Pages

Somebody Has to Say It!

Wednesday, October 14, 2009

Korang pernah tak menyampah gila dengan sesuatu yang selalu jadi berulang-ulang kali, yang korang nampak tiap-tiap hari tapi tak ada sesiapa pun yang sudi nak tegur atau hentikan benda tu?

Well, saya dah jelak dengan sifat 'sopan' kita yang kadang-kadang tak kena tempat. Sesetengah benda mungkinlah terlalu peribadi untuk disebut oleh orang lain, tapi kalau dah terang-terang sangat huduh dan menyakitkan hati, tegur je!

It's time to splash some reality on the white elephant in the middle of the room! Well, kalau tak ada sesiapa yang peduli, meh saya buat. Somebody has to say it! 


1. Jangan korek hidung di tempat awam, bodoh!
Ape punya perangai ni, korek hidung tengah-tengah tempat ramai orang? Memang la kengkadang dah tak tahan/taik hidung keras sangat sampai hidung sakit / nak terbersin dan apa-apa sebab musabab poyo yang lain, tapi agak kurang ajar kalau korang dengan selamba menggali beriya-iya. Saya cakap kurang ajar sebab lepas ko dah korek baeeekkkk punya tu, hasil korekan tu korang buat ape? Takkan masukkan dalam tisu pasal kalau ada tisu sure dah guna awal-awal kan. Yang selalu saya nampak, dia orang pakai flick je. Korek korek, flick. Apa kau ingat bahan korekan kau tu hilang into thin air ke? Kepalahots betul. 


2. Tidur mulut ternganga dalam kenderaan awam - serial offender
Kesian kat orang macam ni sebenarnya. Ah, dia tidur, mana la dia nak tau yang dia punya nganga macam budak kecik Afrika yang dok tunggu air menitik dari kepala paip masa kemarau, kan? Kalau dah tiap-tiap hari naik bas/lrt dan orang tu asyik tidur ternganga je, buatlah something untuk gerakkan dia. Kalau segan nak cakap "Bro, awak tidur ternganga rimau", mungkin kita boleh pura-pura tersepak kaki dia ke, batuk kuat supaya dia tersedar ke... janji dia tak terus memalukan diri dia dan kita pun tak kumpul dosa dok terkenyeh-kenyeh tengok mulut besat orang tu sambil mengata dalam hati "Peh, muka punya la hensem tapi sekali tido, tu diaaaaa.".


3. Berangan hip urban whassup tapi sebut J.Co  "Jacko". 
Konon duduk bandar. Pergi shopping mall besar-besar aje. Nyanyi kat pusat karaoke mewah. Makan kat kedai-kedai international dengan fads yang paling trendi. Tapi sebut nama kedai yang senang pun kantoi. It's Jay-Co, bukan Jacko. Itu nama timangan hina MJ, ngok. Kalau nama macam Carrefour tu saya paham la boleh silap, ejaannya tak sama dengan sebutan. Tapi tidak ke J.Co tu dah terang-terang literal?  Ni belum lagi cerita pasal 'Luwis Vuwiton', 'Yivess Sent Lorren' mahupun 'Koch'. Sakit jiwa betul.


4. Potong queue masa beratur 
Yang ni memang menyirap. Kecik-kecik dulu kita dah belajar: beratur. Naik bas kena beratur, kat kaunter gomen kena beratur, nak bayar barang kena beratur, jamban penuh pun kena beratur. Saya rasa beratur ni universal. Pegi Eropah pun orang beratur, pergi US pun orang beratur, pegi sampai ke Tibet pun orang tau beratur tu apa. Habis apasal ada golongan kat Malaysia oh tanahairku berpemikiran kelas pertama ni yang tak faham-faham bahasa? Semenjak bila bapak kau beli pusat beli belah ni? Bila mak kau belikan stesen lrt ni? Apa kau ada saham ke kat jabatan ni yang kau konfiden jalan terus ke kaunter? Ke kau buta? Nak aku aminkan? Meh sini aku boleh tolong korekkkan mata kau. Yang perempuan tu, aku carikkan lelaki buntingkan korang, pasal setahu aku orang buta dengan orang mengandung saja yang deserve sistem ekspress ke depan macam ni. 

5. Ambik tisu sampai 30 keping, pakai satu. Yang lain biar ditiup angin atau buang. 
Tisu tu asalnya dari pokok. Pokok tu bagi oksigen. Pasal malaon-malaon macam ini la yang buat ozon kita makin menipis,sumber semulajadi kita makin berkurangan dan nak bernafas pun susah. Bila tak ada tisu, pandai pulak merungut "kedekutnye kedai ni, tisu pun takde!". Tapi bila dah ada, dia ambik selagi boleh. Bila pulak Restoran Maju Curry House jadi Maju Tissue House?

6. Bawa kereta sambil buat aktiviti lain.
Bila bawa kereta, mata sepatutnya di depan, sekali-sekala di cermin pandangan belakang dan cermin kiri-kanan. Tangan patut di stering. Bukannya di:
- payudara awek
- suratkhabar
- sms/mms dengan henfon yang kononnya canggih sangat
- camwhore

Semalam ada seorang yang bodoh sivik macam ni. Kereta bersusun-susun depan kawasan Jaya 33. Di barisan tepi, dua kereta ke depan, ada sebiji Mercedes-Benz SLK200 berwarna hitam bertinted tegar yang cukup cantik dan menggegar jiwa. Masalahnya, SLK ni tak gerak-gerak walaupun lampu isyarat dah lama tukar ke hijau.  Counter kat lampu tu cuma beri 60 saat, dan selepas 10 saat kereta ni masih tak bergerak-gerak juga. Maka kereta-kereta lain terpaksalah weave dan bersesak untuk terus ke depan. Kitorang ingatkan dah heart attack ke hape pulak driver tu, but as we passed by him, dia dok godak iPod dia. Freakin' ipod-ing dengan muka berlagak macam "Oh, oh, look at me. I'm a rich  guy with an SLK and iPod some more. Look at how I concentrate on my iPod like I'm the only one with one and I have to do this in slow motion so that everyone will be looking at me with envy. Hahahah, I'm so yuppie!"

It's a freakin'  iPod for god's sake, not rocket science. See girls, never be fooled by those fancy cars okay, kaya macam mana pun kalau otak puny macam the size of their shrivelled nuts pun tak guna ya. 




Huh, marahnya saya sampai kepala pun terasa panas lain macam je. Kejap, nak check kot-kot ada stim keluar dari telinga. 

Esok lusa saya sambung lagi list benda-benda yang perlu kita sound direct (atau belasah terus) lagi. Gua pegi chill out jap.  

11 comments:

mizzyN said...

1. Jangan korek hidung di tempat awam, bodoh!
Tahi hidung meresap ke udara mcm naftalena.

2. Tidur mulut ternganga dalam kenderaan awam
Aku selalu buat dlm bas ekspress so solusi dia aku balut muka dengan shawl.

3. Berangan hip urban whassup tapi sebut J.Co "Jacko".
Hina keji ini komenan. ohoho terus makcik nak bukak kamus belajar pronounciation.

4. Potong queue masa beratur
Yang ni memang menyirap.
huuuuuuuuuuuuuuu

5. Ambik tisu sampai 30 keping, pakai satu. Yang lain biar ditiup angin atau buang.
Dulu aku offender gak tapi aku pakai semua tisu tu. Sekarng tgh rehab, limit 3 helai.

6. Bawa kereta sambil buat aktiviti lain.
hoho

azyze gomez said...

sharelah bende2 yang ko pulak tak suka. kot2 ade sama ngan comentor lain.

Cik Puan Muda Stress said...

1. pakai bluetooth earset indoors, while shopping, makan kat kopitiam , you got my drift. apa kau ingat tu aksesori fesyen? poyo la weyh.

2. couple bercinta yang panggil each other 'mama-papa' or 'mummy-daddy' sedangkan masih belum berkahwin dengan each other and tak kongsi anak bersama. aku tak paham apa significant-nya dan di mana romantis nya. geli.

3. overheard this conversation between two seemingly urban pompuan : 'aku suka lah Abu tu, dia care kat aku'.

4. aku paling pantang orang2 yang mulakan statement dengan ayat :
'i bukanlah nak cakap apa kan, tapi....(dan mulakan mengumpat)'
'please dont take this the wrong way, but .... (and proceeded to say nasty things that hurts your feelings'
'sorry, i dont mean to be rude, but .... (i think you should lose weight or something macam tu lah)

panjang gila komen aku, baik aku buat entry baru kat blog sendiri !

azyze gomez said...

pms:
cbaan menyeru ko blogging balik sudah hampir menjadi ahahah :)

bills said...

tapi if korek hidung dalam keta ok kan? muahahahahahaha

azyze gomez said...
This comment has been removed by the author.
azyze gomez said...

billa:
kalau korek lite2 still geli tapi boleh bertoleransi pasal kereta tu bukan i punya. tapi kalau dah tahap gold digger tu, erkkhhhhh geli dowh.

pms:
satu lagi, ia totally agree with the mama-papa / ayah-ibu thingy. ada yang dengan kucing pun cakap macam tu. "kan mama dah kata, jangan korek sampah... mama panggil papa marah kang.."

hayo hayo...

mizzyN said...

haha. suke dgn pms nye "bukan nak katalah tapi...... dan terus mengutuk"

gue x suke

1. depan org x nak marah, sekali belakang kutuk2 bertubi2.

Pagi ni tgh fikiran mulia. Ptg kang emo so komen balikla.

ouT oF My MinD said...

- aku benci orang yang suka usya orang...please stop staring at me u fuck head.i know im hot. so what?

- tolong berenti mengatakan kurang dari 50kg itu gemuk...dah tu aku nie yang 60++ dgn ketinggian aku yang bila diukur BMI nya dalam kategeri normal - dipanggil apa? OBES? dah tu orang yang OBES tu dipanggil apa..? (no offend ya guys).

- hei orang tua sekalian...stop comparing ur pervious life with our life now....we know u suffer a lot...but time diffrnt it soo fucking huge man.

oh tetiba rage yg over di blog orng.

mizzyN said...

tah oomm, tetiba rage. :P

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片