Pages

Syabbas bette, syabbas!

Thursday, September 03, 2009

Pagi ini, tidak seperti pagi-pagi yang lain, saya ambil keputusan untuk turun di Stesen Taman Jaya. 

Keluar dari LRT. 
Orang bersesak-sesak turun tangga dari platform. Malas nak bersesak, saya dengan muka separa toya separa semangat hanya jaywalking. Frank Sinatra di telinga sedang mengajak saya terbang bersamanya ke Acapulco. Oh, hari ini tak boleh, saya bisik pada Frank. Hari ini kerja, tapi aku boleh nyanyi dengan kau, asalkan aku tak melampau sampai berjoget macam aku buat tempohari masa nak balik berbuka. 


Dari  tangga, saya lihat orang yang berpusu keluar stesen mengelak meja besar yang diletakkan tengah-tangah lobi stesen. 

Ape cer?



Eh, kejap. Hand sanitizers?



Betul lah! My first thought was
 "Gila cool stesen ni! Proaktif!"





Inilah stesen LRT pertama yang saya lihat mengambil inisiatif ekstra untuk membantu menyebarkan kesedaran tentang H1N1. Stesen lain sekadar tampal poster, itu pun di dinding yang belum tentu orang sempat berhenti baca. 

Syabas dan terima kasih yang tak terhingga kepada warga kerja Stesen LRT Taman Jaya! Let's hope the other stations follow suit. Sikit-sikit, lama-lama usaha ini akan jadi bukit, dan lagi ramai yang akan ikut, insyaallah. Kalau mereka turut serta dalam usaha ni tak kerana kesedaran, tapi kerana malu dan nak berlumba pun tak mengapa. Sebab akhirnya kita juga yang untung, kita juga sama-sama sihat, kan?

Bila agaknya kawasan awam macam pusat membeli-belah dan hypermarket nak turut sediakan khidmat sebegini, hmm?






14 comments:

mizzyN said...

hand sanitizer bestnya, yele dah pegang2 tiang yang ada seriban finger + hand print itu mesti la kena dinyahkumankan.

tapi jangan gosok mata lepas pakai hand sanitizer, pedih mate!

azyze gomez said...

kalau gosok mata, pedih. kalau tenyeh jerawat pun pedih. tapi kalau jilat, pahit eheheh.

roxychick said...

kalau jilat mabuk la weh.. ada alkohol tu.. muahahaa...

btw, one utama dah ada hand sanitizer merata2. kat toilet subang parade pon ada..

nanti aku pegi investigate lagi la eh.

imahTHESTAR said...

mak kau HADIR membawa CAHAYA! tuu dia!!

azyze gomez said...
This comment has been removed by the author.
azyze gomez said...

kak imah dixit,
ratu mencemar duli sudi singgah...
patik melutut sambil curtsy pegang gown gituh :)

thanks, iols mawi&jamal sangat! (terharu)

tak sabar menunggu ramadhan pergi dan syawal menjelma... tunggu hapdet uols lah :)
salam ramadhan & raya kak Ims!
*muah muah dari jauh*

mizzyN said...

jilat? secara sengaja ke tidak?

Sherry said...

kat shopping mall, I pun nampak ada sanitizer :)

azyze gomez said...

yes friends,
happy to inform you that all LRT on the Hentian Putra-KJ route have now provide hand sanitizers. Walaupun jenis cair gile dan bau macam pencuci pinggan perisaoren, janji ada kan...

Sherry,
hi, thanks for visiting my blog :)

Cik Puan Muda Stress said...

its everywhere.

low yatt pun ada. (motif tiba2 keluar low yat?)

Amirul Rezza said...

Woot sistah, I'm back. Oh masih lagi link saya. Terharu.

Er, saya belum ada link list sebab dah hilang sejak tukar layout baru. Come2 check out.

roxychick said...

weh cpms!
bila la wehh? bilaaa?

TunaTurner said...

jangan guna sanitizer tu. nanti bau tangan sama macam bau toilet lrt station tu jugak.

-bercakap melalui pengalaman :P

azyze gomez said...

hello cik tuna :)

rasanya most hand sanitizers especially yang jenis murah semuanya bau macam oren tak cukup baja, kan?

nak selamat kena beli sendiri la versi dettol gittew. tapi bila dah sesak2 tu. saya blasah jugak guna sanitizer free cenggitu. lebih bik busuk sket dari H1N1 eheheh

thanks for visiting :)