Pages

Main sambung, jom!

Wednesday, April 08, 2009

Maria berdiri lesu, namun dapat ku lihat semangat yang masih membara di matanya.

"Aku takkan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja," katanya. Peluh berlinang dari ubun, melintas pipi, bergenang di dagu dan akhirnya menitis lenyap ke atas kemeja-T hitamnya. 

Aku masih berdiam, kerana aku memang tak berjumpa sebarang kata perangsang untuknya. Nak ku tidakkan tindakannya, dikata aku tak memahami. Nak ku iyakan, nanti aku menjebak diri.

Maria memejam kejap mata. Dia menarik nafas dalam. Hembus.

Dia buka mata."Aku perlu melakukannya!"

Belum sempat aku kata apa-apa, Maria melangkah meninggalkan aku. 

"Hey Maria!"


***************


Okay kawan-kawan, selamat menyambung!

Edited: Oh, tak clear ke sape yang perlu menyambung apa? well, seperti posting2 sambung terdahulu, sambungkan cerita ini mengikut kreativiti anda! So kita akan dapat pelbagai outcome yang berbeza. Boleh?

 

20 comments:

My name starts with M said...

Langkah Maria terhenti. Wajahnya berpaling padaku. Bibir merahnya digetap, matanya mula mengecil. Ah, wajah ini.. wajah simpati...

Aku perlu katakan sesuatu. Aku perlu!

"Good.. luck," sebutku dari jauh. Dia angguk, lantas menyeret kain lentang besar yang dicatnya dengan huruf-huruf T, O, M dan K malam tadi bersamanya.

Maria melangkah menaiki bas yang penuh dengan remaja-remaja yang berkongsi perasaan sepertinya. Bas dengan wajah seorang lelaki yang dahulunya bersuara sengau mula hilang dari pandanganku.

Mungkinkah sejarah berulang?

***************

ouT oF My MinD said...

yeah....sejarah mungkin berulang.
maria tidak kisah jika kawan-kawannya mengatakan dia seperti menjilat ludah sendiri.

Masih lg dia teringat masa zaman tomok masih lagi dengan kumpulan boyband nye....

bagai nak mati dia mengutuk sesiapa yang tergila-gilakan Newboyz. Katanya, jiwang karat lah...Minah lelehlah, dan macam-macam lagi.

Tapi kini...Lagu dendangan Tomok di dalam pertandingan realiti tv, sering saja menjadi halwa telinganya. Pastinya Youtube menjadi mangsa.

Yelah...mana ada lagi kompilasi lagu nyanyian tomok kan. kalau ada pun, maria yakin...dialah orang pertama yang akan membelinya.

'Eh...Maria ke nie?'

azyze gomez said...

Mas:
something yang aku tak expect!
Sungguh best!

Ida:
Kome menyambung cerita Mas ye, takpe aku tak kesah ahaha. Elaboration sifat MAria yang kome buat itu sunggoh same dengan ape yang teman lihat di sekeliling etman. Ape, Maria itu bagai, er, kome ke? hehehe :)

mizzy N said...

"Ye, ini memang Maria" getus hati Maria.

Maria kata pada aku semalam yang tiada apa yang harus dimalukan terhadap minat barunya kepada Tomok. Dua imuniti dan kini salah seorang finalis Top 6 dan dia yakin Tomok memang dah mengalami evolusi.


Aku lihat dengan sayu Maria merampas remote tv daripada adiknya yang sedang syok tengok kartun kat Animax.

"Sori dik. Ini masa kakak!" kata Maria.

Wajah adiknya bertukar bengis.

Kata Maria lagi,"Ada lagi 10 minit sebelum ia bermula sempat la nak tumbuk-tumbuk rebut remote. Ayuh hayunkan tumbukan terhebat ko"

Demi Tomok Maria sanggup gagahkan badan merentas cabaran fizikal merebut remote.

----------------------------------

Ni pula aku sambung dari stori asal kau.

Namun Maria tidak berpaling ke arah ku tetapi dia mengangkat tangan tanda dia dengar.

Aku lihat Maria menaiki tangga dan terus ke kanan, ke arah lelaki itu. Maria mencekak pinggang dan berkata.

"Hoi, kat wayang ni orang nak tengok cerita kat skrin tu bukan nak dengar cerita ko dengan orang dalam talipon tu. Nak borak berambus lah!"

Maria segera bergegas turun dan kembali duduk di sebelah aku.

Setelah 1 jam lelaki itu berborak, akhirnya dia diam setelah diherdik Maria.

Hanya lima minit berlalu telefon orang sebelah kiri pula berbunyi.

Maria memejam ketat matanya.

"BS betul!" bisiknya sambil mengetap bibir.

Aku pun pelik. Dalam wayang ni ada 10 orang je tapi bising macam pasaraya.

Dan manik jernih Maria menitis lagi.

mizzy N said...

Eh tak perasan naik bas. Tak konti pulak.

zzzdarab3@gmail.com said...

'Sudah, aku tak suka kau panggil aku nama tu!'
kata Maria.
'Berapa kali aku nak bagi tahu kat ko, nama aku bukan Maria!'

Aku kurang faham kata-kata Maria. "Ye la, nama ko Maria kan..."

Maria semakin marah. merahnye muka dia.

'Semalam ko panggil orang gaji ko Esperanza, sekarang ko panggil aku Maria. Nama aku Jenab lah, tukang jual kain batik Terengganu kat kau! Sudah lapan kali aku bagitahu kau! Ni yang aku tak tahan ni!'


Dan Maria pun menumbuk muka aku sampai lebam sebelah bijik mata.

Semenjak hari itu, aku tak pernah jumpa Maria lagi.

azyze gomez said...

Nadh:
yay!
patutlah esei kat sekolah dapat A+!


zack:
Ko ni kelakar la Zack! walaupun aku tak pernah tengok cerita Yusuf tu, tapi kawan2 aku kat opis bercerita okay! matilah Betty Banafe kan hahahahahah lahar!

Uncle Lee said...

Hi Azyze, hmmm, not familiar with this, ha ha.
So will just say hello, you have a pleasant weekend, Lee.

roxychick said...

"Hey Maria!" jeritku lagi.

Langkah Maria yang tadinya laju, bertukar perlahan setelah mendengar teriakanku untuk kali kedua.

Maria lantas menoleh dan memandang tepat ke arahku dengan matanya yang buntang.

(Walaupun dia berkaca mata, aku masih boleh melihat sinar harapan disudut matanya itu)

"Apa lagi yang kau mahu katakan? Bukankah dah ku jelaskan pada kau tadi?" Maria mengeluh.

Aku berlari anak ke tempat di mana dia berdiri, sambil memeluk erat tote bag kuning jenama Guesses yang baru kubeli dari Leha pagi tadi.

"Maria, aku tahu kau dah jelaskan padaku segala-galanya. Tapi, tak ke kau rasa bersalah atau malu.. mungkin.. jika kau teruskan juga niat kau tu?" tanyaku untuk kesekian kalinya.

Seraya Maria menjawab, "Kau tak kesian ke dekat anak-anak aku? Kau tak kesian ke? Aku buat semua ini untuk mereka, bukan untuk aku semata-mata!"

"Lagi-lagi alasan anak. Lagi-lagi anak!" Hati kecilku mendengus.

"Dahla. Aku malas nak layan semua ni. Aku dah nekad. Kalau kau tak nak tolong, tak payah nak sibuk-sibuk lagi."

Maria sudah bernekad kali ini nampaknya. Aku pandang kiri kanan, mana tau jika ada orang lain di sekeliling kami.

"Haih. Kenapala Maria..." keluhku lagi.

Maria berpaling dan meneruskan langkah. Tampak yakin sambil menuruni anak tangga dewan berhawa dingin itu.

Sesekali Maria berhenti di beberapa kerusi empuk di dewan itu sambil tangannya pantas mengambil kotak-kotak berisi bertih jagung yang ditinggalkan. Maria cuma ambil beberapa sahaja sebab tak cukup tangan. Di kejauhan aku hanya mampu melihat sambil tanganku memegang beg plastik yang dari tadi tersimpan rapi di dalam tote bag Guesses aku itu.

Kala itu, muka Maria sedikit ceria tatkala melangkah keluar dari dewan.

Maria dapat merasakan yang anak-anaknya, Claudia dan Carlos pasti tidak sabar untuk menonton DVD cetak rompak yang dibeli kelmarin sambil mengunyah bertih jagung percuma malam ini.

azyze gomez said...

I terharu!
Walaupun kisah ini kita dua aje yang paham (sorry people), I bangga you sudi featurekan cerita ini di sini.

Syabbas bette!

azyze gomez said...
This comment has been removed by the author.
azyze gomez said...
This comment has been removed by the author.
Pyanhabib said...

ulasan lansung pasal ksj kat coliseum yang ada penonton siap berkenduri sandwic roti gardenia saiz jumbo itu, kah kah kah!
(meh, kena teh!)

azyze gomez said...

Wow....
disinggahi Pyan Habib....
terima kasih kerana sudi singgah, bang!

Abang sudi letak titik rendezvous, saya sudi join!
(Mungkinkah di Deen Melawati yang hanya sepelaung dari rumah saya itu? Hheheh)



(Kekaguman yang bakal menjadi pemangkin seluruh minggu ini)

Naderiey said...

wei, kat syed bangsar la. uuu pyan habib datang sini.

azyze gomez said...

Naderiey:
oooooo
tak ketahuan pulak, di situ rupanya...
korang memang selalu berjumpa di situ atau itu acara gilang gemilang versi jom ngeteh bersama Pyan Habib?

azyze gomez said...

Eh, kejap, ni Nadh ke? Aku kompius. NAdh, ko tukar nama dari MIzzy n ke Naderiey ek?

mizzy N said...

bosan la duk guna mizzy n. so aku guna naderiey sekali sekala.

FA RHO HA ALIF NUN. said...

Hahaha. apsal banyak cite maria ngn tomokk ni. wakakaak.

this is so entertaining.

azyze gomez said...

fa rho ha alif nun:
diorang ni memang terlalu taksub dengan program realiti.
tengoklah, kalau tetiba saya buat sambung cerita lagi minggu ni, konfirm ada cerita pasal AF pulak heheh :P

btw, thanks for visiting :)
kalau sudi singgahlah selalu. jemput mengkopi di sini hehe