Pages

Ramadhan Al-Mubaraq

Monday, August 24, 2009


Aku juga kadang-kadang lalang.
Aku kengkadang terbuai lentok oleh deru angin yang suka menggoda

Bisiknya 
ayuh bersamaku melihat dunia
panorama yang tak termimpi olehmu
tinggalkan tanah, bebaskan akarmu
hanya kau yang ketinggalan
 

Makin aku menggeleng
Makin kuat derunya

Bisiknya
semua sudah bersamaku
yang naif, yang ketahuan, yang buta
yang bijaksana, yang tinggi darjatnya
hanya kau yang ketinggalan



Aku juga kadang-kadang lalang. 
Aku juga kengkadang terbayangkan apakah kunci ke surga itu
Ada pada sayap-sayap halimunan angin


Tapi aku tahu 
tanpa tanah pengikat nafsuku aku bisa mati

Jadi setiap hari aku biarkan angin menderu menyapaku
Biar aku sekecil lalang dan tak mungkin menjadi jati
Aku berdoa pada tuhan agar aku terus terpasung ke bumi
Kerana hakikatnya andai aku terbang pun, 
satu hari aku akan tetap jatuh kelelahan 
di lantai bumi


Teguhkan imanku dari godaan yang mendatang
Dan kuatkan aku kepada asas-Mu.
Insyaallah. 



Salam Ramadhan buat semua. 
Moga kita terus terpasung pada keindahanNya.





5 comments:

mizzyN said...

om nom nom makan lalang

mizzyN said...

selamat berpuasa, sejak chatbox ko dah takde, payah plak nak hi hi dan babai.

mizzyN said...

lalang jangan pandang belakang.

azyze gomez said...

tuan punya blog merajuk pasal dah terjahanamulkan html blog jadi dengan perasaan tak hinginnye tak nak naikkan apape widget di sini.

sebab kita cuma beriya menghias rumah yang kita nak duduk long term, kan?

mizzyN said...

alala merajuk, jangan la lama-lama.
cuba lagi repair.