Pages

Puteri Gunung Ledang The Mucical - Kisah Cinta Agung

Friday, February 27, 2009

Amaran: posting ini panjang!

(gambar-gambar diambil dari laman web PGLM, kecuali gambar tiket)


Bagaimana mahu mula bercerita tentang perkara yang ternyata keindahannya? Saya kira sudah ratusan blogger yang mengekspresi pengalaman mereka dan membuat rebiu tentang pementasan mega ini. Ada lagikah kata yang bisa saya gunakan untuk menceritakan euphoria yang saya alami sepanjang the unraveling of a beautiful love story





Bahagian 1: Meredah Onak Duri Untuk Bertemu Kasih
Semuanya bermula bila saya dengan cuak menelefon, emel dan Facebook shout out kan semua yang saya kenali jika-jika mereka tahu sesiapa yang mahu menjual tiket PGLM musim ini, atas satu sebab utama - tiket habis sebelum sempat saya beli, walau berjuta kali cuba menelefon talian jualan tiket. (Kamu tahu, macam pertandingan di radio, line sesak berpanjangan!)

Satu hari, dua hari, tiga hari... tiada siapa yang boleh membantu. Saya putus asa. Pujuk hati dengan the thought that sekurang-kurangnya saya akan ke Konsert M.Nasir. Tengok rebiu di surat khabar pun saya tak mahu. (Cheh, drama sangat!)

Lebih tertusuk bila mak pun turut kecewa bersama. 
"Dah tak ada tiket? Mak baru berkobar nak pergi. Adoi sedihnya... "

Namun, dalam gerhana hati saya, muncul bima sakti menyuluh keserian.
(Motif berprosa?)

Unee beritahu ada orang yang mahu menjual 2 keping tiket. Cocok pula dengan bajet saya. Pastinya saya mahu!


Dapat, dapat! saya dapat tiket! Tidak kempunanlah saya! Saya beritahu emak untuk pastikan dia tak kerja pada tarikh pementasan dengan alasan saya mahu minta ditemankan ke KLCC cari seluar. 

Dua hari sebelum pementasan:

Mak: (tengok berita) Tu dia, best nya depa dapat tengok PGL... if only lah kan...
Saya: Boleh apa, kita pi tengok. 
Mak: Tapi lepaih ni bukan Tiara dah. Mesti dah tak best.
Saya: Jeng jeng jeng (keluarkan tiket)

Kamu bayangkan muka mak saya bila nampak tiket tu  :)

Maka Sabtu, 21 Februari 2009 (tarikh ni penting untuk rujukan masa depan) kami pun ke Istana Budaya dengan keriangan tak terbendung bak budak-budak tengok Wonder Pets versi Bahasa Malaysia di TV9. 


Bahagian 2: Lima Pancaindera Orgasma Bersama

Suasana Istana Budaya agak berbeza dari yang saya jangkakan. Tidak ada tempayan berisi bunga segar dan dekor ala Bali seperti yang diceritakan beberapa blogger. Mungkinkah kerana show yang saya pergi bukan show pembukaan? Saya kurang pasti. Mujur ada scallop kain merah di siling lobi serta bunting dan ruang pameran liputan press ada. Terasalah juga bahangnya. 

Yang sungguh nyata adalah jumlah penonton yang wow, cukup mengagumkan! Lobi IB sesak. Ramai yang ambil kesempatan bergambar di photo wall dan di sekitar ruang masuk dewan. Bodoh betul saya kerana terlupa membawa kamera. Eh, eh, pembetulan. Ketiadaan kamera membenarkan saya menyerap setiap elemen persembahan tanpa sebarang gangguan. Boleh? 

Pintu dewan dibuka, semua orang masuk seperti kambing tak cukup tanah, masing-masing cari tempat duduk, duduk, tunggu. Lampu terpadam dan bermulalah persembahan hebat yang ah, susah mahu saya nyatakan secara satu persatu. 


Plot & perjalanan cerita:
Jika PGL versi wayang mengimbang tiga plot emosi kuat yakni 1. janji tuah pada putri; 2.amarah sultan dan adipati; 3.kekecewaan tuah dan putri; PGLM sememangnya lebih tertumpu pada perjalanan cinta Tuah dan Putri. Walaupun watak utama lain seperti Sultan Mahmud, Gusti Adipati dan Bayan menjadi katalis pada rollercoaster percintaan Tuah & Putri, mereka tetap di overshadow dengan jalan cerita yang mahu kita bertumpu pada pasangan kekasih terlarang itu. 

Mendamba cinta dari kejauhan


Jika PGL movie membawa kita melihat terlebih dahulu melalui mata hati Tuah, PGLM dibuka dengan Gusti Putri, langsung menjadikan si putri 'pencerita' kisah sedihnya. 

Bravo di atas pengolahan watak Puteri dan  Sultan Mahmud. Penambahan skrip Sultan Mahmud saat beliau mahu membunuh Raja Ahmad cukup berkesan!



Pelakon dan Watak:

Aduh, semuanya cukup cantik, masing-masing membawa kekuatan berbeza yang akhirnya melengkap satu jigsaw magis. Dari segi lakonan, siapa boleh sangkal kebolehan peran-peran utama yang dibariskan?



Ternganga juga melihat Stephen Rahman Hughes melompat-lompat tanpa henti siap bercekak silat segala. Memang dia material teater West End. Lidah pun sudah tidak terlalu pekat pelatnya, dan saya suka the cheekiness that he projected whilst courting Putri. His singing abilities pun tak perlu diperkatakan, dia jauh menenggelamkan nyanyian Tiara. 




Vokal Kak Tiara jauh lebih baik jika dibandingkan dengan nyanyiannya dalam ost musim lepas, tapi saya rasa masih belum cukup kuat untuk  menjadi seorang penyanyi. Mujur lakonannya cukup berkesan. Begitu juga pembawakan watak AC Mizal dan Yalal Chin - mantap dan tepat ke sasaran.


Namun, lakonan yang paling meninggalkan kesan pada saya adalah Bayan dan Sultan Mahmud. 



Bayan memukau semua yang menonton

Saya tak pernah kenal pun dengan Ida Mariana, tetapi dia buka mulut sahaja saya sudah terpegun. Siapa wanita bersuara hebat ini? Rasa bodoh sekejap kerana beliau disebut sebagai seorang penyanyi jazz yang agak popular di serkit KL, tapi saya tak kenal. Nyanyiannya banyak membantu luahan emosi dan kekalutan perasaan Gusti Putri (sebab kebanyakan scene, Bayan bersama Putri.)  Sebutan telo Indonesianya cukup bagus, nyanyiannya jelas dan penuh emosi. Meremang bulu roma saya mendengar nyanyiannya ketika memberi bunga pelindung pada Putri - saat itu sedikit historikal kerana ia terus mengingatkan saya kepada Barbra Streisand dan mainan emosi dalam lagunya. Magic. Ida, kamu memang deserve the standing ovations yang kamu dapat setiap malam persembahan! 



Sultan versi broadway, kau ado?

Adlin Aman Ramli - apa lagi yang boleh saya katakan? Sinis dan pedasnya terasa benar! Memek muka, walau sesaat dua sahaja, sudah cukup meninggalkan kesan. Dia memang orang yang tepat untuk watak Sultan Mahmud, lelaki sinikal kejam yang gatal. Dalam banyak-banyak babak tarian ceria (ada banyak tarian ceria dalam pementasan ini), adegan 'Menundukkan Ledang' adalah yang terbaik! Kamu tahu, si Sultan menyanyi dengan penuh eksyen, riaknya mengingatkan saya kepada tarian Brother Sum, ketua Kumpulan Kapak dalam cerita Kung Fu Hustle. Kejam, kerek dan kelakar, we all wished that the scene was longer


Ingat lagi mamat ini?




Set & Ensamble:



Peerrgggghhh! Kamu nampak benda berbongkah-bongkah di belakang itu? Benda alah itu cukup versatil - ditolak rapat-rapat jadi gunung atau puncak bukit, dipisah dan cantum bercorak, jadi kraton. Disusun sekelompok jadi air terjun gunung ledang. Ringkas tapi menarik. Simple yet mesmerizing.




Set istana Sultan Mahmud juga cukup majestik. Pintu istana masuk keluar dari atas, daun pintu istana berukir cantik, serta kuning diraja melengkap babak di istana dengan cukup baik. 

Tak lupa, air terjun saat reunion Tuah dan Puteri, tirai batik di kraton serta pelabuhan Melaka. Hebat! Gila lah, saya cintakan keseluruhan set mereka!

Pujian juga harus diberikan kepada barisan penari dan penyanyi pelengkap pementasan ini. Dari babak pertama, ensamble Majapahit sudah bikin saya goose bumps. Badut Kembar (terutamanya Haznita), Si Penyampai Titah Sultan, Nenek Kebayan... semuanya nyata berkerja keras dan menghayati watak yang dibawa. Jangan terkejut jika ada antara mereka yang menjadi pelakon utama dalam pementasan PGL akan datang (jika ada). 



Jutaan tahniah kepada Zahim Albakri selaku pengarah, Dick Lee dan Adlin Aman Ramlie selaku komposer dan penulis lirik dan Roslan Aziz untuk pengarahan muzik yang memukau. Tak lupa kepada Pat Ibrahim untuk koreografinya yang mantap, Raja Malek untuk set yang hebat, Akma Suriati Awang untuk kostum yang jadi igauan semua (saya suka kostum ensamble Majapahit!), serta kesemua tenaga kerja yang terlibat dalam produksi terbesar lewat 5 tahun ini. Kamu semua telah meletakkan benchmark yang sukar ditandingi sesiapa. Tahniah!


Yang tak berapa best:
Dalam kehebatan PGLM, masih ada ruang untuk improvement (cuma mungkin ini sudah tidak valid kerana ini PGLM terakhir.)

Stephen delivered his role flawlessly, cuma saya rasa emosi kecewa, sedih dan gatal versi abang melayu (ingat muka m.nasir bila terkena kibas kain Tiara?) tak berjaya menyentuh penonton. Entahlah, tapi saya rasa Hang Tuah, terutamanya di fasa percintaan matang ini seharusnya lebih, er, jati kemelayuannya. Ya, seperti M. Nasir. Ini bukan bias, tapi saya dengar ini jugalah benda yang dikomen penonton lain. Kejantanan Melayu itu tidak terlalu prominen, watak Tuah adakalanya nampak macam love sick puppy, walhal kita tahu Tuah seorang lelaki yang kompleks dan melankolinya lebih kuat bertarung dalam jiwa dan bukan menangis meleleh  jerit-jerit atas bukit. 



Hebat untuk PGL filem, 
tapi mungkin tak cukup 'ceria' dan 'getis' untuk PGLM


Abang AC, lakonannya bagus, tapi tak gerun sangat lah. Kata orang, pembawakan watak Adipati di musim 2 lebih ganas dan gerun. Oh, satu lagi... punyalah saya feeling tengok Adipati marah tahap maut, tiba-tiba terus kantoi bila dia mula menyanyi kerana yang keluar dari mulutnya adalah suara maintain hensem AC versi 4U2C. Lantang, agak jelas, tapi itulah, memori Fiona berantaikan CD sangat. 

Dan satu lagi perkara yang saya agak pelik, kenapa sesetengah skrip yang diambil dari filem, diubah atau dipendekkan? Hilang keanggunan puisinya bila diubah. Contohnya, skrip 'setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda". Mengapa tidak disambung dengan "biar patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari"? Itu yang tajam tu. 


Bahagian 3: Lena Bersulam Mimpi 
Walaupun kecewa kerana tidak dapat membeli ost PGLM musim ini (cepatnya habis!), kisah puteri Majapahit dan laksamana Melaka ini terus bermain dalam minda hingga terbawa dalam mimpi. 

(Malangnya saya tidak pula bermimpi Stephen Rahman datang mengorat saya dengan kuda putih... mungkin kerana saya wayyyy prefer M. Nasir hahaha)

Hebat atau tidak pementasan ini, lihat saja kemerengan saya mengulang-dengar tiga-empat lagu ost musim pertama yang ada di widget blog orang. Ulang ulang ulang, saya tak mahu the magic of PGLM to fade away. Sejujurnya, saya belum pun menyiapkan diri untuk Konsert Alam Muzik  M. Nasir. iTunes masih berselang seli antara album-album M. Nasir dan ost filem PGL. 

Cemana?

PGLM, kamu memang berhantu! Saya harap dua puluh tahun akan datang, saya dapat menceritakan tentang pengalaman ikonik saya ini dengan enthusiasm yang sama pada anak-anak saya kelak  :)
  

Terima kasih PGLM filem dan muzikal... untuk Kisah Cinta Agung yang tiada tandingnya.






7 comments:

mizzy N said...

syoknya mak kau dihadiahi tengok PGL oleh anak solongnya.

Amer Rezza. said...

saya teringin nak tengok. publisiti yang diberikan memang luas, jadi saya yang duduk di kampung cepat terpengaruh.

*typical malaysian, haha.

apa-apapun, ada tak lepas ni keluar cd?

Ariff Dean said...

ohohoho post ini mmg panjang, malas nak baca :P

me and my course mate plus some lecturers also went to the musical
memang best, sampai sekarang semua masih demam pgl lg :)

tambah2 yang sedang tengah bercinta
untuk Kisah Cinta Agung yang tiada tandingnya :)

azyze gomez said...

nadh:
aku bukan selalu pun boleh blow money cenggitu je.. dia dah teringin sangat beb... jasa ibu bapa tiada terbayar gitu hehe

Amer:
bukan orang kampung je (bila masa kamu orang kampung? heheeh), saya serta ribuan penduduk malaysia pun tak sabar2 tengok okeh.
Rasanya tidak ada versi DVD, tapi ost untuk season terakhir ini ada. buat masa sekarang mereka sedang reprint. kamu mahu ke? saya boleh belikan dan pos pada kamu nanti.

Ariff:
(Banyak sungguh emoticon kamu heheh)

Best kan!!!
kalau ada lagi saya pasti akan pergi!

mizzy N said...

azyze tak yahlah merendah diri sebegitu 'aku bukan selalu pun boleh blow money... dia dah teringin sangat beb'. This is what I like about you, so humble tapi upla sikit dengan aku...
tetiba teringat t-shirt malaysian sign language dan seluar oren.

azyze gomez said...

nadh,
tshirt sign language dan track pants orange akan tetap jadi ikon zaman diploma kita.

i think even when I'm old, wrinkly and have amnesia, it will still be in my memory :)

zainul said...

post i k gak akh..but kan ade x skrib die klu ade post kat sye ye... www.myspace.com/zainul_bionik ok plese sye buntuh koz sye nk buat persembahan kat skolah