Pages

Syaitan Sobat Aku

Wednesday, April 29, 2009

Menyampah tak kalau orang tak pasal-pasal tarbiyyah pada kamu tentang agama, penjagaan diri dan segala yang berkaitan?

Saya rasa semua orang pernah rasa macam itu. Saya pun kadang-kadang begitu. 


Walaupun benda itu teguran untuk kebaikan, kadang-kadang panassss je hati nak dengar. Apatah lagi bila tukang tegur sendiri ibarat ketam ajar anak berjalan: 
 

berapa kali sudah kamu berdetik dalam hati 
" Tak payah la nak lecture aku kalau kau sendiri pun macam lahanat."



atau syarahannya semua versi negatif, penuh dengan ayat seperti "ha, kan aku dah kata, kau ni memang jahil!", "masuk neraka lah kamu", "kau ni dah macam setan dah" dan sebagainya.



(macamanalah orang tak banyak yang lari menganut agama lain, 
mubaligh mereka lebih banyak guna konsep positif seperti 
"belum terlambat untuk masuk syurga", 
"dia sentiasa menyayangimu walau kamu pernah buat salah", 
"setiap orang ada kemurnian dan agama kami akan 
bantu anda mencari kemurnian itu".)




 Jadi hari ini saya tak mahu tarbiyyah pada kamu. 

Seeloknya kamu tengok iklan-iklan gempak dari Arab ini.
Apa yang kamu ambil dan pelajari dari iklan ini, terpulang pada tafsiran sendiri.

Selamat tonton!












dan yang best sekali, talak sejuta...



(Ya Allah, kuatkanlah semangat dan taqwa aku supaya aku sentiasa ingat perkara yang aku dapat dari iklan-iklan ini. Amin.)

Yang di minda

Tuesday, April 28, 2009

Rasa macam bila duit dah tak ada 
dan yang tinggal cuma kicap sahaja. 


Adoi.

Sudah satu hari penuh, tapi kerja takat 20% sahaja berjalan. Otak macam tersekat lah. Bosan, bodoh, semua cukup. 

Cuba-cuba pasang lagu-lagu pembangkit semangat, mungkin boleh tolong lapangkan fikiran tapi makin tersumbat ada lah.

Mungkin saya patut address (or setidaknya mengakui) the issue that has been playing in my mind these past few days

Saya rasa saya sudah tangkap hati lah dengan seseorang. Aduh, bunyinya jiwang poyo sangat, tapi, well, benar, rasanya ini betul-betul kejadian ni. 

Dulu sekadar suka gitu-gitu sahaja. Saya tidak pernah serius pun memikirkan tentang dia. Kami pun bukannya kawan, nak kata kenalan pun belum tentu boleh. Dulu sekadar tengok dan jenguk gitu-gitu sahaja. Tapi entah kenapa, dua minggu lepas saya termimpikan dia. Bangkit dari mimpi saya tertanya pada diri sendiri kenapaaaaalah saya boleh termimpikan dia sedangkan langsung tak terfikir pasal dia. Whateverlah, I just smiled, shrugged it off and went on with life (or whatever small bits you can call 'life' lah). 

Malam itu saya termimpikan dia lagi. 
Dan malam seterusnya.

Tiga malam berturut-turut. 
Mimpi yang berbeza, tapi prominen beliau sama sahaja. 

Di ketiga-tiga mimpi kami berkawan, berbual, gelak ketawa sama-sama. Senang sekali dengan dia. Of course ada kawan-kawan lain yang bikin cameo, tapi the fact that dia muncul berturut-turut membuat saya tertanya --- is this some kind of sign? Could fate be signalling something? Is this the queue for me to take some kind of action?

Hayo, kamu tahu, saya jadi bengong sekejap. Kadang-kadang saya rasa macam itu cuma mimpi dan kebetulan. Tapi lepas itu saya fikir dan fikir dan tiba-tiba terasa macam eh, ya saya memang suka kat dia lah. Tapi lepas itu saya rasa hopeless sebab tak mungkin kami akan cross paths dalam masa terdekat ini dan dunia saya jauhhhh berbeza dari dunia dia. Selepas itu rasa seperti saya patut ambil langkah pertama dan berusaha mengenali dia, mungkin itu sebab saya diberi mimpi bertubi. Tapi kemudian saya mula melihat segala kekurangan diri yang menyebabkan keyakinan diri mengecut sepantas botol spritzer yang diisi air panas. 

Pfffftttt.....

Tahun bila agaknya aku nak berjaya ubah semua kekurangan diri sebelum aku berani menyua muka bertemu dia?


Dan adakah ini jatuh hati betul atau sekadar jiwa kacau sahaja?
Kalau ini jiwa kacau, cepat-cepatlah pergi supaya saya boleh berfungsi semula. 
Kalau ini jatuh hati, 


god help me. 

Selamatkan apa yang patut

Wednesday, April 22, 2009



Hari ini, 22 April adalah hari Bumi. Kata orang putih, Earth Day.

Walaupun kita tak tahu bila tarikh yang tepat bumi diujudkan (terlalu jauhhhhhhh di dalam sejarah untuk dirungkai), tapi kita masih boleh bikin sambutan untuk tempat tinggal kita ini. 

Kasihan bumi. Sudahlah ramai yang menumpang tinggal, takl ada yang sudi menyambut hari lahirnya. Kalau orang, kita raikan dengan ucapan "Makin tua, makin meletop!" tapi dengan bumi jangan haraplah anda boleh kata begitu. 

Terang-terang bumi semakin uzur.
Setiap tahun, kulitnya membentuk jalur kedutan baru hingga benua semakin terpisah.
Setiap abad, jerawatnya yang banyak meledak hingga ramai manusia mati, negara dilanda tsunami.

Tak ada sebarang 'moisturizer' yang boleh kita sapu pada kulitnya agar kemarau kering beransur pulih.
Tak ada apa jenis krim anti-penuaan yang boleh membantu elastin sejuk di Kutub Utara dan Selatan dari melendur-lendur-lendur dan roboh mencair.
Dan tak akan cukup pun ela kain yang boleh kita tutup kawah jerawat hasil tangan-tangan manusia yang gatal mengorek khazanah bumi untuk 'kesedapan' sendiri.

Namun harapan masih ada. 
Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit.
Jika kita tak dapat mengundur segala penderaan yang telah dilakukan, kita boleh cuba untuk tidak menambah penderitaannya.


Sebagai langkah ke arah mengubati bumi, saya mahu menanam pokok.
Tapi tadi baru saya teringat, saya tidak beli apa-apa anak pokok, tak ada apa-apa benih.
Tapak nak menanam pun tidak ada.

Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Malam ini saya akan tanam juga!
Tanam taugeh.
Jadi lah.....


Happy Earth Day!
Heal The World!


Bukan World yang ini.... ish korang ni...


Trivia yang takde kegunaan

Wednesday, April 15, 2009

Oh, sungguh tidak ada masa untuk memblog. 
Ini baru betul-betul tak konsisten.

Sementara saya menyiapkan kerja yang berlungguk dan cari idea untuk blog, 
apa kata kamu jawab soalan saya ini:

Dalam banyak-banyak roti, roti apa yang paling kuat semangat sekali?


Jawapannya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Daa!

.

Main sambung, jom!

Wednesday, April 08, 2009

Maria berdiri lesu, namun dapat ku lihat semangat yang masih membara di matanya.

"Aku takkan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja," katanya. Peluh berlinang dari ubun, melintas pipi, bergenang di dagu dan akhirnya menitis lenyap ke atas kemeja-T hitamnya. 

Aku masih berdiam, kerana aku memang tak berjumpa sebarang kata perangsang untuknya. Nak ku tidakkan tindakannya, dikata aku tak memahami. Nak ku iyakan, nanti aku menjebak diri.

Maria memejam kejap mata. Dia menarik nafas dalam. Hembus.

Dia buka mata."Aku perlu melakukannya!"

Belum sempat aku kata apa-apa, Maria melangkah meninggalkan aku. 

"Hey Maria!"


***************


Okay kawan-kawan, selamat menyambung!

Edited: Oh, tak clear ke sape yang perlu menyambung apa? well, seperti posting2 sambung terdahulu, sambungkan cerita ini mengikut kreativiti anda! So kita akan dapat pelbagai outcome yang berbeza. Boleh?

 

Program Merakyatkan Filem: Kembara Seniman Jalanan @ Coliseum

Friday, April 03, 2009

Sebaik tahu filem Kembara Seniman Jalanan akan ditayangkan di Coliseum, saya pantas membatalkan sebarang komitmen yang bercanggah. Pelannya mahu pergi seorang diri, mahu buat sesi ambil gambar + tengok orang + refleksi hidup, tapi terfikir pula tentang kebarangkalian panggung dipenuhi lelaki-lelaki dan mat-mat rockers 80an. Akhirnya saya ajak Eze.

Sebab takut ramai yang hadir, pukul 1030 kami sudah terpacak di stesen LRT. Sampai di Masjid Jamek lebih kurang pukul 11.15, jadi kami lepak sejenak di kawasan penjaja Masjid Jamek.  Melihat gelagat peniaga dan pembeli pelbagai bangsa memang telah set the perfect mood untuk filem yang bakal ditonton.  






Kami jejak Coliseum dengan enthusiasm yang tinggi. Hey, kita mahu tonton cerita ikonik 80an, cerita pertama yang memperkenalkan saya pada M.Nasir. Mau tidak tergedik? Okay, bayangkan keterujaan yang sama tinggi seperti, katalah, keterujaan budak-budak sekolah tengok Pussycat Dolls atau Chris Brown. Ha... faham??





Haish, bukan cerita ikonik ini...



Ha, yang ini lah....




Ada orang tengah shooting apa entah di pintu sisi Coliseum. 
Sungguh ala-ala ayuh Jack, bikin filem!



Kami disapa mesra oleh kakitangan promosi (mungkin staff FINAS?) yang pantas menghulur kelandar/ mini poster KSJ. Masuk sahaja panggung, swooosh.... macam terus di transport ke zaman dulu!


Benda pertama yang nyata adalah bau tempat lama yang menerjah ke lubang hidung, diselang-seli dengan kemewahan bau bunga Melur. Sungguh retro, sungguh warm, sungguh selesa. Seperti pulang ke rumah, ada rasa nostaljik yang sering menyalut kita saat pulang ke tempat yang familiar... begitulah. 








Suasana panggung terasa macam dewan. Skrin berpentas dan ada berpuluh barisan tempat duduk! Separuh hadapan dengan kerusi berkemasan ala kulit yang nampak sudah season (jangan lupa nombor ditulis dengan cat merah di belakang kerusi!), manakala separuh lagi adalah seats yang hampir sama dengan tempat duduk di panggung wayang kebanyakan. 




Cukup cool!


Paling saya suka (macam jatuh cinta!) adalah lampu tanda untuk tandas. Pergilah ke mana-mana panggung wayang sekarang, jangan harap anda akan dapat lihat signage bertulisan Tamil. Balik-balik bahasa mat saleh tu. Tapi yang ini memang lain! It's a true, down-to-earth reflection of what makes Malaysia Malaysia - rencah rakyat itu terasa sungguh sebati. Oh, staple wayang lama - cermin tandas retak seribu pun ada. Eze buat kesimpulan yang 'seni' itu tentu hasi Aci yang tak puas hati sebab hero Tamilnya mati di akhir cerita.

(sila bayangkan scene itu dengan efek kilat dan mata merah)




Sesudah saya selesai mengambil gambar (cue untuk watak poser), saya dan Eze duduk menunggu tayangan bermula. Panggung masih sekadar 1/4 penuh. Sudah ada dua-tiga orang yang makan kuaci dan kerepek. Wah, memang mood wayang zaman dulu lah!


"Aku rasa diorang belasah Nasi Kandar kot sambil tengok movie," kata Eze. "Ada bau kari lah."

Saya ketawa. "Merepek je ko. Takkan la..."


Dan di saat itu juga, beberapa lelaki yang duduk selang tiga baris di hadapan kami mengeluarkan plastik roti gardenia saiz jumbo berisi sandwic buatan sendiri dan mula kenduri makan. 

Ambik kau!



Tepat jam 12, lampu tutup dengan mendadak dan filem terus mula dimainkan. Tak ada iklan pembukaan, hooray! 




Sempat curi-curi ambil gambar skrin 
tanpa disuluh tukang jaga
(oh jambunya abang nasir!)


Sepanjang tayangan, macam-macam perkara standard 'wayang zaman dulu' berlaku. Ada bunyi kruk-krak orang makan kuaci, ada bunyi slurpp slurpp orang sedut straw, ada orang ketawa over yang dibuat-buat (mak saya panggil ini, 'gelak juah') bila ada scene yang kelakar. 


Hampir separuh jalan cerita, tiba-tiba ada bayi menangis kuat. Teriaknya naik turun kuat perlahan sehingalah filem selesai. Mungkinkah mak bayi ni dibayar oleh orang wayang untuk bagi feel kepada penonton?  (Hehehe propah sendiri)


Jika saya sedang menonton di TGV atau GSC, mungkin saya sudah rasa sakit hati dan geram. Namun the charm of Coliseum dan KSJ berjaya mengaburi saya. Tidak marah langsung, malah lebih seronok pula rasanya. 


Mungkin kerana 1. panggung itu bukan panggung baru, 2. Masuk percuma, dan 3. Aura 'filem untuk rakyat' itu terasa cukup tebal. 


Biarlah budak-budak hingusan mahu gelak dan cakap kuat-kuat mengejek cara pelakon di layar, tapi setidaknya ada generasi muda yang terdedah dengan realiti zaman dahulu dan perjuangan artis tempatan yang sekarang ini kurang dititik-beratkan dalam pendidikan integriti masyarakat sekarang. 


Sebaik filem selesai, reel filem terhenti siap dengan efek bunyi dzzuupppp! yang kita selalu dengar bila tengok cerita lama. Fuh, mahal, mahal. Mana nak cari projectorist yang berdedikasi tinggi menjaga kualiti tayangan hinggakan tutup projektor pun ikut feel movie lama? Ajaib, ajaib.


Saya dan Eze tak meletak harap pun untuk bertemu barisan pelakon KSJ, jadi kami memang excited bila nampak Pyan Habib, Khatijah Ibrahim, Imuda dan Nasir Jani duduk menandatangan poster untuk peminat di luar panggung. Nasib baik lah crowd kecil, tak perlu kami tunggu lama untuk mendapat poster bertandatangan mereka. (Macam groupies pun ada juga hehe)




Abang Cico, nak sainnnn



Meh I sainkan untuk you... 




"Ini beli cerita original ke, cetak rompak?" tanya Pyan Habib, 
disambut hilai tawa peminat. 



Osman Tikus in action


Memang teruja dapat tengok Osman Tikus dalam versi dahulu dan sekarang! Datuk Khaty sungguhlah selamba dan tidak beraura kekwat langsung, manakala Imuda dan Nasir Jani memang lepak... Walaupun masa telah merubah fizikaliti dan pembawaan diri mereka, saya tetap merasakan satu fresh vibe yang,  ah, susah benar untuk saya ungkapkan di sini. Perasaan itu agak pelik, ia buat saya terasa gembira bercampur terharu bila memikirkan "Mereka inilah pejuang seni yang dari dulu hingga sekarang masih berjuang, masih luhur pendirian, masih likat darah seninya."


Semangat ini seperti sudah meluntur dalam artis seni zaman ini. Yang penting sekarang adalah glamor, sales, kemasyuran. Ah, saya sendiri tidak yakin yang saya boleh dapat walau 1/3 pun dedikasi mereka ini. Kagum...


Tidak bosan langsung menonton KSJ. Falsafah seni untuk bangsa, seni untuk hidup dan hak milik kreatif seni itu jadi tema yang cukup relevan walaupun filem ini sudah 22 tahun umurnya. Semangat juang Bujang/ Jebat demi seni dan cita-cita memang patut ditabik tinggi.  Konflik cetak rompak, etika kewartawanan, takhta duit dan sentuhan elemen kemasyarakatan lain adalah realiti yang turut tegar hinggalah ke hari ini. 




Cukup rakyat, cukup dekat dengan masyarakat
Berat tapi tak membebankan.



Kalaulah ada penerbit filem yang mahu buat filem seperti ini untuk penonton sekarang... saya yakin ada pengarah prolifik yang boleh mengangkat tema kemasyarakatan sebegini (think Afdlin Shauki) tapi zaman sekarang zaman Profit Above The People, jadi kebarangkalian kita melihat filem sebegini dilahirkan dalam masa terdekat ini adalah, oh, sungguh tidak mungkin. 

Siapa ada berani?






 Terima Kasih kepada FINAS kerana menganjurkan program ini. Walau tak dapat sambutan sehangat AF, saya yakin usaha ini cukup murni. Teruskan usaha merakyatkan filem ini, biar bertatih sekarang, kelak berlari jua. Suatu hari nanti kita tak akan dengar lagi statement "aku tak tengok filem melayu" kerana masyarakat akan dengan seadanya embrace our local films with much pride - dan pembikin filem kita juga boleh menghasilkan cerita yang lebih isi dari sampah.  

Bulan Mei nanti ada sesiapa yang mahu join tonton sekali?


p/s: sedikit terkilan apabila beberapa babak dipotong... contohnya babak dengan favourite quote saya: bila Khaty ajak M.Nasir berhenti cakap tentang lanun cetrom dan bercerita tentang mereka, dengan selamba M.Nasir jawab "Ah, aku lebih suka cerita pasal bangsa kita." Kenapa potong???!