Pages

Selamat tahun baru

Friday, January 02, 2009

"Masyaallah, aku cakap 'Autobots', bukan Opocot..."
Jika Transformers di alih-bahasa ke BM.




Halu kawan-kawan.
Maaflah tidak tinggalkan ucapan tahun baru pada kamu semua. 
Mahupun SMS, MMS, kartu ucapan dan sebagainya. 
Kehadiran 2009 macam serang hendap yang dah dibajet jadi. Saya macam John McCain lah dalam hal ini, dah tahu Obama akan menang pun tetappppp muka maintain no hal. Heheh.


Disebabkan saya tak sempat mengeposting-posting refleksi 2008 sebelum tahun baru, biar saya terus terang sahaja nyatakan yang anda mungkin takkan dapat pun tengok refleksi itu pasal saya sememangnya malas mahu pandang ke belakang.
Rumusan 2008: Tahun berlalu dengan pantas sekali dan terlalu banyak kejadian yang berlaku. Seharusnya tahun yang cukup interesting untuk direflect, tapi ah, saya memang PEMALAS. 

Buat anda yang memulakan hari-hari 2009 dengan kesedihan (kena tangkap di parti seks ambang 2009, mungkin), jom relaks jom. 2009 will be allllllll....right.

Mari kita ceria-ceria dan buat tag lah! 


Tag pertama: Semua soalan ada 7 jawapan. Boleh?

7 Fakta tentang aku:
- Dulu hidup makan suka-suki, sekarang selamat tinggal makanan laut yang girang.
- Kawan baik saya yang dah survive segala  putus cinta, sakit hati, jiwa gumbira saya: Asthma Inhaler. 
- Selalu dianggap bercanggah dan mengkonfiuskan sebab putaran iTunes dan radio di rumah boleh jump dari Kanye West (contohnya) tetiba ke Frank Sinatra dan kemudian ke Guns n Roses. 
- Orang paling mudah untuk diberi hadiah sebab kamu beri apa sahaja pun saya rasa best. Walaupun sebiji limau. (Thanks Roxychicks!)
- Boleh jadi gila jika tidak ada muzik dan buku.
- Melihat 2009 bakal berlalu dengan pantas juga, tapi harap ada buah-buah hasil yang ajaib!
- I think I am ready for a change.... dan cinta maybe hahahahaha

7 perkara menakutkan aku di dunia:
- Tellytubbies berdarah-darah yang main lambai-lambai di luar tingkap bilik saya
- Dibunuh dengan cara kejam seperti mana-mana kejadian true crimes yang saya baca dan tonton.
- Jika tiba-tiba ada orang amuk di pejabat dan tembak semua orang. Betul, saya siap dah fikir pelan menyorok saya. Saya psycho that way
- Jadi pekak atau buta. Macamana nak dengar muzik atau baca buku?? Melihat orang tersayang? Itulah, bila kurniaan tuhan ditarik balik, boleh gila woh. Saya salut mereka yang dilahirkan sebegitu, mereka mampu hidup adakalanya lebih baik dari orang yang berpancaindera lengkap.
- Bila orang beriya-iya nak korek rahsia saya yang sebenarnya tak ada rahsia ini. Saya bukan selebriti lah!
- Jika satu hari nanti di'kurnia'kan keupayaan melihat benda-benda ghaib. Takpe lah, terima kasih, no thank you vannekem
- Jika manusia dipaksa menelan cerita politik setiap saat dan ketika macam minum air atau makan nasi.

7 lagu buat masa sekarang:
- Best For Last  - Adele
- Single Ladies - Beyonce
- Private Party - India.Arie
- Teach Me Tonight - Amy Winehouse
- With A Little Help Form My Friends - The Beatles
- Say You Will - Kanye West
- So What - Pink

7 perkara selalu disebut:
- Hahahahahaha
- Motifff??!
- Uols!
- Ntah la
- Aku/saya ok je...
- Wokeh bebeh!
- I donnowwww

7 perkara yg amat bernilai:
- Keluarga
- Kawan-kawan
- Muzik (koleksi CD, Kaset, MP3 dan muzik secara umum lah) .
- Buku.
- Keupayaan melunaskan sifat 'suka hati aku lah aku suka so what' bila perlu tanpa berfikir jauh.
- Keupayaan membuat orang ketawa. (Saya rasa saya tidak cukup kelakar nak digelar pelawak.)
- Udara 

7 pertama kali dalam hidup aku:
- Pertama kali bernafas di luar perut mak saya: 20 Mei 1982
- Pertama kali naik kapal terbang: mungkin sekitar 1981 (dalam perut mak)
- Pertama kali makan wasabi sampai teredak keluar air mata: September 1998 
- Pertama kali 'menang' cabutan bertuah : Januari 2006
- Pertama kali jatuh cinta berbalas: mungkin 1997. Ya, mungkin hahhaahaha
- Pertama kali disalah anggap yang aku mencintai seseorang (padahal kawan sajor): 1997. (Hahahah tahun pelik dalam hidup)
- Pertama kali ada stalker dalam hidup: 2003.


7 orang bertuah sambung tag ini:
Andalah orang bertuah itu! (sila sebut sebanyak 7 kali)



Tag 2: Masa depan dan er, politik?

1.How do you see Malaysia in 20 years time bebeh?
Lagi dua puluh tahun, Malaysia insyaallah akan lebih maju dan berekonomi kukuh. Insyaallah, Amin. Tapi malangnya kadar jenayah juga naik seiringan dengan kemajuan. Harap-harap kita tidak berubah, gara-gara terlalu pandai, kita akhirnya jadi lebih brutal dan barbarik dari bertamadun. nau'dzubillah, minta dijauhkan mala petaka. Ozon semakin menipis tapi kita still buat dek je dan make-up artists tetp guna spray rambut beraerosol.  

2. Where are you in 20 years time, bebeh? I mean, di Malaysia lah.
Harap-harapnya sedang memasak untuk makan tengahari di hujung minggu. Bersama keluarga, dari dapur saya boleh dengar famili gelak ketawa atau jerit-jerit tengok cerita hantu di TV (atau adakah TV sudah obsolete?). Lepas masak, hidang makanan, makan sambil gelak-gelak kongsi cerita dengan famili. Kemas meja sambil dibantu semua orang, lepas itu buat kopi, hidang dan bergerak ke perpustakaan mini cum bilik muzik cum pejabat di rumah dan indulge... lepas tu sterika baju untuk ke pejabat esok (dengan jawatan ebok ajaib pasal kalau dah 46 tahun dok jadi copywriter cabuk lagi apekejadah?). 

Hah, dasyat sangat berangan itu. 


3. Kalaulah KJ masih ada di Malaysia, where do you want him to be in 20 years time, bebeh?
KJ tak KJ, dunia politik Malaysia tetap sama. Bergelora, pembangkang dan kerajaan masih bertekak macam nak rak dalam Parlimen tapi lepas sesi selesai, pergi minum kopi dan makan roti canai sambil bertukar gosip siapa ada affair dengan siapa dan resipi nasi kukus macam zaman mak buat dulu. 

Kita masyarakat umum ni yang over taksub dan berapi-api lebih, sampai sanggup letak anak jadi perisai bila buat protes umum, sanggup rusuh-rusuh menegakkan ahli politik kegemaran walhal anak bini di rumah bergantung punca pada kita. Politicians relaks je, korang mati katak pun, gaji dia jalan kan? Keluarga korang pecah-belah pun, dia masih boleh cuti-cuti luar negara kan? Negara tunggang langgang terbakar pun, dia masih mampu ada rumah di AS dan jadi hero di mata dunia Barat kan? 

Yang rugi tetaplah orang marhaen. Tetap. Kalau kita tak berubah lah. 

Tapi kalau saya boleh wish, saya wish lah yang terbaik untuk KJ, mahupun semua ahli politik biar bersifat Japanese Enchapalitis atau tidak. Sama-sama sembahyang satu masjid, satu kiblat dan satu niat ikhlas, ya?  

6 comments:

Amer said...

wow wow wow. jawapan kamu buat saya tersedar betapa buruknya sifat ini.

katya said...

happy new year Ely. =)

azyze gomez said...

Amer:
Hmm??

Radz:
Hapy new year to you too babe.

4u2wonder said...

baru ku baca blog ini. walaupun agak lambat tapi masih sempat mngucapkn happy new year!!

7 fakta's' itu sgt menarik... tahun keramat 1997.... hmm...knapa agaknya saya x tau pun ttg ini?? mungkinkah kakak yg selama ini mewarwarkn dirinya tiada rahsia rupanya menggendong cerita yg tidak pernah diluahkan...?? dengan adik sendiri pn??

...sungguh tidak patut..

azyze gomez said...

Cik wonder:
hahahahah!
alah, cerita zaman batu pun ko nak tanya ke? cheh, itu 11 tahun yang dulu di masa aku bongok bongok lagi hahahah...

tak cukup sensasi lah, bukan macam cerita percintaan terlarang dengan manusia tukang protes suci di jalanraya tu...
hahahhaa

4u2wonder said...

owh no...salah.. Perarakan(bukan protes)suci beserta manusia yg berarak didalam perarakan itu hanyalah menyuarakan isi hati dan pendapatnya kerna hanya itulah yg mampu dilakukan jika kita berada jauh di perantauan.

kisah chinta cliche romi & juli itu biarlah trkubur...

baiklah... tutup kisah lama... bukak lembaran baru..

still nak tau sapakah jejaka '97 itu....