Pages

Apa yang kamu sedang buat di saat ini

Friday, July 24, 2009

Starry Night karya Vincent Van Gogh
(ihsan Google)


Dia bakal di hantar ke medan perang. 

Dia risau kekasihnya akan melupakannya bila dia tiada. Mungkinkah kekasihnya jatuh cinta dengan lelaki lain yang nyata di mata dan membuang cinta lama?

Dia tidak sanggup menghadapinya, walau mungkin itu yang terbaik untuk mereka berdua.

Malam sebelum dia mendaftar, dia melutut di jendela. "Tuhan, aku rela jika kau hantarku untuk berjuang nyawa. Aku redha jika hidupku terpasung pada medan perang. Satu-satunya permintaan aku, jangan kau luputkan diriku dari hatinya. Pastikan cinta yang ada dalam hati ku ini akan tersemai di hatinya dan kekal bercambah menjadi utuh."

Malam semakin dingin dan deru angin bagai memujuknya untuk melelap mata. Dia merebahkan diri di atas katil dan malam beransur lalu...

Esok, dia meninggalkan segala yang dikenalinya atas nama pengorbanan dan kesetiaan dengan doa yang tak lekang dipinta.  


---------------------------------------------------------------------

Bunyi sesuatu mengetuk tingkap dari luar.

Tak. Tak. Tak. 

Dia bangun dari tidur dan membuka langsir. Seekor burung merpati duduk memandangnya dari luar.

Tingkap dibuka. "Kamu buat apa di sini, si kecil?" 

Merpati putih itu lantas terbang ke dalam bilik dan hinggap di meja persiapan.

"Kooo, Kooo," bunyi merpati.

"Kau mengingatkan aku pada seseorang yang sudah lama tidak aku jumpa. Seseorang yang mempunyai hatiku. Apakah kehadiranmu petanda dia mengingatiku juga?" katanya sambil tertawa kecil.

Matanya terpejam, dan dia membayangkan lelaki-lelaki yang pernah cuba mencuri hatinya. Ada yang menjanjikan kesenangan, ada yang mahu bawa dia pergi jauh dari runtuh kota Berlinnya, ada yang berikrar mencinta hingga ke hujung dunia. Namun biar seuntung manapun janji-janji mereka, hatinya tidak mahu berganjak.

Fikirannya sering mencemuh, kau bodoh kerana menanti kasih yang belum tentu terpatri
Hati pula selalu membela, mungkin ada kuasa yang lebih besar sedang merantai aku pada si dia, dan aku tak mahu lepaskan perasaan itu biar perlu bertugu selamanya

Mungkin semuanya sudah terlakar di taburan bintang yang kekal berkelip biar dunia semakin berontakan. 

Dia menarik nafas dalam. Rambut kuning yang menggebar di sekeliling wajah dibiarkan tak berikat. Si dia sukakan 'pintalan emas' milikku ini, bisik hatinya. Dan aku rindukan sentuhan hangat si dia...





"Koo."

Dia merapati merpati tersebut. Baru dia sedar, ada sesuatu diletakkan si merpati ke muka meja.

Sebentuk cincin.

Cincin kekasihnya.


Merpati putih tadi berbunyi lagi. Ulang-berulang ia melaungkan bunyi mendayu yang tidak mungkin dihadam pemahaman manusia. 

Tangannya menyentuh cincin yang berkilau diulit sinar rembulan yang menerjah masuk dalam kedinginan  malam.

Dia mengerti.
Rebah terduduk, dia meratapi kematian kekasih yang dicintai. 


Malam itu, dia terbaring di lantai. Tubuhnya kaku, matanya kosong, pipi berkerak tangisan yang mengering. Cincin kekasihnya masih erat digenggam tangan biar nyawa kian meninggalkan jasad. 

Dan sang merpati terus menyanyikan nada nostalgia bersulam likat merah dari pergelangan yang melimpah terus membasahi telapak cinta yang tak kesampaian.


 

3 comments:

abuyusof said...

starry night.. my favorite van gogh.. probably most beautiful painting exist..

Cik Puan Muda Stress said...

kenapa tiba2 aku teringat lagu Katy Perry yang 'Thinking Of You' tu ah?

and cantik layout baru kak? ai pun terasa macam nak tukar baru yeww.

azyze gomez said...

abuyusof:
salam. ya, ini juga karya VG kegemaran saya. Terasa tenang bila pusar angin malam yang lembut meneman bulan yang sinarnya tak putus.

by the way, thanks for stopping by dan meletak link saya di blog anda :)



cik PMS:
aku bukanlah manusia pink, bebeh. tapi ini je la yang paling simple untuk aku. skins yang available on the net macam terlalu kalut, dan aku ni anal sket, mesti nak tweak and customize jugak. maka????