Pages

Sambung cerita yihaa!

Monday, August 10, 2009


UPDATED: Tarikh tutup dilanjutkan hingga 19 Ogos 2009, Rabu! 




Bengang betul aku.
Sudah berapa kali aku pesan pada dia supaya jangan buat begitu, tapi masih tak didengar.
Kadang-kadang aku rasa macam mahu saja cekik-cekik leher mulusnya, malangnya aku sudah terperangkap dalam janji yang tak sengaja aku berikan pada Jack. 

Dalam sekelip mata, dia berdiri di depanku dengan sesuatu disembunyi di balik tubuh kecilnya.

"What's that you have there?" tanya ku.

Dia diam. Tidak responsif. Matanya mengecil memandang aku, sambil peluh-peluh kecil mula terbentuk dan mengalir mecucur dari dahi ke pipi.

"What do you have behind you?"

Dia masih mendiam. Walau tanpa bicara, matanya memberi gambaran jelas tentang objek di gengamannya itu. 

Bukan tanda yang baik. 

"Look, whatever you're thinking, you better not-"

Belum sempat selesai ayatku, sekilas kulihat tangannya pantas bergerak ke hadapan, dan dalam sedetik objek di tangannya melayang....


-----------------------------------------


Edited:

Okay friends, masanya untuk y'all sambung cerita ini mengikut kreativiti korang! 

This time I'm making this a little more interesting: penyambung cerita terbaik akan menerima sebuah aksesori yang chomel lagi menawan! Boleh pakai sendiri, atau bagi sebagai hadiah pada yang tersayang (gitu)!


Inilah hadiah yang bakal anda menangi:




1 x Sweetheart Bracelet
Silvertone bracelet with pink and clear rhinestones.
Rantai tangan rona perak dengan 'rhinestones' merah jambu dan jernih. 

 

1 x Simply Pretty Colorbliss Lipstick - True Rose 
1 x Avon Ultra Color Rich Lipstick - Poppy Love
I don't wear lipstick, so I might as well give 'em away here! 
Both lipstick comes in semi-matte finishes. 
And also...



1 x Glazewear Lipstick Sampler Bullet - Royal Fuschia
If I were to use a lipstick, this would be it! Glazewear adalah gincu yang berkilau macam lipgloss, tapi dalam bentuk lipstick. It's not waxy, it's lightweight and it glides on really smooth for a silky finish. Ni bukan puji bias ni, ni ikhlas  :) 




Pemenang akan dapat hadiah tersebut melalui pos, postage free and all. 


Since ada yang fening lalat as to the T&Cs, here are a few basic guidelines:
1. Taipkan sambungan cerita di ruang 'comments'.
2. Takde limit perkataan, tapi ini adalah cerpen, jadi tak payah la sampai lapan belas kajang  :)
3. Tarikh tutup adalah pada Ahad, 16 Ogos 2009. 
4. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin, 17 Ogos 2009.
5. Cerita diadili dari segi kreativiti, akhir cerita yang ada impact dan tidak anti-climax, serta mesra rakyat. 
6. Disebabkan cerita yang dah ada tu dalam bahasa Melayu, maka silalah sambung dalam BM juga. Bahasa Tamil atau Mandarin ai tak faham jadi ai terpaksa rijek (jika ada) hehehe. 


Senang je kan?
Jadi tunggu apa lagi?Time to get those creative juices flowing bebeh :)

21 comments:

mizzyN said...

ibuk, bila deadline dia?

azyze gomez said...

aku bagi lebih kurang seminggu la.... so winner will be announced minggu depan, monday ke...

baik tak aku? hehehe :)

mizzyN said...

kena ada tarikh nyata. kena tulis tarikhnye bile. hehehe aku promo ek. tata!

azyze gomez said...

tak, taknak tarikh2 segala.
aku bukannya buat contest beriya2 macam website lain. aku cuma nak buat suka2 denagn readers aku and whoever yang happen to be reading dan nak join.

so tak kesah jorrrrr....

school of thoughts said...

la... ingatkan dah ada yang masuk... rupanya masih berteka-teki ttg tarikh akhir hantar cerita... cit. so, kiranya, kene hantar thru comment la ek... berapa patah perkataan... tanyaku pula dengan wajah yang penuh ceria dan tangan comel terus menaip entah apa2 ntah...

azyze gomez said...

aida: correct!

please antar thru comments, and sukati panjang mana tapi ni cerpen so sendiri mau paham la heheh :)

My name starts with M said...

tu brg a--n tu! hehehe
aku dok cari idea, asal mcm sukar nak sambung ni ely.. ko bijak!! haha

katztales said...

My fave colour! But my BM sucks too much for me to take part :(

mizzyN said...

heheh, brjaya gak langkah iklan aku. ni katztales dah lawat.

azyze gomez said...

hi katztales, thanks for dropping by :)

of course you can join, feel free to submit an entry in english! i just made that BM guidelines so that friends don't come up with weird, merepek ways of doing it, like sending an entry in spanish.

(a friend did that once, she used an online translator just to make my life 'more adventurous')

roxychick said...

Swoooshhh! Kletuk!

Mataku dan matanya sama melihat ke arah tempat objek itu jatuh.
Aku melangkah laju. Tapi si pendek ni lagi laju.

"Hoh! Hoh! Jangan amik! Jangan amik!!" jeritnya kecil. Kecil sebab suara dia memang high pitch.

Aku tak pedulikannya lantas mengutip kotak itu dari atas jalan yang baru ditar itu..

"Hmmphh!" dengusku.

Tanganku rakus membuka kotak itu. Alah. sebenarnya kalau tak buka pon aku tau apa isinya.

"Ahh.. ko dah janji dengan Jack! Ko dah janji! Ko mesti buat!" Si pendek itu merengek-rengek. Isk. Mengada betul!

Saatku buka kotak itu, sebab terlampau rakus, maka terhambur isi-isi di dalamnya.. berterabur! Bersepah!

"Aiseh.." keluhku, tapi dalam hati je la. Aku tak nak tunjuk kegusaran aku di depan si pendek ni.

Dia menyeringai saat aku kutip isi kotak itu. Argghh! Tension pulak aku tengok!

"Mana ada aku janji apa-apa dengan Jack?" Aku cuba berdalih, dengan harapan dia akan menukar fikirannya.

"Anyway, you stole these! Ko tau tak betapa jenuhnya aku pergi dari satu farmasi ke satu farmasi just to look for these but they don't have it?? You have know idea how hard to find one of these! Sekarang ni, benda ni macam dah extinct pulak.."

"Dah.. dah! Ko jangan nak bodohkan aku! Nak tukar topik lak! Aku beli ke aku curik ke, ko kena kotakan janji! A promise is still a promise!" Pintasnya lalu merampas kotak itu dari tanganku.

Aku tenung matanya tajam-tajam and as usual, dia tak boleh orang tenung-tenung dia macam tu. Dia jadi menggelabah. Heh. Aku senyum. Menang.

"Dahlah. Aku nak blah. Don't you dare telling Jack about this!"
Aku warn dia. Dia tunduk. Bengang la tu.

Aku pon berpaling dan mula mengatur langkah untuk pulang.

"Sudahlah ko! Cakap jela ko takut! Ko tak berani! Blah laaa!!" Dia menjerit macam orang gila meroyan. Aku hanya senyum sinis walaupun hati aku sedikit gusar...

Kletuk!!

mizzyN said...

alahai deadline dah habis. boleh lanjutkan lagi tak?

school of thoughts said...

SORANG JE YANG MASUK...!!! SILA LANJUTKAN... I OLS TAK PEGANG LAPTOP BARU NI... SILA... SILA... SILA.. (MEMERAH OTAK SAMBIL MENYUSUKAN ARYSSA MALAM NI)

roxychick said...

aiseh.
kamon la korang..

korang nye version mesti lagi menarik.
aku tak boleh menang tanpa bertanding. rakan sekerja maa..

mizzyN said...

yey!

azyze gomez said...

ye lah pah,
i rasa you akan menang tanpa bertanding sebab orang lain samada
1. takut nak join,
2. sibuk pikirkan idea sampai terlajak tarikh penyertaan, atau
3. cuma suka tinggal komen suka-suka.

kan?


(hayo, batu api sangat zass ni)

mizzyN said...

dan melayang dan melayang ke arah langit. Ia kemudian jatuh ke bumi menyahut panggilan graviti tapi sebelum sempat mencium bumi dah ditangkap seekor anjing kecil berbulu putih.

"Why did you do that?" kata aku sambil mengetap gigi.

Dia tersenyum kepada aku.

"Bukannya I sentuh pun anjing tu kan?" ujarnya.

Aku memandang kembali pada anjing kecil itu yang sedang menggongong frisbee itu sambil berlari ke sana sini mencari pemilk plastik merah berbentuk bulat itu.

"I tau." Jawabku.

"Babe, I tau I baru embrace Islam tiga bulan dan maybe you risau bila orang kata I akan payah nak tinggal apa yang I dah biasa buat dulu. Tapi I bukan nak pergi main guling-guling dengan anjing tu. Kalau kena air liur or sweat dia pun bukan mati. Dog flu?"

Aku tendang sepenyepak pasir ke arahnya. Kena sipi-sipi je pun. Gila kalau kena dia, tak hormat suami namanya.

"I tau kita kena samak kan sebab najis."

Dia senyum ke arah ku. Aku senyum juga la sebab dah dia senyum khas untuk ku. Macam korang tak tau kalau lelaki hensem senyum kat kau mesti kau nak senyum balas balik kan. Lagipun ada cinta di sebalik senyum itu dan makanya...

"Those sceptic people are like flies. They will go away when the stinks gone. But you know me better and that's why I don't give a damn to what they say. Their judging marks won't kick me out of this reality show"

Tanganku dah siap sedia nak membelai wajahnya. Dah terlalu banyak dugaan dia hadapi hanya kerana menjadi saudara baru. Tapi manjaku terhalang dengan laungan makcik memanggil kami.

"Diana! Hafiz! Mari sini makan. Ada nampak piring plastik merah makcik tak? Tadi kotor nak cuci dulu. Boleh buat isi sos"

Aku kerling pada Hafiz.

"Bee, kalau makcik tau anjing gigit piring dia habis la you kena buang keluarga."

"No worries babe, I don't give a damn."

------------------------

akhirnya aku birjaya masuk yey1 walopun extended version

azyze gomez said...

i like!
birjaya ahahahaa

kita nantikan result esok yaaa...

mizzyN said...

edit sikit baru perasan pasal nama Jack itu, Jack tu jadi Hafiz iyek. meh aku tampal segala dalam ini biar ia make sense.

ps: konpem dah tak cukup syarat coz tak konti

deqja said...

melayang-layang dan melekat kejap di rambut wangi aku yang baru di shampoo..

"Jack!!! kenapa bagi Mak Sue benda niii..eeii geli gilos betul la aku dengan benda yang terbang ni" aku mengibas-gibas rambut yang lurus ni sambil terlompat-lompat ala ninja turtle.

"Cepat ambil balik binatang ni sekarang, kalau tak Mak Su goreng tepung lepas tu suruh kamu makan. Hendak???" Aku jegilkan mata sedikit biar budak kecik ni takut sikit.

Jack tersenggih menampakkan gigi nya yang hampir ronggak tu..
"Alaa Mak Su ni.. dengan lipas yang kecil ni pun nak takut, bukan nyer dia boleh makan Mak Su pun.. Picit dengan hujung jari pun dia matilah" ajuk Jack dengan pelat pekatnya.

"Mak Su tak kira, Jack tangkap sekarang jugak lipas ni..kalau tak jangan harap Mak Su nak bagi apa yang Jack minta semalam."

"Alaa,yelah-yelah. Tak sporting la Mak Su ni" rajuk Jack sambil mendekatiku supaya dapat menangkap lipas tu.

"Mak Su janji tau, belikan barang yang Jack nak tu, klu tak..."sambil matanya dikenyit-kenyit pada aku.Nasib baik la dia ni anak saudara kesayangan aku kalau tak jangan harap lah nak layan permintaannya yang agak mahal tu.

"Okey sayang, tapi dengan syarat Jack jangan nak takut-takutkan Mak Su macam tadi lagi" aku berlalu kembali ke meja laptopku.

"Okey Mak Suku sayang" ketawa Jack.

"Apa Jack panggil tadi? Mak suku? aku buat-buat marah.

"hehehe, takde lah Jack cakap Mak Su yang Jack sayang..sayang" dengan mengikut lagu Aliff Aziz.

"Okey, sekarang Mak Su puas hati, dah..dah keluar dari bilik Mak Su ni, orang nak tulis blog pun senang"..

Sekian...
Tak tau la cite ni ok ker tak, saje suka2 jer hantar..huhuhu

school of thoughts said...

Ini nukilan aku yang terlewat hantar...

Mataku terpaku seketika memandang objek yang rebah ke bumi. Adam masih berdiri tegak laksana menyanyikan lagu Negaraku masa perhimpunan sekolah.
"Is that what i think it is?" Senyum lagi Adam padaku. Senyuman yang membibitkan rasa sangsi aku terhadap apa yang bakal aku saksikan tatkala tangan gebu ku ini mengambil objek tersebut. Tepat. Jelas. Nyata. Ianya adalah sebuah diari kecil yang sebelum ini menjadi rakanku. Segala rahsia. Segala cerita. Segala isihati ada terkandung dalam naskhah kecil itu. "DID YOU??" Tanyaku dengan nada tinggi. Aku tak sanggup lagi membayangkan wajah Adam membaca nota harianku yang penuh dengan ayat berbunga cinta untuk Jack. Ye, Jack, saudara kembar Adam yang sudah lama pergi meninggalkan aku dengan seorang wanita yang kini digelarnya isteri.
“Well, tak perlu la malu. I know you dah lama ada hati pada Jack. Pity you. I think Jack has made himself rugi. Apa ntah yang dipandang pada Nurul tu. She got nothing comparing you!”
“Sara, ingat ye. Kita bertiga ni bestfriend. You, me and Adam. Never to fight, never to argue. Even a tiny little thing to as big as the titanic membelah lautan. Promise me?” Itu janji yang dibuat dengan Jack sebelum Jack melangsungkan perkahwinan dengan Nurul. Sungguh. Jack tidak pernah tahu isihatiku. Rakan yang selama ini sentiasa bersama, gelak ketawa, menangis bersama, ada hati padanya. Masakan tidak, sepanjang masa bersama dari sekolah tadika sehingga ke universiti. Atas janji itu, aku tidak dapat berbuat apa-apa atas tindakan nakal Adam terhadapku selama ini. Aku tahu Adam menaruh perasaannya padaku. Acapkali dia cuba untuk membuat aku gembira. Tapi, hatiku belum terbuka untuk insan yang kupandang serupa wajahnya dengan kekasih gelapku itu.
“Sara, if you think you can turn back time, you are in a deep dream. Wake up and smell the coffee. Jack will never be yours and it’s your mistake. Move on Sara.” Tiba-tiba alunan suara Adam berubah. Mula meruntun hatiku yang mendengarnya.
“Thanks Adam. Tapi, aku tak rasa aku boleh membuka hati untuk seorang lelaki yang lain.”
“Aku kan ada? I have the same look as he is. What more are you asking?” Senyum lagi Adam padaku. Perlahan, dia berjalan ke arahku. Lalu memegang erat kedua bahuku yang mula terhingguk menahan sebak.
“Adam, every human being is different. Even twins. You cannot be him. And you will never will.”
Terus aku berlalu sambil menggenggam erat diari biru yang dibaling Adam tadi. Hasratku hanya satu: menguburkan diari tersebut jauh ke lubuk hati yang paling dalam. Dan, ya, mungkin aku bisa membuka hati untuk Adam. Senyuman mula terukir di bibirku. Aku berpaling semula kepada Adam seraya berkata, “Tapi, life can change. I might too. Be patient. And something miracle will be happening.” Kata-kataku disambut dengan senyuman mesra Adam yang kemudian berlari-lari anak ke arahku. Dipeluknya tubuh montokku. “Thanks Sara. And I shall wait no matter how long…”

Sekian...