Pages

KokoPelli adalah nama restoren

Friday, June 05, 2009

Walaupun saya jarang benar menulis tentang aktiviti jalan-jalan cari makan saya, percayalah bahawa saya memang makan setiap hari. Kadang-kadang terlebih sudah hahahaha

(pekup mulut ala Stacy)


Minggu lepas, Che Pah dengan bermurah hatinya membelanja saya dan rakan sekerja kami, Cik Watie makan tengahari di sebuah restoran comel di Seksyen 14, PJ. Tempatnya tak begitu jauh dari pejabat kami, dan memandangkan Che Pah masih tidak dapat melupakan kenangan ajaib beliau di Kokopelli (silalah lihat elaborasi panjang beliau tentang pengalaman beliau di sana di blog beliau), maka kami pun okay sahaja...



Tuuu dia Kokopelli.
Bungalow putih bersebelahan
dengan Sothy's face & body treatment thingy.




Cik Watie & Che Pah berjalan gigih sambil
membayangkan keasyikan penghawa dingin
yang menanti.




Restoran ini betul-betul bertentangan
dengan Three Two Square. Jadi boleh
parking kereta di sana dan lintas jalan ke Kokopelli.



Kokopelli, jika mengikut lagenda orang asli Amerika (red indians lah), adalah dewi kesuburan yang bertrademarkkan muzik. Pemilik restoran ni sukakan bunyi 'Kokopelli' tu sendiri, dan lepas buat sedikit kajian, beliau rasa nama ni memang sesuai untuk bisnes beliau. Mungkin ala2 kesuburan perniagaan lah kot. Tak tahu pula jika makanannya memberi kesan yang 'lain' kepada pengunjung yang dah berpasangan. Nanti saya tanya Cik Pah :)


Restoran asal Kokopelli (sebelum ini di Jalan Bukit) penuh dengan logo Kokopelli ni, tapi restoran baru ini tak ada pula... mungkin belum selesai renovate agaknya.


By the way, tuan punya restoran ini adalah Arif Awaluddin, seorang artis tempatan yang lepak gila! (Kemeja-T putih, seluar jeans, rambut semak, and very friendly)

Ketibaan kami disambut mesra dengan alunan lagu dari Ebiet G. Ade yang menjadi halwa telinga sepanjang sesi makan kami. Oh, anda boleh pilih untuk makan di bawah kanopi di perkarangan kedai, atau di dalam. Memandangkan cuaca terlalu panas, kami pilih untuk ke dalam.





Dekornya ringkas serba putih, dengan taburan seni hasil tangan tuan punya kedai di dinding ruang makan. Kelihatan di satu sudut, pintu untuk ke bilik makan kecil. Muat dalam 6-8 orang rasanya, jadi kalau berkumpulan pun tak apa. Lebih privasi.




Menunya merupakan helaian A4 yang
kemungkinan besar dicetak terus dari
bubble jet printer. Sangatlah feel-feel assignment kan...
tapi ia seolah teradun kemas dengan persekitaran restoran ini.





Disebabkan makan tengahari di hari kerja tak seharusnya berat, kami memilih untuk mencuba masakan dari menu tempatan sahaja. Ada juga menu masakan barat, yang menurut kata Che Pah memang mantap.


Ini dia yang kami nikmati ....


Traffic. Kombinasi 3 buah-buahan.
Cik Pah has been raving about this forever,
malangnya saya tak dapat order ni sebab batuk.




Cik Watie memilih
Fly Me To The Moon - kombinasi pineapple juice
& Monin Syrup. Gila sedap!
The best thing on the table, bagi saya.


Saya punya, Mojito Mint Latte.
Nothing to scream about. Saya tak ngam
dengan lattes agaknya.



Ini adalah starter kami, Chicken Rissole.
Boleh tahan. Yang cenonit kat tepi tu adalah
'sambal tomato' yang rasa macam sambal belacan.



On to the main course...


Che Pah memilih Cantonese Yee Mee.
Besar betul mangkuk tu, terbeliak biji mata kami!



Pilihan Cik Watie, Bihun Hailam.
Rupa indah, rasa pun lazat!



Kebiasaannya saya akan turut pesan
makanan berkuah, tapi tukar la sikit
- Kuey Teow Goreng. Boleh tahan, portion gergasi.


Perut dah kenyang, tapi makanan masih banyak. Masalah litar pintas menyebabkan penghawa dingin tak berfungsi, jadi kami dah berpeluh ketiak dah. Walaupun suasana best, makanan masih banyak (seharusnya chill dan makan secara relaks) dan cerita pun tak habis lagi, kami terpaksa ambil keputusan untuk tapau sahaja makanan yang tinggal dan pulang ke pejabat. Kalaulah masalah dengan penghawa dingin tak terjadi, maka mungkin kami sudah terlajak lepak di sana :)


Secara ringkasnya, makan di Kokopelli memang berbaloi. It wasn't orgasmic (hehe) but I had no complains - saya tidak dapat mengesan sebarang kekurangan pada masakan mereka. (chewah, bahasa rebiu sangat!)

Zeek, next time kau di Sec 14, jom kita makan kat sini jom!





8 comments:

roxychick said...

lontaran suara awak agak sederhana.. eh. ni bkn komen untuk pentas anak wayangkah? muahahahaa..

ok. ok. cpms, kita harus ke sana lepas ni! forget seoul garden.

(tah tah takkan sampai pon. asyik bz je minah sekor tuh...)

pas ni try western lak.

Amers. said...

Tempting as always..

azyze gomez said...

roxychicks:
adakah u dah mengikis kehebatan Seoul Garden yang u suka sanat tu, dan menggantikannya dengan Kokopelli?
hahaha


Amer:
Kalau saya guna kamera yang berkualiti, lagi best. Efek kamera henfon agak minima lah nafsunya hehehe :)

roxychick said...

takdela kikis habis..
sebab kat seoul garden tu mcm ramai, tapi kokopelli ni relax abis.. tu je.

My name starts with M said...

nice..

azyze gomez said...

jom bebeh.

bety said...

wew,,,
resporannya di daerah mana ya??
^.^

azyze said...

hi bety,
kedainya di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Kalau kamu ke Malaysia, singgah ya? :)