Pages

Posting gegerl: inventori Beg Tahunan

Monday, October 12, 2009

Setiap tahun, bila sampai ke penghujung tahun tersebut, saya akan membuat inventori beg tangan saya. Ya, memang sedikit merepek -- orang buat inventori harta / aset, tapi dia buat inventori beg.

Well, kami wanita memang mangsa taktik promosi jualan okay. Bayangkan, semalam I pergi KLCC untuk beli a pair of grey Manolo Blahnik dekat Shuz when I teringat there's beg comel dekat Louis Vuitton yang memang matching gila dengan the grey Manolos...

...NOT!


Sabar, sabar, inventori ini bukan tentang jumlah beg yang saya ada. Ehem, saya bukannya golongan blogger bersindrom Carrie Bradshaw yang sekarang ni makin bercambah macam cendawan lepas hujan. Saya ni, kadang-kadang sedikit geeky, kadang-kadang poyo, kadang-kadang kelakar, tapi selalunya bosan. Betul, bosan. Statistik selalu tunjuk wanita Malaysia lebih suka baca blog tentang perempuan itu ini shopping itu ini, bukan gambar benda-benda random. Eheh. 

Tapi saya masih perempuan dan masih ada lah juga keperluan merefleksi diri--

Ah, crap.
Let's just get on with the inventory. 
 
(usha refleksi 2005, refleksi 2006 . Refleksi 2007-2009 saya tak tahu pergi mana)







1 beg hitam dengan pelbagai poket - Beg ni memang da bomb. Tidak sekukuh beg dokter saya, tapi hebat sebab: 1. Ianya besar, 2. Ada banyak poket dan 3. Warna hitam! Saya cuma pakai beg yang sama untuk tempoh yang lama, jadi beg yang ringkas, kukuh dan fleksibel menjadi pilihan saya. Oh, satu lagi best beg ini -- lining satin kelabu yang sungguh chic!

1 dompet coklat gelap - Tidak sebesar dompet-dompet lama saya, tapi cukup ruang untuk sampah-sampah yang saya bawa. Oh, kenapa tebal? Itu semua duit sen  :)

1 bekas kaca mata - nampak funky semacam sebab jenamanya, tapi spek saya sungguh simple eheh. 

1 telefon bimbit - tanpa WiFi tapi best! Walaupun sekarang ni separuh skrin tidak kelihatan sebab bapak saya terpijak, tapi saya rasa sayang sangat nak tukar.   

1 iPod Nano 1stGen  - a.k.a nano dari zaman dinasour

1 Elizabeth Arden Green Tea Revitalize EDT - Saya masih kekal dengan something subtle dan menyegarkan. 

1 Buku Baca Dalam LRT - Masa gambar ini diambil, saya sedang rancak menghadam John, karya Cynthia Lennon. Buku tersebut memang best gila dan sudah saya khattamkan. Sekarang ini in between books. Tengah fikir samada mahu baca thriller macam buku Stephen King, atau novel bertema Egypt karya Wilbur Smith. 

1 Serum rambut Elseve L'oreal - Wajib ada untuk manusia berambut singa seperti saya

1 sikat

1 inhaler asthma - wajibul ghunnah

1 pen - kengkadang merah, kengkadang itam, kengkadang biru. Apape yang sempat capai. Syarat mata dia besar (0.7-1.0) dah cukup. 

1 hand-sanitizer
Saya perlu mengaku, dulu saya malas betul mahu bawa benda-benda ni. Tapi selepas H1N1 menular, saya fikir lebih baik beg berat tapi saya selamat, kan?

1 kotak Zyrtec - ubat allergi yang wajib ada

1 tin Extra Mints

1 paket tisu Kleenex

1 bedak padat MAC Studio Perfect
Kalau ada bedak padat yang lebih murah dengan warna yang sesuai dengan saya, dah lama saya beli. Malangnya setakat ini MAC ada yang paling cocok. Tapi tak apa, duit yang keluar sesuai dengan kualiti barangnya. 

1 Earth Angel Make-Up Palette 
Sudah 2 tahun lebih saya menggunakannya tapi belum habis-habis. Nampak sangat saya ni jarang bersolek. Palette ini best sebab ada 4 eyeshadow coklat dan blusher yang meletop! Ada juga 2 pewarna bibir tapi saya tak pakai lip colour

1 MAC Red Ruby Eyeshadow Palette
Ini pemberian dari sahabat mekap saya (you know who you are). Best sebab warnanya memang subtle tapi cantik. Just the way I like it  :). Nasib baik lah kawan saya ni ada untuk memacu minat saya pada benda-benda mekap ni. Kalau tidak, cheh, jangan harap la saya beli eyeshadow segala. 

1 jam tangan pemberian mak & bapak
Hadiah harijadi yang sampai sekarang belum saya ketatkan talinya. Bila pakai terasa macam rapper pasal besar sangat ehehe. 



Dengan kocek yang banyak, saya tak perlu lagi bawa uncang untuk simpan mekap, aksesori dan sebagainya. Kocek berzip di bahagian dalam berisi:



1 maskara Mabelline
1 maskara Superfull Avon    <---- tengah test untuk keberkesanan
1 balm bibir Avon
1 balm bibir Nivea
1 lip gloss Simply Pretty
1 penggaris mata Avon
dan
Segugus kunci. Key chain ada 4, tapi kunci 2 je. Itulah saya kata, how many key chains does a girl need in her lifetime kan? Itu pun industri jual keychain masih hidup. Peh. 



Manakala satu lagi kocek kecil berisi aksesori 'senang nak match apa-apa wardrobe' iaitu: 



1 rantai perak panjang dengan amethyst jernih
1 rantai pendek dengan batu kristal quartz pemberian Unee
1 gelang Amethyst
1 gelang rough tourmaline crystal dari Unee
2 gelang batu Turquoise 
1 pasang subang batu turquoise
1 pasang subang kayu hitam 
1 getah rambut murah (ahaha)


Tidak ada dalam gambar (tak datang):
Pass LRT
Duit syiling yang masih berterabur
Bil letrik & air terkini
Serpihan dari gelang amethyst yang dah putus, bergolek-golek dalam beg. 



Berbanding tahun-tahun dulu, saya nampaknya ada lebih banyak mekap dalam beg. Hmm, dah nama pun perempuan kan. Tapi pakailah apa pun, saya rasa selalunya bila dah lewat malam, tetap comot jugak. Bilalah agaknya akan jadi flawless macam perempuan-perempuan lain sebaya saya ya... Oh whatever lah. Rupa macam diva tapi hati tak gembira pun buat apa kan? kan? kan?

:)


Apa pula refleksi beg anda?  



12 comments:

roxychick said...

sahabat mekap datang menyeranggg!!

benda tu bukan pemberian seorang diri, tapi dari u-know-who jugak. kang dia kata aku nak mengaku aku sorang yg kasi lak.. ahahaha..

bestnya tengok benda2 dlm beg hang. aku ni, beg pon dok yang tuuu jela. pastu byk sampah dari benda2 berfaedah.

anyway, ko dah tengok teaser untuk holiday coll 2009 kat web dorg tak? mengujakan.. fuhh..

jamilah said...

Aku pon bace gak John by Cynthia tu. Cynthia tu sungguh humble, down to earth honest n sincere.. Mcm, john ape kau fikir suke2 je nk fo
llo si plastic ono tu

azyze gomez said...

roxy:
ape lagi, ni kira tag secara tak rasmi la nih. pi la korek beg hang pulak, tunjuk kami :)
or better, pi korek BEG MEKAP hang eheheeh


jamiloo:
first time aku tau pasal john lennon, aku ada vibe tak suka yoko poyo. baca 2-3 buku biografi beatles, aku masih tak suka the dia. Dan lepas baca buku Cynthia, aku confirm tak suka Yoko yang sungguh poyo lagi selfish. uughh.

dan aku kagum that thru all the pain, Cynthia masih boleh tulis buku tu dengan tone yang sungguh humble dan forgiving. kalau aku jadi dia mungkin aku sentap lapan juta kali ganda kot.

but yeah, her last line in the novel says it all :)

mizzyN said...

bebeh, sonot dapat spot henbeg ko. henbeg tu beli kat maner?

azyze gomez said...

jusco sajor. aku bukannya luxury-brand shopper bebeh.

Amer. said...

sebenarnya saya nak minta pendapat kamu tentang sth. em.

azyze gomez said...

sure, amer. shoot. or rather, text ;)

mizzyN said...

azyze, jangan shooot.

ko bili masa kita gi jejumpa januari tahun lepas ke ko ada beli lagi?

azyze gomez said...

masa kita jumpa januari tahun lepas? aku ade beli beg ke januari tahun lepas?
kalau ade, nyata2 bukan tahun lepas punya. kadar hidup beg2 aku adalah 1 tahun selalunya :)

maklumla, aku kan bawak batu dalam beg eheheh

bills said...

hips dont lie mua tu. bag merah, unggu tu sume mana. satu je dia kata. pastu mmg, last few weeks, beberapa hari berturut2 di mekapkan nye di muka yg ada lubang kecik2 xhilang lg. hehe.

hahahahahahah

azyze gomez said...

billa:
matila mua fire you nanti ehehehheehh :)

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛