Pages

Jom

Friday, June 05, 2009

Sudah empat kali Hasinah tekan tekan tekan tekan butang kecik di sudut kanan telefon bimbitnya.

"Ahhhh, jahanam lah bende seko ni!" jeritnya.


Kamal menoleh. "Kenapa, Has? Rosak lagi ke?"

Hasinah buat muka nak pot-pet tapi tak berkata apa-apa. Dia terus menekan-nekan telefonnya. Kemudian menggoncang, seolah telefon berisi air milo mendap. Tak puas, dia ketuk-ketuk pula bucu telefon pada telapak tangan. 

Kamal menggeleng. Dia berhenti menyental lantai berkilat dek minyak hitam.  "Nak aku tengokkan ke?"

"Tangan kau tu kotor la. Nanti rosak pulak henfon aku ni. Lagipun ko pomen, ape kau tau? Pakai pun Nokia 3310."

"Ni ha, aku lap nih. Dah bersih pun. Meh la aku tengok. Tak sanggup aku tengok ko terketuk-ketuk macam orang sewel dah ni ha. Lari pulak pelanggan aku kang."

Hasinah menjeling. "Ni nak mengutuk ke, atau kau ikhlas?"

"Ikhlas lah," kata Kamal, sambil bingkas bangun, berjalan ke arah perempuan berseluar pendek ber kemeja-T ketat itu.

Kamal melabuh pungung di kaki lima depan kedainya. Tangannya pantas mencapai Nokia canggih Hasinah. "Mana masalahnya?"

Hasinah duduk semakin dekat dengan Kamal. Pahanya yang gebu sengaja digoyang-goyang. Bila Kamal tak mencuri pandang sekali pun, Hasinah buat muka.  Suaranya sengaja ditinggikan 
"Ni, aku dah tekan send dari tadi ni, tapi tak lepas-lepas jugak. Aku dah la lambat ni, boleh pulak dia buat hal. Celaka betul!"

Kamal menekan punat send. Pip pip pip, gambar sampul surat keluar, kemudian hilang. Sesaat kemudian, "Sending Failed."

Kamal mengangkat tangan dan melambai lembut henfon Hasinah. "Nak kata tak ada coverage, tak pulak. Phone aku okay je. Kau punya pun full bar ni."

Muka Hasinah semakin menjelekkan. "Aku dah agak dah, sepatutnya aku beli line Dogi dulu. Line Hatlink ni macam taik la! Bukannye aku guna henfon korok pun, ni yang paling canggih ni."

Kamal kembali membelek henfon, mencari silap program. Di godak pula bahagian setting. Semua betul. Kenapa agaknya...

Sambil itu Hasinah terus membebel mencemuh syarikat talian telefonnya. Dia tertipu kerana percayakan kehebatan penaja Akademi Patahsia tu, iklan tivi glamor tapi kualiti hampeh, kalau masuk pekan kecil belum tentu ada signal, lebih baik buat henfon dia jadi tukun kalau tak boleh pakai macam ni, dia akan ban habis-habisan Hatlink lepas ini, dia lebih rela pakai Dogi walaupun dia sebenarnya tak sanggup membayangkan lembaga kuning gemuk ikut dia merata-rata-

"Kau dah top-up ke belum?"

Hasinah terdiam, tiba-tiba tersengih kerang busuk sambil peluh mula terbit di kulit. 


Dua saat selepas itu Hasinah terlepet di jalan tar akibat rembatan kencang kaki Kamal.  


  

 

5 comments:

mizzyN said...

agak dah. henfon kalau canggih tapi malas topup baik pakai henfon seratus lebih aje.

Amers. said...

Hebat gila weh!

azyze gomez said...

nadh:
setuju. kasihanilah orang orang macam kita yang mampu topup tapi tak mampu nak beli henpon mahal.

makan hati je aku tegok kakak kiosk kuih tat the curve tu bagi anak dia main game kat iphone dia macam la henfon tu reghe singgit dua puluh sen.

Amer:

:)

Amers. said...

Saya kena belajar kaedah memendekkan cerita dari kamu. Hehe.

azyze gomez said...

amer:
masa sekolah dulu, karangan saya selalu A tapi rumusan mesti B.

kesimpulannya, saya pun masih belajar lagi heheheh :)