Pages

Marge Simpson seekor arnab Playboy?

Friday, October 30, 2009

Saya kira sekarang ini tentu ramai yang tahu tentang penampilan Marge Simpson sebagai muka depan dan 3 paged centerspread chick dalam isu November 2009 majalah Playboy. 



Tribute Marge kepada cover Playboy bunny popular, mendiang Farah Fawcett



Saya lihat ini sebagai bukti sense of humour team baru Playboy yang agak kelakar dan comel. Iya lah, Marge memang epitom wanita bijak yang repres kehebatannya demi keluarga -- bayangan mak-mak orang yang sebenarnya hot tapi akhirnya dipandang rendah masyarakat... sememangnya Marge di Playboy sungguh tongue in cheek!

Tapi khabarnya ramai lelaki di luar sana, terutamanya generasi couch-potatoes di Amerika yang memang betul-betul menggelijat menanti Marge buka baju. Mungkin di zaman kemuncak anime ni, kartun pun boleh buat orang lelaki tak keruan agaknya, hmm? 

Jika anda sudah lihat gambar-gambarnya di blog lain, apa kata baca temubual Playboy dengan Marge pula...


klik untuk besarkan imej


M.I.L.F MILK ahahhaha  :)

Music Meme + Book Contest!

Monday, October 26, 2009

(This is a sticky post and will be here until 2 Nov '09. Scroll down for newer post.
Ini nota sticky yang akan kekal di sini hingga 2 Nov '09. Skrol ke bawah untuk entri baru.)



Today's entry will be in english, just because, well, I want it to be. Why, cannot izzit? (There, some manglish for you 'patriotic' people heheh)

Here's a meme that has been circulating around for quite a while. I've been putting it off for the longest time because I've always wanted to tie it with a Giveaway/ Contest but never had anything interesting to give away.

Well, now I do, so here we go!
(Scroll away to check out the two gifts)


Meme rules:
Step 1: Put your iPod/MP3 player or iTunes on random.
Step 2: Post the first line(s) from the first 20 songs that play, no matter how embarrassing the song.
Step 3: Post it on your blog and let everyone guess what song and artist the lines come from. (Skip the instrumentals for obvious reason!)
Step 4: Update the list with the song title when someone guesses correctly.
Step 5: For those guessing the songs: make your guess by leaving a comment. I need the title and artist!
IMPORTANT! Honor system: No Googling or other internet-aided search engine!



Out of the few thousand songs I have, these were the ones I got from the shuffle...

1. Your neighbours were screaming, I don't have the keys for downstairs...
2. I guess I just lost my husband, I don't know where he went...
3. When a bee lies sleeping in the palm of your hand...
4. Hey pretty baby with the high heels on...
5. After long enough of being alone, everyone must face their own share of loneliness...
6. Lady Madonna, children at your feet...
7. Hello, can you hear me? Am I getting through to you?
8. As I came in through the window, was a sound of a crescendo...
9. Da da da dada, it's the motherf**kin' D-O-double-G...
10. Haruman dirimu, senyuman di wajahmu...
11. I see you pick me out from the crowd...
12. You say I'm stubborn and I never give in...
13. When I first saw you, I said oh my...
14. Inikah dia, yang kuimpikan dalam lambaian firdausi...
15. I know it's pass visiting hours, but can I please give her these flowers...
16. Say that you'll stay a little, don't say bye-bye tonight...
17. I can tell you wanna drink girl, you ain't gotta worry no more...
18. For once in my life I've got someone who needs me...
19. Hey mom, why didn't you tell me, why didn't you teach me a thing or two...
20. An old man, turned 98...




Now, for the contest. There are 2 steps to winning this:

1. Try to guess as many songs you can. No googling, be honest! (Clue: you're lucky, iTunes shuffle selected mostly popular songs!)

and

2. Visuals are equally important in today's music industry, right? So suggest me one (1) mtv/videoclip that you love or has impacted you in some way. Do tell me why, too. It doesn't have to be from a popular artiste, it could be an unknown, so long as it means something to you.




The person with the most answers and most interesting mtv will win one of the two books below:



Canal Dreams by Iain Banks
or
Three Girls And Their Brother by Theresa Rebeck


Iain Banks is a scottish writer who writes mainstream fiction, sometimes dabbling into politics, sometimes science-fiction, always engaging. Canal Dreams is his first political thriller novel, and his first female lead as well. Although Banks himself regards this work as not up to his standards, I'm sure it's good. I've read 2 Iain Banks novels and find him to be a simple-plot-but- deep-reality horror kinda writer. This novel might appeal more to male readers, but ultimately it's up to the winner :) Read the synopsis here.


Playwrighter & Edgar Award winner Theresa Rebeck is very famous back home in New York. She's done tons of plays, wrote for numerous publications and have written for several television shows, including NYPD Blue. According to reviews, this novel is a great semi-chic lit. I'm tempted to keep this one myself, but alas, I have too many books from my recent visit to warehouse sales and book stores around PJ. You can read the synopsis of the book here. This one is definitely for the girls, although there are several reviews done by male readers on Amazon.


Closing date: 2 November 2009.
Announcement of winner: 4 November 2009
(Book will be sent by post)


So guess away people, and good luck :)

Note: Comments will be moderated so your answers will not be copied by others. Just in case :)

Gile Random #12

Saturday, October 24, 2009


Salah seekor kucing di rumah. 
Namanya Pinto.
Tidur macam ape ntah  :)

60an gaya Brangelina!

Thursday, October 22, 2009

Saya bukanlah peminat Angelina dan Mrs. Jolie, tapi spreads yang mereka buat untuk W Magazine lewat 2008 dulu memang cukup menarik!

Saya peminat all thing 60s, dan sejurus melihat hasil genius mata lensa Steven Klien, saya rasa Brangelina berjaya tampil telus pada semangat 60an ala Americana Noveau

Enjoy the pictures  :)
(credit to W Magazine and Steven Klien)









Yang ini kegemaran saya! Sungguh 60s!






Gile Random #11

Tuesday, October 20, 2009

Semalam software baru untuk komputer kami tiba di pejabat. Kedatangan software tersebut semestinya ditemani resit...





Percaya tak jika saya kata, resit pun boleh jadi penghibur hati di kala duka?
Percayalah, sebab.....



Seladang ye...



Negeri 'Seladang' mesti tak sambut hari raya haji, kan? *wink*




Edisi Kenangan Silam #10

Friday, October 16, 2009

Lokasi : Sekitar KL
Tarikh : Sekitar 2006, waktu senja


Saya: Dude, aku rasa kita patut buat kumpulan lawak la. 

Dia: Yeah, totally. We could make it a duo act. Belum ada lagi duo act yang cool macam kita kat Malaysia ni. 

Saya: Pastu lawak kita tak boleh vulgar sangat, so we take the classic route la. Macam Dean Martin ngan Jerry Lewis. You'll be the suave Martin, aku bleh jadi the nerdy bengong Lewis.

Dia: Yeah. Or you we could do it weirdo-freako style macam Mighty Boosh. Tapi kau kena jadi Noel Fielding la, aku tak cukup mental macam tu. 

Saya: Gila best. 

(Seorang kawan datang duduk tepi longkang sebelah kami.)


Saya: Em, kalau kitorang buat kumpulan lawak, agak-agak ko laku tak?

Em: Kumpulan lawak? Macam Keenan & Kel tu?



Pfft. Nickelodeon sungguh kau Em. 

Somebody Has to Say It!

Wednesday, October 14, 2009

Korang pernah tak menyampah gila dengan sesuatu yang selalu jadi berulang-ulang kali, yang korang nampak tiap-tiap hari tapi tak ada sesiapa pun yang sudi nak tegur atau hentikan benda tu?

Well, saya dah jelak dengan sifat 'sopan' kita yang kadang-kadang tak kena tempat. Sesetengah benda mungkinlah terlalu peribadi untuk disebut oleh orang lain, tapi kalau dah terang-terang sangat huduh dan menyakitkan hati, tegur je!

It's time to splash some reality on the white elephant in the middle of the room! Well, kalau tak ada sesiapa yang peduli, meh saya buat. Somebody has to say it! 


1. Jangan korek hidung di tempat awam, bodoh!
Ape punya perangai ni, korek hidung tengah-tengah tempat ramai orang? Memang la kengkadang dah tak tahan/taik hidung keras sangat sampai hidung sakit / nak terbersin dan apa-apa sebab musabab poyo yang lain, tapi agak kurang ajar kalau korang dengan selamba menggali beriya-iya. Saya cakap kurang ajar sebab lepas ko dah korek baeeekkkk punya tu, hasil korekan tu korang buat ape? Takkan masukkan dalam tisu pasal kalau ada tisu sure dah guna awal-awal kan. Yang selalu saya nampak, dia orang pakai flick je. Korek korek, flick. Apa kau ingat bahan korekan kau tu hilang into thin air ke? Kepalahots betul. 


2. Tidur mulut ternganga dalam kenderaan awam - serial offender
Kesian kat orang macam ni sebenarnya. Ah, dia tidur, mana la dia nak tau yang dia punya nganga macam budak kecik Afrika yang dok tunggu air menitik dari kepala paip masa kemarau, kan? Kalau dah tiap-tiap hari naik bas/lrt dan orang tu asyik tidur ternganga je, buatlah something untuk gerakkan dia. Kalau segan nak cakap "Bro, awak tidur ternganga rimau", mungkin kita boleh pura-pura tersepak kaki dia ke, batuk kuat supaya dia tersedar ke... janji dia tak terus memalukan diri dia dan kita pun tak kumpul dosa dok terkenyeh-kenyeh tengok mulut besat orang tu sambil mengata dalam hati "Peh, muka punya la hensem tapi sekali tido, tu diaaaaa.".


3. Berangan hip urban whassup tapi sebut J.Co  "Jacko". 
Konon duduk bandar. Pergi shopping mall besar-besar aje. Nyanyi kat pusat karaoke mewah. Makan kat kedai-kedai international dengan fads yang paling trendi. Tapi sebut nama kedai yang senang pun kantoi. It's Jay-Co, bukan Jacko. Itu nama timangan hina MJ, ngok. Kalau nama macam Carrefour tu saya paham la boleh silap, ejaannya tak sama dengan sebutan. Tapi tidak ke J.Co tu dah terang-terang literal?  Ni belum lagi cerita pasal 'Luwis Vuwiton', 'Yivess Sent Lorren' mahupun 'Koch'. Sakit jiwa betul.


4. Potong queue masa beratur 
Yang ni memang menyirap. Kecik-kecik dulu kita dah belajar: beratur. Naik bas kena beratur, kat kaunter gomen kena beratur, nak bayar barang kena beratur, jamban penuh pun kena beratur. Saya rasa beratur ni universal. Pegi Eropah pun orang beratur, pergi US pun orang beratur, pegi sampai ke Tibet pun orang tau beratur tu apa. Habis apasal ada golongan kat Malaysia oh tanahairku berpemikiran kelas pertama ni yang tak faham-faham bahasa? Semenjak bila bapak kau beli pusat beli belah ni? Bila mak kau belikan stesen lrt ni? Apa kau ada saham ke kat jabatan ni yang kau konfiden jalan terus ke kaunter? Ke kau buta? Nak aku aminkan? Meh sini aku boleh tolong korekkkan mata kau. Yang perempuan tu, aku carikkan lelaki buntingkan korang, pasal setahu aku orang buta dengan orang mengandung saja yang deserve sistem ekspress ke depan macam ni. 

5. Ambik tisu sampai 30 keping, pakai satu. Yang lain biar ditiup angin atau buang. 
Tisu tu asalnya dari pokok. Pokok tu bagi oksigen. Pasal malaon-malaon macam ini la yang buat ozon kita makin menipis,sumber semulajadi kita makin berkurangan dan nak bernafas pun susah. Bila tak ada tisu, pandai pulak merungut "kedekutnye kedai ni, tisu pun takde!". Tapi bila dah ada, dia ambik selagi boleh. Bila pulak Restoran Maju Curry House jadi Maju Tissue House?

6. Bawa kereta sambil buat aktiviti lain.
Bila bawa kereta, mata sepatutnya di depan, sekali-sekala di cermin pandangan belakang dan cermin kiri-kanan. Tangan patut di stering. Bukannya di:
- payudara awek
- suratkhabar
- sms/mms dengan henfon yang kononnya canggih sangat
- camwhore

Semalam ada seorang yang bodoh sivik macam ni. Kereta bersusun-susun depan kawasan Jaya 33. Di barisan tepi, dua kereta ke depan, ada sebiji Mercedes-Benz SLK200 berwarna hitam bertinted tegar yang cukup cantik dan menggegar jiwa. Masalahnya, SLK ni tak gerak-gerak walaupun lampu isyarat dah lama tukar ke hijau.  Counter kat lampu tu cuma beri 60 saat, dan selepas 10 saat kereta ni masih tak bergerak-gerak juga. Maka kereta-kereta lain terpaksalah weave dan bersesak untuk terus ke depan. Kitorang ingatkan dah heart attack ke hape pulak driver tu, but as we passed by him, dia dok godak iPod dia. Freakin' ipod-ing dengan muka berlagak macam "Oh, oh, look at me. I'm a rich  guy with an SLK and iPod some more. Look at how I concentrate on my iPod like I'm the only one with one and I have to do this in slow motion so that everyone will be looking at me with envy. Hahahah, I'm so yuppie!"

It's a freakin'  iPod for god's sake, not rocket science. See girls, never be fooled by those fancy cars okay, kaya macam mana pun kalau otak puny macam the size of their shrivelled nuts pun tak guna ya. 




Huh, marahnya saya sampai kepala pun terasa panas lain macam je. Kejap, nak check kot-kot ada stim keluar dari telinga. 

Esok lusa saya sambung lagi list benda-benda yang perlu kita sound direct (atau belasah terus) lagi. Gua pegi chill out jap.  

No matter what

Tuesday, October 13, 2009

You will be missed, sengau. 
(gambar ihsan google images)


Stephen Gately sudah mati. Pada usia yang sungguh muda -- 33.

Tentu kawan saya, Mardiana, patah hati. Dia memang peminat Stephen Gately zaman-zaman Boyzone dulu. Walaupun dia, seperti kebanyakan peminat SG, kecewa bila dapat tahu poster boy kesayangannya gay, saya yakin dia akan mengulang-ulang lagu Boyzone dalam keretanya hari ini bagi mengenang saat-saat indah yang telah SG berikan padanya zaman kami sekolah dulu.

Tabahkan hati ya, Mar. Tsk tsk.



 

Posting gegerl: inventori Beg Tahunan

Monday, October 12, 2009

Setiap tahun, bila sampai ke penghujung tahun tersebut, saya akan membuat inventori beg tangan saya. Ya, memang sedikit merepek -- orang buat inventori harta / aset, tapi dia buat inventori beg.

Well, kami wanita memang mangsa taktik promosi jualan okay. Bayangkan, semalam I pergi KLCC untuk beli a pair of grey Manolo Blahnik dekat Shuz when I teringat there's beg comel dekat Louis Vuitton yang memang matching gila dengan the grey Manolos...

...NOT!


Sabar, sabar, inventori ini bukan tentang jumlah beg yang saya ada. Ehem, saya bukannya golongan blogger bersindrom Carrie Bradshaw yang sekarang ni makin bercambah macam cendawan lepas hujan. Saya ni, kadang-kadang sedikit geeky, kadang-kadang poyo, kadang-kadang kelakar, tapi selalunya bosan. Betul, bosan. Statistik selalu tunjuk wanita Malaysia lebih suka baca blog tentang perempuan itu ini shopping itu ini, bukan gambar benda-benda random. Eheh. 

Tapi saya masih perempuan dan masih ada lah juga keperluan merefleksi diri--

Ah, crap.
Let's just get on with the inventory. 
 
(usha refleksi 2005, refleksi 2006 . Refleksi 2007-2009 saya tak tahu pergi mana)







1 beg hitam dengan pelbagai poket - Beg ni memang da bomb. Tidak sekukuh beg dokter saya, tapi hebat sebab: 1. Ianya besar, 2. Ada banyak poket dan 3. Warna hitam! Saya cuma pakai beg yang sama untuk tempoh yang lama, jadi beg yang ringkas, kukuh dan fleksibel menjadi pilihan saya. Oh, satu lagi best beg ini -- lining satin kelabu yang sungguh chic!

1 dompet coklat gelap - Tidak sebesar dompet-dompet lama saya, tapi cukup ruang untuk sampah-sampah yang saya bawa. Oh, kenapa tebal? Itu semua duit sen  :)

1 bekas kaca mata - nampak funky semacam sebab jenamanya, tapi spek saya sungguh simple eheh. 

1 telefon bimbit - tanpa WiFi tapi best! Walaupun sekarang ni separuh skrin tidak kelihatan sebab bapak saya terpijak, tapi saya rasa sayang sangat nak tukar.   

1 iPod Nano 1stGen  - a.k.a nano dari zaman dinasour

1 Elizabeth Arden Green Tea Revitalize EDT - Saya masih kekal dengan something subtle dan menyegarkan. 

1 Buku Baca Dalam LRT - Masa gambar ini diambil, saya sedang rancak menghadam John, karya Cynthia Lennon. Buku tersebut memang best gila dan sudah saya khattamkan. Sekarang ini in between books. Tengah fikir samada mahu baca thriller macam buku Stephen King, atau novel bertema Egypt karya Wilbur Smith. 

1 Serum rambut Elseve L'oreal - Wajib ada untuk manusia berambut singa seperti saya

1 sikat

1 inhaler asthma - wajibul ghunnah

1 pen - kengkadang merah, kengkadang itam, kengkadang biru. Apape yang sempat capai. Syarat mata dia besar (0.7-1.0) dah cukup. 

1 hand-sanitizer
Saya perlu mengaku, dulu saya malas betul mahu bawa benda-benda ni. Tapi selepas H1N1 menular, saya fikir lebih baik beg berat tapi saya selamat, kan?

1 kotak Zyrtec - ubat allergi yang wajib ada

1 tin Extra Mints

1 paket tisu Kleenex

1 bedak padat MAC Studio Perfect
Kalau ada bedak padat yang lebih murah dengan warna yang sesuai dengan saya, dah lama saya beli. Malangnya setakat ini MAC ada yang paling cocok. Tapi tak apa, duit yang keluar sesuai dengan kualiti barangnya. 

1 Earth Angel Make-Up Palette 
Sudah 2 tahun lebih saya menggunakannya tapi belum habis-habis. Nampak sangat saya ni jarang bersolek. Palette ini best sebab ada 4 eyeshadow coklat dan blusher yang meletop! Ada juga 2 pewarna bibir tapi saya tak pakai lip colour

1 MAC Red Ruby Eyeshadow Palette
Ini pemberian dari sahabat mekap saya (you know who you are). Best sebab warnanya memang subtle tapi cantik. Just the way I like it  :). Nasib baik lah kawan saya ni ada untuk memacu minat saya pada benda-benda mekap ni. Kalau tidak, cheh, jangan harap la saya beli eyeshadow segala. 

1 jam tangan pemberian mak & bapak
Hadiah harijadi yang sampai sekarang belum saya ketatkan talinya. Bila pakai terasa macam rapper pasal besar sangat ehehe. 



Dengan kocek yang banyak, saya tak perlu lagi bawa uncang untuk simpan mekap, aksesori dan sebagainya. Kocek berzip di bahagian dalam berisi:



1 maskara Mabelline
1 maskara Superfull Avon    <---- tengah test untuk keberkesanan
1 balm bibir Avon
1 balm bibir Nivea
1 lip gloss Simply Pretty
1 penggaris mata Avon
dan
Segugus kunci. Key chain ada 4, tapi kunci 2 je. Itulah saya kata, how many key chains does a girl need in her lifetime kan? Itu pun industri jual keychain masih hidup. Peh. 



Manakala satu lagi kocek kecil berisi aksesori 'senang nak match apa-apa wardrobe' iaitu: 



1 rantai perak panjang dengan amethyst jernih
1 rantai pendek dengan batu kristal quartz pemberian Unee
1 gelang Amethyst
1 gelang rough tourmaline crystal dari Unee
2 gelang batu Turquoise 
1 pasang subang batu turquoise
1 pasang subang kayu hitam 
1 getah rambut murah (ahaha)


Tidak ada dalam gambar (tak datang):
Pass LRT
Duit syiling yang masih berterabur
Bil letrik & air terkini
Serpihan dari gelang amethyst yang dah putus, bergolek-golek dalam beg. 



Berbanding tahun-tahun dulu, saya nampaknya ada lebih banyak mekap dalam beg. Hmm, dah nama pun perempuan kan. Tapi pakailah apa pun, saya rasa selalunya bila dah lewat malam, tetap comot jugak. Bilalah agaknya akan jadi flawless macam perempuan-perempuan lain sebaya saya ya... Oh whatever lah. Rupa macam diva tapi hati tak gembira pun buat apa kan? kan? kan?

:)


Apa pula refleksi beg anda?  



Gile Random #8

Friday, October 09, 2009



Ini tisu basah yang diberi kepada setiap pelanggan Hometown Yong Tow Foo.

Dari depan, skema je. Logo cik cili dan abang bendi yang dah berkurun jadi trademark lebih menonjol dari benda lain.



Tapi lain pula yang menarik perhatian saya di belakang bungkusan ini.


(klik imej untuk besarkannya)


Hmmm... moh kite menggentel!

Gile Random #7

Friday, October 02, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan.

Oh.
Saya tahu saya tidak memblogging apa-apa langsung mengenai raya sejak kali terakhir menulis, dan sesungguhnya saya sibuk betul.

Okay, saya tahu, orang lain pun sibuk juga, petani sibuk bertani, pekebun sibuk berkebun, peminjam sibuk lari dari PTPTN.

Saya akan hapdet tak lama lagi. Buat masa sekarang kita borak gila random dulu ya.


Alkisah, kawan saya Kak W pulang berhari raya di kampung halaman suaminya, Kelantan. Seperti biasa, banyaklah kisah-kisah menarik dan pelik yang dikongsi -- pelik dan menarik sebab ada adat & kebiasaan di sana yang tak ada di bandar (dan negeri-negeri lain).

Kali ini, Kak W tunjuk gambar yang diambil di salah satu pasaraya di Pasir Tumboh.



Dulu-dulu, kawan selalu cerita yang di Kelantan orang tengok wayang duduk asing-asing. Nampaknya sampai sekarang pun masih aturan ni masih diaplikasikan di sana.

Okay.
Taklah pelik sangat.


Eh, kejap, kejap...


Yang baju oren ni perempuan ke?



Saya tarik balik andaian saya tadi ;P