Pages

Get well soon, Pah

Monday, January 05, 2009

Saya mahu!!!


Kamu tahu, 
tahun baru ini semacam ada konspirasi untuk mematahkan semangat juang kita. 

Semua orang nampaknya sakit.
Ada juga dirundung kegelisahan dan kesedihan.
Tak kurang juga perkara-perkara bingung yang berlarutan.

Contohnya:
1. Tak ada stesen TV yang siarkan countdown yang indah pun. Poyo betul.
2. Saya boleh terlepas countdown. Alih-alih sudah 12.03 pagi.
3. Jumlah duit dalam bank tidak pun melonjak naik walaupun saya sudah main harap-harap dapat dari tahun lepas. Makin susut ade la.
4. Semua orang sakit. Cik PMS, kucing saya, baby sebelah rumah, saya sendiri, dan paling sedih, Roxychicks sekeluarga.

Tapi saya optimistik. Wehh... saya optimis tegar nih! 
Ade je ape bende best yang terjadi untuk compensate ketidakbest-an awal 2009:

1. Saya sudah jumpa Zairul Azwan Zainal di dunia siber! (semakin jiwanglah walking down memory lane kita, kan? hahahah)
2. Di saat saya menulis ini, adik saya, Eze sedang dalam perjalanan ke Melaka. Dia dipanggil untuk temuduga yang nampaknya macam dapat sahaja. Oh, jawatannya, tak silap saya lecturer di sebuah kolej bertaraf antarabangsa. Alhamdulillah...
3. Err... saya masih hidup.

Jadi itulah, 
saya cuba jadi optimis ni.
Jangan padam bara yang cukup payah saya nyalakan ini.


Merujuk tajuk posting hari ini, 
marilah kita sama-sama berdoa agar Roxychicks selamat menjalani pembedahan minor nya dan kembali pulih seperti sediakala. Sakit apa, well, ia agak personal jadi kita tunggu sahaja update dari empunya badan, okay?

Pah, 
sambil lu layan angan atas katil spital tu, gua hulurkan kat lu lagu nih. Selamat layan, and come back cepat pasal gua dah tak mampu dengan 'bebelan' Encik Posing Macho You-Know-Who tanpa badan lu sebagai penebat bunyi dia. 

Okeh bebeh?
Layannn.... (berserta efek hippies layan bong)


3 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

ehhhhh che pah sakit apa???

azyze gomez said...

kita tunggu empunya badan hapdet lah ya....

roxychick said...

babe, thanks for the dedication! jimi hendrix rocks my world! thanks for evrything! i lef yu bebeh!

cpms,
nanti gua hapdet eh. takdo maso nak hapdet nih... uhuhuhuuu..

(i pon berdebar-debar gak pd masa yg sama..)