Pages

Syaitan Sobat Aku

Wednesday, April 29, 2009

Menyampah tak kalau orang tak pasal-pasal tarbiyyah pada kamu tentang agama, penjagaan diri dan segala yang berkaitan?

Saya rasa semua orang pernah rasa macam itu. Saya pun kadang-kadang begitu. 


Walaupun benda itu teguran untuk kebaikan, kadang-kadang panassss je hati nak dengar. Apatah lagi bila tukang tegur sendiri ibarat ketam ajar anak berjalan: 
 

berapa kali sudah kamu berdetik dalam hati 
" Tak payah la nak lecture aku kalau kau sendiri pun macam lahanat."



atau syarahannya semua versi negatif, penuh dengan ayat seperti "ha, kan aku dah kata, kau ni memang jahil!", "masuk neraka lah kamu", "kau ni dah macam setan dah" dan sebagainya.



(macamanalah orang tak banyak yang lari menganut agama lain, 
mubaligh mereka lebih banyak guna konsep positif seperti 
"belum terlambat untuk masuk syurga", 
"dia sentiasa menyayangimu walau kamu pernah buat salah", 
"setiap orang ada kemurnian dan agama kami akan 
bantu anda mencari kemurnian itu".)




 Jadi hari ini saya tak mahu tarbiyyah pada kamu. 

Seeloknya kamu tengok iklan-iklan gempak dari Arab ini.
Apa yang kamu ambil dan pelajari dari iklan ini, terpulang pada tafsiran sendiri.

Selamat tonton!












dan yang best sekali, talak sejuta...



(Ya Allah, kuatkanlah semangat dan taqwa aku supaya aku sentiasa ingat perkara yang aku dapat dari iklan-iklan ini. Amin.)

5 comments:

roxychick said...

syaitan yang direjam sungguh!

mizzy N Naderiey said...

erk. nasib baik part tak bangun solat subuh tu tak ada efek kulit babi, kalu tak seram..

My name starts with M said...

wow

Saudagar Mimpi ... said...

Terima kasih kerana berkongsi iklan2 itu. Mungkinkah pesanan-pesanan seperti ini muncul di tv negara ini?

4u2wonder said...

wah...walaupn x dpt tengok da clips oleh krana line yg bongok ini, tapi i gt da picture.

tringat kenangan fina memandangku dat 1st day pakai tudung... with her statement.... hope i'm not like 1 of them....

...... am i???