstreet Boys / N'sync / Boyzone dan kumpulan boyband lain
Eleh... jangan tipu lah. Kalau masa korang membesar tu ada banyak boybands & girldbands, mesti ada tersangkut dengan satu-dua lagu mereka. Mengaku aje lah walaupun anda peminat setia Metallica, bila dengar Backstreet's Back korang memang rasa gatal je kaki nak joget macam Nick Carter kan?



3. Fesyen sexy yet slutty / berangan wassup!
Berapa kali agaknya kita tengok ikon hiburan macam Beyonce, J.Lo atau cerita macam Sex & The City dan Gossip Girl dan kata " OMG aku suka gila baju dia! I want one of those too!"?
Tapi bila ada orang yang berani pakai macam tu di khalayak umum, anda komen pula "Eeee, tak malu betul la. Pakai macam slut ape ntah, boobs obvious semua. Tak tau malu!"

Yang lelaki pun ada juga ya. Gila idola fesyen jepun dan hiphop, tapi bila terserempak dengan orang yang berambut ala dibelai salon sikit, mulut mengumpat tu lajuuuu je.

Ada sekali tu saya berdiri di sebelah tiga budak pantai Kelantan (sebab telo dia sungguh Kelantanese okay) dalam LRT. Dengan ringtone Lil' Wayne "Lollipop" yang kejap-kejap bunyi, diorang rancak bercerita tentang nak pergi tengok konsert Akon lah, Black Eyed Peas lah hape lah, semestinya dalam nada biasa clan cenggini bila jumpa -- kuat nak mampus supaya satu train dengar yang diorang ni best.

Lepas tu, naiklah dua orang budak-budak melayu berpakaian seluar baggy (saya syak jenama Roach), t-shirt dan hooded sweater BAPE. Diorang ni cool je, muka kering dan tak menjengkelkan langsung... sopan je berdiri kat tengah lrt tu dan berborak dalam nada perlahan. Tapi dah lumrah kekampungan sesetengah orang melayu kot, maka tiga ekor beruk memekak tepi saya tu pun dengan nada konon-konon kelakar terus cakap "Yo! Wassap yo! Wassap my nigga! Mu nigga ke? Aku tengok muko mace abe kepok leko umoh aku jo," dan gelak ramai-ramai. Seko lagi buat-buat rap walaupun bahasa inggeris tahap tadika.


Kau sedih tak?
(p/s: org Kelantan jangan terasa, kebetulan je diorang budak kelantan huhu)



4. Nasi
Yang ni memang selalu menghantui mereka yang menjaga berat badan atau mengambil berat tentang bentuk tubuh ideal mereka, puratanya lebih kurang 50% populasi M'sia lah agaknya. Cuba anda tengok di kalangan orang sekeliling: kawan satu sekolah ke, satu pejabat ke, satu kuliah mahupun ahli keluarga. Mesti ada yang siang malam mengeluh terlalu gemuk atau tak cukup cantik/kacak. Bila sudah gemuk, tentulah kena diet, selalunya langkah pertama mendietkan diri adalah dengan mengucapkan goodbye pada nasi.

(saya gemuk, tapi tak makan nasi atas sebab kesihatan lain hahahhaha)

Tapi seriusnya beb, jangan beritahu saya yang korang tak terigau-igau nasi. Tambah-tambah pula bila sudah lama tak makan, mak anda hidangkan ayam masak lemak cili padi hasil air tangan dia... dengan sambal belacan, ulam serta nasi putih yang wap berkepul baru keluar rice cooker.

Perrggghhhh... saya berani cakap pasal dalam kental-kental saya pun, saya terliur jugak haha. Tapi belum terbabas lagi :)




5. Kiasu
Kiasu bermaksud semua benda dia nak menang, dan sebolehnya melalui cara paling mudah, paling murah (free lagi bagus!) dan paling pantas. Jadi bila fikir-fikir balik, kalau anda duduk dan dibesarkan di Asia serta sekitar garis ekuator, chances are you are kiasu in some ways.

Malaysians, for example, memang kiasu. Tak payah pecahkan ikut bangsa. Kulit hitam ke, coklat ke, sawo matang ke, hingga lah ke putih pink oink oink pun kiasunya lebih kurang saja. Cuba tengok waktu jualan biasa, lemau je shopping complexes. Bubuh saja tanda SALE merentang bangunan, orang datang macam esok kita darurat 10 tahun. Selagi boleh beli, dia beli. Beg dah ada 20 pun masih boleh kaut lagi 10. Katanya 70% diskaun, kan? Walhal sebenarnya diorang dok sale-sale tu kebanyakannya benda tak laku, dah nak expired atau repriced items. Diulangi, repriced bukan marked down. Itu pasal lah kita punya sales 4 kali setahun. Kesian kat complex owners, dioprang pun nak kena balik modal bina shopping mall canggih manggih kan...

Lepas tu, kalau cakap tu sentiasa nak menang. Dia aja la yang betul, dia aja lah yang best, dia aja lah yang tahu semuanya. Contohnya? Senang saja. Tepuk dada tanya selera beb. Yang ini kita semua pernah buat, dan memang kita suka betul bila kita berjaya mencantas orang dan buat mereka terdiam tak tau nak cakap apa. Suka kan, kan, kan?



Apa agaknya 5 benda yang anda suka tapi malu sikit nak mengaku? Kongsikan di ruangan komen!

12 comments:

mizzyN said...

1. baca harian metro
2. tgk dvd biru
3. pakai kasut 7 cm pegi shopping
4. kutuk mekap pengantin
5. makan kfc setiap minggu

Cik Puan Muda Stress said...

1. SuperRing
2. Colored Contact Lens
3. Porn
4. Faizal Tahir
5. Karaoke


amacam?

azyze said...

mizzyn:
fantastik! hahhaa aku paham kenapa these things are guity pleasures. mungkin aku patut masukkan porn dalam senarai asal aku, tapi aku rasa ada followers yang bawah umur eheheh :)

cikPMS:
welcoma back bebeh! hang rasa segan nak bagitau hang karoke??? oh terlupa, when you have a real band, karaoke does seem, er redundant & crass huhuhu :)

roxychick said...

mace kelate tu aku suka.. ahhahahahaa..

malecontent said...

I like when ppl leave comments on my blog.

But I like it more when it's a girl.

Sigh.

azyze said...

malecontent:
my first reaction -- huh?

okay okay we go check out your blog soon, but don't count on getting many drops fr females, coz, unlike men, we prefer to avoid bastards. *wink-no-offense*

Thanks for dropping by,though!

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal said...

aww,this is reality.Love reading ur blogs babe.

azyze said...

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal:
(panjangnya nama you heheh)

hey, thanks! Feel free to come read stuff anytime you're free. It's not everyone's cup of crap, but glad you enjoyed it ;)

baybefoxx said...

Kelantanese tak bleh blahhhhh.. Suke entri ni.. Hehe..

azyze said...

baybefoxx:
kadang-kadang la heheh
dan oh terima kasih sebab dah follow blog ini! :)

ouT oF My MinD said...

me:
1-aku nerd..series.
2-bau ketiak
3-metro
4-biru dan biru...u know wht la
5-tgk gosip artis mesia....hahahha. xboleh blah

azyze said...

OOMM:
kejap, adakah maksud ko ko suka bau ketiak tapi malu nak mengaku? damn ko mmg mengkagumkan ahahahhaah!