Pages

penunjuk arah

Tuesday, March 03, 2009


Percaya atau tidak, menonton konsert M. Nasir telah mencetus beberapa perkara yang tidak begitu (atau tak mahu) saya ketahui tentang diri saya. 

Keghairahan berada dalam aura Sifu buat saya meremang hingga ke saat kepala mencecah bantal malam itu. Memang gembira, saya tak nafikan.

Namun,

esoknya hati saya ajak monolog.
Saya terfikirkan tentang apa yang terjadi sepanjang konsert, individualiti saya, dan bagaimana walaupun konsert cukup gamat cukup hebat cukup menggoncang dada, saya seperti keseorangan walaupun ada ratusan jiwa lain di sekeliling.

Kamu tahu, entah kenapa muncul pula benih benci yang mencanak-canak. 
Benci pada keadaan diri sendiri, pada alang tempat saya berdiri kini.
Saya lihat saya semakin kuat ditiup angin. 

Saya seperti anak burung yang belum pasti keupayaan sayapnya sendiri. 
Saya dapat rasakan tidak lama lagi angin akan cemburu melihat saya berdiri penuh denial, dan ia akan keras menolak saya dari alang. 

Saya takut untuk terbang, sepertinya seorang penangguh semacam saya,  akhirnya tidak akan mencuba pun.
Saya dapat jangkakan yang saya akan terus jatuh ke lubang jahanam yang tidak berlantai....
Saya akan jatuh dan jatuh dan jatuh ke dalam abyss hitam yang bakal menelan segala nilai positif pada diri saya dan akhirnya saya akan jadi si bedebah yang neither here nor there kepada semua.

Saya rasa saya sudah hampir ke situ.
Semakin hari saya semakin jauh dari kawan-kawan. 
Semakin hari perbezaan matlamat dan kemahuan kita memisahkan kita.
Mereka semakin hari semakin bagai orang asing. 
Saya semakin hari bagai hermit hipokrit. 

Saya dapat rasakan hidup saya bakal keseorangan hingga ke penghujung.

Saya perasan saya sudah lalui perasaan ini dari satu tahun ke satu tahun, segala keindahan hanya singgah buat sementara. Hakikinya sama - dasar kehidupan saya selama ini nampak lebih menjurus kepada membuat orang lain gembira. 

Dalam ketidakpedulian saya, saya sebenarnya lebih peduli dari yang anda sangka.  Saya menipu diri saya sendiri nampaknya.

Saya takut kekecewaan yang saya rasakan ini akan menggelapkan hubungan saya dengan satu-satunya entiti yang masih menyayangi dan memerlukan saya - keluarga. 

Saya macam mahu putus asa.

Tapi nanti segala yang saya percayakan - cinta, persahabatan, harapan, sinar dalam kekusutan - semuanya akan lenyap. Saya tidak mahu jadi disillusioned. 

Tapi saya dapat rasakan langkah saya makin dekat ke situ. 

Tolong.



  


20 comments:

roxychick said...

babe.. jgn la mcm ni babe...
ingatkan dah unwind dgn abg nasir, kau kembali dgn penuh semangat & daya yg kuat..

babe.. sementara je tu!
you can do it!

azyze gomez said...

itulah...

i'm trying babe, i'm really trying. I hope I can get back on my feet soon.
Penatlah rasa sakit jiwa macam ni.

Thanks for being concern. You don't know how much this helps :)

mizzy N said...

janganlah lemas dalam abyss hitam itu. ramai orang sayang kat ko ni, teruskan naik ke udara, ke awangan ke matlamat kau.

roxychick said...

haa.. betol!
tadi baru je kau launch org2 yg diberikan kak ina ke belon2 udaramu itu..

sila ikut dorang..

My name starts with M said...

wah. dalam benak ada draft entry psl topik ni sejak 8-9 hari ni tapi tak tertulis2 lagi.

saya sedar dan berasa yang sama.
saya gundah.

~terpaksa relate to Holly Kennedy~

(tapi kdg2 apa kita rasa akan jadi dgn apa yang bakal disaji di depan kita bole jadi lain.. hihi)

stay ++++++++!

azyze gomez said...

nadh:
ko sayang kat aku ek? tapi kita jauhhhhh..... walau apapun, the feeling's mutual beb. Muahhhs!

Roxy:
Fantasi dan realiti jauh berbeza Pah, dan pertembungannya adalah, huh, macam mustahil je dalam hidup I.

Mas:
Kau pun?
Samalah kita.

Cik Puan Muda Stress said...

i'm here bebehhhh

okay, what did i miss?

Mazhadi Fikri said...

Salam,

Seharusnya keberangkatan kau ke Konsert M.Nasir mencetuskan pemikiran baru untuk terus berjuang dan contribute ke dunia selagi termampu kerana kita Khalifah.

Mungkin disamping kita bertepuk dan berjoget byk perkara yang diceritakan oleh M.Nasir dlm lagu-lagunya tidak betul-betul kita fahami.

Sahabat Gua, Andalusia, Tanya Sama itu Hud-Hud, Ada, Bila Rumi Menari dan byk lagi lagu-lagu M.Nasir memberikan jawapan kepada persoalan masyarakat, dunia, jiwa, ke'Aku'an, sahabat dan sebagainya.

Awal kemunculan M.Nasir secara solo dan bersama kumpulan Kembara banyak mengupas persoalan jiwa dan pencarian jawapan tentang segala masalah dunia dan diri seperti mana yang dilakukan oleh Dylan, Cobain, Hendrix, Lennon, Jim Morrison dan lain-lain.

Mereka gagal mencari jawapan seperti M.Nasir juga dulu, tapi sebagai Muslim dan Khalifah, kini karya-karyanya lebih banyak 'memberi jawapan' kalau kita mahu berfikir.

Setiap Muslim diibaratkan seperti seketul bata disebuah bangunan yang akan mengukuhkan batu-bata yang lain. Walaupun kita tak begitu dipandang antara beribu-ribu bata. Jgnlah kita meretakkan diri dan menyumbang pada kemusnahan bangunan itu. Wallahualam.

azyze gomez said...

Holy crapamoly,
is this really MAzhadi Fikri?
Mazhadi pmbei t-shirt phoenix bangkit kat aku masa part 2 diploma dulu?!!

seriously???!!!


*aku pitam*

Mazhadi Fikri said...

Apa la hang ni Ely, aku la ni, takkan YusMat pulak kot?

"Mazhadi pmbei t-shirt phoenix...". PMBEI tu ape da? hang punya short form sampai aku tak faham.

Sambung sikit pasal falsafah lagu-lagu M.Nasir ni, dari apa yang aku baca, mungkinlah keadaan kau ni boleh disamakan seperti apa yang disampaikan dlm lagu-lagu lama M.Nasir dulu seperti Hati Emas, Gerhana, Senandung Anak Jalanan, Siapa Orang Kita, Rupa Tanpa Wajah yang penuh dgn persoalan demi persoalan. Sampai jd boring, jelak, cemuih nak pikiaq sbb takda jawapan.

Untuk mencari jawapan2 yang tak pernah diberi dlm lagu2 Bob Dylan, Lennon, Marley dan sebagainya ialah Jawapan dari Tuhan.

Karya-karya M.Nasir selepas generasi Kembara banyak memberi jawapan ke arah mengenali diri dan hakikat hidup. Bila dah faham kita tak akan takut lagi untuk hidup atau mati seumpama Rajawali Terbang Tinggi dan Pheonix Bangkit.

Karya-karya beliau banyak menyentuh tentang tasauf dan Tokoh-tokoh seperti Wali-Wali Songo, Syeikh Siti Jenar,Farauddin Attar, Jalaludin Rumi, Hamzah Fansuri ataupun Nusrat Fateh Ali Khan. Panjang le kalau nak kupas beb.

Yang penting Hang buat apa yang terbaik, Insyaallah setiap contribution hang dlm dunia ni Tuhan nampak dan akan dibalas baik. Kalau tak di dunia pun, Di Akhirat pasti ada.

Wassalam

azyze gomez said...

*aku tergelak beasr bila baca Yusmat! Gila ko ingat hahahahaha*

pembei tu 'pembeli' dalam bahasa menaip dengan gelojoh. ada faham?


Okay, okay.
*Muka serius*

Aku rasa sebagai seseorang yang dalam lingkungan usia 20an-awal 30an, dan tidak begitu politikus-intelek namun lebih berorientasikan seni dalam diri, naturally aku berada dalam the state of soul transition.

aku tidak mahu mengkategorikan aku dalam lambakan 'jiwa melankoli' yang sering melabel insan2 beraliran sama dengan aku (atau setidaknya tempias dengan aku) tapi adakalanya persamaan itu mengikat aku untuk bersifat tipikal samada aku sedar atau tidak.

revelation yang aku dapat tentang diri aku pasca konsert bukan disebabkan oleh lagu-lagu M.Nasir sendiri, tapi lebih kepada kesedaran rohani. Percaya atau tidak, lagu-lagu Sifu jugalah yang banyak bantu aku untuk break through dari awan mendung yang dok ikut atas kepala ni. Dan ah, seperti yang kau sebutkan, tentunya koleksi zaman percintaan kedua M.Nasir. Perasan kan, Phoenix Bangkit dan Sang Pencinta memang mencermin tawanan yang terlepas dari sangkar perang. Breathing air for the first time. Seed escaping soil to thrive as buds that stands in the grace of sunlight. Benda-benda gitu lah. Aku cuba ambil apa yang termampu aku hadamkan dari dunia 'cinta baru' M.Nasir dan buatkannya sebagai pendinding dan kamus panduan aku.

Kebetulan sungguh,
aku cuma berani mendengar koleksi Kembara yang riang-ria sahaja. Lagu-lagu kemasyarakatan agresif hanya akan membuatkan aku lebih tercari-cari, dan aku tak sanggup berpolemik dengan diri sendiri. Silap haribulan gila aku jadinya.

Adi,
aku belum sampai tahap kau lagi, aku belum boleh disect dan probe microscopically ke dalam dunia pencetus tulisan / lagu Sifu. Aku sedang ambil langkah-langkah kecil untuk memahami apa yang boleh aku fahami sedikit demi sedikit. Kang kalau aku langgar je, jadi YusMat lah pulak kan :p

Thanks for the words of encouragement. Walaupun aku tak layan Dylan atau Marley sangat (aku rasa kalau aku layan lagi aku depressed), tapi sedikit sebanyak aku faham perjuangan mereka kerana aku ditemani berkepuk-kepuk koleksi The Beatles. Masih lagi perjuangan second class citizen, cuma berkantakan warna-warni LSD :)

Terima kasih kerana sudi singgah (walaupun kebetulan selepas menggoogle nama sendiri hehe). Sudi-sudi lah lepak di sini, jika sesuai dengan jiwa kau. Seronok aku dapat jumpa orang dari hidup terdahulu aku.

Salam!

azyze gomez said...

whopps, typo lagi.
beasr = besar.

susahlah orang berbahasa skema macam kau ni *heheh*

btw,
pasai pa hang punya logo tu ada kepala kerbau? hah?

:p

Mazhadi Fikri said...

Bagus la timbul kesedaran rohani, tapi tanpa guidance kita pasti tertanya-tanya kat mana aku nak mencari 'Aku'? Once kita dah dapat formula, terbang lah setinggi mana pun selagi tak Syirik dan Kufur.

Bila M.Nasir nyanyi Dalam Aku ada 'DIA' macammana nak huraikan? Dalam Cinta ada segala-galanya, Cinta yang mana satu pula. Lagu-lagu dia byk bg konsep dan formula untuk berjalan sebagai Muslim. Kita kena rajin mengkaji konsep-konsep ini yang boleh direlatekan dengan Tasauf dan Sifat 20. Fahamkan formula ni dan Insyallah kau takkan bertanya lagi untuk apa kau dilahirkan.

Sememangnya lagu-lagu sifu nak mendidik secara halus kalau tak nanti jadilah lirik2 macam Yellow Submarine atau Lucy In The Sky With Diamond. Beatles punya lirik power-power Dylan le yang ajar, dia gak yang ajar Fab Four ni isap dadah.

Sekali sekala type gak nama sendiri, mane le tau kena blacklist dgn PTPTN ke kahkahkah. FYI logo tu lambang sekolah aku le dulu. Victoria Institution.

Worait Ely aku challo dulu, semoga kau berjumpa 'DIA' yang lebih hampir dari urat merih kau sendiri.

Surah Al Qaaf (Ayat 16)
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya

Wassalam

azyze gomez said...

aku ingatkan ko ber'kobau-kobauan' lepas grad. apatah lagi bila mata aku terpandang perkataan 'urat lehernya' heheheh

yellow submarine ngan lucy in the sky lebih dari yang superficial. ia bicara tentang kasta masyarakat, penipuan media, sogokan propaganda dan banyak lagi. aku suka juga hasil tulisan lennon pre-Beatles, but that's another story altogether :)

terima kasih atas dorongan sekali lagi.
aku juga doakan ko dapat 'panggilan jiwa' untuk bayar ptptn :)

Jenny La Fea said...

Salam,

Hi, is this Mazhadi Fikri of Soldier of Fortune/The Doors/#anjungcafe 98 ? pls reply..

p/s: sorry i can't find any other way to commune..thnx

azyze gomez said...

hi jenny,
i have no idea if Hadi reads this post anymore, but i think there's a fat chance it is the Mazhadi Fikri you're searching for. I'm in no direct contact with him too, but I think he has a facebook account. perhaps you can search for him there.

Jenny La Fea said...

hi azyze...

its been almost a year.. :-)
masih tak jumpa ini orang..*sigh*
did search on fb..but maybe his setting - hide from search...

how do u know he have a fb account?
add me jennq7@yahoo.com
kang another year lagi i come here and comment :-p

Anonymous said...

Hadi /the doors /anjungcafe98 if u are reading this, please contact me at primatesmedia@gmail.com, nope I'm not jenny and I'm still waiting for your home made 'kuih Arab. It has been almost 17 years... :-)

azyze said...
This comment has been removed by the author.
azyze said...

Hello Anonymous,
looks like Hadi is quite the glamorous/mysterious boy about (virtual) town, huh? One chick even emailed me asking for his contacts years ago!

I'm really sorry that I can't help you with this. I guess he's comfortable being reclusive. If he wants to be known, he will surface. One day. Or you can try elsewhere.

If I ever bump into him, I'll direct him here. Fat chance of that happening, but who knows eh?

Cheers!