Pages

Ucapan selamat kepada beberapa perkara

Monday, March 16, 2009

Woh, sungguh lama tidak buka blog dan bubuh posting baru.
Macam-macam sudah jadi dalam tempoh seminggu dua ini.
Ada yang cukup menggembirakan, ada yang di luar jangkaan, ada juga yang buat saya semakin bengong. But this blog is supposed to be 80% honest to goodness fun jadi posting kali ini jom kita yihaa yihaa! 
Sila bersedia dengan pompom, crackers dan clappers anda.

*Buang hood hitam, pakai topi St Patricks Day. Walaupun tak sambut tapi suka hati saya lah, leprechaun comel apa...*

Trivia: Masa saya di zaman tadika dulu, saya selalu bayangkan four leaved clover sebagai daun berbentuk cantuman 4 kaki kuda. Apasal entah, sebab kalau kaki kuda ia sepatutnya dipanggil 'four hooved clover' kan? Ntah apa-apa ntah saya ni.

Oi menyimpang pulak.
Och, on with the well wishes!


Topik 1: Selamat jadi pelawak komersil, Sepah! 


Gambar ihsan The Star


Walaupun ucapan ini lambat, tapi saya nak catatkan juga di sini - TAHNIAH Sepah kerana berjaya menjadi Raja Lawak Musim Ketiga! 

Walaupun ramai yang mencemuh kehadiran RL3, terutamanya di awal musim, anda teguh berjuang dan lihat, hasil keazaman anda, anda menang di mata juri dan di mata penonton - not an easy feat untuk menjadi an all-rounder comedy group. You guys did it. 

Harap-harap Sepah akan terus maju dan mempunyai show sendiri. Cuma jangan pula rancangan mereka itu diberatkan dengan skrip kerana rasanya lawak mereka paling mantap bila datang dari hati.  Lebih cun jika mereka digarap dan diasah dalam lawak berimprovisasi ala skits di dalam Whose Line Is It Anyway. Tak perlu lah cuba membuat educated comedy seperti yang dilakonkan dalam Actorlympics. Cukup sekadar mereka berlawak improv mengikut latar belakang pengetahuan sedia ada, kerana Sepah cukup marhaen, cukup sama seperti kebanyakan kita.  

Lepas ini anda bertiga tentu akan lebih dikritik dan dihentam (sepertimana Nabil sekarang) tetapi tak apa, jadikan itu sebagai tauladan dan azimat untuk lebih maju.

Korang memang best!  <--- sila baca dalam nada Fauziah Nawi



Topik 2: Selamat datang bebudak baru!
Baru-baru ini dua orang lagi rakan sekelas dari zaman perkuliahan UiTM telah selamat melahirkan bayi-bayi comel penyeri keluarga mereka. Tahniah!




Hanim selamat melahirkan cahayamata ketiganya, seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Rifa'ie Zidane. Kamu tahu bagaimana orang sering berkata anak itu rezeki? In Hanim's case it's really obvious. Ketika Hanim mendapat cahayamata pertama, perjalanan seni suaminya bagai mendapat jump-start. Datang bayi kedua, her husband carved his initials onto the music industry and her third baby came right after her husband had his big win at one of the local music award show/competition. 

The picture of a fresh and semi-wrinkly baby Rifa'ie bukan dari koleksi saya. Saya belum berkesempatan melawat Hanim lagi, jadi saya rip sahaja gambar ini dari blog peminat manic si bapa. Muka Rifa'ie sebijik macam Iman ngan Mik masa kecik!

Untungnya ada kenalan glamor - tak jumpa bertahun-tahun tapi tetap updated gitu. Kalau tak glamor, hazablah jika pemalas berhubungan macam saya. Tengok, gambar Rifa'ie pun boleh saya jumpa kat internet. 

Nasib yang sama tak dapat saya iakan untuk manusia-manusia kurang glamor (okay, tak glamor langsung) seperti, katalah, Ng Tet Shin dari Tingkatan 4 Gemilang atau Tharmindren dari darjah 4 Dahlia mahupun Rozian Rauf dari Diploma MC110.

(tapi Mastika Lyana Ali saya ingat dan di updated sebab dia ada blog haha)



Keduanya,

Kononnya layout chomel dalam kesederhanaan  :p


Tahniah kepada Eva Mazwisya & Didi di atas kehiran bayi pertama mereka, Emmir Eusoff yang selamat menghirup udara segar hospital (as segar as they come lah) pada subuh sepi'e Jumaat, 13 Mac 2009. 



Klik gambar untuk imej yang lebih jelas


Aww, look at that cute boy.. muka sebiji macam Eva, tapi rasanya as time goes by pasti ada yang mengikut genes Didi. Perhaps that rich timbre of daddy-o  (membayangkan Didi menyanyi kepada Eva, hihi)

 Dengan kelahiran-kelahiran ini, maka makin ramailah kawan-kawan wanita yang tidak beranak atau belum berkahwin mula berangau-angau tentang mengandung dan mempunyai bayi sendiri. Saya pun terjebak sama... hinggalah terbayang malam-malam tanpa tidur, sesi pertukaran pampers berlenyek tahi hijau, proses penyusuan yang khabarnya menyakitkan... dan oh, not to mention the sakit-dekat2-nak-mati torture they call 'the beautiful experience of giving birth".... err...okay...

(that's really me in denial)



Topik 3: Selamatkanlah pusat boling tanahair



Dua minggu lepas saya telah terjebak dalam aktiviti yang selama ini cukup saya jauhi - pertandingan boling. 
 
Ini semua si kenit sebelah ini punya hal lah, dengan yakin dibubuhnya nama saya di senarai peserta, walaupun saya sudah memberikan hampir 3.2 juta alasan tentang mengapa saya tidak mahu main boling. (Hampir kesemuanya tipu pun.)

Kamu tahu, saya ada satu teori. Teori ini bukan dibuat-buat okeh, ini dari pengalaman sendiri.

Teorinya:


Orang berdarah bukan sains (baca: sastera atau seni) 
kebanyakannya tidak hebat dalam bidang yang 
memerlukan hal berkaitan motor skills (skil badan, bukan motor preng2 tu)
atau benda yang memerlukan kordinasi hebat.




Contoh 1: Saya dan beberapa kawan dari bahagian sama (kami di bawah creative division) semuanya mendapat ranking rendah ketika berboling tempohari. Tangan dan bola kami lebih mesra longkang. Ini mungkin ada kena-mengena dengan kerja seharian kami yang banyak di-ikat gutter, lines, thinking out of the box (in this case out of the alley heheh) dan white space (konon-konon lanes tu ala white space la so tak boleh kacau gitu).
Kalau yang macam ini, confirm saya menang!


Contoh 2: Bekas bos saya pernah memberi insight tentang ketiadaan lesen memandu saya. Katanya "Co-ordination is really never a writer's thing, we're more travelling-without-moving and building-nations-out-of-nothing kinda person." 

See? Seeeeee?

(The fact that he also added "But I'm also driving, like the rest of the group so, well, you're on your own lah kiddo." tidak memberi sebarang kesan kepada statement pertamanya tadi, tau!)


Jadi adalah satu keajaiban yang menggamat bumi dan membelah awan bila saya berjaya mendapatkan tempat Keempat dalam pertandingan tersebut!

Okay, okay, keempat dari bawah, tapi whatever, keempat adalah keempat, walau apa kata anda!

Hebat lah itu,  bagi seorang manusia berumur 26 tahun yang  almost virgin dalam dunia golek bola jatuhkan pin. 

Satu-satunya acara memboling saya adalah di awal tahun lepas - itupun selepas bapa dan Am mengugut untuk menghukum saya menonton ESPN siang dan malam jika saya tak bermain bersama mereka. 

Percaya atau tidak, markah kumulatif saya setelah 5 game adalah: 145. 

145 untuk lima game tu. 
Bak kata Abdul Wahib, "Apa, tidak cantikkah ini?" 


Kali ini, saya berjaya mengganda jumlah tersebut dengan hanya 3 game.
T.I.G.A.
 
Di atas revelation dan tersebut, saya kini sudah bersedia untuk berjimba-jimba di mana-mana pusat boling seluruh Lembah Klang dan meng'wow'kan para pemain lain dengan skil saya yang saya tahu deep down in my heart, grows every second, even as we speak
 
Bapak, aren't you proud of me? Aren't you?!  

(harap tak ada orang pejabat yang baca blog ini selain Pah. Alter-ego mesti always in check! Heh)
 

7 comments:

roxychick said...

before bapak ckp he's proud of you, lemme be the first to say that i am so proud of you oso la bebeh!

yay. lps ni ada la teman main boling. the more the merrier.. (cheh. ckp mcm bagus je aku ni)

*terus tak rasa bersalah sgt sbb tulis nama hang hari tu.. (compared to the day yg ko takde mood tu laa)*

mizzy N said...

Rozian Rauf dari Diploma MC110.

Mari google, emmm. jumpa posting ko ni balik.

azyze gomez said...

Roxy:
chaittt!
kalau berani jom la one-on-one!

Mizzy:
kannnn....
aku dari dulu lagi try friendster lah hape la sume takde... aku rasa ogy dapat time machine balik gi zaman nan hado komputer kot.

roxychick said...

berani jom la!

*sambil membedak2kan tapak tangan..*

My name starts with M said...

aku benci betul la bile tgh syok2 melayang dalam alam tulisan blog orang2 tetiba aku terbaca nama sendiri. haha. aku terasa popular tiba2. dem. :P

aku suka reason org seni kureng skill bowling tu. haha. akan ku guna pakai!

azyze gomez said...

terima kasih.
sila namakan teori tersebut "ely-seni theory"

okeh, next time aku tidak akan menggunakan name dropping lagi.
mulai sekarang, aku akan gelarkan kau sebagai Kawan kod:0397

My name starts with M said...

hahahhaa
kawan kod 2912 bole? :D