Pages

30 Benda yang patut dimakan sebelum anda kaput 2

Thursday, September 17, 2009

Ramadhan dah hampir ke garisan penamat buat 2009.  

Dari jauh saya boleh dengar dah samar-samar bunyi mangkuk, mug dan tumbler dikeluarkan balik dari drawer akak-akak  di pejabat. Adik-adik yang dah berlatih timing buat muka sakit perut sekitar tengahari tu dah boleh belajar senyum balik dah. Abang-abang yang jadi serombong kapal sambilan time-time subuh gajah dan rembang malam dah boleh upgrade jadi serombong kilang tepi Lebuhraya Persekutuan yang memanjang berasap tu.   



Jom bayangkan situasi ni:

"Weh, lepas minggu raya kang, kita dah boleh keluar makan lunch dah, weh. Ada plan pegi memana?" tanya A sambil asap berkepul keluar dari nostril dia. 

"Aku dah lama kempunan makan KFC waktu lunch. KFC, Mekdonel, Krispi Krim, Beger King, Wendis dan sebarang pusat makanan hampas lain," balas B.

"Tapi, kita kan selalu je makan benda-benda tu masa bulan puasa sebab kita mana pernah  puasa pun. Ko ni, tak reti ke nak bezakan bulan puasa dengan bulan-bulan biasa. Ni bulan kebebasan weh! Kena makan special sikit!" A menggeleng, bengap betul kawan dia. 

B mengangguk. "Betullah A... aku terlupa fakta tu. Ahhhhh macamana ni, kita mana pernah makan makanan berkualiti selain dari makanan segera. Kita kan orang bandar yang kengkonon globalizationalized-yuppie-wannabes. Kita bukannya tahu tempat makan manusia marhaen lain!"

"Habislah kitaaaaaaa!!!!!" rengek A sambil sama-sama hantuk kepala dengan B.  



Ish ish ish. Kesian.
Mesti diorang tak pernah baca posting tentang 30 benda yang perlu anda makan yang saya tulis 3 tahun lepas. 

Tahun ini, apa kata saya kemaskinikan senarai 30 things to eat before you die versi Malaysia, hmm? Bagi yang dah mencuba makanan-makanan pilihan umum yang disenaraikan (saya tahu kerana ramai benar google Doll Tomyam & Ayuthai lalu sampai ke blog saya), saya ada senarai baru untuk anda. Bagi yang belum cuba, ah, ada 60 peluang menjumpai harta karun perut untuk anda  :)


Seperti 30 Benda Yang Patut Dimakan Sebelum Anda Kaput 1, beberapa orang awam dan rakan blogger telah sudi ditemuramah dan disurvey oleh saya tentang makanan kegemaran mereka. Terima kasih saya ucapkan pada mereka atas kerjasama yang tak terhingga, walaupun saya terpaksa mengelap air liur yag berjejeh dari mulut mereka tatkala menggambarkan makanan-makanan lazat saat perut berkeroncong menunggu waktu berbuka. 

(makanan yang disenaraikan halal agar sesuai untuk semua bangsa)

Jom kita tengok, apa kata survey!


Aida Naza Nurni, Kuala Lumpur:
1. Cendol bawah pokok ketapang,  Taman Melawati
2. Kuey Teow Mali's Corner (original) Taman Bunga Raya
3. Macaroni & Cheese, Secret Recipe
4. Apam Dewa Mak Long, Kg Pantai Beserah 
5. Puding Raja masakan emak Aida  <---- hubungi saya, nanti saya hantar anda ke rumah Aida untuk rasa puding ni  :)


Jack Derwin, Puchong Perdana:
6. Hor Poh Lui Char, Oasis Foodcourt, Mid Valley  <--- vegetarian dish kaum Hakka. 
7. Nasi Kukus, sebelah Pasar Besar Kota Bharu
8. Shira Sesame Hokkaido Gelato, Ministry Of Food, Pavilion KL
9. Buttered Prawn, Serai Thai, Sec 3 Shah Alam 


Ikzal Adiem, Jalan Ipoh:
10. Chocolate Fudge Cake, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
11. Cendol & Taufu Fah Kak Noor, Jalan Ipoh
12. Lontong Singapura Nenek Maimon, Melaka
13. Rendang Papaya Ayam, masakan emak Ikzal  <--- jom kita serang!


Ezuan Ibrahim, Kelana Jaya:
14. Nasi Lemak Makcik, tepi 7-Eleven SS5, Kelana Jaya
15. Charbroiled Chilli Steak, Victoria Station
16. Lau Wan Kuey Teow Goreng, Restoran Jaya, SS5 Kelana Jaya
17. Nasi Goreng Cili Padi Aunty Hamisah, Kampung Baru
18. Nasi Dagang Kg. Ubai, Kg. Ubai, Jalan Pekan-Kuantan


Lola The Showgirl, Damansara:
19. Wagyu Steak, Jake's Charbroiled Steak
20. Salmon Sashimi, Iketeru, KL Hilton
21. Black Pepper Venison, MS Garden Kuantan
22.  Fettuccine Carbonara, Bianco, Damansara Perdana 


Arnee Ismail, Taman Melati:
23. Kari Kepala Ikan, Taman Wahyu (berdekatan Jalan Kuching)
24. Roti Canai, tepi sungai Kg Sitiawan, Perak
25. Mee Rebus Tulang, Johor Bahru
25. Moussaka, Kokopelli, Petaling Jaya
26. Laksa Cikgu Datin Rowamis, Kuantan


Kebabo, lokasi rahsia di KL:
27. Nasi Ayam Bakar Special, Jalan SS6/2 Kelana Jaya (belakang Giant KJ)
28. Nasi Lemak Ayam Goreng, SeaPark, PJ (sebelah Maybank)
29. Dragon Roll Maki, Hanazen,  Jaya 33 PJ
30. Shitake In Oyster Sauce, Gerai Nasi Lauk Kakak, Food Court@ Semua House


Selamat makan!

2 comments:

katya said...

aku ada satu benda je aku teringin nak makan lagi dari dulu. burger daging bentuk starfish kat equitorial hotel. yummy!!

azyze gomez said...

bentuk starfish?
sungguh ajaib, first time aku dengar.