Pages

Selamatkan apa yang patut

Wednesday, April 22, 2009



Hari ini, 22 April adalah hari Bumi. Kata orang putih, Earth Day.

Walaupun kita tak tahu bila tarikh yang tepat bumi diujudkan (terlalu jauhhhhhhh di dalam sejarah untuk dirungkai), tapi kita masih boleh bikin sambutan untuk tempat tinggal kita ini. 

Kasihan bumi. Sudahlah ramai yang menumpang tinggal, takl ada yang sudi menyambut hari lahirnya. Kalau orang, kita raikan dengan ucapan "Makin tua, makin meletop!" tapi dengan bumi jangan haraplah anda boleh kata begitu. 

Terang-terang bumi semakin uzur.
Setiap tahun, kulitnya membentuk jalur kedutan baru hingga benua semakin terpisah.
Setiap abad, jerawatnya yang banyak meledak hingga ramai manusia mati, negara dilanda tsunami.

Tak ada sebarang 'moisturizer' yang boleh kita sapu pada kulitnya agar kemarau kering beransur pulih.
Tak ada apa jenis krim anti-penuaan yang boleh membantu elastin sejuk di Kutub Utara dan Selatan dari melendur-lendur-lendur dan roboh mencair.
Dan tak akan cukup pun ela kain yang boleh kita tutup kawah jerawat hasil tangan-tangan manusia yang gatal mengorek khazanah bumi untuk 'kesedapan' sendiri.

Namun harapan masih ada. 
Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit.
Jika kita tak dapat mengundur segala penderaan yang telah dilakukan, kita boleh cuba untuk tidak menambah penderitaannya.


Sebagai langkah ke arah mengubati bumi, saya mahu menanam pokok.
Tapi tadi baru saya teringat, saya tidak beli apa-apa anak pokok, tak ada apa-apa benih.
Tapak nak menanam pun tidak ada.

Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Malam ini saya akan tanam juga!
Tanam taugeh.
Jadi lah.....


Happy Earth Day!
Heal The World!


Bukan World yang ini.... ish korang ni...


14 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

and i thought you were writing a copy for *v*, what with moisturizer2 bagai.

hidup mawi !



eh silap. hidup world ! (hmmm macam sama je)

mizzy N Naderiey said...

rasa insap plak baca. happy earth day, my planet.

bab jerawat, kawah2 tu geli plak. terbayang tunas jerawat yang penuh dengan nanah.

azyze gomez said...

Cik PMS:
Aku kan siang malam kerja hahaah

Naderiey:
Dey.(ntah kenapa selalu rasa cam nak kata ni bila tengok nama baru ko)

betul hape kawah2, macam lopak bekas jerawat. dan ledakannya....dasyat.. (sib baik kita bukan jenis korek jerawat sendiri zaman duduk serumah dulu. Geli dowh!)

roxychick said...

it's up to us to heal the harm,
to stand together, arm in arm

yeah!!

eh, ni bukan stage tempat nak buat choral speaking utk rumah kuning tu eh?

ish.. ish.. ish.....

Cik Puan Muda Stress said...

bersemangat gila cik pah.

roxychick said...
This comment has been removed by the author.
roxychick said...

semangat 46!

azyze gomez said...

aku pun takut tengok kejituan pah hafal skrip choral speaking. siap dengan action sekali tau!

dah macam ucapan pilihanraya dah aku tengok.

*larikkk*

mizzy N Naderiey said...

baru tadi ada orang komen kata aku punya nama macam mahu kata DEY! Back to Mizzy N la.

ouT oF My MinD said...

aku asyik tanam pokok....mati. tu la tangan aku nie panas sgt....hahahha.alasan.

tp aku ckup marah kalau bab orng buang sampah x tentu pasal nieh.
kat skolah dh patut diajar sivik nie.
buat satu sesi pembelajaran membuang sampah.

My name starts with M said...

suka la entry ni! world!!!

bills said...

i suka la aricle hari bumi ni. i like...

*clap clap clap*

azyze gomez said...

(bows down)
terima kasih, terima kasih :)

Ida:
aku pun boleh tahan panas gak. aku pernah bela cactus nih, boleh gak kecundang. sewel btol.
but i keep trying hehehe.

M:
alah, ko kalau WORLD tu suke aje...

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛