Pages

Suatu masa dahulu, aku telah menulis ini...

Thursday, March 05, 2009


dalam kalamaya ini aku berdiri bukan untuk mencapai langit
walaupun tanganku menggapai tinggi
aku sekadar ingin melihat bentangan biru yang bagai tiada penghujung
meneliti keadaan dari balik birai jua bukan niatku
tapi kadangkala niat bersabung dengan ingin
dan adakalanya aku cuma ingin diam sendiri
mendayungi kemasan hati atau menyergah mimpi
itu pilihan empunya diri
dan hari ini aku ingin menyelami lautan impian yang belum pasti lagi


2 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

kau agak dark eh lately?

azyze gomez said...

itu lah...
tapi darkness aku macam awan... bila kena tiup angin kang dia berlalu la

cuma sekarang mungkin musim hujan kot, dark clouds are abundant.