Pages

Selamat tinggal Azyze@mindsay

Thursday, August 27, 2009

Suatu masa, di zaman dahulu kala, sebelum munculnya azyze.blogspot.com, saya sebenarnya sudah berumah di Mindsay.com.

Mindsay.com merupakan satu daripada ratusan (pada masa itu) penyedia blog komuniti secara percuma. Istimewanya Mindsay, ia berfungsi lebih seperti sebuah laman web komuniti dan bukan sekadar hos blog semata-mata. Kamu bayangkan Facebook tetapi instead of personal profile page, anda dapat sebuah blog.



Saya memilih Mindsay kerana jaringan komunitinya merangkum pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia. Tak seperti blogger yang lebih individualistik, Mindsay mempunyai kelebihan berhubung dengan para blogger lain secara aktif, walaupun mereka bukan dalam jaringan komuniti senegara anda.

Di Mindsay, saya mula bertatih menulis perihal separa-peribadi (kerana ada kawan yang tahu blog saya), menulis untuk pembaca dan menulis untuk kepuasan dan hobi.


Wajah terakhir azyze.mindsay.com
catatan terakhir pun tahun 2006. Kasihan dia, neglected sangat.


Setelah mula berkerja, semakin lama semakin sukar untuk saya menggunakan Mindsay. Komputer di pejabat dan di rumah keduanya mac, dan Mindsay pada masa itu hanya menyokong browser IE dan Mozilla.

Setelah beberapa bulan tak bercerita, saya akur jua kepada keperluan menulis dan akhirnya membuka blog ini. Mindsay menjadi 'blog lama' yang bertindak sebagai arkib walking down memory lane saya. Sesekali bila saya rindukan cerita-cerita zaman belajar, saya baca blog Mindsay saya.


Semenjak-dua menjak ini, perasaan perlu menghapus jejak di internet semakin membuak-buak. Maybe it's me getting old - privacy is becoming more and more important. Saya ada di merata-rata tempat secara Online, dan kadang-kadang rasa menyesal pula daftar di situ-sini. Sekarang zaman Google, taip sikit pun dah jumpa. Bayangkan saudara-mara jauh yang jumpa pun tak pernah, kawan-kawan yang anda lebih rela tinggalkan jauh-jauh di ruang memori, apatah lagi musuh-musuh jiwa; datang mencari anda di Facebook (addlah saya! kata mereka) - atau lebih teruk - menjumpai blog dan menjadi pembaca tegar.

Ya, seram.

Saya buat keputusan untuk memadam kehadiran siber saya...well, a major of it, anyway.
Social Forum - delete.
Online business community - delete.
PR community clubs - delete.

As I strike websites off my list, I came to one soft spot - Mindsay.
Terlalu banyak kenangan bersama kenalan di sana. Banyak juga tulisan di saat2 naif dan 'suci pemikiran', saat2 hidup belum korup dengan cerita dunia.
Hsshhh...

Akhirnya, Mindsay.....


-delete.


Sukar melepaskan masa lampau, tapi saya rasa dah tiba masanya saya melangkah ke hadapan.

Selamat tinggal Mindsay. You've been a good companion. The good memories are forever etched in my heart.

*emo tapi cool pasal Ramadhan*

8 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

....sambungan dari komen di entry lepas.

eeeiii tak baik roxy cakap wtf di bulan puasa. ckplah whos the father. suci sikit.

so bila? bila? bila? besok mau? sila beri maklum balas.

azyze gomez said...

besok nggak bisa la, i'm meeting some of my degree classmates for buka puasa at kelana jaya.

*saje je tak bagitau location, ko mesti pose2 diva gatecrashers nanti ahahahah*


uols, next week boleh?
kalau aku, kokopelli ke, papa rich ke dah okeh ehehehe. tapi mungkin pah ada idea lain. kita nntikan balasan dia.

mizzyN said...

ko dah back up ke?

Cik Puan Muda Stress said...

no makna la aku nak gatecrash. tak koser. orang tak sudi, kita pun taknak memberi. nyampah.

kita pegi kokokaina korang tu pun okay gak, since review kat sini and pah's membuak2 kan..

next week pun next week lah. but before wednesday okay. i'm off to langkawi on thursday morning, so wednesday dah sah2 la kena berbuka ngan familia.

roxychick said...

wah wah wahhhh!
best ke mengumpat i?

anyway, tuesday's good. tpt mkn, korg ckp je kat mana, aku mesti sampai. ceh. padahal sah sah pompuan pms yg kena dtg fetch kan.

ada sapa2 lagi nak join kah? asyik bertiga je.. blogger lain tanak? aichemak. macam femes.

*aphal tiba2 aku jadik org utama lak? dan apsal tiba2 comment box els jd discussion room? aiseh...*

roxychick said...

btw els.. ko delete terus?

tak macam sayang ke..

if tak published pon, at least bole baca sendiri2...

azyze gomez said...
This comment has been removed by the author.
azyze gomez said...

nadh & roxy:
yep. i deleted the whole blog. however, there are a few entries yang ai rasa sesuai untuk diexport to this blog, jadi ianya sudah pun dimasukkan ke dalam archive.

the posts would have the title "Mindsay Memories:' diikuti dengan tajuk posting tersebut. kalau rajin ko bukak la arkib lama2 tu. but that's like, 10% je. and they're here because I feel the tone of writing is more or less macam kat blog ni jugak lah.

Kat Mindsay I mainly wrote in English pasal manade mat saleh paham BM, so macam tak brape sesuai untuk aku exportkan ke blog mainly BM aku yang ini hehehe (juga kerana most of you guys dont know the teenage me, i prefer to keep it that way ahaha)