Pages

Malap sudah bintang semalam, mungkinkah bintang esok muncul?

Friday, June 26, 2009


Michael Jackson
29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009 


Saat rakan menelefon pagi tadi menyanyakan tentang kebenaran kematiannya, saya terkejut. Hah, Michael Jackson meninggal? Biar betul...

Saya menaiki tren, berdiri bersesak dengan puluhan penumpang lain yang kelihatan oblivious pada desas-desus status hayat MJ. Ketika mak menelofon untuk mengesahkan kematian MJ, saya tersentak. 


MJ sudah tiada. MJ died this morning. MJ mati. Died. Died. My Mikey died.


Lagu 'Rainy Days And Mondays' nyanyian Carpenters berkumandang di corong earphone iPod seolah menjadi eulogi trajis paling tepat. Saat lrt keluar dari bawah tanah menuju Pasar Seni, rintik-rintik hujan yang menitis seiring dengan takungan airmata yang gagah saya tahan mengukuhkan cengkam hati saya - Michael Jackson sudah tiada.


MJ, 
dearest MJ. 


Memori terawal saya tentang muzik adalah mendengar sebuah lagu berentak pantas dengan beat gitar bass yang cukup mengasyikkan. Muzik yang asyik didengar, tetapi mempunyai sesuatu unsur yang cukup menggerunkan. Lagu itu akan terus menemani saya sepanjang lima tahun pertama saya di muka bumi. Lagu tersebut adalah Thriller nyanyian Michael Jackson. 


Secara peribadi, MJ merupakan katalis saya mengenali muzik, terutamanya muzik penyanyi kulit hitam (bertapa ironinya ayat ini jika dibandingkan dengan keadaan fizikal MJ, kan). 


Sebelum saya kenal Whitney, saya sudah kenal alun nyanyian Michael. Saya sudah tonton kartun Jackson 5, saya sudah pandai membebel (kerana budak kecik tidak boleh menyanyi) mengikut irama Billy Jean. Saya selalu rasakan yang album Thriller MJ keluar pada tahun yang sama saya dilahirkan, bukan kebetulan. Saya dapat rasa ada connection antara saya dan MJ. Bunyinya corny, tapi itulah yang sebenarnya. 


Saya masih ingat saat saya sekeluarga mula makan malam di depan tv -- semuanya gara-gara mahu mengikuti siri tv tentang kehidupan keluarga Michael Jackson. Kami akan sibuk-sibuk bentang surat khabar, susun lauk pauk di tengah, edarkan pinggan  (saya ditugaskan mencedok nasi) dan makan bersila sambil mata melekat di tv. 


Pada episod MJ dan ibunya dibelasah oleh Joe Jackson, kami sama-sama menangis teresak (kecuali bapak, walaupun mukanya morbid).  Pada episod mereka berjaya mendapat recording deal dan mula menjelajah Amerika, kami kagum melihat mak dan bapak menyanyi seiring dengan lagu yang ditayangkan. Bila siri tv tersebut habis, kami sama-sama duduk membayangkan masa depan setiap Jackson brothers and sisters dan legasi yang telah mereka bina.  


Di darjah tiga, tv kami rosak. Maka bermulalah aktiviti mendengar radio setiap hari. Selama 4 tahun tanpa tv, saya diperkenalkan dengan lagu-lagu zaman 70an dan 80an yang menjadi kegemaran bapak. Dan ya, antara 8-track cartridge yang kerap diputarkan adalah lagu-lagu MJ.


I Want You Back. Ben.
Rockin' Robin. Get It Together. Never Can Say Goodbye.

Kemudian datang pula lagu-lagu dari album 80an & 90an beliau seperti Billy Jean, Rock With You, Black or White, The Girl Is Mine, Heal The World, Remember The Time, Liberian Girl, Bad...


Sesampainya di pejabat, kawan-kawan lain pun hebat membincangkan kematian MJ. Saya dan Pah mula berdiskusi tentang betapa surrealnya semua ini. Cepat-cepat cari info terkini. Bila dengar lagu MJ, lagilah kami sebak.


Tapi ada orang yang tak faham lah perasaan sedih kami. Ada yang insist kami join makan sarapan, ada yang angkat-angkat kening tanya kenapa mata merah. Woh, mereka bukannya tua sangat, saya rasa mereka pun membesar, atau setidaknya remaja mereka terdedah dengan fenomena MJ, kan? Akhirnya saya keluar ke pintu sisi pejabat dan melepas geram dan sedih sambil menghantar sms duka kepada makcik-makcik saya yang sememangnya peminat MJ juga. 


You see, I grew up with MJ. He was present since the day I was born. How could I not cry at the thought of him, gone forever? 








The Little Wonder. King Of Pop. Wacko Jacko. 
Child molester. Elephant Man's Soulmate. Music Icon. 
Weirdo. Black Idol. Plastizilla. Flipside Oreo.
Peter Pan. Music Maverick. 
Muslim. Christian.  

Tak kira apa pandangan anda terhadap Michael, dia secara langsung atau tidak, tentu pernah menyentuh jiwa anda. Come on lah, siapa yang tak kenal Michael Jackson? Ikoniknya MJ sama seperti melawat Eiffel buat kali pertama. Biar kotanya busuk, tapi saat meninjau di pelantar puncaknya, terasa bagai satu keajaiban dan kita terbawa mengenang kebesaran dan keagungan kurniaanNya.

Ya, MJ adalah satu kurniaan kepada kita. Lagu-lagunya bikin kita gembira, fenomena MJ membawa kekaguman, skandal dan kejatuhannya membuat ramai media dan orang awam terus 'hidup'. Bagi kita yang mempunyai memori indah berlatarkan alunan emosi MJ, dia sememangnya satu kurniaan. 

Benar, he had his own demons to battle. Siapa yang tidak punya masalah dan tak pernah ditimpa musibah? Saya tidak megiyakan perbuatannya apatah lagi mengagungkan MJ bak dewa...  for all we know MJ memang seorang pedofil, makan budak, ada bakat bercakap dengan jin dan banyak lagi rahsia horror lain lah. Namun, biar naik turun hidup MJ diselubungi misteri dan kecelaruan,  yang nyata bakat, sumbangan dan enigma lelaki unik ini tak boleh disangkal. 


Siapapun diri MJ, berapa banyak metamorfosis rohani dan fizikalnya sepanjang 50 tahun hidup,  kita harus menerima kenyataan bahawa sentuhan magis muzik beliau telah sedikit sebanyak membentuk budaya muzik yang kita warisi hari ini. 

Sukar untuk kita ukur kontribut MJ pada dunia hiburan, ianya terlalu meluas dan memakan lebih empat dekad. Mula menyanyi sejak usia 4 tahun, secara rasmi di tv pada 12 tahun, dan mengikut berita, terus menyanyi hingga ke hari-hari terakhir beliau, cinta MJ pada muzik terzahir pada lagu-lagu popularnya. Dia bukan sekadar menyanyi, tetapi mencorak drama dalam setiap bait yang disampaikan. Buktinya, di saat MJ mencapai kegemilangan, dia merupakan superstar terbesar dunia. 

Dia berjaya mengangkat pop dan merubahnya dari satu genre, menjadi satu empayar. Dia mencambah benih pop menjadi kegilaan yang melangkaui sempadan bangsa, bahasa dan generasi. Tak ada MJ, maka tak ada lah Madonna, Britney, Justin dan si beradik Jonas. 

Fesyen sarung tangan sebelah, seluar senteng dengan stokin kilat, jeket merah, topi fedora, rambut kerinting... dan kemudian military jackets - MJ juga adalah pelopor fesyen di zaman 80an-90an. Tariannya, oh, don't get me started. One word describes it all - Moonwalk.

Lihat kembali 20 tahun yang lalu dan besar kemungkinan, MJ berdiri gah membayangi hampir semua ikon industri muzik pada era tersebut.  

With all that, masakan kita tidak merasakan pemergiannya?

Biarpun hidup separuh abadnya disulami pahit yang persistent mengulit sebarang kegembiraan, dia juga seorang insan. Sama seperti kita. Dia pernah punya cita, dia pernah punya rasa, dia pernah punya impi yang mungkin tak kesampaian hingga dia menutup mata. Dan walau berganda kesalahannya di mata dunia, kita bukanlah hakim kepada dosa pahala MJ. 


Saya tak mengenali MJ secara peribadi (dan anda jangan menipu kata ya), jadi saya takkan mula mengaku itu ini on behalf of him and his family. Tapi dari yang saya dapat lihat, amati dan rasai melalui sebaran media membawa saya pada satu kesimpulan personal:  MJ adalah seseorang yang, ya, dia freaky, weird dan kinda wacked; tapi cukup istimewa. 

Dalam sebuah temuramah, Mj pernah berkata "Great music is immortal". Dan ya MJ, muzik kamu juga bakal berdiri di atas pedestal sendiri, because you sure did great music. You made aphrodisiacs and poetry, you opened doors to understanding and tolerance , you moved racial barriers. Lebih dasar lagi, kamu buat semua orang bersatu dalam irama kamu. If that's not good music, I don't know what is. 




This is how I'll remember MJ...  
senyuman yang tak lekang dari bibir, jiwa yang sentiasa hopeful
dan percaya yang keamanan bukanlah mustahil. 



After all the misfortunes you've had amidst your fame and fortune, it's time you take your long deserved rest. Peace be with you in the afterlife, Michael. 



"And when the groove is dead and gone, 
you know that love survives... so we can rock forever"
- Rock With You by Michael Jackson




Ma'assalamah ya Mikaeel. 



p/s: Apalah agaknya nasib anak-anak MJ... 





15 comments:

mizzyN said...

dan jarang sekali ko mesej aku tetiba ko mesej aku pasal MJ mati. Nasib baik aku dah tau awal, kalau tak mesti aku kata kau tipu. Tengok CNN baru percaya tuuuu.

MJ, harap roh ko berehat di tempat yang sewajarnya.

Amer Rezza said...

Death review yang buatkan saya pula terasa Michael dah tak ada. Haih~. Dah tak ada.

roxychick said...

biaq la orang lain nak kata kita poyo babe.. only you & me tau perasannya camne. he's gone. forever.

mestila manusia dunia bersedih, berduka dengan kehilangannya. orang yang tak sedih tu, orang gila.

bongok!

azyze gomez said...

MizzyN:
itu la... sekarang the world waits in anticipation terhadap legal suit Debbie Rowe on the kids pulak... the kids she never thought fit to fight for all these years pun...

Amer:
Yes. we gotta face the facts that he is gone. Kirim salam to your mom, froma another fan here in kl :)

we all have someone or something that has touched our heart in a special way kan... Mana tahu satu hari nanti your favourite act pulak yang mati, dan maybe you'll be sad for it.

Roxy:
yep. sukati diorang lah kan. air mata ni pun airmata kita. bukannye nyusahkan sesape, kan?

sukahati said...

gua pun emo jugak MJ dah takda....mmg kehilangan....tapi yg buat gua sgt emo adalah manusia2 yang sound gua...."MJ mati pun nak kecoh...cuba kalau Maulud Nabi"....peh...sentap btol gua ngan manusia camni...mls nk layan...takder sifat humanity

azyze gomez said...

Sukahati:
thanks for visiting.

itu la. satu lagi ayat fevret "ko sedih sangat kenape? bukannya di kenal ko pun."

bak kata nama kamu, sukahati la!

mizzyN said...

aku rasa dia (si deborah tu) nak fight for anak dia pun tak de benefit masa tu sebab nak mengandungkan anak itu pun dia dibayar, maka secara amnya dia hanya ibu tumpang semata. Dia memang memilih dari awal kan nak serah anak itu kepada MJ, tapi daripada side sini selepas kematian si bapa memang dia ada kelayakan sebab blood mummy.

DonCorleone said...

Nice article. I feel sad again and i need to listen to Say Say Say again. That would be my fav Jackson-McCartney song manakala Beat It akan terus jadi lagu MJ fav saya.

Saudagar Mimpi ... said...

Masih teringat aku ketika Tingkatan 4. Aku eksiden dgn van ketika dlm perjalanan berbasikal balik dari membeli 2 biji bateri AA sebab nak sambung dengar cassette Dangerous MJ (ini satu2nya kaset MJ yg aku beli sampai hari ini). Di Hospital abah aku bawak kaset MJ tu dgn walkman bersama bateri baru...

Itulah sekelumit kisah melibatkan MJ dalam hidup aku.

azyze gomez said...

Don:
thanks for stopping by and spending some time reading this. Say Say Say sungguhlah underplayed, I think it's a good song too. McCartney would be hapy tlah, sekarang dia ada can nak beli balik the Beatles Catalogue.
Thanks again kerana 'mencemar duli' singgah sini, bro.


Saudagar mimpi:
wohhhhhh, nak sambung dengar lagu kat walkman, tu lagi nostaljik la.
Moga MJ bahagia, di mana pun dia sekarang.

zielalala... said...

w/pun masa album thriller kluar sy baru lahir tp sy sgt minat mj..sy dgr lagu2 lama dia dr dia kecik..he's the most talented performer..n i'm so sad until now smpai xde mood nk keje..klau boleh i don't wanna believe the fact that he's gone..tp apakan daya..

azyze gomez said...

ziela:
i totally understand how you feel. Saya juga begitu. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi, lah! May Allah rest his soul, insyaallah.

Btw, Thanks for stopping by my humble blog :)

My name starts with M said...

dem aku terlambat baca entry ni

nway, aku yg dgr lagu dia gitu2 je pun dah sedih & rindu, inikan pula org yg membesar bersama MJ.

RIP

school of thoughts said...

elle... aku ni bukannya seorang yang pandai menilai muzik. tapi, aku boleh katakan yang muzik MJ adalah yang abadi. Mcm lagu2 PRamlee. Bila berkumandang, org akan ikut menyanyi. Aku paling minat lagu they dont care about us. very controversial. tapi video clip hebat. dan, ya... lagu earth song. yang video clipnya gajah kena bunuh diambil gading then semua jadi backwards. apa lagunya?

azyze gomez said...

mas:
aku akan kembali menulis seperti biasa. soon.

aida:
betul lah tu, earth song. videoclip tu pun controversial jugak sebab in order to make the video, diorang terpaksa tebang those hundred years old pokok sume kan. ramai la yang komplen insensitivity MJ. tapi memang gila best VC tu, I think it was his most expensive one, kalau tak silap.