Pages

Entah Apa-Apa Entah

Monday, July 13, 2009

Setiap kali naik LRT, saya selalu ambil peluang perhati orang. Saya perhati kasut mereka, saya perhati baju mereka, beg tangan mereka, bingkai spek mata mereka, bahan bacaan mereka (jika ada), atau earphone mereka dan teka-teka apa jenama pemain MP3 mereka. Maklumlah, kalau dah namanya pun naik LRT waktu pagi, nyata-nyata kita sedikit sebanyak pasti terpenyek atau tertepek di belakang/ depan / tepi / kadangkala bawah orang. Orang-orang urban berbraket gaji sederhana mesti faham sebab tentu pernah naik LRT, tapi makcik-makcik, pakcik-pakcik jangan gusar... kamu bayangkan sahaja pengalaman zaman 80-an kamu bergayut-gayut naik bas mini, BMW, Yellow Bus, Bas Sri Jaya dan sebagainya. Lebih kurang gitu la, cuma tak ada konduktor bas yang menjerit sebelah telinga kamu sahaja. Bagi yang kotor punya kaya (dirt rich) dan cuma pernah naik kereta sendiri, oh, maaf, kalau begitu, kamu belum cukup worldly lah.


Salah satu perkara yang paling ketara bila menaiki tren yang sesak di pagi hari, selalunya adalah keadaan rambut kamu, dan penumpang lain. Meh sini nak beritahu, rambut memang antara check-list utama yang perlu kamu beri perhatian bila menaiki tren, sebab ratusan orang akan  naik tren bersama kamu pada pagi itu, dan kemungkinan besar rambut kamu akan main peranan dalam pola pembentukan pemikiran awal hari mereka. Dan selalunya, benda pertama yang kamu buat kamu fikir adalah benda yang berkemungkinan tinggi melekat sepanjang hari dalam kepala hotak kamu. 


Jadi bayangkanlah:

Jika rambut basah, nanti orang buat tekaan kamu  1. bangun lambat dan pemalas betul , blow dry rambut pun tak, atau 2. mandi wajib.  Jika kamu cukup kental untuk tidak memperdulikan soal rambut basah dan mahu pakai belasah sahaja, kamu perlu fikir presentasi rambut kamu pula, samada 1. nak ikat, lebih mudah dan kemas tapi nanti orang kata 'eww basah-basah pun ikat?' atau 2. tempek gel kan mudah, tapi nanti bau gel bercampur bau syampu dan minyak wangi boleh buat orang kena asthma, atau 3. lepaskan saja, tapi kemungkinan rambut basah menepek muka atau termasuk mulut orang yang terpaksa bersesak sebelah/ belakang kamu dan mendapat reaksi 'ewww, rambut basah pthuii pthuuiii!' cukup memalukan. 


Jika rambut kamu kering pun boleh jadi isu. Andaian orang 1. Kamu tidak mandi pagi,  2. kamu mandi tapi jenis tak reti basuh rambut, atau lebih dasyat lagi, 3. kamu ehem-ehem tapi tak sempat mandi wajib dan itu sungguh gross.


Itu belum kira lagi soal rupa rambut kamu. Bila rambut au naturale, ianya terlalu semak, serabai, degil, has a life of its own. Bila rebonding sebab nak 'guna jari pun boleh', dah nampak obvious ianya hasil rawatan kimia dan bukan kerana kamu diberanakkan dengan genes yang sama dengan Gwyneth Paltrow. Bila perm untuk nampak berbeza, ada potensi ia mengembang dan menggerbang mencucuk biji mata orang pula.  

 
Sakitnya kalau terpijak dalam lrt...
Gambar ihsan rampokan dari Squidoo.com


Percayalah, bila sudah bersesak dan tak boleh bergerak, mata dan minda kamu mula mereka cerita tentang orang sekitar kamu, dan perkara paling nyata dalam lingkungan garis mata mereka adalah rambut kamu. 


Tough luck, cookie, sebab realitinya kejelitaan bukan hak milik setiap insan. 



Keadaan obses dengan rambut ini membuatkan saya terfikir, kenapalah kita taksub sangat dengan rupa rambut kita?

Berklip bermanik, berikat scrunchies warna warni (brrrrr menggigil), bergel, berminyak, bersemburan, perm kerinting, rebonding kejung, pesen slope, vertical cuts, layer, feathering, scalpline, botak, sampai ke pesen titanic tenggelam senget sebelah macam Rihanna buat tu pun jadi kegilaan ramai. 


Rambut dah sama macam pengukur status. Rambut semak atau agak diluar kawalan jadikan kamu kutu haprak, penganggur, tak habis sekolah atau untuk perempuan, minah serabai yang tak reti jaga diri. Kalau rambut lembut, beralun kemas, berkilau dasyat dengan lebat bertingkat (eleh, extentions) dan berwarna ala madu, maka orang itu ada style, hip, mengikut arus trend dan cantik chomel atau kacak yang sememangnya sesuai jadi bakal menantu mak bapak kamu. 



Rambut macam singa, ada hati nak jadik gefren. *matila*
Gambar ihsan google yihaa!




Tapi,
bukan ke rambut tu satu daripadan end product hasil perkumuhan badan?
Macam kuku, macam peluh, macam bulu... macam tahi?


Contohnya, nak 'membuang' kat mana-mana pun boleh. Jamban ada aircond ke, tak ada paip ke, berbayar RM2 ke, berbau ke, lampu blow ke, tak pernah jadi soal. Kan? Kalau ikut prioriti, rambut kamu serabai mana pun, tak akan menjejas kesihatan dengan kadar melampau. Tak ada rambut pun tak apa beb, tapi kalau kamu tak buat pelepasan besar tiga empat hari, chait, mau biru, sesak nafas, koma. 


Tapi cepat sahaja kamu flushkan. Kadang-kadang tengok pun tak mahu. (Tengok warna dan konsistensi buangan kamu beri banyak clue pada kesihatan kamu, tahu.)

 
Kamu double-standardkan bahan kumuhan kamu macam kamu double-standardkan kawan-kawan kamu juga, ya?


Sayang, rambut itu bukan pengukur personaliti kamu ya. 
Kamu lebih dari yang materi. Kamu boleh jadi pengemis tepi jalan pun, tapi kaya kamu dan hebat kamu bukan diukur dari style rambut tu. Kadang-kadang lebih banyak rahsia yang tahi kamu simpan dari rambut kamu pamerkan.


"Tapi kalau saya tak mahu memilih bulu, kalau saya sudah insaf dan mahu beri layanan setimpal pada kumuhan badan kamu, bagaimana", tanya kamu pada saya. "Perlu layan macam rambut yang cantik ini kah", tanya kamu lagi pada saya.


Cuba lah bayangkan tahi yang dikumuh tubuh tu diberi perapian terperinci seperti kamu menjaga rambut kamu. Spray sikit bagi keras terbentuk, kemudian letak klip dengan bling-bling, tak pun guna wax yang ada daya ketahanan melawan ribut. Mahu? 


Errgghhhhhhhhh...
jangan jadi bodoh boleh? 
Itu cuma contoh sahaja. Lihat pada gambaran besar, boleh? 
Kamu ini, faham tidak rambut itu sebenarnya pengganti bagi apa, kumbahan itu apa, dan lrt itu apa?


Oh, I give up lah.   
 


(nota: keadaan rambut kamu adalah tanda kesihatan kamu juga, tau. Macam rapuh ke, mudah putus ke, tebal ke. Tapi kalau styling, itu kena mengena dengan vainness kamu)

5 comments:

roxychick said...

cite pasal rambut kita bole nampak tu je dah berjela-jela panjangnya.. belom lagi cite rambut yang tak nampak..

ish. ish.

azyze gomez said...

ai memang pandai overstoryteling huahaha

Cik Puan Muda Stress said...

rambut yang tak nampak?

kahkahkah. style perm lah

azyze gomez said...

Cik PMS:
that seems to be the feedback yang aku secara tidak sengaja pernah diberitahu oleh ramai orang..... regardless of betapa layered rambut kepala ehehehe

My name starts with M said...

apa jadi kat kau dlm LRT?

tulis ni mesti inspired by something. someone... someway ;)