Pages

Sambung Cerita - Pemenang Diumumkan!

Wednesday, August 19, 2009

Ingat lagi entri ini?



Tu dia...
Sampai 21 komen di kotak komen, punya lah berpeluh nak baca (padahal entri cuma 4 saja haha).


Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menyertai peraduan kecil-kecilan. Kesudian anda beradu kreativiti di lembar digital ini saya hargai. Sebenarnya saya saja suka-suka buat contest ni untuk korang-korang yang selalu je ingat cerpen atau entri pendek saya adalah main sambung-sambung cerita. Tapi some of my usual suspects tak pulak join kali ini. Tak apalah, lagi tinggi peluang yang masuk untuk menang, kan?


Setelah diteliti-teliti, dibaca-baca, digelak-gelak, maka saya dengan sebulat suara (walaupun sorang2, bulat gak) mengumumkan pemenang Sambung Cerita Yihaa adalah.....





Saya rasa the edge yang MizzyN ada berbanding entri lain adalah elemen kejutan yang tidak begitu klise. Mula-mula, watak anjing yang menangkap benda yang dibaling. Kemudian secara perlahan kita diperkenalkan pada status agama Hafiz. Ada pula konflik halal-haram, dan diakhiri dengan skrip watak makcik yang cukup 'kantoi'. Walaupun isu anjing dan pandangan Hafiz adalah agak radikal dan terpesong dari hukum Islam, tapi ia cukup realistik. Saya boleh bayangkan senario ini berlaku pada saudara baru yang berkahwin kerana cinta. Good job!

Walaupun begitu, entri lain juga menarik. Deqja menyinar dengan sentuhan humor nya, Roxy cukup current dengan subjek topeng yang nampaknya dah jadi trend sekarang (heheh!), dan Aida pula macam tau saja saya suka cerita-cerita trajis   :) 

Trimas kepada anda semua yang telah menyertai peraduan kali ini. You're all talented, but there can only be one winner kan...



Anyway, MizzyN telah memenangi:



(klik gambar untuk rupa yang lebih jelas)

1 x Sweetheart Bracelet 

1 x Simply Pretty Colorbliss Lipstick - True Rose 

1 x Avon Ultra Color Rich Lipstick - Poppy Love

1 x Glazewear Lipstick Sampler Bullet - Royal Fuschia


Nantikan peraduan yang bakal tiba dengan hadiah yang lebih menarik lagi! (Klue: hadiah seterusnya - buku!)


-------------------------------------------------


Jom baca cerita lengkap yang dah disambung dengan cerita MizzyN : 



Bengang betul aku.
Sudah berapa kali aku pesan pada dia supaya jangan buat begitu, tapi masih tak didengar.
Kadang-kadang aku rasa macam mahu saja cekik-cekik leher mulusnya, malangnya aku sudah terperangkap dalam janji yang tak sengaja aku berikan pada Jack. 

Dalam sekelip mata, dia berdiri di depanku dengan sesuatu disembunyi di balik tubuh kecilnya.

"What's that you have there?" tanya ku.

Dia diam. Tidak responsif. Matanya mengecil memandang aku, sambil peluh-peluh kecil mula terbentuk dan mengalir mecucur dari dahi ke pipi.

"What do you have behind you?"

Dia masih mendiam. Walau tanpa bicara, matanya memberi gambaran jelas tentang objek di gengamannya itu. 

Bukan tanda yang baik. 

"Look, whatever you're thinking, you better not-"

Belum sempat selesai ayatku, sekilas kulihat tangannya pantas bergerak ke hadapan, dan dalam sedetik objek di tangannya melayang....

...dan melayang dan melayang ke arah langit. Ia kemudian jatuh ke bumi menyahut panggilan graviti, tapi sebelum sempat mencium bumi dah ditangkap seekor anjing kecil berbulu putih.

"Why did you do that?" kata aku sambil mengetap gigi.

Dia tersenyum kepada aku. "Bukannya I sentuh pun anjing tu kan?" ujarnya.

Aku memandang kembali pada anjing kecil itu yang sedang menggonggong frisbee itu sambil berlari ke sana sini mencari pemilik plastik merah berbentuk bulat itu.

"I tau." Jawabku.

"Babe, I tau I baru embrace Islam tiga bulan dan maybe you risau bila orang kata I akan payah nak tinggal apa yang I dah biasa buat dulu. Tapi I bukan nak pergi main guling-guling dengan anjing tu. Kalau kena air liur or sweat dia pun bukan mati. Dog flu?"

Aku tendang sepenyepak pasir ke arahnya. Kena sipi-sipi je pun. Gila kalau kena dia, tak hormat suami namanya.

"I tau kita kena samak kan sebab najis."

Dia senyum ke arah ku. Aku senyum juga la sebab dah dia senyum khas untuk ku. Macam korang tak tau kalau lelaki hensem senyum kat kau mesti kau nak senyum balas balik kan. Lagipun ada cinta di sebalik senyum itu dan makanya...

"Those sceptic people are like flies. They will go away when the stinks gone. But you know me better and that's why I don't give a damn to what they say. Their judging marks won't kick me out of this reality show"

Tanganku dah siap sedia nak membelai wajahnya. Dah terlalu banyak dugaan dia hadapi hanya kerana menjadi saudara baru. Tapi manjaku terhalang dengan laungan makcik memanggil kami.

"Diana! Hafiz! Mari sini makan. Ada nampak piring plastik merah makcik tak? Tadi kotor nak cuci dulu. Boleh buat isi sos."

Aku kerling pada Hafiz.

"Bee, kalau makcik tau anjing gigit piring dia habis la you kena buang keluarga."

"No worries babe, I don't give a damn."




7 comments:

mizzyN said...

biar betik aku menang! wahahah, gumbiranya ana hari ini!!!!

eh eh, ko dah privatekan blog ko ke azyze?

school of thoughts said...

tahniah kepada mizzyN. aku cemburu. tapi takpe. nanti aku beli lipstik tu. biar sama. ngagnaganagan...anyway, sila maklumkan jika ada lagi pertandingan seperti ini. aku dah tau rahsia nak menang. hgahaahahahah.. byk gelak la pulak sbb pressure.

azyze gomez said...

Mizzy:
you deserved it, di mata aku anyways hehe
hadiah akan menyusul whenever i get to see you, hopefully soon.

Aida:
jangan la cemburu.. ade peluang lagi nih. sekarang aku nak usha hadiah untuk contest seterusnya. nanti aku warwarkan pada ko bila aku nak buat nanti. buat selalu nanti dah tak cool lah pulak kan.
but rest assured, your entry pun best jugak tau! kalau watak tu terus mati ke hape ke mesti dah bleh menang heeh

Cik Puan Muda Stress said...

sorry lah geng, den tak sompek nak join kali ni.
blog sendiri pun bersawang, inikan pula nak join kemeriahan blog orang. huhu.

congrats MizzyN,

tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi ! (gitu)

roxychick said...

cpms,
ape cer tiba2 ada abg rambut ketak singgah lak..

congrats to mizzy n sbb menang. sbenanya i dah ckp kat els jgn bg i menang walau hebat mana pon i sbb i rakan sekerja. muahahaaa..

tapi aku dlm keadaan marah sbb ely tau apa yg aku pikirkan.. denggg!

slmt berpuasa everyone!

My name starts with M said...

yeah aku suka entry pemenang! bes bes!! tahniah mizzyN!

*sori gak tak join. brp kali aku baca, carik idea... tak jumpe2

mizzyN said...

haha thanks y'all. gue pun cari idea seminggu baru ada.

ely, benda contest nie kena bagi masa lama-lama sikit la kan. aku nye aritu pun sorang je masuk uhuhuhu.