Pages

Taming of the shrew

Monday, November 30, 2009


Being the sister of two Biancas, I'm left with little choice but to be Katherine. Unfortunately my Petruchio will find me with little money, less beauty and almost no tolerance for men who bend women into weaklings.

Kau ni sibuk la

Wednesday, November 18, 2009



Menghapdet blog pada saat-saat genting sebegini ibarat cuba meng'on' kan suis kipas di atas.

Bila saya dah ada remote kang saya hapdet, wokeh?

Selamat ulangtahun Sesame Street

Thursday, November 12, 2009



Jika anda dilahirkan dan membesar sekitar tahun 70an - awal 90an, anda tentu seorang Sesame Streeter. Dulu-dulu, Sesame Street merupakan satu-satunya (atau satu diantara dua tiga) rancangan kanak-kanak yang dapat menarik perhatian mak bapak untuk duduk bersama anak-sama-sama ank diorang dan actually layan muppets serta pembelajaran pra-tadika dengan gembira.

Ada ke orang yang tak suka Sesame Street? Macam mustahil.
Diorang ada monster berbulu warna-warni yang keloloh dan kelakar dan jiran-jiran dewasa yang pandai menyanyi! Lebih mantap lagi, diorang tampilkan superstar dan selebriti untuk ajar kita membaca dan mengira! Dari Johnny Cash (thank god no swearing!) ke Stevie Wonder ke Hootie & The Blowfish ke Michelle Obama, semuanya dengan selamba berborak dan bergelak ketawa dengan raksasa comel bawah umur. Perghh, cool gila okay! Kau ado tengok artis popular Malaysia main kucik-kucik ngan "A.L.O.N.G, Along!"? Nan hado!


Sesame Street terhasil around tahun '69 bila Jim Henson dan Joan Ganz Cooney terfikir untuk menggunakan patung untuk menarik minat kanak-kanak Amerika untuk belajar. Jadi diorang pun kumpul lah orang-orang yang berbakat dalam lakonan dan seni persembahan untuk melakonkan monster puppets yang dah direka oleh Jim (the cast are known as 'performers' as they not only do the voices, but also move the muppets).



All-time favourite: Cookie Monster.
Agaknya pasal tu lah kot saya pun tak boleh berhenti makan ehehehe



Satu lagi watak kegemaran saya selain Kermit: Guy Smiley!



Ni pulak antara skit kegemaran saya: Grover The Waiter :)



Kemudian mereka dapatkan pelakon-pelakon pula... saya masih ingat Bob yang multi-talented, Luis & Maria (pasangan favourite saya!) bermain gitar dan menyanyi kepada budak-budak di studio, Susan & Gordon mengajar the little ones tentang nilai-nilai murni dalam cara yang sungguh menghiburkan, dan oh, Big Bird bersedih bila dapat tahu tentang kematian Mr. Hooper (ya, saya menangis macam budak kena dera)...


Percaya atau tidak, kebanyakan benda yang saya tahu sebelum saya masuk tadika, saya belajar dari menonton Sesame Street. Huruf, nombor, mengeja, kiraan asas... kalau tak tengok show tu, tahap pemahaman dan pengunaan bahasa inggeris saya belum tentu lagi sebaik sekarang. (walaupun tak berapa nak baik la kan). Memang lah mak dan bapak berjimat gila untuk belikan saya komik Rupert The Bear untuk belajar english juga, tapi Sesame Street ajar saya cara untuk vocalize the words, artikulasi bahasa serta penggunaan ekspresi yang kerapnya berbeza dari bahasa melayu.


Sesame Street turut memperkenalkan saya dengan kaleidoskop budaya yang mengkagumkan serta memacu cinta saya pada muzik. Jazz, pop, malah soul & r&b, semuanya ada. Lebih best bila dengar liriknya yang kelakar dan menceriakan (sehingga sekarang pun masih best)!


Ya, saya memang ada soft spot for Sesame Street. Saya sedih betul bila dapat tahu yang kebanyakan anak saudara dan anak kawan-kawan saya tidak menonton Sesame Street. Paling-paling kaw pun diorang kenal Elmo. Itu sahaja. Ruginya!


Mereka lebih cenderung menonton Cartoon Network/ Nickalodeon/ Disney Channel, dan mungkin sebulan sekali kot tengok Playhouse Disney. How depressing is that? Apa yang budak-budak kecil pre-kindie boleh belajar dari rancangan macam Ben 10 atau Totally Spies?


Beb, lu nak ajar anak lu jadi materialistik dan gedik di umur 2-3 tahun? Atau ajar dia untuk membelasah orang kemudian keluarkan ayat-ayat sarkastik? Rancangan ni semua memang okay... kita pun tengok jugak Flash Men, Ultraman, Teenage Mutant Ninja Turtle. Tapi biarlah untuk budak-budak yang berumur 6 tahun keatas. Budak-budak kecik tu, let them be little kids as long as they can. Don't pull the rug from under their feets just yet, they'll discover reality soon enough without your interference.


Saya rasa dah tiba masanya kita ingat balik betapa gembiranya kita masa mak bapak kita lepak enjoy tv dengan kita, dan buat benda yang sama dengan anak-anak kita. Why deprive our children of what we had? Or why not give our children the time some of our parents couldn't give us?


I say, bring back Sesame Street on children's primetime slot and let them enjoy being a child. Who's with me?


Jealous lah, Big Bird sampai bila-bila pun berumur 6 tahun. Cheh.




Selamat tinggal Aerosmith?!

Tuesday, November 10, 2009

Steven tyler sudah meninggalkan Aerosmith.

What?!!!


FFFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU



Tak. boleh. compute.
Sila jangan jahanamkan kumpulan kamu yang best ini
dan diri kamu sendiri. Sila jangan.



Klik untuk baca:

Artikel yang mencetuskan segalanya (Classic Rock Magazine)
Berita pun mula tersebar... (kansascity.com)

Remember, remember, the fifth of November!

Thursday, November 05, 2009

Bilik solek idaman.
Nota: itu bukan wig erra fazira.



Saya perlu akui, saya tidaklah kesah sangat pun pasal Guy Fawkes dan aktiviti letup-meletup yang dilakukannya beberapa ratus tahun yang lepas. Saya lebih cenderung meraikan 5 November kerana V, pejuang kebebasan sejati, wira dalam komik V For Vendetta yang memang ummphhh itu.


Nak jadi sehebat V memang perlukan pengorbanan total yang telus, dan dalam dunia pasca 9/11 ini, komplot anarki sebegitu memang hampir mustahil untuk dilakukan tanpa sekutu yang boleh dipercayai. Jadi tak payahlah bercita-cita meletupkan parlimen sebab usaha anda tu akan senang-senang di claim oleh mana-mana kumpulan terroris/ekstremis/ berangan best popular dunia. Tak percaya? Cuba letupkan parlimen Malaysia, dua-tiga minit selepas itu mesti ada kenyataan dari BENDERA.


(Opss, matilah. Mati ke?)



Kami yang letupin parlimen itu. Nah, jurus abugen separa bugil!




Adakah anda risau kerana tidak mampu beli TNT untuk letupkan orang-orang bahalol yang tak reti beratur kat stesen LRT? Tidak cukup stamina untuk lari dari pihak berkuasa selepas membakar ratusan mercun meriam buluh berserta konfetti ( bunga api versi Malaysiana) mahupun tak cukup enigma untuk menculik seorang remaja perempuan, menderanya, brainwash dan botakkan kepalanya tapi dia masih jatuh cinta dengan anda?


Usah berduka kerana tidak boleh merealisasi impian anda untuk menjadi V! Walaupun anda mungkin manusia bosan yang amat seperti seorang peniaga MLM, mamak di NZ mahupun akauntan (hina sungguh akauntan diletak setaraf dengan mamak NZ), anda masih boleh diselamatkan dari total submission.



Hanya lakukan cadangan-cadangan di bawah ini dan gelak dalam hati kerana anda boleh menjadi rebel kecil-kecilan. Bak moto hidup saya: "There's a Mini-V in all of us, and he gets to wear his maniacal grin every November!"


1. Klik gambar dibawah ini, print, gunting dan pakai untuk mengelakkan diri dari dikenali. Tak perlu beli kostum lengkap sebab anda bukannya kaya sangat pun.




2. Kalau wajah anda takde rupa macam selebriti popular, buka topeng agar kelihatan seperti orang kebanyakan. Lagi senang nak buat dajal sebab dah banyak kali pun orang silap cakap telo Indon dengan anda. Lagi totok, lagi bagus. Inilah yang dinamakan 'stealth mode'.



3. Lakukan mana-mana (atau semua aktiviti di bawah):

Pergi kedai mamak dan pesan telur rebus 10 biji. Makan kesemuanya, kemudian naik LRT di stesen paling sesak seperti KL Sentral, Wangsa Maju, Hentian Putra, Masjid Jamek atau Kelana Jaya. Tekan perut sikit supaya gas busuk lebih cepat turun. Selepas dua stesen, kentut dengan penuh berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Turun di stesen berikutnya dengan senyuman ala Guy Fawkes dan ucapkan "Remember, remember, the fifth of November!". Padan muka dengan orang skema makan gaji seperti mereka!



Pergi ke kedai makan urban (seperti Setarbak, Dom, Dilishes dll) atau restoren makanan segera (paling sesuai adalah Mekdonel yang ramai orang). Lihat menu, pesan makanan. Sementara menanti makanan tiba, keluarkan duit ngam-ngam dengan harga makanan seperti yang tertera pada menu. Pastikan anda hanya menggunakan 2 keping duit kertas. Selebihnya sila gunakan duit syiling 10 sen dan 5 sen. Susun duit syiling sehingga membentuk mini-stacks. Ambil makanan, suruh pelayan kira duit sendiri dan beredar. Jika pelayan sempat mengira sebelum anda beredar dan meminta wang cukai perkhidmatan, katakan yang anda tidak percaya pada cukai kerajaan dengan muka paling selamba dan poyo. Buka pembalut makanan, ambil makanan dan kata yang anda tak perlukan pembalut jadi potong saja kos tersebut untuk cukai. Beredar dan ucapkan "Remember, remember, the fifth of November!".



Dan, bagi anda yang memang langsung tak boleh diharap, penakut dan agak lembab, cuba cara mudah ini:

Tengok tv dengan keluarga anda. Bila bapa atau emak minta buatkan kopi, kamu buatkan teh. Bila mereka nak tengok drama melayu, kamu tukar ke channel E. Bila mereka nyup nyap kunyah muruku/kerepek ubi, kamu ngap ngap belasah je makan nasi dengan kari, ayam goreng dan satu jag air sirap minum sorang-sorang sambil tengok tv. Bila nak masuk tidur, ucapkan "Remember, remember, the fifth of November!"

Memang diorang remember punya lah, siap bawak tok bomoh datang rumah esok untuk tengokkan jin ape yang dah sampuk kamu.





Selamat merebel kawan-kawanku!



Apa, ingat Holloween je boleh pakai topeng ke?


Music Meme + Book Contest! : results!

Wednesday, November 04, 2009

First of all, terima kasih banyak kepada semua yang sudi menyertai peraduan menang buku di blog ini. Saya jarang buat benda-benda sebegini, jadi mengkagumkan bila ada yang sudi respon (ehehe).

Rupanya susah juga ya teka lagu begini. Saya ingatkan senang, tapi bila saya tengok meme ini di blog lain, sungguh, saya pun cuma dapat beberapa lagu sahaja. Cuma saya agak pelik mengapa lagu yang dead giveaways seperti lagu no. 13 & 18 tak ada orang tahu. Mujur no.6 semua teka betul. Jika tidak, sedeh!!

Selain itu, task kedua, iaitu cadangkan satu MTV yang menyentuh anda/ bermakna untuk anda juga membuahkan cadangan yang er... interesting. Seriously, I thought you guys were going to suggest some weird videos from Europe sebab selalunya diorang buat videoclip canggih pelik-pelik, tapi ternyata pembaca saya semuanya mainstream. Hahahaha. But I enjoyed going from Britney writhing to Thom Yorke's quirky quirks. To think of it, weh, sungguh pelik ya tonton Britney kemudian Radiohead eheheh.



Jom kita mulakan dengan jawapan kepada teka lagu rawak yang disenaraikan...
Post asal di sini.



1. Your neighbours were screaming, I don't have the keys for downstairs... Take The Box - Amy Winehouse
2. I guess I just lost my husband, I don't know where he went... So What - Pink
3. When a bee lies sleeping in the palm of your hand... A Sleeping Bee - Barbra Streisand
4. Hey pretty baby with the high heels on... The Way You Make Me Feel - Michael Jackson
5. After long enough of being alone, everyone must face their own share of loneliness... Only Yesterday - The Carpenters
6. Lady Madonna, children at your feet... Lady Madonna - The Beatles
7. Hello, can you hear me? Am I getting through to you? Kiss The Rain - Billie Myers
8. As I came in through the window, was a sound of a crescendo... Smooth Criminal - Michael Jackson
9. Da da da dada, it's the motherf**kin' D-O-double-G... The Last Episode - Dr. Dre featuring Snoop Dogg
10. Haruman dirimu, senyuman di wajahmu... Saat Bahagia - Ruffedge
11. I see you pick me out from the crowd... Alright - John Legend
12. You say I'm stubborn and I never give in... My Same - Adele
13. When I first saw you, I said oh my... When I First Saw You - Jamie Foxx
14. Inikah dia, yang kuimpikan dalam lambaian firdausi... Tujuh Nafas Lagi - M. Nasir
15. I know it's pass visiting hours, but can I please give her these flowers... Roses - Kanye West
16. Say that you'll stay a little, don't say bye-bye tonight... Save Room - John Legend
17. I can tell you wanna drink girl, you ain't gotta worry no more... Sexy Ladies / Let Me Talk To You - Justin Timberlake
18. For once in my life I've got someone who needs me... For Once In My Life - Stevie Wonder
19. Hey mom, why didn't you tell me, why didn't you teach me a thing or two... Busses & Trains - Bachelor Girl
20. An old man, turned 98... Ironic - Alanis Morissette



Dan, yang dinanti-nanti... Pemenangnya adalah...

(drumroll)





Selain menjawab 8 lagu dengan tepat, Noreen telah mencadangkan videoclip The Scientist dari Coldplay. Jika anda belum pernah lihat klip video ini, maknanya anda duduk celah ulu mana ntah klik pada tajuk lagu itu dan enjoy :)



Tahniah Noreen, kamu memenangi sebuah novel fiksyen! Sekarang, Noreen cuma perlu emelkan saya : 1.pilih antara Canal Dreams oleh Iain Banks atau Three Girls & Their Brother oleh Theresa Rebeck, 2. nyatakan alamat pos Noreen. Emelkan info ini ke ely(underscore)azyze(at)hotmail(dot)com.





Terima kasih juga kepada Roxychick, My Name Starts With M dan Aidil Aben atas penyertaan mereka. Kepada kawan-kawan yang tak join tapi rajin memeriahkan kotak komen saya, thanks juga uols! Anda boleh melihat jawapan mereka semua di bahagian komen, ya.



Sebagai penutup,
saya kongsikan pula dua klip video yang saya suka. Satu kerana visualnya yang sungguh menarik dan catchy, dan satu lagi kerana mesej yang disampaikan oleh video tersebut cukup kuat (not to mention the complexities of executing such concept). Enjoy!




Pemenang anugerah 'Video Star Award' di European Music Awards 2007
D.A.N.C.E oleh Justice




Clubbed To Death oleh Rob Dougan.
Walaupun tidak begitu dikenali, album Rob memang best, klip videonya
semua membawa mesej yang cukup menarik.
Tonton hingga akhir untuk memahaminya :)


Orgasm Is Okay!

Tuesday, November 03, 2009

Having orgasms in public places are okay if it's not the literal type, you know.

Like, like,
discovering that finally, someone uploads Never Mind The Buzzcocks's first Season 23 episodes on Youtube!

or, say,
biting into that franchaised doughnut you bought with reluctant and finding out that it is not too sweet nor too 'manufactured' that it is perfect for your palate (although then, it is actually not a perfect doughnut because those donuts are supposed to be as sweet as a diabetic sugarcane)

or, hearing the recently deceased Michael Jackson hit that perfect note with his powerful yet slightly raspy voice, (albeit belatedly realizing that wait, there'll be no more MJ - which subsequently wilts any MJ related orgasms).

Wait I digress.




I'm just happy Never Mind The Buzzcocks is back on air (and Youtube!), and although we started this Season still very much grieving over Simon Amstell & Bill Bailey's departure, we're crossing our fingers for a great season ahead. Let's hope the guest presenters selected for this season delivers well. All hail great music and sarcastic, witty comedy! Yay!


C'mon, fill those seats already!


Team Captains Phil Jupitus & Noel Fielding (welcome Noel!)





Terfikir tak pasal-pasal

Monday, November 02, 2009

1. Perubahan siapa?

Saya kecewa. Mulut saya bagai mahu tembak kata:
"Sampai bila nak maju woi kalau korang masih fikir bahawa majoriti orang tempatan ni bodoh, the masses tak pandai bahasa inggeris dan hanya faham bahasa tahap budak sekolah rendah, tak boleh faham apa-apa yang tongue-in-cheek dan nak jugak kekal dengan cara penulisan berjela-jela?"

Saya boleh bet headlines macam ni sumpah kena reject.
Apatah lagi copy guna perkataan "glampers",
"slumming", "plebs". Tercampak ke Tokyo...

Saya jadi sentap sedikit bila ada yang berkata dengan yakin "Ape yang you tulis ni ye? I tak faham la. I tak rasa pelanggan lain faham ni." Adakah maksudnya a. tulisan kamu merepek dan tak boleh di faham (saya terima dan akan saya perbaiki), atau b. I yang tak faham bahasa inggeris, jadi I rasa orang lain pun tak faham juga (wtf?).

Lebih-lebih lagi jika ia datang daripada orang yang kata "Boho tu ape? Macam Soho ke?" diikuti dengan gelak sindir penuh sinis.


Tak ada kena-mengena dengan ppsmi
tapi konsepnya lebih kurang lah.


Hey, dah masa untuk buka minda dan tambahkan pengetahuan lah babe. What might work 10 years ago sekarang ni dah basi, there are new lingos, new trends, new approaches. Tahap pendidikan purata negara sudah meningkat, apatah lagi dengan globalisasi teknologi. Lagipun macamana nak berubah kalau kita dok ingat orang kita ni bongok sangat? Kalau cita-cita mahu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan market leaders, maka kenalah fikir seperti market leader juga. Time to change, babe!

Atau mungkin SAYA yang patut berubah angin?




2. Sendiri atau tidak?

Mana lebih baik, sendirian tak berteman dan tak mengecap cinta, atau mengecap cinta tapi meruntuhkan rumahtangga orang?

Tentunya ada argumen jodoh-ketentuan, mungkin memang dah meretak etc, tapi dari segi moral? Opsyen mana lebih selamat? To be loved even if it's a cheat, atau choose loneliness kerana lebih baik satu pihak terluka dan bukan 3?




3. Kenapa berkawan sebenarnya?

Milah, Senah, Joyah & Timah dan bertahun berkawan. Katanya teman sehati-sejiwa, kumpulan BFF. Tapi Milah Senah, Joyah & Timah sebenarnya selalu berlumba-lumba status, kedudukan dan wang sesama mereka. Suami dia pakai kereta apa, gaji berapa, pergi holiday di mana, pakaian berjenama apa... pendek kata semua pun boleh jadi saingan lah. Nampak macam geng Sex & The City, tapi sebenarnya mulut macam Gossip Girls.

Fashionistas in the houseeee!
BFF forever!



Lama-lama, Senah mula bengang. Orang lain ada kedai emas, dia cuma mampu pakai saja. Orang lain pergi holiday ke Greece dan Rom, dia cuma mampu berpesta di Bali. Suami orang CEO syarikat terkemuka, suami dia ahli politik cabuk. Anak orang lain pergi sekolah Montessori, anak dia pergi tadika Good Shepard saja.


Apatah lagi, Senah mula berkawan dengan Abu, Karim, Jainab, Eton dan Siti yang tak pernah sibuk tanya perihal harta dia. Bila Senah bercerita tentang cuti 'hu-ha'nya di Bali, yang lain semua seronok tanya pengalamannya. Aktiviti Senah dengan keluarga, kerja Senah, hujung mingu Senah, beg-beg berjenama Senah semuanya Senah cerita pada kawan barunya. Mereka tak pernah mahu berlumba-lumba dengan Senah, malah mereka berkongsi gembira atas limpahan rezekinya. Senah rasa berkawan dengan kumpulan low profile (LP) lebih baik dari BFF yang glamor tapi menunjuk.


Lepak je, takde brand conscious pun.
Siap pakai rumput buat baju lagi...


Satu hari, di rumah terbuka Aidilfitri sahabat sekampung Senah, Dolah bertanya perihal Senah dan geng lamanya. Kenapa Senah sudah tidak lama bersama mereka?

Maka Senah, dengan rasa sedih bercampur geram yang sudah dipendam lama, mulalah bercerita pada kawan-kawan lain mengapa dia sudah tidak begitu serasi dengan geng BFF. Dia bercerita supaya orang lain tahu yang akrabnya BFF itu hanya di luar sahaja, dan agar orang lain tidak tertipu dengan facade semata. Dia cerita bagaimana dia terasa hina bila bersama dengan BFF, terasa kecil dan dipersenda malah adakalanya terasa seperti dia tidak sestatus dengan mereka.

Sudah puas Senah menglipurlara kisah sedihnya, dia akhiri cerita dengan ayat bernada simpati sedih:

"Takpe lah uols, biarlah iols kawan dengan geng LP je. Lp pun LP lah. Tak sakit jiwa."


Semua LP terdiam. Abu, Karim, Jainab, Eton dan Siti tidak berkata apa-apa, kecuali pandang sesama mereka.

Kejap.

"LP pun LP lah"?

Apa, teruk sangat kah LP hingga Senah kata begitu? Selama ini, bila mereka mengiyakan sahaja cerita Senah, bila mereka kongsi gembira dengan Senah, bila mereka memuji-muji Senah kerana Senah ada itu ini dan pergi situ sini, adakah bermakna mereka menganggap Senah hebat, Senah besar, Senah bak idola?

Padahal mereka gembira melihat Senah gembira, mereka iyakan sahaja bila cerita-cerita Senah berbunyi riak dan menunjuk, layankan saja bila Senah tanya-tanya itu ini tentang kewangan mereka... kerana anggap itu salah satu dari sifat semulajadi Senah dan mereka menerima Senah seadanya. Tapi selama ini, Senah fikir mereka kawan 'tangkap muat' saja?

Siapa yang bangang dan siapa yang patut bengang?