Pages

Puteri Gunung Ledang The Mucical - Kisah Cinta Agung

Friday, February 27, 2009

Amaran: posting ini panjang!

(gambar-gambar diambil dari laman web PGLM, kecuali gambar tiket)


Bagaimana mahu mula bercerita tentang perkara yang ternyata keindahannya? Saya kira sudah ratusan blogger yang mengekspresi pengalaman mereka dan membuat rebiu tentang pementasan mega ini. Ada lagikah kata yang bisa saya gunakan untuk menceritakan euphoria yang saya alami sepanjang the unraveling of a beautiful love story





Bahagian 1: Meredah Onak Duri Untuk Bertemu Kasih
Semuanya bermula bila saya dengan cuak menelefon, emel dan Facebook shout out kan semua yang saya kenali jika-jika mereka tahu sesiapa yang mahu menjual tiket PGLM musim ini, atas satu sebab utama - tiket habis sebelum sempat saya beli, walau berjuta kali cuba menelefon talian jualan tiket. (Kamu tahu, macam pertandingan di radio, line sesak berpanjangan!)

Satu hari, dua hari, tiga hari... tiada siapa yang boleh membantu. Saya putus asa. Pujuk hati dengan the thought that sekurang-kurangnya saya akan ke Konsert M.Nasir. Tengok rebiu di surat khabar pun saya tak mahu. (Cheh, drama sangat!)

Lebih tertusuk bila mak pun turut kecewa bersama. 
"Dah tak ada tiket? Mak baru berkobar nak pergi. Adoi sedihnya... "

Namun, dalam gerhana hati saya, muncul bima sakti menyuluh keserian.
(Motif berprosa?)

Unee beritahu ada orang yang mahu menjual 2 keping tiket. Cocok pula dengan bajet saya. Pastinya saya mahu!


Dapat, dapat! saya dapat tiket! Tidak kempunanlah saya! Saya beritahu emak untuk pastikan dia tak kerja pada tarikh pementasan dengan alasan saya mahu minta ditemankan ke KLCC cari seluar. 

Dua hari sebelum pementasan:

Mak: (tengok berita) Tu dia, best nya depa dapat tengok PGL... if only lah kan...
Saya: Boleh apa, kita pi tengok. 
Mak: Tapi lepaih ni bukan Tiara dah. Mesti dah tak best.
Saya: Jeng jeng jeng (keluarkan tiket)

Kamu bayangkan muka mak saya bila nampak tiket tu  :)

Maka Sabtu, 21 Februari 2009 (tarikh ni penting untuk rujukan masa depan) kami pun ke Istana Budaya dengan keriangan tak terbendung bak budak-budak tengok Wonder Pets versi Bahasa Malaysia di TV9. 


Bahagian 2: Lima Pancaindera Orgasma Bersama

Suasana Istana Budaya agak berbeza dari yang saya jangkakan. Tidak ada tempayan berisi bunga segar dan dekor ala Bali seperti yang diceritakan beberapa blogger. Mungkinkah kerana show yang saya pergi bukan show pembukaan? Saya kurang pasti. Mujur ada scallop kain merah di siling lobi serta bunting dan ruang pameran liputan press ada. Terasalah juga bahangnya. 

Yang sungguh nyata adalah jumlah penonton yang wow, cukup mengagumkan! Lobi IB sesak. Ramai yang ambil kesempatan bergambar di photo wall dan di sekitar ruang masuk dewan. Bodoh betul saya kerana terlupa membawa kamera. Eh, eh, pembetulan. Ketiadaan kamera membenarkan saya menyerap setiap elemen persembahan tanpa sebarang gangguan. Boleh? 

Pintu dewan dibuka, semua orang masuk seperti kambing tak cukup tanah, masing-masing cari tempat duduk, duduk, tunggu. Lampu terpadam dan bermulalah persembahan hebat yang ah, susah mahu saya nyatakan secara satu persatu. 


Plot & perjalanan cerita:
Jika PGL versi wayang mengimbang tiga plot emosi kuat yakni 1. janji tuah pada putri; 2.amarah sultan dan adipati; 3.kekecewaan tuah dan putri; PGLM sememangnya lebih tertumpu pada perjalanan cinta Tuah dan Putri. Walaupun watak utama lain seperti Sultan Mahmud, Gusti Adipati dan Bayan menjadi katalis pada rollercoaster percintaan Tuah & Putri, mereka tetap di overshadow dengan jalan cerita yang mahu kita bertumpu pada pasangan kekasih terlarang itu. 

Mendamba cinta dari kejauhan


Jika PGL movie membawa kita melihat terlebih dahulu melalui mata hati Tuah, PGLM dibuka dengan Gusti Putri, langsung menjadikan si putri 'pencerita' kisah sedihnya. 

Bravo di atas pengolahan watak Puteri dan  Sultan Mahmud. Penambahan skrip Sultan Mahmud saat beliau mahu membunuh Raja Ahmad cukup berkesan!



Pelakon dan Watak:

Aduh, semuanya cukup cantik, masing-masing membawa kekuatan berbeza yang akhirnya melengkap satu jigsaw magis. Dari segi lakonan, siapa boleh sangkal kebolehan peran-peran utama yang dibariskan?



Ternganga juga melihat Stephen Rahman Hughes melompat-lompat tanpa henti siap bercekak silat segala. Memang dia material teater West End. Lidah pun sudah tidak terlalu pekat pelatnya, dan saya suka the cheekiness that he projected whilst courting Putri. His singing abilities pun tak perlu diperkatakan, dia jauh menenggelamkan nyanyian Tiara. 




Vokal Kak Tiara jauh lebih baik jika dibandingkan dengan nyanyiannya dalam ost musim lepas, tapi saya rasa masih belum cukup kuat untuk  menjadi seorang penyanyi. Mujur lakonannya cukup berkesan. Begitu juga pembawakan watak AC Mizal dan Yalal Chin - mantap dan tepat ke sasaran.


Namun, lakonan yang paling meninggalkan kesan pada saya adalah Bayan dan Sultan Mahmud. 



Bayan memukau semua yang menonton

Saya tak pernah kenal pun dengan Ida Mariana, tetapi dia buka mulut sahaja saya sudah terpegun. Siapa wanita bersuara hebat ini? Rasa bodoh sekejap kerana beliau disebut sebagai seorang penyanyi jazz yang agak popular di serkit KL, tapi saya tak kenal. Nyanyiannya banyak membantu luahan emosi dan kekalutan perasaan Gusti Putri (sebab kebanyakan scene, Bayan bersama Putri.)  Sebutan telo Indonesianya cukup bagus, nyanyiannya jelas dan penuh emosi. Meremang bulu roma saya mendengar nyanyiannya ketika memberi bunga pelindung pada Putri - saat itu sedikit historikal kerana ia terus mengingatkan saya kepada Barbra Streisand dan mainan emosi dalam lagunya. Magic. Ida, kamu memang deserve the standing ovations yang kamu dapat setiap malam persembahan! 



Sultan versi broadway, kau ado?

Adlin Aman Ramli - apa lagi yang boleh saya katakan? Sinis dan pedasnya terasa benar! Memek muka, walau sesaat dua sahaja, sudah cukup meninggalkan kesan. Dia memang orang yang tepat untuk watak Sultan Mahmud, lelaki sinikal kejam yang gatal. Dalam banyak-banyak babak tarian ceria (ada banyak tarian ceria dalam pementasan ini), adegan 'Menundukkan Ledang' adalah yang terbaik! Kamu tahu, si Sultan menyanyi dengan penuh eksyen, riaknya mengingatkan saya kepada tarian Brother Sum, ketua Kumpulan Kapak dalam cerita Kung Fu Hustle. Kejam, kerek dan kelakar, we all wished that the scene was longer


Ingat lagi mamat ini?




Set & Ensamble:



Peerrgggghhh! Kamu nampak benda berbongkah-bongkah di belakang itu? Benda alah itu cukup versatil - ditolak rapat-rapat jadi gunung atau puncak bukit, dipisah dan cantum bercorak, jadi kraton. Disusun sekelompok jadi air terjun gunung ledang. Ringkas tapi menarik. Simple yet mesmerizing.




Set istana Sultan Mahmud juga cukup majestik. Pintu istana masuk keluar dari atas, daun pintu istana berukir cantik, serta kuning diraja melengkap babak di istana dengan cukup baik. 

Tak lupa, air terjun saat reunion Tuah dan Puteri, tirai batik di kraton serta pelabuhan Melaka. Hebat! Gila lah, saya cintakan keseluruhan set mereka!

Pujian juga harus diberikan kepada barisan penari dan penyanyi pelengkap pementasan ini. Dari babak pertama, ensamble Majapahit sudah bikin saya goose bumps. Badut Kembar (terutamanya Haznita), Si Penyampai Titah Sultan, Nenek Kebayan... semuanya nyata berkerja keras dan menghayati watak yang dibawa. Jangan terkejut jika ada antara mereka yang menjadi pelakon utama dalam pementasan PGL akan datang (jika ada). 



Jutaan tahniah kepada Zahim Albakri selaku pengarah, Dick Lee dan Adlin Aman Ramlie selaku komposer dan penulis lirik dan Roslan Aziz untuk pengarahan muzik yang memukau. Tak lupa kepada Pat Ibrahim untuk koreografinya yang mantap, Raja Malek untuk set yang hebat, Akma Suriati Awang untuk kostum yang jadi igauan semua (saya suka kostum ensamble Majapahit!), serta kesemua tenaga kerja yang terlibat dalam produksi terbesar lewat 5 tahun ini. Kamu semua telah meletakkan benchmark yang sukar ditandingi sesiapa. Tahniah!


Yang tak berapa best:
Dalam kehebatan PGLM, masih ada ruang untuk improvement (cuma mungkin ini sudah tidak valid kerana ini PGLM terakhir.)

Stephen delivered his role flawlessly, cuma saya rasa emosi kecewa, sedih dan gatal versi abang melayu (ingat muka m.nasir bila terkena kibas kain Tiara?) tak berjaya menyentuh penonton. Entahlah, tapi saya rasa Hang Tuah, terutamanya di fasa percintaan matang ini seharusnya lebih, er, jati kemelayuannya. Ya, seperti M. Nasir. Ini bukan bias, tapi saya dengar ini jugalah benda yang dikomen penonton lain. Kejantanan Melayu itu tidak terlalu prominen, watak Tuah adakalanya nampak macam love sick puppy, walhal kita tahu Tuah seorang lelaki yang kompleks dan melankolinya lebih kuat bertarung dalam jiwa dan bukan menangis meleleh  jerit-jerit atas bukit. 



Hebat untuk PGL filem, 
tapi mungkin tak cukup 'ceria' dan 'getis' untuk PGLM


Abang AC, lakonannya bagus, tapi tak gerun sangat lah. Kata orang, pembawakan watak Adipati di musim 2 lebih ganas dan gerun. Oh, satu lagi... punyalah saya feeling tengok Adipati marah tahap maut, tiba-tiba terus kantoi bila dia mula menyanyi kerana yang keluar dari mulutnya adalah suara maintain hensem AC versi 4U2C. Lantang, agak jelas, tapi itulah, memori Fiona berantaikan CD sangat. 

Dan satu lagi perkara yang saya agak pelik, kenapa sesetengah skrip yang diambil dari filem, diubah atau dipendekkan? Hilang keanggunan puisinya bila diubah. Contohnya, skrip 'setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda". Mengapa tidak disambung dengan "biar patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari"? Itu yang tajam tu. 


Bahagian 3: Lena Bersulam Mimpi 
Walaupun kecewa kerana tidak dapat membeli ost PGLM musim ini (cepatnya habis!), kisah puteri Majapahit dan laksamana Melaka ini terus bermain dalam minda hingga terbawa dalam mimpi. 

(Malangnya saya tidak pula bermimpi Stephen Rahman datang mengorat saya dengan kuda putih... mungkin kerana saya wayyyy prefer M. Nasir hahaha)

Hebat atau tidak pementasan ini, lihat saja kemerengan saya mengulang-dengar tiga-empat lagu ost musim pertama yang ada di widget blog orang. Ulang ulang ulang, saya tak mahu the magic of PGLM to fade away. Sejujurnya, saya belum pun menyiapkan diri untuk Konsert Alam Muzik  M. Nasir. iTunes masih berselang seli antara album-album M. Nasir dan ost filem PGL. 

Cemana?

PGLM, kamu memang berhantu! Saya harap dua puluh tahun akan datang, saya dapat menceritakan tentang pengalaman ikonik saya ini dengan enthusiasm yang sama pada anak-anak saya kelak  :)
  

Terima kasih PGLM filem dan muzikal... untuk Kisah Cinta Agung yang tiada tandingnya.






Aku Mahu Oksigen

Friday, February 20, 2009

Keladi gajah.

Fakta #1: Kadar stres anda mungkin di luar skop biasa jika anda, seperti saya, disuruh doktor untuk bangun pagi dan "pusing-pusing kawasan bukit around the neighbourhood to soothe your eyes, rest your brain and ditch the stress."


Saya rasa saya perlukan waktu time-out yang agak lama.
Kerja semakin memakan kewarasan saya.

Buntu bodoh ini sudah tak mahu hilang. Saya bangun, pergi ke tandas, buka youtube, masih rasa bangang. Saya buka iTunes dan dengar entah segala lagu dari yang suka sampai yang tak pernah main. Masih tak berhasil. 

Internet pun sudah hilang keseronokannya. 

Selepas kerja saya berjumpa rakan dari pelbagai kumpulan berbeza dengan harapan mereka bisa jadi nectar penyegar minda. Hempphh...hampeh. 

Saya masih juga ke pejabat, duduk di hadapan skrin besar dengan  muka tak boleh blah, rambut kusut menggerbang (sampaikan rambut pun protes), mata yang  sudah tidak mahu fokus dah otak yang letih, lesu dan layu.

Rendezvouz esok hari dan Konsert M.Nasir minggu hadapan itu pun tak dapat menaikkan semangat saya. 

Saya perlu bercuti ke mana-mana yang jauh.
Ya, percutian penuh hijau selama seminggu (mungkinkah?),  di mana saya boleh bangun dan hirup udara segar, ambil gambar dari pagi hingga petang, biar angin malam membuai jiwa dan mencuci kekusutan dalam kepala.

Saya tak mau jam lagi, dan saya masih terlalu muda untuk burn out



Let the pictures do the talking

Wednesday, February 18, 2009

Sebenarnya saya sedang buntu. Buntu gila mahu buat Press Release tentang haruman terbaru syarikat.
Inilah namanya Writer's Block. Sudah macam-macam saya buat, macam-macam saya minum (dan makan), macam-macam dah saya nyanyi dan bebelkan.

Masih beku. Masih zero.

Cuba bubuh entri baru lah, untung-untung jus kreatif mula tercerna.
Opp opp, gambaq semua cheq ambik sendiri no.. kalau hangpa nak curik pun piqiaq2 dulu na...



Anak lembu kot, dekat depan Market Market Shopping Centre, Makati. Chomel kan?



Coolest display concept. Gile best! Rustan's, Makati.



Hidup kadang-kadang ada masamnya, tapi masam itu perlu supaya kita lebih mengappreciate kemanisan yang hadir. 


Arwah Ah Leng. Jumaat ni genap 2 bulan Ah Leng mati kena langgar. 
Patutlah days prior to his death dia manja sangat. 
Kerabat2, nak tidur dekat, selalu sondol-sondol... 
Oh Ah Leng we miss you!



Bapak and Ah Leng chilling out baca Lawak Cambest. 



Pergghhhhh one day I'll own a piece like this. 
Untuk rumah, jadi feature point. One day nanti aku mampu, insyaallah. 



I like this pic of Roxychicks, it's like she's saying
 "apa la aku nak makan lagi lepas ni..."


Something I took masa kat Jalan Yap Kwan Seng.
 Malam about 9pm. Meriah!


Ko tengok, mata budak yang masih innocent. 
Tak macam mata kita... lesu, lemau, lemas!

curvaceous women, embrace!

Tuesday, February 17, 2009

So here's the goss... Jessica Simpson is openly getting slammed left, right and center for putting on kerrayyyyyy-zy weight. Apparently, she was reported to have ripped her pants every time she performed at Madison Square Garden and fans, anti-J.Simps and the media gobbled up the story. 

After J.Simp's effort to make a comeback in country music received lukewarm response, she went below the radar for a while to chill with her current boyfriend,  Tony Romo of the Dallas Cowboys. Being in love and staying lax for a long time does things to people, even health freaks like J.Simp. 




Adding oil to fire are pictures of her performing at the Rascal Flatts concert. So okay, she did gain some weight, love handles are present, mother jeans and double belt made it worse, but hey, she still looks good - as a matter of fact, she's glowing and looks a lot happier than she was, say, a year ago. That's an achievement coz back then she was skinny, over-tanned, over-bleached and miserable.

It's amazing how we call ourselves civilized, open, respectful bla bla bla, but balk and gag at the sight of anything 'curvaceous'. (And I say curvaceous, belum fat lagi. 'Fat' would be blasphemy in today's batang kayu dominated fashion & entertainment world).

I say J.Simp, be happy and as long as you're healthy, embrace those curves you have, babe. You're really not alone, look up at fabulous curvy ladies like Queen Latifah & Jennifer Hudson. They're curvaceous, beautiful and successful. 




And guys, if you think your girl's figure defines your happiness, then you're wrong. Coz' you know how they say it: the bigger the curves, the bigger the love  :) 

Now gimme some high-five y'all...

Sentuhan Listrik terussss... ke gegendangku!

Tuesday, February 10, 2009

Hello hello abang dan kakak,

Lu jangan pandang gua lain macam beb.
Lu jangan bajet gua riak ke, berlagak ke, baru dapat sikit dah tak sedar diri ke...


Hakikatnya lu orang kena la terima, gua akan dan lu orang besar kemungkinan tak akan.


Alah, time lu orang layan dulu, time tu gua tengok dari jauh je, gua simpannnn je.
So kali ni lu orang kasi can la kat gua nak ghairah sikit.



First time gua nak pi dulu, mak gua kata "haih, budak sekolah lagi, mana boleh pi?"
Beb, gua nak pi trip riang ria KRU pun mak gua tak bagi, apatah lagi event ikon matang, kan?
Mak gua pikir gua otak kero sikit kot.
Lagipun mak bapak gua tak pernah pun minat dia (MakSu gua, believe it or not, jadi katalis gua)



Masa ni gua selalu fikir 
"Cemana Freshies boleh jadi back-up dia ek? Gua nak try lah jugak."
Be-ra-ngan.



Second time dia buat, gua dah cukup besar, dah habis sekolah, dah baligh penuh dah
Dan mak gua tak tau pun pasal benda tu.


Masa ni gua dah boleh strumming lagu-lagu ikon gua ni... 
layan malam-malam kat balkoni, bajet habis jiwa lah ni


Sekali lecturer gua sabotaj buat test pulak malam tu dan esoknya.
Gua tau lu orang mesti cakap "itu takdir, sapa nak sabotaj kau"
Tapi gua tetap kata itu salah pensyarah gua.
Tambah pulak seorang kenalan gua yang boleh pulak call gua dari lokasi kejadian di saat gua tengah payah hafal entah Magic Bullet Theory Mass Media Theory segala, siap bagi gua dengar secara live lah konon satu lagu ikon gua tu, padahal itu bukan buat gua suka, tapi lagi sakit hati.



Sakit hati!


Walaupun kenalan gua tu belikan t-shirt souvenir untuk gua (yang gua belasah pakai ke kelas, kedai dan jalan-jalan sampai jahanam), gua tetap sakit hati. Memang SALAH LECTURER GUA!


(pada masa ini gua butakan mata pada fakta yang gua sebenarnya sengkek di tahap mee segera myojo)





So kali ini gua dah berduit. 
Kaya lah sikit dari zaman myojo gua (kira lu bayangkan gua dah upgrade dari myojo ke mee goreng mamak lah).

Mak gua pun dah tak boleh persoalkan kedewasaan gua, 
MakSu gua pun dah tak berapa ambik port kadar perkembangan minat gua terhadap ikon gua ni.
Kenalan gua yang jadi member borak cerita ikon gua tu pun entah wujud entah tidak lagi, lecturer hazab yang bikin gua panas tu pun dah langgar expiry date memori gua.



Tak ada apa yang boleh menghalang gua untuk merasa halwa telinga yang gua dah tunggu lebih 10 tahun.

(Tapi gua tunduk kalau Allah interfere, kemahuan gua sekecil hama je berbanding kemahuan, katalah, ribuan penduduk Gaza yang menderita tu)





So biar gua sound awal-awal lah.
Kalau lu orang bukan tuhan,
lupakan saja niat lu orang nak halang gua!





ayuh sahabat,
sahut paluan gendang,
penyair sudah memanggil
menzahir bait dari mata pena dengan lidah
sanjak irama memukau
bakal mengoncang jiwa
membuka mata hati

satu malam, satu hasrat, satu kepuasan mutlak.

(atau kata lainnya, orgasm minda)




p/s: gua nak jugak post gambar penuh kejantanan 'abang tuah' gua ni walaupun tak relevan dengan konsert.
pss: oh, gua rugi sebab konsert nanti kurang bahang.... kita rasa bahang arwah loloq dalam hati sahaja lah....