Pages

Jom raya jom

Thursday, September 17, 2009


Selamat Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan dan pembaca blog Penulis Paling Tidak Konsisten Dalam Dunia ini (jika ada).

Saya mohon maaf jika:

1. Terlazer cakap atau menyentapkan anda
2. Pernah karate anda kerana tidak puas hati
3. Pernah mencucuk mata anda dengan rambut kerinting saya ketika dalam LRT
4. Terlupa nak basuh tangan lepas bersin lepas tu salam tangan anda
5. Terbingitkan telinga anda bila saya gelak kuat-kuat dengan kawan-kawan
6. Tak kongsi dengar lagu dengan anda walaupun muka anda toya ya hazab dalam LRT
7. Terdengkur (wooh) kalau penat sangat dalam LRT bila balik lewat malam
9. Termakan tanpa ajak anda sekali join makan dengan saya
10. Terlupa balas sms anda kerana anda hantar tengah pagi buta ketika saya sedang membuta dan tanpa sedar telah delete sms anda dengan automatik dan tak ingat sepatah haram anda hantar semalam bila terjaga keesokan paginya. 

Maafkan lah saya andai saya melukakan hati dengan lafaz lidah saya yang adakalanya zass dasyat, mahupun mengguris perasaan dengan anggota tubuh pinjaman dari Allah ini. 




Oh, saya nak minta maaf kepada sepupu saya, Rizal, kerana pernah belasah ketuk kepala dia dengan kayu construction sebab dia buli saya dan saya buli dia balik. 

Tak lupa juga pada Faiz, jiran depan rumah saya sebab saya pernah gigit pipi dia dulu. Ai promis ai tak buat lagi dah sekarang. 


Sekian.

Yang benar, 
Ely Azyze.


p/s: Pecah kaca pecah gelas
sudah baca, harap balas!

4 comments:

Amirul Rezza Amer Johari. said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga, sister.. Maaf zahir batin. Bila la boleh dapat nombor telefon ni..

*Wink wink. Hehe.

roxychick said...

sempat buat 2 entry kat ofis di hari terakhir tu yeh...

have a jolly good week babe!

azyze gomez said...

Amer:
sudah hantar sms lah, tak dapat ke? tau kamu dah tukar phone number?

rOXY:
slmat rya to you too bebeh :)

Pyanhabib said...

dah raya?
laaaaa...dah raya!
selamat hari raya!
selamat hari raya!