Pages

Makan-makan hingga pengsan

Wednesday, August 26, 2009

Salam 5 Ramadhan... amacam, steady lagi?

Okaylah, soalan ini mungkin sudah tidak relevan jika anda seorang dewasa. Kalau zaman budak-budak bolehlah puji-puji jika tahan ujian puasa, tapi kalau dah besar panjang masih juga mahu ditepuk bahu, dijauhkan rupa makanan, orang 'bendera merah' nak kena sorok-sorok makan, itu mengada-ngada namanya.

Oleh kerana anda semua adalah dewasa-dewasa (dan pra-dewasa) yang kuat imannya dan teguh niat puasanya, maka saya tidaklah terasa risau untuk memaparkan gambar makanan yang enak, lazat dan cukup menyelerakan. *cue muka poyo*

Seminggu sebelum puasa, saya, Cik W dan Roxy berjaya juga akhirnya membawa Cik Rz ke Kokopelli. Ingat Kokopelli? Cik Rz memang teringin sangat nak ke Kokopelli, jadi atas alasan 'pulun habis-habisan sebelum puasa', kami gagahi jua untuk makan di sana walaupun duit di poket sudah di kadar dedebu manja.

Memang delisioso! Lebih delisioso adalah di akhir sesi soru, Cik Rz footed the bill :)



Itu dia.... Roast Chicken yang dipesan Cik W.
Mashed potato lazat, ayam lazat, gravy lazat,
malah Rosemary tu pun sedap!



Slurpp slurpp!
Leaving On A Jet Plane, Come Fly With Me, Traffic & Fly Me To The Moon.
Semua air ni bila dah kacau, jadi warna lain. Interesting & delisioso.



Cik Rz pilih mee hailam super duper best!



Roxy (berbaju cokelat) makan Seafood Aglio Olio.
Nom nom nom


French fries yang sungguh garing di luar, lembut di dalam.
Agak tebal berbanding fries biasa, dan segar.
McDonel eat your heart out.


Dan itu dia kegemaran saya, cili potong dengan kicap!
Saya makan bihun hailam sebenarnya, tapi seperti biasalah,
mana sah makan tak ada cili potong kan?
Dan tidak, saya tidak bermasalah buasir heh heh



Ha, dah lapar la tu, kan? *wink wink*


8 comments:

roxychick said...

apa sangat la setakat gambar2 makanan nih? kalau berani buka puasa kat sana la cpms!

*eh.. ni bukan comment box cpms eh?=p*

roxychick said...

oh.. terkas cik rz...

mizzyN said...

sodapnye, ko ni manjang ke bizi.

azyze gomez said...

Roxy:
kita nantikan la si PMS tu balas, besar kemungkinan Ramadhan tahun depan kot.
btw, gua rasa blog ni ada masa hadapan jadikblog makanan buat bulan puasa ini uols :)

Nadh:
babe, minggu ni memang sesak la. nut as you can see, menu menarik. if you dont feel like having the wonderful western dishes, they have local delights yang mendelightkan juga. best kan? eheh.

Cik Puan Muda Stress said...

weyh ngumpat aku tak ingat donia. padanlah aku terbatuk2. hah. bila nak buka? bilaaaa?? jangan cakap je bai.

(sexcited lebih bila teringat bakal amik blusher dan lipgloss best dekat roxy. eh ni bukan blog roxy ek? tibaiii)

azyze gomez said...

cilakak punya PMS
*in the nicest, girliest kinda way ahaha*

roxychick said...

eh.. kita umpat dia ke weyh?

tak baik punya. kurang pahala puasa...

bila beb?? bilaaa??

*sexcited? wtf? lesbian ke hape??*

mizzyN said...

erm. dlm maps google duk si kokopeli itu duk highlight masakan baratnya. herm herm, tgk napsu aku kata apa pada hari itu. haha.