Pages

Gile Random #6

Thursday, July 30, 2009

Jangan disko mbak, dangdut ajaaaa!
Dikesan di TopZeller Borong Market, Wangsa Maju.




Goodbye Goodbye, Shining Beacon

Monday, July 27, 2009

Please take a while, put aside anything you might be multitasking while reading this blog, 
and watch the clip below. 




It's okay, dear readers, I cried too while watching this. 

How could I not shed tears watching the clip, when it reminded me so much of Yasmin's 'flaws' that were obviously & viciously pounded into our heads by those who hated her : her supposed insensitivity in portraying Islam, her over-dramaticized on-screen romances, her boring non-sensational storylines (although those were realistically, portraits of real life)

knowing that 

those 'flaws' would be the things that we; those whom she managed to touch in her 51 years on earth; would so miss in years to come, now that she's gone. 

Kak Yasmin, although I've never had the chance to know you personally, you've managed to touch my heart through your works and writings, especially the soulful ads you made. 

Indirectly, you have changed the lives of so many of us. I hope you know that you were loved and admired by many, and will continue to be our beacon, despite not being here in flesh. 

Moga Allah merahmati roh Kak Yasmin.


In times of sadness like these, I'm sure Kak Yasmin would want us to remember the good times and to celebrate life, just as she did. Just as her favourite poet, Jelaluddin Rumi noted in his famous poem:

you mustn't be afraid of death
you're a deathless soul
you can't be kept in a dark grave
you're filled with God's glow

be happy with your beloved
you can't find any better
the world will shimmer
because of the diamond you hold

when your heart is immersed
in this blissful love
you can easily endure
any bitter face around

in the absence of malice
there is nothing but
happiness and good times
don't dwell in sorrow my friend



 And so we shall. 

Al-Fatihah.

Note: This blog rests for a while in respect to the passing of Yasmin Ahmad.  



p/s: someone alerted me that this post sounds much like the one aku bimbo posted, rest assured I wrote this first before reading his entries, but the ad and poem were bound to be shared by many lah, since it's the two things that's really close to Kak Yasmin. I'd prefer to see it as 'great minds think alike', eh? (Don, lu lebih power though.)

Apa yang kamu sedang buat di saat ini

Friday, July 24, 2009

Starry Night karya Vincent Van Gogh
(ihsan Google)


Dia bakal di hantar ke medan perang. 

Dia risau kekasihnya akan melupakannya bila dia tiada. Mungkinkah kekasihnya jatuh cinta dengan lelaki lain yang nyata di mata dan membuang cinta lama?

Dia tidak sanggup menghadapinya, walau mungkin itu yang terbaik untuk mereka berdua.

Malam sebelum dia mendaftar, dia melutut di jendela. "Tuhan, aku rela jika kau hantarku untuk berjuang nyawa. Aku redha jika hidupku terpasung pada medan perang. Satu-satunya permintaan aku, jangan kau luputkan diriku dari hatinya. Pastikan cinta yang ada dalam hati ku ini akan tersemai di hatinya dan kekal bercambah menjadi utuh."

Malam semakin dingin dan deru angin bagai memujuknya untuk melelap mata. Dia merebahkan diri di atas katil dan malam beransur lalu...

Esok, dia meninggalkan segala yang dikenalinya atas nama pengorbanan dan kesetiaan dengan doa yang tak lekang dipinta.  


---------------------------------------------------------------------

Bunyi sesuatu mengetuk tingkap dari luar.

Tak. Tak. Tak. 

Dia bangun dari tidur dan membuka langsir. Seekor burung merpati duduk memandangnya dari luar.

Tingkap dibuka. "Kamu buat apa di sini, si kecil?" 

Merpati putih itu lantas terbang ke dalam bilik dan hinggap di meja persiapan.

"Kooo, Kooo," bunyi merpati.

"Kau mengingatkan aku pada seseorang yang sudah lama tidak aku jumpa. Seseorang yang mempunyai hatiku. Apakah kehadiranmu petanda dia mengingatiku juga?" katanya sambil tertawa kecil.

Matanya terpejam, dan dia membayangkan lelaki-lelaki yang pernah cuba mencuri hatinya. Ada yang menjanjikan kesenangan, ada yang mahu bawa dia pergi jauh dari runtuh kota Berlinnya, ada yang berikrar mencinta hingga ke hujung dunia. Namun biar seuntung manapun janji-janji mereka, hatinya tidak mahu berganjak.

Fikirannya sering mencemuh, kau bodoh kerana menanti kasih yang belum tentu terpatri
Hati pula selalu membela, mungkin ada kuasa yang lebih besar sedang merantai aku pada si dia, dan aku tak mahu lepaskan perasaan itu biar perlu bertugu selamanya

Mungkin semuanya sudah terlakar di taburan bintang yang kekal berkelip biar dunia semakin berontakan. 

Dia menarik nafas dalam. Rambut kuning yang menggebar di sekeliling wajah dibiarkan tak berikat. Si dia sukakan 'pintalan emas' milikku ini, bisik hatinya. Dan aku rindukan sentuhan hangat si dia...





"Koo."

Dia merapati merpati tersebut. Baru dia sedar, ada sesuatu diletakkan si merpati ke muka meja.

Sebentuk cincin.

Cincin kekasihnya.


Merpati putih tadi berbunyi lagi. Ulang-berulang ia melaungkan bunyi mendayu yang tidak mungkin dihadam pemahaman manusia. 

Tangannya menyentuh cincin yang berkilau diulit sinar rembulan yang menerjah masuk dalam kedinginan  malam.

Dia mengerti.
Rebah terduduk, dia meratapi kematian kekasih yang dicintai. 


Malam itu, dia terbaring di lantai. Tubuhnya kaku, matanya kosong, pipi berkerak tangisan yang mengering. Cincin kekasihnya masih erat digenggam tangan biar nyawa kian meninggalkan jasad. 

Dan sang merpati terus menyanyikan nada nostalgia bersulam likat merah dari pergelangan yang melimpah terus membasahi telapak cinta yang tak kesampaian.


 

kebodohan melanda

saya dengan bijaksananya telah terjahanamkan kod html blog saya dan sekarang layout blog saya telah jahanam.

Disaat ini saya sangat marahkan diri saya dan saya rasa seperti mahu melempang diri sendiri sehingga koma.

Opps, koma-koma sensitif sekarang.

Sementara saya mendapatkan kembali kewarasan saya dan berusaha keras membuat layout blog bar, anda sabar dahulu dengan layout simple ini ya. Links pun saya malas nak update kerana saya harap skin ini untuk sementara sahaja. 

Oh, 
ayuh sunyi sejenak dan berkabung buat layout kaset John Lennon tersebut.
Selamat tinggal Azyze ver3.0.


hari ini hari kecewa

Wednesday, July 22, 2009


Aduhhh..

Seriusli saya sudah beriya-iya menyediakan diri dalam mode ruhaniah ala Sifu. Juga sudah mula fikir mahu pakai apa, mahu bawa Nikon atau tidak, tak sabar tungu delivery istimewa tiket yang seharusnya sampai ke tangan saya sebelum Jumaat-

Sekali Konsert Sabtu ini ditunda pula!

Aduhai kasih aduhai...

Maka terus saya berasa tak hingin langsung nak buat apa-apa hari ini. 
Sekian. 


Updated: 
Dalam kekalutan perasaan, hadir penceria yang buat saya ketawa dan lupa sedih hati buat seketika. Thanks a lot A.R, I needed the laugh. Kamu ada kuasa psikik ke? Hahahaha  ;)

Ketagih, of the perut sort

Tuesday, July 21, 2009


Wowwwwww.... *mata bundar*






Oh, oh... *drools*




sampaikan lego pun dah nampak sedap nih...
(semua gambar dirampok dari google tanpa niat memplagiat.
 kredit untuk peanngkap gambar, syabbas bette!)




dah tiba masanya saya mengakui masalah ini - 

SAYA ketagihan sushi, maki dan sashimi!

Matilah kenapa ketagihan benda yang mahal je ni? Kenapa tidak ketagih roti canai ke, sirap ke, atau oats ke? Takde la bila kopak-kopak gini sakit jiwa.

Me. Want. Sushi....



Penat tapi buat juga.

Sunday, July 19, 2009

Dah tak boleh nak tolak dah. Orang cakap saya sombong. Kata saya ada masa bubuh gambar put*ng lelaki tapi tak ada masa buat meme.
Okay, ni ha.


Tag oleh MizzyN
1. Apakah perasaan anda sekarang?
Biasa-biasa aja. 

2. Saya nak makan?
Tapi perut macam meragam.

3. Saya tak suka? 
bila naik lrt dan terlupa bawa buku, kemudian bateri iPod pula kaput. 

4. Impian saya? 
boleh jadi kenyataan. Tapi adakah saya ada masa untuk menjadikannya kenyataan? 

5. Haiwan yg saya tak suka? 
Cicak. Dan mungkin babi. 

6. Saya harapkan?
 sesuatu yang tak mungkin menjadi, iaitu ada masa untuk kita buat semua yang kita mahu buat. 

7. Jika boleh putarkan masa? 
saya mungkin sudah berubah menjadi seseorang yang hampeh. Jadi lebih baik begini. 

8. Saya pada 10 tahun akan datang? 
Mungkin akan bertanya pada diri saya sendiri : Why the hell did I let all those buggers get to me, huh?

9. Handphone saya adalah sebuah?
alat yang saya sayang tapi selalu kejami. 

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
Sebanyak ini! 

11. Kawan-kawan saya? 
Kebanyakannya sedang bergiat aktif dalam acara meng'arnab'kan diri 

12. Pernah dikhianati? 
Ya. 

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Jumpa dan kata "Well, ain't karma a bitch. Now who's laughin', huh?". Tapi mungkin dia terlalu lembab untuk memahami statement tersebut. *Ouch!*




Tag oleh Jaily
Where is your cell phone?
In my handbag.

Relationship? 
with that special someone is apparently pending god's delivery, but I have great friends and family around me so that's super. 

Your hair? 
Is starting to irk the hell out of me but I can't keep cutting them a month before raya. That's just wacked. 

Work? 
is, alhamdulillah, something I actually enjoy.

Your sister? 
Is most probably sleeping the morning away. Such is the life of  'pemetik anggur'. 

Your favorite thing? 
Are not whiskers on kittens and warm woolen mittens. 

Your dream last night?
Did not happen, but I think I had a good one two nights ago. 

Your favorite drink?
Teh o suam, kurang manis. 

Your dream car? 
Should come with a driver ahahaha (mimpi sangat)

The room you’re in? 
is wide and cold.

Your shoes? 
are showing wear and tear, they make this weird, squishy sound although not wet at all. 

Your fears?
ending up a useless deadbeat, thus disappointing my parents and breaking their hearts.  

What do you want to be in 10 years?
a happier person who is in tune with her inner being, and hopefully a mother. I hope I don't miss out on the joy of motherhood. 

Who did you hang out with this weekend?
I met Uns and FJ last night, and a few days ago 

What are you not good at?
I would say life and love. Gile poyo.

Muffin?
I'll pass. 

One of your wish list items? 
Lenses for the camera.

Where you grew up?
Taman Melawati, Kuala Lumpur

Last thing you did? 
Paid the cab driver some dough.

What are you wearing?
Jeans, brown cotton top and sneakers.


What aren’t you wearing? 
Any jewellery. 

Your pet?
There's Pinto, Kem and her 3 kittens. 

Your computer? 
iMac. 

Your life? 
Is not so bad, compared to some others.

Your mood?
fluctuates now and then. 

Missing? 
a big piece of puzzle that will more or less complete a chapter in my current life, and I do hope I find it soon...

What are you thinking about right now?
How it would feel like to have J*M bear hug me and-  opps oppsss straying mind! Sorry hehe

Your car? 
will be there when I get my license 

Your kitchen ?
will hopefully have a good stove & a large fridge   :)

Your summer?
is year long. 

Your favorite color?
is green.

Last time you laughed?
was last night with Uns, talking about Miss Zalifah and the Vouchers.

Last time you cried? 
a few days ago. My aunt is still in CCU. 

School? 
was a bittersweet experience, but it made me who I am today. 

Love? 
is precious. 

gile kapak!

Tuesday, July 14, 2009

Lihatlah apa yang menanti saya di inbox tadi....




Hamdan Bloodshed bagi friends request.Gile ah!
Saya tak kenal secara peribadi mana-mana ahli kumpulan ni, apatah lagi mutual friends list pulak 2 ketul je dan dah berkurun tak jumpa. 
Jadi apakah?

Kesimpulan yang boleh saya buat, saya memang kental. 
 
Ape cukup rock tak gua sekarang? 
*Jelir lidah dengan buat rock sign*

Entah Apa-Apa Entah

Monday, July 13, 2009

Setiap kali naik LRT, saya selalu ambil peluang perhati orang. Saya perhati kasut mereka, saya perhati baju mereka, beg tangan mereka, bingkai spek mata mereka, bahan bacaan mereka (jika ada), atau earphone mereka dan teka-teka apa jenama pemain MP3 mereka. Maklumlah, kalau dah namanya pun naik LRT waktu pagi, nyata-nyata kita sedikit sebanyak pasti terpenyek atau tertepek di belakang/ depan / tepi / kadangkala bawah orang. Orang-orang urban berbraket gaji sederhana mesti faham sebab tentu pernah naik LRT, tapi makcik-makcik, pakcik-pakcik jangan gusar... kamu bayangkan sahaja pengalaman zaman 80-an kamu bergayut-gayut naik bas mini, BMW, Yellow Bus, Bas Sri Jaya dan sebagainya. Lebih kurang gitu la, cuma tak ada konduktor bas yang menjerit sebelah telinga kamu sahaja. Bagi yang kotor punya kaya (dirt rich) dan cuma pernah naik kereta sendiri, oh, maaf, kalau begitu, kamu belum cukup worldly lah.


Salah satu perkara yang paling ketara bila menaiki tren yang sesak di pagi hari, selalunya adalah keadaan rambut kamu, dan penumpang lain. Meh sini nak beritahu, rambut memang antara check-list utama yang perlu kamu beri perhatian bila menaiki tren, sebab ratusan orang akan  naik tren bersama kamu pada pagi itu, dan kemungkinan besar rambut kamu akan main peranan dalam pola pembentukan pemikiran awal hari mereka. Dan selalunya, benda pertama yang kamu buat kamu fikir adalah benda yang berkemungkinan tinggi melekat sepanjang hari dalam kepala hotak kamu. 


Jadi bayangkanlah:

Jika rambut basah, nanti orang buat tekaan kamu  1. bangun lambat dan pemalas betul , blow dry rambut pun tak, atau 2. mandi wajib.  Jika kamu cukup kental untuk tidak memperdulikan soal rambut basah dan mahu pakai belasah sahaja, kamu perlu fikir presentasi rambut kamu pula, samada 1. nak ikat, lebih mudah dan kemas tapi nanti orang kata 'eww basah-basah pun ikat?' atau 2. tempek gel kan mudah, tapi nanti bau gel bercampur bau syampu dan minyak wangi boleh buat orang kena asthma, atau 3. lepaskan saja, tapi kemungkinan rambut basah menepek muka atau termasuk mulut orang yang terpaksa bersesak sebelah/ belakang kamu dan mendapat reaksi 'ewww, rambut basah pthuii pthuuiii!' cukup memalukan. 


Jika rambut kamu kering pun boleh jadi isu. Andaian orang 1. Kamu tidak mandi pagi,  2. kamu mandi tapi jenis tak reti basuh rambut, atau lebih dasyat lagi, 3. kamu ehem-ehem tapi tak sempat mandi wajib dan itu sungguh gross.


Itu belum kira lagi soal rupa rambut kamu. Bila rambut au naturale, ianya terlalu semak, serabai, degil, has a life of its own. Bila rebonding sebab nak 'guna jari pun boleh', dah nampak obvious ianya hasil rawatan kimia dan bukan kerana kamu diberanakkan dengan genes yang sama dengan Gwyneth Paltrow. Bila perm untuk nampak berbeza, ada potensi ia mengembang dan menggerbang mencucuk biji mata orang pula.  

 
Sakitnya kalau terpijak dalam lrt...
Gambar ihsan rampokan dari Squidoo.com


Percayalah, bila sudah bersesak dan tak boleh bergerak, mata dan minda kamu mula mereka cerita tentang orang sekitar kamu, dan perkara paling nyata dalam lingkungan garis mata mereka adalah rambut kamu. 


Tough luck, cookie, sebab realitinya kejelitaan bukan hak milik setiap insan. 



Keadaan obses dengan rambut ini membuatkan saya terfikir, kenapalah kita taksub sangat dengan rupa rambut kita?

Berklip bermanik, berikat scrunchies warna warni (brrrrr menggigil), bergel, berminyak, bersemburan, perm kerinting, rebonding kejung, pesen slope, vertical cuts, layer, feathering, scalpline, botak, sampai ke pesen titanic tenggelam senget sebelah macam Rihanna buat tu pun jadi kegilaan ramai. 


Rambut dah sama macam pengukur status. Rambut semak atau agak diluar kawalan jadikan kamu kutu haprak, penganggur, tak habis sekolah atau untuk perempuan, minah serabai yang tak reti jaga diri. Kalau rambut lembut, beralun kemas, berkilau dasyat dengan lebat bertingkat (eleh, extentions) dan berwarna ala madu, maka orang itu ada style, hip, mengikut arus trend dan cantik chomel atau kacak yang sememangnya sesuai jadi bakal menantu mak bapak kamu. 



Rambut macam singa, ada hati nak jadik gefren. *matila*
Gambar ihsan google yihaa!




Tapi,
bukan ke rambut tu satu daripadan end product hasil perkumuhan badan?
Macam kuku, macam peluh, macam bulu... macam tahi?


Contohnya, nak 'membuang' kat mana-mana pun boleh. Jamban ada aircond ke, tak ada paip ke, berbayar RM2 ke, berbau ke, lampu blow ke, tak pernah jadi soal. Kan? Kalau ikut prioriti, rambut kamu serabai mana pun, tak akan menjejas kesihatan dengan kadar melampau. Tak ada rambut pun tak apa beb, tapi kalau kamu tak buat pelepasan besar tiga empat hari, chait, mau biru, sesak nafas, koma. 


Tapi cepat sahaja kamu flushkan. Kadang-kadang tengok pun tak mahu. (Tengok warna dan konsistensi buangan kamu beri banyak clue pada kesihatan kamu, tahu.)

 
Kamu double-standardkan bahan kumuhan kamu macam kamu double-standardkan kawan-kawan kamu juga, ya?


Sayang, rambut itu bukan pengukur personaliti kamu ya. 
Kamu lebih dari yang materi. Kamu boleh jadi pengemis tepi jalan pun, tapi kaya kamu dan hebat kamu bukan diukur dari style rambut tu. Kadang-kadang lebih banyak rahsia yang tahi kamu simpan dari rambut kamu pamerkan.


"Tapi kalau saya tak mahu memilih bulu, kalau saya sudah insaf dan mahu beri layanan setimpal pada kumuhan badan kamu, bagaimana", tanya kamu pada saya. "Perlu layan macam rambut yang cantik ini kah", tanya kamu lagi pada saya.


Cuba lah bayangkan tahi yang dikumuh tubuh tu diberi perapian terperinci seperti kamu menjaga rambut kamu. Spray sikit bagi keras terbentuk, kemudian letak klip dengan bling-bling, tak pun guna wax yang ada daya ketahanan melawan ribut. Mahu? 


Errgghhhhhhhhh...
jangan jadi bodoh boleh? 
Itu cuma contoh sahaja. Lihat pada gambaran besar, boleh? 
Kamu ini, faham tidak rambut itu sebenarnya pengganti bagi apa, kumbahan itu apa, dan lrt itu apa?


Oh, I give up lah.   
 


(nota: keadaan rambut kamu adalah tanda kesihatan kamu juga, tau. Macam rapuh ke, mudah putus ke, tebal ke. Tapi kalau styling, itu kena mengena dengan vainness kamu)