Pages

Gile Random #3

Friday, May 29, 2009




Sure kena reject dengan Optimus Prime ni...
Kereta menanti servis di Perodua Service Centre Subang Jaya







Gile Random #2

Thursday, May 28, 2009

.



Tergantung ayu tersipu-sipu di Giant Mall Kelana Jaya.
Tak sabar nak tunggu versi tempoyak pulak...
yum!

Melepaskan sesuatu yang hampir digapai

Monday, May 25, 2009

Shish, what a way to start my birthday. 
Mula-mula menggelabah sebab dua tujuh sudah tiba, kemudian sakit hati membuahkan posting emo yang memang sedikit pun tidak mencuit malu si pemplagiat, 

dan dikunjugi tiga sekawan lama yang tiba-tiba mahu buat show besar dengan saya - batuk, kahak dan selesema. Mujur demam tak buat comeback, kalau tak mau saya kena kuarantin khuatir-khuatir membawa selesema babi. 


Okay, okay. Saya tahu saya perlu menulis sesuatu berkenaan retrospektif perjalanan hidup sepanjang dua enam, tapi buat masa sekarang saya ada 6 press releases (siaran akhbar ya), 2 risalah, 3 buku kempen dan satu tugas menterjemah yang bakal buat lebih ting tong dari biasa.

Kamu semua nanti-natikan aja lah ya.



Tepi jalan, (By the way, boleh?) 

Remember Gelimat? Here's another weirdly intoxicating video by him. Untuk anda yang memang ingat Gelimat tu hasil saje-saje takde kerja, ni ha nak bagitau sikit. 

Gelimat is actually Golimar okeh. Diambil dari satu scene filem thriller tamil berjudul Donga (tidak harus disalahertikan dengan Dongga, slanga utara untuk jendul).  

Lelaki berbaju merah ala MJ itu namanya Chiru (ni nama manja dia lah, nama betul belum tentu pun kamu boleh hafal). Dia superstar BESAR di dunia perfileman Tamil sekitar tahun 70-80an. Kira macam Shah Rukh Khan zaman 90an lah. 

Yang menariknya, Chiru ni sentiasa berlakon dalam adegan-adegan yang memang... ajaib lah. Lagi gila, lagi high, lagi merepek, lagilah dia buat. Apatah lagi dengan keterbatasan teknologi dan kepoyoan dunia perfileman India pada masa tu, idea-idea gila si Chiru ni menjadi pameran seni yang oh sungguh tacky.

Tapi percayalah cakap saya, ini tacky tahap maut sehingga jadi best pula. 
Tak percaya, tengok video di bawah ini. 

Brrrrr..... mujur saya tak pernah tonton video ini semasa kecil.
Sungguh Sesame Street gone wrong. Serammm

i was like, wtf did Chiru got up close and personal with LSD or what?

Bizarre, bizarre, it's like the Asian version of Lucy In The Sky With Diamonds, only much more in-your-face kinda trippin' (in which LSDheads would give their thumbs up, for sure)

Oh Chiru, Lennon would be proud!


Selamat menonton!



  

Oh bugger.

Thursday, May 21, 2009

Sandiwara. Macam haram.


You know, coming up with something original is not that easy tau.
And it pisses me off that some people just can't understand the concept of creating their own stuff. 

Once a plagiarizer, always a plagiarizer.
You must've had some bad, nightmarish childhood. 
I'm sure you cheated your way through university, and most probably whatever you're doing now is one big 'cilok', huh? You might look cool and are lauded for your 'creative' ideas, but in actual you're just a big pile of shit.  

Well, life's a bitch (as I've learned) but karma is real babe.
I'm sure whatever you had going around would come back around to bite a huge chunk of your skinny ass. 

Good luck babe, and a great warm F*ck You at that too. 

Sekian. 


Kemanakah?

Monday, May 18, 2009



Sudah tidak sempat. 
Sudah hampir sangat, tapi masyaalah, banyak benar yang belum sempat 'dilaksanakan'.
Sungguh gagal. 
Sungguh.

Tapi rasanya harapan baru bakal muncul, jadi saya sedang memangkah jari saya.

(Peh, memangkah jari. Entah apa-apa).

Dua tujuh, kamu memang horror. 
But I'm a big girl, I'll brave it. 

Gile Random #1

Wednesday, May 13, 2009

Perkenalkan, kategori posting baru - Gile Random.
Jika posting bertajuk Edisi Kenangan Silam adalah keratan perbualan rawak yang pernah terjadi pada saya di masa lalu, Gile Random adalah posting sekeping gambar yang diambil secara rawak dan dipilih secara rawak untuk timbul di blog ini pada hari-hari rawak dengan tema yang rawak yang sememangnya membuat anda terfikir 'gilllleeee random posting dia ni dowh!'.

Hey Zeek, aku kata rawak lah, bukan rabak.
You too, Pah!

Anyway,
ini dia Gile Random #1.


Kerusi tertambat dalam ketenangan
di tepi tangga pasar penjaja
Seksyen 14, Petaling Jaya.



Nafsu membunuhku

Friday, May 08, 2009


Ah, kotor betul tingkap motel ini. 
Susah aku nak lihat suasana luar pekan Jitra. Sudahlah siang panas merembang, menjelang maghrib tiba-tiba hujan lebat.

Aku seolah dapat lihat titisan air bertemu jalan tar panas dan ssssiiiizzzzzllllleeeeeeeee berubah menjadi stim yang berkepul panas. 
Menyebabkan aku bermandi peluh.
Tak boleh buka baju kerana aku tidak mahu berlenggang depan Gee.

-------------------------------------------

Gee. Nama sebenar Hajibah. 
Tinggi separas bahu aku, telinga dan hidung banyak bertindik.
Rambut lurus, sama warna dengan liur tembakau yang di ludah tuan punya motel aku duduk ni. (Rambut asalnya pasti hitam dan kerinting kerana sekarang lurusnya sedikit kejung.)

Dia masih tidur. Dada montoknya dari jauh aku lihat naik, turun, naik, turun. 
Sekali sekala tangannya otomatik melibas sekitar kepala, mungkin nyamuk berdesing di telinga. Kalau Ajit ada, mampus. Mampus aku nak menghalang si Ajit, mampus Gee kena ratah hidup-hidup.

Semalam di bar Toppers, aku hampir bercerai sahabat dengan Ajit.
Sepuluh bulan berkawan dengan aku pun dia masih boleh bajet mengurat perempuan depan aku dengan gaya buaya tanpa rasa malu. 

Okey, okey. Aku pun mengurat perempuan juga, tapi bukan seperti dia. Ajit dengan gaya berani matinya memang selalu buat aku panas dan menggelegak. 
Ajit dengan one-linernya "I tak suka tipu perempuan, so biar I berterus-terang: wanna fuck?"

Sebelum dia kena tabuh dengan orang Jitra sampai lemau, lebih baik aku belasah dulu.
Nampak aku menyepak Ajit (gaya saja lebih), bonzer Toppers sekadar tolak kami keluar. Nasib baik. Nasib baik juga belum sempat Ajit balas sepakan aku dengan hayunan penumbuk besarnya, aku pantas mengelak dan berjaya menerangkan situasi. 

"Yang kau nak goda tu Gee. Yang aku sepak tu taktik."

Ajit bagi amaran, sekali lagi aku berani sentuh dia maka aku akan makan penerajang telapak kaki saiz 13. 

Aku berundur. Bukan sebab aku pengecut, tapi sebab aku tahu cuma mampu kalahkan Dalshim dalam kotak TV sahaja. Tujah kaki Ajit yang legendary itu belum menginjak curiosity aku. 


Ish... sakit gila luka tepi bibir aku ni.
Okey, aku tipu. Ajit sempat tumbuk muka aku. 

(jangan over sangat, tidak ada percikan air liur atau darah.)


Aku cuba tinjau luar tingkap sekali lagi.
Bau hapak langsir kapas lusuh mencucuk hidung.


Hachoooom!

Gee bangkit laju dari lena.
"Hish abang Long ni, terkejut Gee tau."

"Mak tau hang ada kat sini, mampuih lumat hang."

Gee menjegil memandang aku. "Eleh, lima tahun Bang Long dok Amerika, takkan piqiaq lagu orang kampung jugak kot."

"Awat, hang ingat aku pi luaq negara, aku jadi hawaq ka?"

 "Bang Long," Gee mencebik " Dulu Bang Long dok usung marka sana-sini naik motor kapcai tu takpa. Awat la ni Gee kena usung Bang Long nak bising pulak?"

Aku menghela nafas letih. "Itu dulu. Kan Bang Long dok pesan dalam surat, jangan hang jadi tak tentu hala. Ni, hang macam bohsia dah ni! Hang tak kesian kat mak ka?"   

Juih bibir Gee semakin menjadi-jadi. Hampir sahaja aku tangankan, tapi kesabaran menghalang aku dari bertindak. 

"Mak? Hang lupa ka, dia lagi la..."

Aku bingkas ke sebelahnya. "Mulut hang tu jaga sikit Gee.."
 
"Mak tu kan-"

"Gee, aku bagi warning ni!"

"-PELACUR!"

Hilang kewarasan aku. Entah dari mana datang seru sekuat dewa dan tangan aku melayang, pantas mengutip jag kaca di meja sisi katil dan aku hayun, hayun dengan laju hingga menghentam kepala Gee-

Gee tersungkur ke lantai. 
Aku lihat darah berhambur, terpercik di tangan, di katil, di lantai.

Aku terbayang mak yang terpaksa menjual maruah demi membesarkan aku dan Gee. Terbayang bapak yang sanggup menggadai kami semata sekeping tiket ke Kuala Lumpur, kota maksiat yang akhirnya menjadi pengeran maut untuknya. Mak yang bermatian menghalang Ah Kok dari turut merekrut Gee. Mak yang sanggup menanda persetujuan diikat hingga tua oleh Ah Kok semata untuk menaja belanja pengajian aku ke Amerika, agar aku lepas dari hidup seperti sampah dan satu hari nanti pulang membawa adik aku ke dunia yang lebih damai. 

Mak yang menanti kami di rumah usang dengan masakan istimewa mengikut termampu - pasti dia sedang beriya menanti aku dan Gee di tangga kayu rapuh, wajah seribu pengalaman. Pastinya di beranda terhidang ikan kering masak asam dan pucuk ubi celur yang aku rindukan. 

Mak pasti mengharap aku membawa pulang Gee yang turut dirindunya,  yang setahun tinggal di pekan disangka menjadi pembantu pejabat, tapi sebenarnya pelayan jantan bergajikan nafsu.  


"Perempuan...kuno..itu..."bisik Gee hampir tidak kedengaran keluar dari mulut yang pecah.

Bagai dikawal satu kuasa yang lebih besar maka kaki aku menghayun dan melekat bertubi pada tubuh Gee. Aku seolah bukan dalam diriku, aku seolah entiti yang melihat dari atas seorang lelaki muda berwajah garang membelasah tubuh yang semakin melunyai di lantai. Tubuh yang dengan perlahan hilang nyawanya. 

"Katalah! Kutuk mak kalau kau berani! Kau memang dasar betina! Sama celaka dengan bapak yang sial tu! Kau katalah!"

Aku lihat lelaki itu terus menghenyak tubuh wanita itu bagai hilang pertimbangan. Air mata si lelaki berpadu likat dengan peluh dan terpercik merata bilik. 

Aku rasakan roh aku kembali bersatu dengan tubuh, dan lelah memaksa aku cuba duduk di katil. Saat menghampiri katil, aku merasakan tangan mencengkam teguh buku lali aku dan aku tersadung jatuh.

Kepala terhentak kuat ke bucu.
Perut tertusuk sisa jag kaca yang dari tadi berkilau memanggil daging.

Terakhir aku lihat adalah sepasang mata merah menjegil memandang aku, dan tangan kanan terus erat mencengkam.



-------------------------------------------

Aku menolah birai tingkap luas-luas. Bahang di luar masih belum mereda.
Aku hirup udara yang tidak berapa  mulus. Mengeluh kecil.

Mak, maafkan Alif sebab tak dapat jumpa mak. Selamat Hari Ibu.


"Hari Ibu? Hari Ibu?! Ha ha ha ha ha a ha ha ha!"


Terbaring di lantai adalah dia yang hingga ke hari ini terang darahnya, memandang aku tanpa berkelip.

Dan tangannya terus mencengkam erat.  






   
 

Bak pinjam

Wednesday, May 06, 2009

Orang baghal benak, 
kome lukih pun belum tentu dia paham!

Doraemon,
Pinjamkan aku kocek kamu
Aku perlu membeku masa.

Doraemon, 
Pinjamkan aku kocek kamu
Aku mahu menghambat duka

Doraemon,
Kocek kamu ada mesen cuci hati legam tak?