Pages

Belek lagi lagi lagi lagi lagi lah

Friday, March 27, 2009

Perrgh, mimpi semalam memang mengkagumkan. 
Saya terjaga dalam pukul 3 pagi tadi sambil tergelak-gelak. 
Dan bertepuk tangan.
Sungguh spastik, tapi sungguh vivid.......

(tiga, dua,satu, kamu masuk ke alam mimpi kembali.....)



Saya dan Eze sedang berenang di laut berdekatan rumah Tok saya. Di tangan kami ada dua tiga beg plastik berwarna hitam yang timbul tenggelam, timbul tenggelam. Saya lihat Eze sudah basah dari kepala sampai kaki tapi saya steady je... masih kering, t-shirt Beatles saya terasa suam-suam macam baru lepas jemur  (perbandingan yang tak boleh blah)


Renangan kami ditemani dua tiga ekor paus dan sekumpulan ikan peacock yang sekali sekala berkumpul membentuk anak panah. Saya cuba-cuba juga cari Dory, Nemo dan Marlin, tapi Eze kata mereka sudah pulang. "Mungkin esok boleh jumpa," kata Eze yang sambil berenang sambil maka keropok lekor. 


(Sungguh tak faham)


Berenang punya berenang, kami pun tiba di pantai. Ramai pula orang yang tunggu, siap berjamong. Masa jalan keluar dari laut tu, fuhh, efek air gugur dari baju cukup animasi 3D. Dalam hati boleh pula terfikir, bila aku bubuh parafin kat baju ni? 


"Jom, diorang semua dah tunggu dah tu," kata seorang pakcik  yang berkaliber macam Ketua Kampung, siap dengan kopiah, kain pelikat hijau kotak-kotak dan baju kemeja kuning air berbutang sampai leher. 


Kami brisk walking menuju ke pentas kecil di tengah sebuah kawasan lapang. Sebaris meja kayu dan kerusi kelihatan kemas tersusun di tengah padang. Dari jauh kami nampak beberapa lelaki sedang terkenyeh-kenyeh menanti kami. Muka mereka seperti pernah saya lihat, tapi tak kenal. 


Ketua Kampung (walaupun kawasan rumah Tok saya tak pernah ada ketua kampung mahupun JKK) menjemput saya dan Eze ke meja tersebut.


"Hai, ingat kami lagi tak?" tanya seorang lelaki berambut belah tengah dengan ketinggian yang kurang dari average


Saya dan Eze berpandangan. Kami geleng kepala. 


"Abang? Adik kenal abang tak?" giliran si rambut kerinting berspek mata pula bersuara. 


Kami menjungkit bahu. 


Mamat rambut belah tengah mengangkat kening. 
"Eleh,  dulu jumpa kat PWTC bukan main baik lagi, siap menyanyi sama-sama lagi. Ni dah lupa pulak. "


"Alah, adik ni,  kita pernah jumpa dulu kan... tu, yang adik pegang tu, barang kitorang la." kata lelaki ketiga yang bersweater hood biru kuning.  Dua tiga lelaki lagi angguk mengiyakan kata si kepala hood. 


Beg plastik hitam yang dah kami lupakan tersangkut layu di pergelangan tangan. Kami keluarkan dan beri pada mereka.


Si lelaki rambut belah tengah dengan gembira membuka beg plastik. Matanya membulat melihat isi beg tersebut. 


 "Betul lah kawan-kawan, yang ini memang ori!"


"Wooooooo....." serentak yang lain berkata dengan muka kagum.


Dalam kadar slow motion, mamat rambut belah tengah mengeluarkan beberapa keping kaset. Mata yang lain tak berkelip memandang kepingan di tangan rakan mereka. 


"Ini dia, versi original album kitorang! Thanks Ely, Eze!" kata abang berspek mata dengan gaya tergedik-gedik.


"No problem..." kata Eze, kemudian kalih berbisik pada saya "Eh, bukan ke kaset tu dah tak jual dah?"


"Kaset apa pulak ni? Tu kaset apa wei?" tanya saya pada Eze. 


"Alah kau ni, tu kan keset yang bapak pernah beli untuk kita dulu.... alah, kaset yang ada lagu Lagak A. Mahmud tu..."


"Dia dah lupa, jom kita ingatkan dia balik!" teriaksi rambut belah tengah. 


Masa itu saya terus menggelabah sebab mereka semua kerumun saya.
Ada yang pegang tangan, kaki, siap pegang kepala. Si rambut belah tengah datang dekat. 


"Makan ni mesti ingat balik," katanya sambil menyuakan sebiji pil berbentuk mesin basuh.  


(Semakin merepek mimpi ni nampaknya)


Saya meronta. Mereka gelak. Si rambut belah menyumbat pil ke dalam mulut saya dan ketawa. Mereka semua ketawa.


Tau-tau zuuuuupppppppppppp-


Saya berada di atas pentas konsert bersama Jalil Hamid, Syamsul Ghau Ghau dan Salih Yaakob. Kami sama-sama pakai baju tie-dye, berseluar ala Shekal dan bercapal kulit (saya punya ada heels!)


Dan dengan selamba penuh riang ria kami menyanyi


"Dalam dunia ada banyak cerita
Suka duka tangis tawa ada segala
Itu semua asam garam dunia
Bila dia muncul akan lupa semuanya

Belek lagi lagi lagi lagi lagi lahhhhhh
Belek lagi lagi lagi lagi lagi lah... ewah!"



Selesai lagu itu, kami terkinja-kinja pula menyanyi lagu Ayam dan Lagu Hits Buatmu. 
Dalam jelingan, saya perasan backdrop di pentas bertulis


"Konsert Komedi Se Malaya - Comedian's Reunion"


Celaka, rupanya saya sudah jadi comedian kental sampai tahap menyanyi satu pentas dengan Salleh Yaakob! Gila kelakar, gila betul Syasul Ghau-Ghau menyanyi bunyi sama macam dalam kaset pastu Jalil Hamid memang juling rupanya, kenapa aku takde lagu single macam diorang sedangkan kalau aku atas pentas mesti aku pun popular, tapi ahhhhhhh the fact that benda ni semua terjadi pun dah cukup kelakar jadi lebih baik aku enjoy je tengok Jalil Hamid buat muka ayam berak kapur dan gelak je dengan diorangggg gelak jeeeeeee-


- dan saya terbangun dari tidur. 


Mimpi masih jelas di ingatan menyebabkan saya pantas mengGoogle dan mengYoutube 
(perkataan ini semua satu hari nanti pasti masuk kamus, betul!)


hasilnya, terjawab sudah siapa lelaki rambut belah tengah, si rambut kerinting berspek mata dan abang berhood biru kuning itu.


Memori manusia sungguh kuat, rupanya imej 'abang-abang' tu tersimpan di pelipat-pelipat tidak aktif Occipital Lobe saya walaupun saya langsung dah lupa rupa mereka ini. Kali pertama dan terakhir berjumpa mereka, itulah, di Pesta Buku PWTC. Saya mungkin baru nak masuk Tingkatan 1 rasanya. 

Ni kalau Eze tengok mesti mengimbau memori zaman rambut kerinting muka chubby mintak sain dari Boy PJ. Hahahah!

Bagi yang faham, layannnnn! Bagi yang tidak, well, kamu rugi! Hi hi hi!





Ze, akan aku usahakan cari lagu Mon & Abang Mat tu, serta Lagak A. Mahmud. Tak ada di Youtube, di arkib negara aku carik!


10 comments:

My name starts with M said...

"sebiji pil berbentuk mesin basuh"

lawak gileeeeee aku tak stop gelak doh!! hahahahhahaha

mimpi yg sungguh vivid! siap baju kaler ape bole ingat adalah hebat!!!

hahahhaha lawak doh!!!!!!!!!!

azyze gomez said...

sebab lawak tahap Dewata lah yang aku bangun pun dok gelak beriya-iya.

Cik Puan Muda Stress said...

kau lagi saiko dari aku!

anyway, aku pernah jumpa Jalil Hamid kat Low Yatt beli laptop untuk anak dia.


....aku rasalah. tatau pulak kalau aku pun mimpi macam kau.

roxychick said...

ya Allah.. dah tahap takleh buat apa dah kawan aku sorg nih...

tu la ko cpms.. kensel lg steamboat/bbq session @taman seoul itu.. kan dah jadik kempunan tahap pil pon bentuk washing machine.. (wpon takde kena mengena lgsg, aku pedulik hapo..)

tsk. tsk.

school of thoughts said...

hayo. boy pj? mengimbau la gitu... kelakar la cik yana ni.

mizzy N said...

sebab ceritanya panjang aku baca separuh dulu, kejap lagi aku baca separuh pastu aku komen.

azyze gomez said...

zeek:
saiko itu adalah lumrah bagi jiwa-jiwa kental seperti kita hahaha
real life abang jalil nampak comical tak? hehehe

roxy:
elehhh... entah2 mimpi-mimpi dia lagi dasyat... maklumlah, tidur bercadarkan coli kan hik hik hik

aida:
ko kenal boy PJ? cayalah bebeh!!

nadh:
worait!

4u2wonder said...

ahhh!!!!!!!!!!! bengong!!! cant stop laughing!! tu bukan fader yg blikan la... dapat kupon RM50ptandingan bercerita..lupe ke???

yels.. rindunye kat kaset tuh.. mane tah!!

weh, carikkn lagu2 sume dlm album tu.. then kite boley bkaraoke sama-sama!! hehheeh

mizzy N said...

wahahha boleh mimpi orang zaman form 1 dulu. tu la ko kalau kena hipnotize dan torcher mesti banyak memori terpendam keluar.

azyze gomez said...

Eze:
hehehehehe bestkan!! masa aku terjaga tu, sampailah the whole day, aku macam "kalau la eze pun mimpi bende yang sama, mesti best!"

Nadh:
sib baik aku tidak berkerja sebagai spy atau secret service.