Pages

Keroncong untuk lelaki hebat

Friday, January 30, 2009

Saya tak teringat pun bahawa hari ini genap setahun Allahyarham Loloq meninggal. Mujur rakan sebelah saya pantas menyuruh saya buka Utusan.

Sebak sedikit bila membaca tajuk artikel dalam ruang hiburan : "Rahmat Buatmu Loloq".

Saya terkedu. Sudah setahun?
Cukup cepat masa berlalu buat kita yang sibuk mengejar duniawi sampai tak sedar pun kehilangannya. Seperti baru semalam.

Saya menangguh untuk membaca artikel tersebut. Saya buka blog, lompat situ sini kerana rasanya tidak mampu untuk menghadapi tulisan tribute M.Nasir untuk sahabat jiwanya itu. Kebetulan pula, CD Prahara Seni Abadi sedang berkumandang di iTunes. 

Saat saya mula membaca, lagu Suatu Masa pun mula bermain, seperti ada kuasa lain yang meletak mood untuk pembacaan saya.




"SETAHUN sejak Loloq pergi, aku melepaskan keterbiasaan sedikit demi sedikit.

Keterbiasaan melalaikan aku pada sesuatu yang tidak biasa.

Kerana keterbiasaanlah hampir hari-hariku terasa Loloq akan hadir menyambung bicara jam 3 pagi, semalam di Warung Awe atau Yeop dekat pejabat Luncai Emas berbicara penemuan-penemuan pencetus idea atau sekadar bicara prestasi Manchester United yang kekadang mencemaskan.

Kemudian mengingatkannya tentang lirik yang seharusnya siap dua minggu lepas.

Pernah ketika umur kami menjangkau 40 tahun, kami berbicara tentang mati.

Lalu sentuh kematian P. Ramlee yang masih agak muda. Seniman mati muda ramai.

Khairul Anwar mati muda walau dia mahu hidup seribu tahun lagi. Kita mahu hidup seribu tahun lagi.

Namun, itu hanyalah penyataan puitis dan nyatanya ajal bergaul dengan fitrah.

Buat diriku, seniman terus hidup selagi karyanya hidup.

Loloq adalah seniman dan sahabat karibku. Lebih dari itu, dia adalah 'cerminku' yang kini hilang.

Aku tak pasti dia pemujaku, tapi aku hampir pasti dia pengkritik aku yang setia.

Zaman pencarian di Singapura dekat 30 tahun dahulu menemukan aku dengannya.

Gayanya yang menangkap, bercermin mata ala John Lennon dan gigi ala Tompel sukar dilupakan.

Dia telah lalui zaman gelap. Allah sahaja yang tahu sejauh mana dia telah merantau tapi dia menjelma seperti burung api yang gemerlap.

Aku akui waktu itu aku hanya pelajar. Namun, aku telah menghasilkan album Kembara dan dia cuba membongkar pemikiranku.

Dia penggemar Beatles dan Bob Dylan seperti aku.

Umur kami sama. Hidup kami ala hippies lalu reaksi kimia pun tercerna.

Loloq datang dan pergi dalam hidupku sehingga dia muncul semula di Sungai Buluh, sewaktu aku mula membina tapak Luncai Emas 15 tahun dahulu.

Itu pun dengan keresahan perantaunya sehingga bersama kawan-kawan lain menetap di rumah sewa di belakang pejabat lama Luncai Emas.

Bagaimana dia mula mengambil berat dalam penulisan adalah keanehan.

Aku sedar dia pembaca tetapi menulis?Namun, dia mula menulis dengan kumpulan percubaannya, Rastari waktu di Singapura.

Kapal Belayar dan Wak Jono adalah antara lirik pertama yang ditulisnya.

Walau kurang sempurna, ia menghidupkan satu aliran muzik indie dengan suaranya dapat didengar dalam beberapa trek album itu.

Loloq hilang agak lama lepas itu, sehingga dia muncul dengan lirik Insan & Manikam dalam albumku.

Sejak itu dia tidak melihat belakang lagi. Dalam masa-masa yang sama 'menikah' dan membuat 'duit' dari album seterusnya seperti Ella dan Search.

Kekadang dia menyatakan kerisauannya dengan kestabilan hidup.

Takut kalau perantauannya akan berakhir seperti orang biasa.

Loloq, kekadang Nurbisa, Abdullah Romani, kekadang Heikal dan Kristo Bimbo adalah ironi pada Rosli Khamis.

Dia adalah jegela yang bermainkan watak- watak, namun, mencari dirinya yang sebenar.

Loloq memasuki dunia seni hiburan ini dengan semangat menambah warnanya dengan cara tersendiri.

Walau bagai seorang penulis lirik suaranya lebih lantang dan dirasai daripada kebanyakan penyanyi dan pencipta lagu.

Dia adalah karakter yang sukar dilupakan. Siapa yang mengenalinya tidak akan lupa dengan gayanya, tawanya, pemakaian fesyen terkini dan ranggi serta anting-anting di telinga.

Tapi yang mendalami jiwanya, akan mengenal manusiawi bernama Loloq.

Rupanya perantauan Loloq tak habis lagi. Dia kini merantau ke satu daerah baka melepasi fana dan lagu-lagunya adalah gema karya rasanya di bumi ini.

123 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

(Petikan lirik lagu Apokalips oleh Loloq)

Rahmat Allah Untukmu Loloq,
Daripada aku,
M. Nasir"




*terdiam seketika*
Saya sapukan titis air mata yang keluar spontan.

Ruginya saya kerana tidak sekali pun pernah berada dalam radius sama dengan si penulis genius itu. Rugi, padahal kita hanya terpisah dengan six degrees of separation, atau mungkin lebih dekat sebenarnya, memandangkan Malaysia ini kecil sahaja. 

Mula mengenali beliau dari album M.Nasir, Rosli Khamis adalah antara orang yang mengajar saya tentang bahasa. Beliau macam guru pendidikan jarak jauh. Kamu tahu, dari liriknya sahaja, lima enam kali saya perlu buka kamus. Saya belajar makna edan, kirmizi, nyali, kirana semuanya dari sebuah lirik Loloq. Bayangkan membongkar 10, atau 50 lagu beliau...

Habit berkamus terbawa-bawa dalam membuat kerja rumah zaman sekolah dahulu - saya akan cuba gunakan perkataan yang kurang digunakan semata untuk memeningkan kepala cikgu. Mungkin juga sebab itu saya lebih selesa menulis untuk meluahkan ekspresi instead of bercerita (baca: whine) pada kawan-kawan. Mungkin sebab itu saya sekarang seorang penulis. 

Jadi, secara tidak dirancang, kosmik menentukan Rosli Khamis membentuk saya menjadi seorang penulis, walau nyatanya penulisan saya jauh busuk jika dibandingkan dengan karyanya walau di zaman awal kemunculan beliau di awal tahun 80an (saya baru diberanakkan pada masa itu). 

Saya tribut kan hari ini kepada seorang lelaki hebat yang mungkin sudah tidak nampak di nyata, tapi akan tetap terus bernafas melalui lagu-lagu beliau - Rosli Khamis.

Semoga Allah swt menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang dirahmati olehNya. 

Al-Fatihah.



Lara menyabur jiwa
Dambakan sentuhan
Jejari penawarmu
Yang mujarab
Oh! kasih
- Lara (M.Nasir / Loloq)

 

Baca artikel lengkap tersebut di sini

17 comments:

roxychick said...

yela.
sebab tu tribute ko utk loloq jauh lebih baik dari tribute yang aku dah post tu.

i'm such a loser.
haha. emo.

azyze gomez said...

ah? jauh lebih baik?
maknanya?

apsal lak ni ko emo2ni pah.. expecting ke?

hahahahahahah!

roxychick said...

ape yg tak pahamnya wei?
AND for the 342,879th times,
NO, I'M NOT EXPECTING ANYTHING OR ANYBODY JUST YET!

yela. aku pon ada buat post pasal loloq hari ni, tapi aku buat tribute ala-ala je. ko punya precise lagi jitu serta mantoppp!

dat's why im such a loser sebab perasan nak jadi writer tapi tulisan aku tak bagus. yang aku tau hanya WHINE.

mu pahe? haih.

azyze gomez said...

ape ni pah...
ko ni PMS ah...

tetiba rasa loser plak...
bukan aku yang call tanya psal tshirt muahahahahaha

(daddy zaes jangan marah)

roxychick said...

ckp psl tshirt, tiba2 aku teringat lagu tshirt yg sengal tuh.
demmit!

katya said...

your a fine writer Ely.

azyze gomez said...

radz:
thanks for the vote of confidence. aku akan terus mencuba radz, insyaallah.

btw, ko lagi hebat, ko jurnalis. aku jurnal pun tak habis :p

katya said...

jurnalis mana bole lencong2 tulisaanya. direct to the point maa..

tulis2 biasa lagi best. straight from the heart. =)

Amer. said...

cakap pasal t shirt, teringat t shirt besar haritu. mana gmbar? ahaha.

azyze gomez said...

t shirt besar?

roxychick said...

amer, dia sengaja buat2 lupa la tu.

babe, tshirt bon jovi daa.. aku pon lom tgk lg nih. bak mai!

kulupSakah said...

sempat berkawan sekejap dengan arwah dan sedikit catatan untuknya dalam blog saya di bawah tajuk 'kalau nak mengaku pejuang'..
http://kulupsakah.blogspot.com/

one love said...

saya melawat arwah malam sebelum dia kembali...
esok siang, saya mengadap kuburnya sahaja...

saya masih ingat, abang mamat terkulai layu di tepi dinding masjid kecil itu...

sayu...

azyze gomez said...

kulupsakah:
kamu cukup bertuah, tak ramai marhaen macam saya yang sempat kongsi aura beliau.

one love:
dengar cerita arwah sudah tidak sedarkan diri pun sehari sebelum beliau kembali ke ahmatullah. betul kah? harapnya info itu benar, biar beliau pulang dengan keadaan tenang.

kita doakan sahaja keabadian beliau...
insyaalah.

school of thoughts said...

Entry mu kali ini benar2 mengusik kalbu. Masa cepat sungguh berlalu...

kulupSakah said...

aku sempat ngadap arwah di bilik mandi surau tu... mamat khalid, tam spider, nan,firdaus merenjiskan air mata tak pedulikan aku yg bukan kwn sealiran mrk...

ilham dan bapanya m.nasir menyapu manik2 di mata mereka selepas solat jenazah..
hairi istrinya membalas sms ku mengatakan dia mimpi arwah tenang di alam baqa bersama sahabat!
sayu!

one love said...

dia memang koma...

tapi itu ketentuanNya