Pages

Nafsu membunuhku

Friday, May 08, 2009


Ah, kotor betul tingkap motel ini. 
Susah aku nak lihat suasana luar pekan Jitra. Sudahlah siang panas merembang, menjelang maghrib tiba-tiba hujan lebat.

Aku seolah dapat lihat titisan air bertemu jalan tar panas dan ssssiiiizzzzzllllleeeeeeeee berubah menjadi stim yang berkepul panas. 
Menyebabkan aku bermandi peluh.
Tak boleh buka baju kerana aku tidak mahu berlenggang depan Gee.

-------------------------------------------

Gee. Nama sebenar Hajibah. 
Tinggi separas bahu aku, telinga dan hidung banyak bertindik.
Rambut lurus, sama warna dengan liur tembakau yang di ludah tuan punya motel aku duduk ni. (Rambut asalnya pasti hitam dan kerinting kerana sekarang lurusnya sedikit kejung.)

Dia masih tidur. Dada montoknya dari jauh aku lihat naik, turun, naik, turun. 
Sekali sekala tangannya otomatik melibas sekitar kepala, mungkin nyamuk berdesing di telinga. Kalau Ajit ada, mampus. Mampus aku nak menghalang si Ajit, mampus Gee kena ratah hidup-hidup.

Semalam di bar Toppers, aku hampir bercerai sahabat dengan Ajit.
Sepuluh bulan berkawan dengan aku pun dia masih boleh bajet mengurat perempuan depan aku dengan gaya buaya tanpa rasa malu. 

Okey, okey. Aku pun mengurat perempuan juga, tapi bukan seperti dia. Ajit dengan gaya berani matinya memang selalu buat aku panas dan menggelegak. 
Ajit dengan one-linernya "I tak suka tipu perempuan, so biar I berterus-terang: wanna fuck?"

Sebelum dia kena tabuh dengan orang Jitra sampai lemau, lebih baik aku belasah dulu.
Nampak aku menyepak Ajit (gaya saja lebih), bonzer Toppers sekadar tolak kami keluar. Nasib baik. Nasib baik juga belum sempat Ajit balas sepakan aku dengan hayunan penumbuk besarnya, aku pantas mengelak dan berjaya menerangkan situasi. 

"Yang kau nak goda tu Gee. Yang aku sepak tu taktik."

Ajit bagi amaran, sekali lagi aku berani sentuh dia maka aku akan makan penerajang telapak kaki saiz 13. 

Aku berundur. Bukan sebab aku pengecut, tapi sebab aku tahu cuma mampu kalahkan Dalshim dalam kotak TV sahaja. Tujah kaki Ajit yang legendary itu belum menginjak curiosity aku. 


Ish... sakit gila luka tepi bibir aku ni.
Okey, aku tipu. Ajit sempat tumbuk muka aku. 

(jangan over sangat, tidak ada percikan air liur atau darah.)


Aku cuba tinjau luar tingkap sekali lagi.
Bau hapak langsir kapas lusuh mencucuk hidung.


Hachoooom!

Gee bangkit laju dari lena.
"Hish abang Long ni, terkejut Gee tau."

"Mak tau hang ada kat sini, mampuih lumat hang."

Gee menjegil memandang aku. "Eleh, lima tahun Bang Long dok Amerika, takkan piqiaq lagu orang kampung jugak kot."

"Awat, hang ingat aku pi luaq negara, aku jadi hawaq ka?"

 "Bang Long," Gee mencebik " Dulu Bang Long dok usung marka sana-sini naik motor kapcai tu takpa. Awat la ni Gee kena usung Bang Long nak bising pulak?"

Aku menghela nafas letih. "Itu dulu. Kan Bang Long dok pesan dalam surat, jangan hang jadi tak tentu hala. Ni, hang macam bohsia dah ni! Hang tak kesian kat mak ka?"   

Juih bibir Gee semakin menjadi-jadi. Hampir sahaja aku tangankan, tapi kesabaran menghalang aku dari bertindak. 

"Mak? Hang lupa ka, dia lagi la..."

Aku bingkas ke sebelahnya. "Mulut hang tu jaga sikit Gee.."
 
"Mak tu kan-"

"Gee, aku bagi warning ni!"

"-PELACUR!"

Hilang kewarasan aku. Entah dari mana datang seru sekuat dewa dan tangan aku melayang, pantas mengutip jag kaca di meja sisi katil dan aku hayun, hayun dengan laju hingga menghentam kepala Gee-

Gee tersungkur ke lantai. 
Aku lihat darah berhambur, terpercik di tangan, di katil, di lantai.

Aku terbayang mak yang terpaksa menjual maruah demi membesarkan aku dan Gee. Terbayang bapak yang sanggup menggadai kami semata sekeping tiket ke Kuala Lumpur, kota maksiat yang akhirnya menjadi pengeran maut untuknya. Mak yang bermatian menghalang Ah Kok dari turut merekrut Gee. Mak yang sanggup menanda persetujuan diikat hingga tua oleh Ah Kok semata untuk menaja belanja pengajian aku ke Amerika, agar aku lepas dari hidup seperti sampah dan satu hari nanti pulang membawa adik aku ke dunia yang lebih damai. 

Mak yang menanti kami di rumah usang dengan masakan istimewa mengikut termampu - pasti dia sedang beriya menanti aku dan Gee di tangga kayu rapuh, wajah seribu pengalaman. Pastinya di beranda terhidang ikan kering masak asam dan pucuk ubi celur yang aku rindukan. 

Mak pasti mengharap aku membawa pulang Gee yang turut dirindunya,  yang setahun tinggal di pekan disangka menjadi pembantu pejabat, tapi sebenarnya pelayan jantan bergajikan nafsu.  


"Perempuan...kuno..itu..."bisik Gee hampir tidak kedengaran keluar dari mulut yang pecah.

Bagai dikawal satu kuasa yang lebih besar maka kaki aku menghayun dan melekat bertubi pada tubuh Gee. Aku seolah bukan dalam diriku, aku seolah entiti yang melihat dari atas seorang lelaki muda berwajah garang membelasah tubuh yang semakin melunyai di lantai. Tubuh yang dengan perlahan hilang nyawanya. 

"Katalah! Kutuk mak kalau kau berani! Kau memang dasar betina! Sama celaka dengan bapak yang sial tu! Kau katalah!"

Aku lihat lelaki itu terus menghenyak tubuh wanita itu bagai hilang pertimbangan. Air mata si lelaki berpadu likat dengan peluh dan terpercik merata bilik. 

Aku rasakan roh aku kembali bersatu dengan tubuh, dan lelah memaksa aku cuba duduk di katil. Saat menghampiri katil, aku merasakan tangan mencengkam teguh buku lali aku dan aku tersadung jatuh.

Kepala terhentak kuat ke bucu.
Perut tertusuk sisa jag kaca yang dari tadi berkilau memanggil daging.

Terakhir aku lihat adalah sepasang mata merah menjegil memandang aku, dan tangan kanan terus erat mencengkam.



-------------------------------------------

Aku menolah birai tingkap luas-luas. Bahang di luar masih belum mereda.
Aku hirup udara yang tidak berapa  mulus. Mengeluh kecil.

Mak, maafkan Alif sebab tak dapat jumpa mak. Selamat Hari Ibu.


"Hari Ibu? Hari Ibu?! Ha ha ha ha ha a ha ha ha!"


Terbaring di lantai adalah dia yang hingga ke hari ini terang darahnya, memandang aku tanpa berkelip.

Dan tangannya terus mencengkam erat.  






   
 

8 comments:

roxychick said...

uih.

berat. berat.

Cik Puan Muda Stress said...

blardy hell.

bagus banget nihh.

*standing ovation* clap clap clap !

Amers. said...

Seronok lah. Hebat!

mizzyN said...

hmmmih

ouT oF My MinD said...

wah...bestnye cita.
sambungannya..??

azyze gomez said...

Roxy:
berat eh? Akak memang berat uols. Tak caya cuba timbang.

Cik PMS:
tenchu, tenchu :)

Amers:
Yihaa! Sudah kembali menulis atau belum?

MizzyN:
hmmmih tu bunyi kuda atau kambing? Atau sebenarnya kau cuba kata bau curtain seharusnya hamis? hehehe

Out of my mind:
tenchu, tenchu
Tadek sambungan sebab ini cerpen sajor. :)

Fiza Azmi said...

sambungan beb...sambungan...

semangat membaca nihh...

azyze gomez said...

sambungan? tak dapat ah bebbbbbbbb....
ape kate ko sambung? heheh :)

tapi mungkin aku boleh buat siri alam angker macam ni lagi after this, huh?