Pages

Strength Through Purity, Purity Through Faith

Monday, September 14, 2009

Mengumpul duit untuk membeli makanan jiwa memanglah menderitakan.

Tahun lepas, masa Russell Brand keluarkan My Booky Wook, saya janji nak kumpul duit sedikit demi sedikit. Kononnya dalam 4-5 bulan cukuplah untuk beli biografi tersebut. Selang dua minggu saya singgah ke Kinokuniya, terkenyeh-kenyeh belek buku berbalut plastik tebal tu (eksyen, nak selak-selak pun tak boleh, huh).

Masuk bulan ketiga hati saya hancur lulur bila buku tersebut sudah tiada di rak. Bila datang stok baru, saya tanya adik India belakang kaunter bahagian biografi-novel grafik. I also donno, maybe no restocking, jawab dia sambil geleng-geleng kepala.  Saya macam nak kata stocking hotak hang, tapi tak kesampaian. Terasa segan bila membayangkan duit simpanan bukannya cukup pun nak beli buku tu, kalaupun ia masih ada di rak. Kecewa seyh. 


Minggu lepas saya singgah ke KLCC untuk beli seketul-dua jeans untuk dipakai ke pejabat (silalah jeles). Yang ada semuanya dah berambu ramba. Selesai membeli, layan ketagih sushi untuk buka puasa. Selesai berbuka, saya ajak Eze teman ke Kinokuniya. Walaupun budget beli buku tiada, tapi nak jugak pergi tu. Inilah yang dikatakan tak sedar diri dan suka menyusahkan hati sendiri. Kengkadang orang panggil kejadian ni 'mencari bala sendiri' jugak. Eze ikut saja sebab dia faham sangat perangai saya. 



Mula-mula ke rak novel. Tengok itu ini, belek atas ke bawah, tapi saya rasa rugi pula nak bazirkan 30-40 ringgit untuk novel yang mungkin saya boleh habiskan dalam 2-3 jam. Lebih baik pergi kedai second hand atau Book Xcess, dapatlah juga 2 buku untuk harga 1 di Kino. 

"So ko nak beli ape ni, kak?" tanya Eze.  Dia pun tak boleh duduk lama-lama dalam kedai buku. Kang tak pasal-pasal lari bajet. 

Saya lihat jam. 
10.01pm.
Masih ada 15 minit sebelum kedai tutup.
Agak-agak ada atau tidak ya benda yang diintai-intai di internet baru-baru ini...

"Jom pi area graphic novels tu."



Dari jauh saya sudah nampak. Gile ah, ada!  
Dada semakin dup-dap-dup-dap-dup-



Sungguh euforik bila di tangan terletak pucuk yang dicita:
Absolute V For Vendetta!





Slipcased. Hardcover. 296 muka surat (seperti edisi biasa sebelumnya), dengan 100 muka surat bonus:
  • new, never seen before silent art pages <---- arrgh!
  • expanded version of the sketchbook section dari versi hardcover dulu
  • improved production values & colouring yang gile mantap!



Sticker kecik di bontot slipcase: RM244.10
Duit di dalam dompet: RM48.65
Otak : beku.



Shish. Mana nak cekau budget untuk Absolute VforV ni? 
Sekarang ni tengah simpan untuk beli Black Dossier edisi lama dari Jack, lepas tu dah pulak tangkap leleh tengok Watchmen's Picture Book.  Wuish... ada lah dekat seribu ringgit ni. Kalau bapa tau mesti dia kata membazir. 


Arrrrrggghhh.....
makanan  jiwa memang mahal!




Alan Moore, otai penulisan komik yang, ahh, gile otai ah. 


P/s: Tak tau nak berterima kasih atau nak cekik-cekik Adam pasal kenalkan saya dengan Alan Moore all those years ago. Kalau aku tak kenal si hippie tua tu takde nya aku ketagih tulisan dia, Dam. Hadoi. 


11 comments:

ouT oF My MinD said...

oh ely....silalah ko jgn risau...aku juga sering juga membuat delima x de duit tp nak jugak masuk kedai buku pastu tak dapat nak beli, kecewa sndiri lepas tu termimpi-mimpi....arghhhh

mizzyN said...

you have been tagged

http://mizzyn.blogspot.com/2009/09/meme-save-yvonnes-sight.html

mizzyN said...
This comment has been removed by the author.
roxychick said...

jiwa terus kacau la ni....

sila salahkan ptptn! haish! =p

azyze gomez said...

itula.
main kutu pun tak dapat membantu okeh, PTPTN yang dapat at the end of the day.

takpe2, tak nyesal. kalau takde ptptn kita tak mampu masuk U, dapat degree dan keje sebaik sekarang ni. marilah kita amin bersama-sama.

Amirul Rezza Amer Johari. said...

Boooo kanye west. :)

azyze gomez said...

yeah, shame on Kanye.
walaupun dia takde la kata "Beyonce deserves to win this" ke hape ke, tapi muka Taylor said it all.

He was rude, that's a fact.

Baru je ingat dia dah bounce back from his depression. Ada lagi rupanya.

Saudagar Mimpi ... said...

Baru td tgk kat TV insiden Kanye West tu. Kanye spt pembuli budak kecik yg merampas gula2 lolipop. Spoil betul. Nasib baik Taylor Swift tak nangis.

azyze gomez said...

Saudagar:
well said. tapi taylor swift dah bergenang dah tu... memang macam hati pecah sangat kan muka dia.

bawak mai sini Kanye tu, biaq kami babap dia.

fndrocka said...

244?? perghh....dalam dilemma untuk beli..tapi kalau hati dah berkenan...lautan api sanggup direnangi...

p/s: jom tukar2 link dgn aku

azyze gomez said...

fndrocka:
itulah pasal. bila pikir-pikir balik, kalau tang makan okayyyyy je belasah sushi mengikut kemahuan, kan. so simpan 2-3 kali trip sushi tu dah cukup rasanya beli menatang nih. cuma lepas tu mau tido malam pun peluk bende alah tu eheheh

orait bebeh, jom tukar link :)