Pages

Jeffrey Dean Morgan

Monday, January 12, 2009

Kamu tahu tidak, perasaan menahan perasaan?
Kamu simpan, simpan simpan lepas itu satu insiden kecil yang tidak signifikan langsung tiba-tiba menyebabkan banjir emosi yang dasyat?

Saya pun kadang-kadang begitu.
Simpan, sorok -  tapi hah kau, kalau ada benda yang bingo! hit the right spot, sekecil manapun ia, memang berhamburlah segala isi perut.

*bayangkan efek batu kecil terkena cermin kereta dan cermin retak seribu.*


Batu kecil yang lethal itu telah datang dalam bentuk filem P.S I Love You malam semalam.




Cis.
Memanglah adik saya sudah warning awal-awal untuk sediakan tisu dan tiger balm untuk membantu pernafasan. Saya siap buat air, tutup lampu dan tenangkan minda untuk mendapat impak mega soppy love story yang digembar-gemburkan oleh semua orang. Ditambah pulak dengan efek kucing peliharaan yang dok meleseh-leseh sambil buat mata terkedip-kedip bila sampai bahagian sedih yang memerlukan saya untuk turut menangis bersama Hillary Swank muncul. 


Baca surat je, nangis. Teringat kat Gerry je, nangis.
 Terpaksa saya nangis sekali!


Tapi apekejadah tengok cerita sedih tapi masih menangis walaupun ending credits dah selesai?

Ni menangis dasyat ni, tahap badan bergoyang. Saya sendiri terfikir, kenapa aku tak boleh berhenti menangis ni? Cerita tu tak lah sedih tahap maut... aish, is this a virus of some sort?

Saya dapati air mata saya masih tak mahu berhenti keluar, dan badan seolah mencari kehangatan pelukan comforting dari seseorang (okay, saya terpaksa settled for pelukan comforter sahaja lah) serta kata-kata assuring untuk melega limpahan emosi yang entah datang dari mana.

Adalah dalam lima enam minit menangis menekup muka dengan bantal, baru saya sedar yang hati saya sebenarnya sudah berat dan kecewa dari awal minggu - kerana keadaan Palestin. Saya sudah sakit hati dan memang betul-betul risaukan keadaan saudara kita di Palestin. Setiap hari tengok di TV, dengar di radio, baca di internet... makin lama makin menggunung ketidakselesaan saya. Marah melihat kekejaman yang semakin hari semakin teruk, dan kecewa teramat sangat kerana saya hanya mampu melihat mereka mati tanpa mampu berbuat apa-apa secara langsung untuk membantu mereka. 

Kamu tahu perasaan pecah hati? Lebih kurang begitulah. 

Agaknya, dinding yang saya bina menyekang rasa jiwa akhirnya tak mampu menampung beban. Terus melimpah-ruah. Kocak air masa tsunami. 


Ya, ya, reaksi sejagat umumnya adalah untuk berasa marah tahap langit dan perasaan ini mendorong kita untuk melakukan (atau setidaknya pun, berfikir untuk melakukan) perkara-perkara ganas seperti bakar bendera, ludah Amerika, pijak barangan keluaran Yahudi, mencarut sampai pagi mahupun pecahkan cermin kereta (sendiri punya tak apa).

Bagi rakyat kebanyakan, mungkin sekadar sama-sama maki Yahudi bila kita jumpa-jumpa minum kopi. (Ada yang kaw-kaw maki Yahudi ketika minum di Starbucks. Peh, berapa punya oxymoron lah situasi itu.) Tak kurang juga yang mendiam diri dan cuba mengawal fikiran.


Selalunya reaksi saya taklah sampai nangis lama-lama cenggini.
Tapi, kalau kamu pun tengah PMS, mungkin kamu faham. 

Dah nama pun perempuan kan, nangis je lah!
Cheh!




p.s: p.s I Love You memang cerita jiwa perempuan sangat! Suka lah! :)
p.s.s: abang gerald butler hot, tapi abang harry connick jr ngan abang Jeffrey Dean Morgan lagi hot lah!



9 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

nasib baik kau tak kronik macam aku.

gelak sambil nangis. apa ke jadah pun aku tatau.

4u2wonder said...

enhm... sudah ku bilang... perasaan bila menonton ps: i love you sama seperti mmbaca buku Three Wishes by Barbara Delinsky.... hidung merah akibat tonyohan konsisten tisu... for those yg mmg cravekn crita2 mcm ni, carikla dat book...


ps: Gerard Butler is mine k.yana... u can take dat charming Connick Jr. or dat hunka-chunka-burnin-love j.D Morgan

roxychick said...

uih. kena tonton nih..

Anonymous said...

disebabkan dah tau itu dari novel, aku rasa cam shortcut banyak terus ke cerita. Buku Thanks 4 D memory pun ala sama feelnya.

nader

azyze gomez said...

CIk PMS:
gelak sambil nangis? aku paham, aku paham!


Eze:
ak, ah! aku ingat tragedi nangis maut baca Three Wishes, sampai migraine lah. Lepas tu mula rasa forlorn pasal aku rasa sampai mati pun aku tak jumpa lelaki melayu yang sesetia dan semurni kasih macam tu.

Harry Connick lah Ze, at least aku memang layan albums dia pun. JDM bukan irish jadi rasa celup sangat. but he does a mean imitation, if I may say so :)

Roxy:
ye, silalah tengok!


Nadh:
aku, chick lit lembab sikit nak baca, apatah lagi selepas hampa gila baca devil wears prada yang masyaallah whiny gila! if i do read em, i go for moderately famous writers macam Kathleen Tessaro. Tapi year, so far review buku ps I love You macam hebat je, so Im'ma go get it.

school of thoughts said...

nak tgk gak la... ko beli ke DVD? ke, ko sewa kat EZY VIDEO mcm aku?

azyze gomez said...

beli, beli.
aku beli blue ray disc masa kat philippines aritu.
beli lagi berbaloi (but kalau pirated, yang crystal clear saje la. yang cinema copy buat nyemak je).

boleh simpan, nanti ko bleh kongsi ngan anak2 ko hahahah.

My name starts with M said...

eh dah kuar eh citer ni? hehe

buku dia aku baru sampai page 16...

azyze gomez said...

dah... dah lama dah mas...