Pages

Program Merakyatkan Filem: Kembara Seniman Jalanan @ Coliseum

Friday, April 03, 2009

Sebaik tahu filem Kembara Seniman Jalanan akan ditayangkan di Coliseum, saya pantas membatalkan sebarang komitmen yang bercanggah. Pelannya mahu pergi seorang diri, mahu buat sesi ambil gambar + tengok orang + refleksi hidup, tapi terfikir pula tentang kebarangkalian panggung dipenuhi lelaki-lelaki dan mat-mat rockers 80an. Akhirnya saya ajak Eze.

Sebab takut ramai yang hadir, pukul 1030 kami sudah terpacak di stesen LRT. Sampai di Masjid Jamek lebih kurang pukul 11.15, jadi kami lepak sejenak di kawasan penjaja Masjid Jamek.  Melihat gelagat peniaga dan pembeli pelbagai bangsa memang telah set the perfect mood untuk filem yang bakal ditonton.  






Kami jejak Coliseum dengan enthusiasm yang tinggi. Hey, kita mahu tonton cerita ikonik 80an, cerita pertama yang memperkenalkan saya pada M.Nasir. Mau tidak tergedik? Okay, bayangkan keterujaan yang sama tinggi seperti, katalah, keterujaan budak-budak sekolah tengok Pussycat Dolls atau Chris Brown. Ha... faham??





Haish, bukan cerita ikonik ini...



Ha, yang ini lah....




Ada orang tengah shooting apa entah di pintu sisi Coliseum. 
Sungguh ala-ala ayuh Jack, bikin filem!



Kami disapa mesra oleh kakitangan promosi (mungkin staff FINAS?) yang pantas menghulur kelandar/ mini poster KSJ. Masuk sahaja panggung, swooosh.... macam terus di transport ke zaman dulu!


Benda pertama yang nyata adalah bau tempat lama yang menerjah ke lubang hidung, diselang-seli dengan kemewahan bau bunga Melur. Sungguh retro, sungguh warm, sungguh selesa. Seperti pulang ke rumah, ada rasa nostaljik yang sering menyalut kita saat pulang ke tempat yang familiar... begitulah. 








Suasana panggung terasa macam dewan. Skrin berpentas dan ada berpuluh barisan tempat duduk! Separuh hadapan dengan kerusi berkemasan ala kulit yang nampak sudah season (jangan lupa nombor ditulis dengan cat merah di belakang kerusi!), manakala separuh lagi adalah seats yang hampir sama dengan tempat duduk di panggung wayang kebanyakan. 




Cukup cool!


Paling saya suka (macam jatuh cinta!) adalah lampu tanda untuk tandas. Pergilah ke mana-mana panggung wayang sekarang, jangan harap anda akan dapat lihat signage bertulisan Tamil. Balik-balik bahasa mat saleh tu. Tapi yang ini memang lain! It's a true, down-to-earth reflection of what makes Malaysia Malaysia - rencah rakyat itu terasa sungguh sebati. Oh, staple wayang lama - cermin tandas retak seribu pun ada. Eze buat kesimpulan yang 'seni' itu tentu hasi Aci yang tak puas hati sebab hero Tamilnya mati di akhir cerita.

(sila bayangkan scene itu dengan efek kilat dan mata merah)




Sesudah saya selesai mengambil gambar (cue untuk watak poser), saya dan Eze duduk menunggu tayangan bermula. Panggung masih sekadar 1/4 penuh. Sudah ada dua-tiga orang yang makan kuaci dan kerepek. Wah, memang mood wayang zaman dulu lah!


"Aku rasa diorang belasah Nasi Kandar kot sambil tengok movie," kata Eze. "Ada bau kari lah."

Saya ketawa. "Merepek je ko. Takkan la..."


Dan di saat itu juga, beberapa lelaki yang duduk selang tiga baris di hadapan kami mengeluarkan plastik roti gardenia saiz jumbo berisi sandwic buatan sendiri dan mula kenduri makan. 

Ambik kau!



Tepat jam 12, lampu tutup dengan mendadak dan filem terus mula dimainkan. Tak ada iklan pembukaan, hooray! 




Sempat curi-curi ambil gambar skrin 
tanpa disuluh tukang jaga
(oh jambunya abang nasir!)


Sepanjang tayangan, macam-macam perkara standard 'wayang zaman dulu' berlaku. Ada bunyi kruk-krak orang makan kuaci, ada bunyi slurpp slurpp orang sedut straw, ada orang ketawa over yang dibuat-buat (mak saya panggil ini, 'gelak juah') bila ada scene yang kelakar. 


Hampir separuh jalan cerita, tiba-tiba ada bayi menangis kuat. Teriaknya naik turun kuat perlahan sehingalah filem selesai. Mungkinkah mak bayi ni dibayar oleh orang wayang untuk bagi feel kepada penonton?  (Hehehe propah sendiri)


Jika saya sedang menonton di TGV atau GSC, mungkin saya sudah rasa sakit hati dan geram. Namun the charm of Coliseum dan KSJ berjaya mengaburi saya. Tidak marah langsung, malah lebih seronok pula rasanya. 


Mungkin kerana 1. panggung itu bukan panggung baru, 2. Masuk percuma, dan 3. Aura 'filem untuk rakyat' itu terasa cukup tebal. 


Biarlah budak-budak hingusan mahu gelak dan cakap kuat-kuat mengejek cara pelakon di layar, tapi setidaknya ada generasi muda yang terdedah dengan realiti zaman dahulu dan perjuangan artis tempatan yang sekarang ini kurang dititik-beratkan dalam pendidikan integriti masyarakat sekarang. 


Sebaik filem selesai, reel filem terhenti siap dengan efek bunyi dzzuupppp! yang kita selalu dengar bila tengok cerita lama. Fuh, mahal, mahal. Mana nak cari projectorist yang berdedikasi tinggi menjaga kualiti tayangan hinggakan tutup projektor pun ikut feel movie lama? Ajaib, ajaib.


Saya dan Eze tak meletak harap pun untuk bertemu barisan pelakon KSJ, jadi kami memang excited bila nampak Pyan Habib, Khatijah Ibrahim, Imuda dan Nasir Jani duduk menandatangan poster untuk peminat di luar panggung. Nasib baik lah crowd kecil, tak perlu kami tunggu lama untuk mendapat poster bertandatangan mereka. (Macam groupies pun ada juga hehe)




Abang Cico, nak sainnnn



Meh I sainkan untuk you... 




"Ini beli cerita original ke, cetak rompak?" tanya Pyan Habib, 
disambut hilai tawa peminat. 



Osman Tikus in action


Memang teruja dapat tengok Osman Tikus dalam versi dahulu dan sekarang! Datuk Khaty sungguhlah selamba dan tidak beraura kekwat langsung, manakala Imuda dan Nasir Jani memang lepak... Walaupun masa telah merubah fizikaliti dan pembawaan diri mereka, saya tetap merasakan satu fresh vibe yang,  ah, susah benar untuk saya ungkapkan di sini. Perasaan itu agak pelik, ia buat saya terasa gembira bercampur terharu bila memikirkan "Mereka inilah pejuang seni yang dari dulu hingga sekarang masih berjuang, masih luhur pendirian, masih likat darah seninya."


Semangat ini seperti sudah meluntur dalam artis seni zaman ini. Yang penting sekarang adalah glamor, sales, kemasyuran. Ah, saya sendiri tidak yakin yang saya boleh dapat walau 1/3 pun dedikasi mereka ini. Kagum...


Tidak bosan langsung menonton KSJ. Falsafah seni untuk bangsa, seni untuk hidup dan hak milik kreatif seni itu jadi tema yang cukup relevan walaupun filem ini sudah 22 tahun umurnya. Semangat juang Bujang/ Jebat demi seni dan cita-cita memang patut ditabik tinggi.  Konflik cetak rompak, etika kewartawanan, takhta duit dan sentuhan elemen kemasyarakatan lain adalah realiti yang turut tegar hinggalah ke hari ini. 




Cukup rakyat, cukup dekat dengan masyarakat
Berat tapi tak membebankan.



Kalaulah ada penerbit filem yang mahu buat filem seperti ini untuk penonton sekarang... saya yakin ada pengarah prolifik yang boleh mengangkat tema kemasyarakatan sebegini (think Afdlin Shauki) tapi zaman sekarang zaman Profit Above The People, jadi kebarangkalian kita melihat filem sebegini dilahirkan dalam masa terdekat ini adalah, oh, sungguh tidak mungkin. 

Siapa ada berani?






 Terima Kasih kepada FINAS kerana menganjurkan program ini. Walau tak dapat sambutan sehangat AF, saya yakin usaha ini cukup murni. Teruskan usaha merakyatkan filem ini, biar bertatih sekarang, kelak berlari jua. Suatu hari nanti kita tak akan dengar lagi statement "aku tak tengok filem melayu" kerana masyarakat akan dengan seadanya embrace our local films with much pride - dan pembikin filem kita juga boleh menghasilkan cerita yang lebih isi dari sampah.  

Bulan Mei nanti ada sesiapa yang mahu join tonton sekali?


p/s: sedikit terkilan apabila beberapa babak dipotong... contohnya babak dengan favourite quote saya: bila Khaty ajak M.Nasir berhenti cakap tentang lanun cetrom dan bercerita tentang mereka, dengan selamba M.Nasir jawab "Ah, aku lebih suka cerita pasal bangsa kita." Kenapa potong???!

 

11 comments:

My name starts with M said...

wow

kalau aku mnasir aku dah tulis komen kat sini

4u2wonder said...

pian habib sgt comel...suke la.. mnyesal pulak x diri blakang die amek gambar..

to all da cast, i'm sory for dozing off sebarang-dua minit.

katya said...

wow...kalo ade lg aku nk g. :D

mizzy N said...

aku jumpa pyan habib kat syed bangsar. itupun aku tau dia pyan habib sebab orang tunjukkan. wooohoooo

azyze gomez said...

Mas:
alah, aku bukan komen sangat pasal M.Nasir dalam ni heheheh

Lagipun siapalah aku, diorang nak baca blog segala :)

Eze:
itu la... aku suruh tak nak! takpe, next time masa keluarga si comat pulak, ko bleh ambik gambar ngan aziz satar & sudin :)


Radz:
coming films untuk mei, jun & julai tak ada yang hardcore seni sebegini. aku ingat ada some 70s movies, keluarga si comat ngan ape ntah. kang aku get back to you once I get the list.

Nadh:
cheh. aku selalu jumpa imuda at odd places seperti Amcorp Mall, stesen LRT, Alpha Angle dekat umah aku... he's everywhere! tapi aku tak tegur la, malu hahaha :)

Uncle Lee said...

Nice blog, enjoyed looking at your pics. Regret my bahasa is jurassic, so unable to comment...just to say, you have fun and keep well, best regards, Lee.

azyze gomez said...

Hello Uncle Lee,
thanks for stopping by my blog. I now write in Malay, so sorry if it makes your reading a little 'tougher' than your usual blog-stop. You can, however, treat my blog as your 'brushing-up Bahasa' site :)

I write for fun, but thanks for the compliment :)

Jemputlah untuk singgah lagi!

Amers. said...

piece m. nasir sangat luas maknanya. apokalips, phoenix cinta sakti, apa tu? hehe.

azyze gomez said...

hey, kamu di kelumpo ek sekarang?

nak cerita panjang sangat la... jom ngeteh sambil story (ha, ada berani? hahaha)

Mazhadi Fikri said...

aiseh, tak tau le pulak ade tayangan. Tapi aku ade rekod Filem ni dulu...entah dah mana pgnya tape tu. 180minutes mula2 Film Kmebara Seniman Jalanan ni lepas tu dokumentari M.Nasir sekitar awal 90an...

Lain2 pelakon, Siso, Dr Sam, Ramli Sarip pun ade. Izuna tu aku tak tau la pulak sapa nama sebenar

azyze gomez said...

Hadi:
Tak banyak promotion beb. Aku tahu pun dari blog Pyan Habib & Yahoo Groups Filem Kita. Sayang kan, kalau orang ramai tahu, mesti penuh panggung dah..

Aku pun baru dapat tahu yang FINAS dah buat program ni dari 2007 lagi. Gile ah, langsung tak popular kan... jadi aku berniat untuk jadi pengunjung tegar program ni. Biar la, at least bertambah la satu kepala hehehe :)

Aku rasa another catchy phrase dari filem tu adalah bila Majid Salleh asyik dok repeat "Pertemuan, yang pertama.."

aku kira watak dia pun boleh tahan best jugak!