Pages

AJL - cukup tak pencahayaannya?

Tuesday, January 20, 2009


Korang tengok AJL tak?

Jika tahun lepas saya dapat menjejak kaki ke stadium untuk AJL, tahun ini kami di depan TV sahaja, maka tak ada lah cerita saya me'mamarazzi'kan artis. Dengar cerita ada kawan-kawan yang ke sana lagi, jadi nanti jika ada cerita sensasi yang layak di blog, saya paparkan kemudian, okay?

On with the performance review!



Opening
Pembukaan lain dari yang lain untuk sejarah Juara Lagu. Dah tak ada opening lagu ala-ala citrawarna dengan penari kepak kain RTM dah. KL Stompers dan Floor Fever memang gempak (anda patut lihat mereka secara live, pergghhhh!), cuma tarian mereka berbaur Stomp The Yard sangat lah. Saya cadangkan, kalau mahu tiru tarian, lepas ini cuba youtube Adam Chu Dance Crew a.k.a ACDC. Itu baru menari!



Sofaz - Bukan Di Sini
Wah, susahnya nak bayangkan bahawa satu masa dahulu Sofaz adalah kumpulan huruf 'S' yang macam kembar New Boys. Sekarang Amir sudah bersuara jantan! Secara vokal, lebih baik dari tahun lepas. Mungkin pengalaman menyanyi di AJL lalu membantu mereka untuk nampak lebih yakin dan bertenaga kali ini. 

Ehem-ehemPersembahan warm-up yang baik *larikkk*



Aizat - lagu Kita
Ala-ala ala, Aizat, chomelnya!!!
Intro cerita lagu oleh Ally, Cheryl dan Faizal sudah cukup buat kita nampak Aizat sebagai budak bawah umur dengan cinta anak anjingnya (boleh puppy love?). Lepas tu, Aizat pulak semakin shrinking - lagilah nampak macam budak sekolah. 

Agaknya dalam hati Aizat "Dulu korang mengata aku sangat, sekarang, kau hado jawline cenggini??!"

Vokal Aizat memang jauh lebih baik dari zaman AFnya. Liriknya agak bagus bagi anak muda yang baru berkecimpung, dan melodinya boleh buat kita terbuai lah. Pasti lagu ini jadi anthem cinta budak-budak tingkatan 1-2 lepas ini. Usaha yang bagus untuk first effort, tapi rasanya tidak cukup bagus untuk menang. 

(Nampaknya kebangkitan pelajar-pelajar AF yang multi-talented tapi tak menang seperti Aizat dan Amylea semakin ketara. Munginkah bakat mereka bakal menenggelamkan juara-juara menang lite-lite AF lain?)

Ehem-ehem:  Jaket dengan Shoulder Pads pada lelaki kurus keding... ambik feel Jaafar Onn tahun 80-an ye?



Aiman - Dusta Berkalang
*Suara perempuan mengerang dari belakang kain putih*

Pekejad??!

*Aiman keluar dengan baju dia*
Inilah  yang dikatakan bila baju overshadow bakat. Ingat adik-adik, kalau kamu masuk pertandingan nyanyian, kamu perlu pastikan bakat nyanyian kamu lebih menyerlah dari bakat projek rekonstruksi baju dari bahan lebihan hantaran kahwin kakak kamu.



Setiap kali saya cuba fokus pada penyampaian lagu dan suara Aiman, biji-biji emas yang tergantung dari kepala ular di bahu dia tu macam memanggil-manggil saya. Takut betul.

  
Bila gold tassle tu goyang, 
lagi la pukauan ular sawa gitu...


Downright tacky!
Suara Aiman dah okay rasanya, tapi, entahlah. Kalaulah dia pilih baju dan solekan yang lebih 'tenang'...

Ehem-ehem: Menarik ye, kenapa solekan muka penari iringan dia macam mekap monyet dalam Chinese Odyessey lakonan Chow Sing Chi tu? Hmm...



Faizal Tahir - Coba
Akhirnya, Faizal dapat juga pijak pentas AJL. 

Buka mulut sahaja sudah menggila orang menjerit, apatah lagi sepanjang lagu. Saya suka gaya Faizal yang arrogant yet passionate. Macam itu lah rock star, attitude itu perlu ada. 

Berpengalaman melihat Faizal menyanyi dari zaman belajar dahulu hingga kini, saya tahu persembahan Fiazal untuk Coba bukan 100%. Bila sampai ke korus dan bridge, suara dia jelas di repress. Dah nak sampai ke penghujung, muka Faizal pun nampak macam menahan constipation. Simpan suara untuk Sampai Syurga, itu sudah pasti, tapi saya rasa sukar untuk Faizal menahan-nahan suara macam itu sebab dia seorang yang menyanyi sepenuh hati. 

Walau bagaimanapun, Faizal menguasai pentas dengan mudah, he captivated the audience sampai ke penghunjung.  Hebat!

Ehem-ehem: Teran sampai putih rambut ye.. Ish ish ish...



Estranged - Yang Pernah
Vokal Rich juga lebih baik dari tahun lepas. Dari TV, tak ada pula semput atau sengau, cuma ada kalanya kurang jelas sebutannya. Band bermain dengan baik, kombinasi lighting dan skrin complimented the performance

Orang kata practice makes perfect dan Estranged sudah hampir ke situ. Cuma susah untuk Estranged menang kerana mereka bukan lagi underdog

Ehem-ehem: Gimik kain silhouette yang beriya orang kata best tu, peh, tu gimik launching product yang paling kerap digunakan tu. Nyata-nyata korang tak pernah tengok launching kan? 


Ayu - Di Mercu
Itu Ayu ke??

Wah, cantiknya, Ayu berubah menjadi hybrid Oprah Winfrey + Whitney Houston + Dayang Nurfaizah! Sungguh what's up my nigga sistah! Tahniah besar buat jurusolek Ayu.

Agaknya penampilan Ayu sedikit sebanyak membantu keyakinan si cilik ini untuk menyanyi. Penyampaian lagu yang baik dan Ayu tidak swallow her words. Jelas, tona dan pitch tepat. Persembahan pun cukup ringkas dan tidak terlalu mencuba. Walaupun Ayu tidak dilihat sebagai contender utama pertandingan ini, dia berpotensi besar. Look out, jika album dan imej ayu kekal dalam nadi yang sama, dia mungkin kembali ke AJL tahun depan. 

Ehem-ehem: SMS kawan saya "Wah, itam-itam kat depan gown tu alunan bulu pubis kah?" Celaka ko hahahahahaah!



Heliza & Zahid - Doa Dalam Lagu
Mawi, Mawi, Mawi... jika kamu ada, selamat lagu ini. Malangnya kamu mungkin sedang main kejar-kejar keliling suite dengan Ekin saat lagu ini cuba diselamatkan oleh Zahid (with little success).

Zahid dan Heliza dua-dua boleh menyanyi, tapi kombinasi mereka kurang ngam lah. Mungkin kerana suara Zahid lebih tinggi berbanding Mawi - bila bersama Heliza ia tampil celaru. Sayang, the combination did not do justice to both singers

Kelang-kabut mereka membenarkan saya pergi ambil kuaci, refill air kopi, tulis-tulis nota review lagu lepas.  Sorry Zahid & Heliza. 

Ehem-ehem: Kesian Heliza, dah lah Mawi tak ada, pengacara balik-balik cakap pasal Zahid dan kekasihnya. Gamaknya nak kena menyerlah, ambik ko bibir merah berkilat tahap Kak Nita circa 80an! 



Faizal Tahir - Sampai Syurga



Pembukaan yang sangat menarik! Saya sebenarnya pernah melihat satu klip video penyanyi barat yang lebih kurang begitu (dari bilik bersiap hinggalah ke pentas, dia menyanyi dengan muka stone sambil orang siapkan), tapi Faizal berjaya mengadaptasi konsep tersebut ke pentas dan ia nyata berhasil. 

Memang betul, lagu ini jadi taruhan utama Faizal - lihat sahaja dia menyanyi dengan 200%. Kami di rumah terdiam melihat persembahan beliau. Kalau Juara Lagu pertandingan persembahan lagu, maka Faizal dah pasti jadi Juara. Paling beremosi dan paling tepat ke hati. 

Ehem-ehem: Overacting betul akak hairdresser tu, dengan rambut-rambut betul dia cantas.



Spider - Bila Nak Saksi
Anugerah 'persembahan mengenang nostalgia HMI RTM' milik Spider tahun ini.  Bosannya, mereka pun nampak macam budak kecik kena paksa naik pentas. Diorang pun bajet dah kemasukan mereka seolah cukupkan korum aja agaknya. Tenggelam lah. 

Ehem-ehem: Sms kawan saya "Bila Nak Berhenti?"



Stacy - Aku Stacy


Surprisingly Stacy jauh lebih bagus dari yang dijangka! Stamina Stacy memang ajaib, dah berjoget bagai nak gila pun masih boleh menyanyi dengan baik. Tak semput langsung! Persembahan yang mantap, koroegrafi yang cantik... saya rasa seolah menonton peserta di pertandingan luar negara pula. Ini baru dinamakan bertanding! Bravo Stacy!

Ehem-ehem:  Terbukti kan kenapa Stacy yang masuk AJL, bukan Nubhan... opps!


Ziana Zain - dingin
Cantiknya Kak Ziana!

Satu-satunya penyanyi 'veteran' malam itu dan wow, Ziana berjaya buktikan mengapa dia terpilih ke AJL. Menonton Kak Ziana bagai mengimbau zaman kegemilangan penyanyi berkening ala The Rock ini... masih gemersik seperti dahulu. Saya bangga kerana di masih boleh memberi saingan sengit walaupun penonton nyata menunjukkkan minat yang lebih mendalam pada genre & trend yang lebih youthful

Sekadar berdiri di tengah pentas sudah cukup untuk memukau penonton, pentas itu dia yang punya. Saya rasa Ziana layak menang vokal terbaik.

Ehem-ehem: Nasib baik Kak Ziana tak terpeleot... kalau tidak, cupcakes tumbling down lah jawabnya! Dan abang Azwan Ali amboi amboi amboi....over tau!



Meet Uncle Hussein - Laguku Untukmu
Pembukaan dengan orkestra dan koir.... pelik tapi berkesan. MUH mulakan persembahan bagai ribut lalu dan momentum itu kekal hingga ke klimaks persembahan. Mereka juga  kekal true to themselves dan tidak cuba menjadi orang lain. Mereka sapu bersih persembahan Pop Rock, Estranged tiada harapan pun untuk menang. 

Sekali lagu underdog jadi pilihan juri untuk Juara Lagu. Macam ada pattern saja... 

Ehem-ehem: Faizal nak sangat enterframe masa ending performance MUH,  tapi bila Lan bagi mic, terus kantoi!



Farah Wahida - Persoalan Cinta
Mungkinkah lagu ini masuk Etnik Kreatif semata kerana Er-Hu? Sebab korusnya sangat pop! 
Bagus tu bagus kerana buat kali pertama ada pemecahan dominasi lagu-lagu berunsur kemelayuan dalam Etnik Kreatif, tapi seriously, anda rasa lepas ni ada kah artis bukan melayu yang mungkin dapat masuk? Dan banyak mana sangat artis melayu yang mahu berkonsepkan instrumen kaum lain untuk lagu2 mereka? 

Farah Wahida yang kelihatan sedikit tepung gomak berjaya lah menanyi tapi secara realitinya  nan hado peluang menang persembahan terbaik kerana siapa lah yang mahu mengundi dia? Kesian, masa dia mula menyanyi, tepukan macam mahu tak mahu sahaja. Tak apa lah dik oii, janji kipas uols meletop!

Ehem-ehem: Kak Ani mesti bangga,  uols! *Sapu air mata*



Elyana - Kalis Rindu
Hampeh betul, kami di rumah tak dengar baris pertama lagu sebab mikrofon perlahan sangat. Nasib baik masalah tu diperbetulkan.

Korang perasan tak, walau comel manapun Elyana, rasa tidak ummphh persembahan dia bila dia duduk dari awal sampai akhir, kan? Diva tu diva sebab boleh nyanyi sambil duduk tapi... Kenapa Elyana, kenapa biar performance yang comel berakhir dengan anti-klimaks? 

Ehem-ehem: teringat zaman selalu naik satu bas mini dengan Elyana yang bertudung gi skolah kat Shah Alam dulu. Tak pasal-pasal saya rasa tua!


Jac/Wada, Haqiem/Jamal, Hafiz/M.Nasir
Gila lah, budah Wada tu memang boleh menyanyi! Jac seperti biasa tidak mengecewakan. Cuma kombinasi rambut dan subang Jac sedikit ponggal, dan penari-penari di belakang sedikit menyemak.

Haqiem agak overdo, tapi mungkin inilah yang disukai emak-emak dan makcik-makcik, jadi all's well. Rasa macam tengok peserta Tom Tom Bak kan? Oh, Abang Jamal bermullet??
Apa, itu wig??! ! 
*pitam*

Hafiz rasanya si kecil yang paling hebat. Kawalan suara not bad walapun terkucil sedikit pada nota rendah. Siap joget mengepak ala M.Nasir... tak tahan betul! Dan oh abang Nasir pojaan hatiku, need I say more?

Kombinasi ketiga-tiga mereka untuk Isabella memang berhantu juga, ini memang persembahan penutup yang cukup baik!



Syabaslah TV3 kerana anda berjaya melangkau kejayaan tahun lepas. Iluminasi Muzik boleh dikatakan AJL terbaik dalam beberapa tahun ini. Tenaga kerja AJL patut berbangga kerana kejayaan sebegini sukar untuk diulangi. 

Tahniah juga untuk pemenang-pemenang. Faizal Tahir memang deserved the awards he won, Meet Uncle Hussein berjaya pecah stadium dengan lagu selamba tapi bertuah itu, dan Farah Wahida pula, well, okay lah kan...


Apa agaknya senario AJL 2010 pulak ek?
Kita tunggu aje lah!
 

15 comments:

katya said...

Faizal selalu buat aku teruja..bila di pentas. :)

azyze gomez said...

bila di school dulu?

hehehehhe

katya said...

xde nafsu lah. hahaha

Cik Puan Muda Stress said...

aku pun terbangang tengok elyana nyanyi duduk dari awal sampai akhir. bosan sangat. harap kotak je lawa. and rambut palsu on abang jamal? owh it was so obvious okay! sangat tak sesuaii.

Amer. said...

paling best malam itu ending performance. kan?

azyze gomez said...

Cik PMS:
kan....


Amer:
best, best!
saya paling suka, of courselah abang nasir kan, hehehe

My name starts with M said...

saya suka ini review

tp tak bole bla la - terimagine wiwi kejarmengejar dlm suite demmit!!! :P

mizzy N said...

Aku baru tengok AJL: Faizal - Sampai Syurga, dan Stacy dan Elyana sikit2.

First review aku tengok ada gambar Faizal bersut warna logam (emas? Perak?) tu so bila baca review lain yang ia sangat macam video klip agak tak sangka juga. Tapi memang betulla feel video klip, siap ada kipas angin. Tapi rambut keras la pulak.

Stacy pulak aku dah follow dari AF. Bila aku tengok persembahan dia baru aku follow AF sampai habis. Tapi show dia baru-baru ni dalam tv mana tah ala-ala britney biatch punye je. Dengan rambut rebondnya.

azyze gomez said...

Mas:
hahaha ko masih menaruh harapan ke mas? itu la, dulu masa selalu berjumpa ko taknak masuk jarum... kalau tak silap2 emgkaulah yang bersanding ala arab jawa itu hari hahahaha

Nadh:
aku rasa tu kejung pasal extra extensions tu.... memang fake hair akan limp dan tak tereffect dengan angin. tapi peh kipas pun miniature je ka...

stacy's show...masa sehati berdansa finale kot... ade la ala2 britney.

My name starts with M said...

eh a ah kan. dia buat arab jawa. keturunan aku tu! bedebah punye wiwi. haha

school of thoughts said...

ely punya review mcm membaca kotak fikiran aku yg duk umah tak jauh dari dia... hahah... apapun, aku puas hati tgk FAIZAL menang!!

Amer. said...

boo kat faizal!

walaupun performance bagus, ehek, saya tak suka attitude dia.

azyze tuh dok sokong aiman.

azyze gomez said...

aida:
alah, nama pun satu batch, satu umur, satu vouchers hehehe

amer:
ya, orang paling best dalam dunia pun mesti ade orang tak suka, apatah lagi faizal, hmm?

macam saya tak suka siti nurhaliza, kamu suka kan kan kan?? heheeh

p/s: tak baik tau orang, bila pulak i suka aiman...
i suka ular swa bertassle dia saja

*larikkkk*

mizzy N said...

aku kadang2 mengada2 gax ngaku sebatch dgn pejal padahal dia entah kenal tak dengan aku.

azyze gomez said...

eh, boleh la tu... sebatch zaman diploma. tapi dia kenal ko kenal ke tak tu aku takleh nak komen la hahahaha

aku pun bukan glamor sangat pun, ntah dia ingat aku lagi ke tidak hehehe *muka poyo*