Keladi gajah.
Fakta #1: Kadar stres anda mungkin di luar skop biasa jika anda, seperti saya, disuruh doktor untuk bangun pagi dan "pusing-pusing kawasan bukit around the neighbourhood to soothe your eyes, rest your brain and ditch the stress."
Kerja semakin memakan kewarasan saya.
Buntu bodoh ini sudah tak mahu hilang. Saya bangun, pergi ke tandas, buka youtube, masih rasa bangang. Saya buka iTunes dan dengar entah segala lagu dari yang suka sampai yang tak pernah main. Masih tak berhasil.
Internet pun sudah hilang keseronokannya.
Selepas kerja saya berjumpa rakan dari pelbagai kumpulan berbeza dengan harapan mereka bisa jadi nectar penyegar minda. Hempphh...hampeh.
Saya masih juga ke pejabat, duduk di hadapan skrin besar dengan muka tak boleh blah, rambut kusut menggerbang (sampaikan rambut pun protes), mata yang sudah tidak mahu fokus dah otak yang letih, lesu dan layu.
Rendezvouz esok hari dan Konsert M.Nasir minggu hadapan itu pun tak dapat menaikkan semangat saya.
Saya perlu bercuti ke mana-mana yang jauh.
Ya, percutian penuh hijau selama seminggu (mungkinkah?), di mana saya boleh bangun dan hirup udara segar, ambil gambar dari pagi hingga petang, biar angin malam membuai jiwa dan mencuci kekusutan dalam kepala.
Saya tak mau jam lagi, dan saya masih terlalu muda untuk burn out!
6 comments:
syeannya stresssed. bebeh the heaven is inside you, walau jauh ke mana ko terbang pun kalau pulang ke bumi sama, tetap pecah kapla tension. aku masih belum jumpa inner peace juga....
aku kasi satu idea kt ko. masuk bilik. golek golek atas katil. ambik bantal busuk ke apa. pejam mata sambil berangan. dan terus masuk alam mimpi. jika lepas tu...idea masih lagi takde, ketuk lah kepala anda di dinding sekuatnya. selagi tak berdarah jgn benti.
kalau masih camtu sampai 2 3 hari, aku cdangkan tukarlah keja lain.
pssst of topik jap...bontot ku menjadi idaman ramai jejaka dan juga anak dara. ala.ala JLO gitu. tp xde le se over kim kardsian tuh..;P
alah, kamu kan muda lagi. belum kahwin lagi pun. :)
heh tell me about it.
cuma aku je yang kau dah lama tak jumpa. aku jamin, percutian seminggu kau takkan sama dengan sehari bersama aku. kan?
elle. sudah kukabarkan jangan keje berat2. keje leh tunggu. habeh, kalau kita dah gila, diorg berentikan kita keje dan amik org lain... tu je. hampeh la.
Post a Comment