Pages

Keroncong untuk lelaki hebat

Friday, January 30, 2009

Saya tak teringat pun bahawa hari ini genap setahun Allahyarham Loloq meninggal. Mujur rakan sebelah saya pantas menyuruh saya buka Utusan.

Sebak sedikit bila membaca tajuk artikel dalam ruang hiburan : "Rahmat Buatmu Loloq".

Saya terkedu. Sudah setahun?
Cukup cepat masa berlalu buat kita yang sibuk mengejar duniawi sampai tak sedar pun kehilangannya. Seperti baru semalam.

Saya menangguh untuk membaca artikel tersebut. Saya buka blog, lompat situ sini kerana rasanya tidak mampu untuk menghadapi tulisan tribute M.Nasir untuk sahabat jiwanya itu. Kebetulan pula, CD Prahara Seni Abadi sedang berkumandang di iTunes. 

Saat saya mula membaca, lagu Suatu Masa pun mula bermain, seperti ada kuasa lain yang meletak mood untuk pembacaan saya.




"SETAHUN sejak Loloq pergi, aku melepaskan keterbiasaan sedikit demi sedikit.

Keterbiasaan melalaikan aku pada sesuatu yang tidak biasa.

Kerana keterbiasaanlah hampir hari-hariku terasa Loloq akan hadir menyambung bicara jam 3 pagi, semalam di Warung Awe atau Yeop dekat pejabat Luncai Emas berbicara penemuan-penemuan pencetus idea atau sekadar bicara prestasi Manchester United yang kekadang mencemaskan.

Kemudian mengingatkannya tentang lirik yang seharusnya siap dua minggu lepas.

Pernah ketika umur kami menjangkau 40 tahun, kami berbicara tentang mati.

Lalu sentuh kematian P. Ramlee yang masih agak muda. Seniman mati muda ramai.

Khairul Anwar mati muda walau dia mahu hidup seribu tahun lagi. Kita mahu hidup seribu tahun lagi.

Namun, itu hanyalah penyataan puitis dan nyatanya ajal bergaul dengan fitrah.

Buat diriku, seniman terus hidup selagi karyanya hidup.

Loloq adalah seniman dan sahabat karibku. Lebih dari itu, dia adalah 'cerminku' yang kini hilang.

Aku tak pasti dia pemujaku, tapi aku hampir pasti dia pengkritik aku yang setia.

Zaman pencarian di Singapura dekat 30 tahun dahulu menemukan aku dengannya.

Gayanya yang menangkap, bercermin mata ala John Lennon dan gigi ala Tompel sukar dilupakan.

Dia telah lalui zaman gelap. Allah sahaja yang tahu sejauh mana dia telah merantau tapi dia menjelma seperti burung api yang gemerlap.

Aku akui waktu itu aku hanya pelajar. Namun, aku telah menghasilkan album Kembara dan dia cuba membongkar pemikiranku.

Dia penggemar Beatles dan Bob Dylan seperti aku.

Umur kami sama. Hidup kami ala hippies lalu reaksi kimia pun tercerna.

Loloq datang dan pergi dalam hidupku sehingga dia muncul semula di Sungai Buluh, sewaktu aku mula membina tapak Luncai Emas 15 tahun dahulu.

Itu pun dengan keresahan perantaunya sehingga bersama kawan-kawan lain menetap di rumah sewa di belakang pejabat lama Luncai Emas.

Bagaimana dia mula mengambil berat dalam penulisan adalah keanehan.

Aku sedar dia pembaca tetapi menulis?Namun, dia mula menulis dengan kumpulan percubaannya, Rastari waktu di Singapura.

Kapal Belayar dan Wak Jono adalah antara lirik pertama yang ditulisnya.

Walau kurang sempurna, ia menghidupkan satu aliran muzik indie dengan suaranya dapat didengar dalam beberapa trek album itu.

Loloq hilang agak lama lepas itu, sehingga dia muncul dengan lirik Insan & Manikam dalam albumku.

Sejak itu dia tidak melihat belakang lagi. Dalam masa-masa yang sama 'menikah' dan membuat 'duit' dari album seterusnya seperti Ella dan Search.

Kekadang dia menyatakan kerisauannya dengan kestabilan hidup.

Takut kalau perantauannya akan berakhir seperti orang biasa.

Loloq, kekadang Nurbisa, Abdullah Romani, kekadang Heikal dan Kristo Bimbo adalah ironi pada Rosli Khamis.

Dia adalah jegela yang bermainkan watak- watak, namun, mencari dirinya yang sebenar.

Loloq memasuki dunia seni hiburan ini dengan semangat menambah warnanya dengan cara tersendiri.

Walau bagai seorang penulis lirik suaranya lebih lantang dan dirasai daripada kebanyakan penyanyi dan pencipta lagu.

Dia adalah karakter yang sukar dilupakan. Siapa yang mengenalinya tidak akan lupa dengan gayanya, tawanya, pemakaian fesyen terkini dan ranggi serta anting-anting di telinga.

Tapi yang mendalami jiwanya, akan mengenal manusiawi bernama Loloq.

Rupanya perantauan Loloq tak habis lagi. Dia kini merantau ke satu daerah baka melepasi fana dan lagu-lagunya adalah gema karya rasanya di bumi ini.

123 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

(Petikan lirik lagu Apokalips oleh Loloq)

Rahmat Allah Untukmu Loloq,
Daripada aku,
M. Nasir"




*terdiam seketika*
Saya sapukan titis air mata yang keluar spontan.

Ruginya saya kerana tidak sekali pun pernah berada dalam radius sama dengan si penulis genius itu. Rugi, padahal kita hanya terpisah dengan six degrees of separation, atau mungkin lebih dekat sebenarnya, memandangkan Malaysia ini kecil sahaja. 

Mula mengenali beliau dari album M.Nasir, Rosli Khamis adalah antara orang yang mengajar saya tentang bahasa. Beliau macam guru pendidikan jarak jauh. Kamu tahu, dari liriknya sahaja, lima enam kali saya perlu buka kamus. Saya belajar makna edan, kirmizi, nyali, kirana semuanya dari sebuah lirik Loloq. Bayangkan membongkar 10, atau 50 lagu beliau...

Habit berkamus terbawa-bawa dalam membuat kerja rumah zaman sekolah dahulu - saya akan cuba gunakan perkataan yang kurang digunakan semata untuk memeningkan kepala cikgu. Mungkin juga sebab itu saya lebih selesa menulis untuk meluahkan ekspresi instead of bercerita (baca: whine) pada kawan-kawan. Mungkin sebab itu saya sekarang seorang penulis. 

Jadi, secara tidak dirancang, kosmik menentukan Rosli Khamis membentuk saya menjadi seorang penulis, walau nyatanya penulisan saya jauh busuk jika dibandingkan dengan karyanya walau di zaman awal kemunculan beliau di awal tahun 80an (saya baru diberanakkan pada masa itu). 

Saya tribut kan hari ini kepada seorang lelaki hebat yang mungkin sudah tidak nampak di nyata, tapi akan tetap terus bernafas melalui lagu-lagu beliau - Rosli Khamis.

Semoga Allah swt menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang dirahmati olehNya. 

Al-Fatihah.



Lara menyabur jiwa
Dambakan sentuhan
Jejari penawarmu
Yang mujarab
Oh! kasih
- Lara (M.Nasir / Loloq)

 

Baca artikel lengkap tersebut di sini

memoirs of a berx

Thursday, January 29, 2009

Zaidi dan Berx.. bagai kembar lambat 20 tahun?

Pah, hang bagitau kat kawan-kawan hang, aku kata:

"Mana ada... Zaidi Omar mana ada taik lalat kat idong ngan dagu tu. Hangpa ni...."


*larikkkkkkk*



Melangsaikan hutang tag yang dah berkepok.

Friday, January 23, 2009

Peh. selalu buat-buat tak tahu bila orang tag kamu adalah sesuatu yang berbahaya. 
Lama-lama bila dah banyak, akan muntahlah anda untuk membuatnya, dan akan muntah juga orang yang akan membacanya. 

Jadi sila sediakan bakul sampah, tisu serta asam.


Tag 1: Yang betul, yang mahu, yang tipu (di tag oleh Mex)
The rules: Bold the statements that are true to you. Italicize the statements that you WISH are true. Leave the Fibs alone. Then, stab 5 guys to do the same test.

I miss somebody right now. 
I don't watch TV these days. I own lots of magazines.
I wear glasses or contact lenses. 
I love to play video games.
I've tried marijuana.
I have been in a threesome.
I have been the psycho-ex in a past relationship.
I believe honesty is usually the best policy.
I curse sometimes. 
I have changed a lot mentally over the last year. 
I carry my knife/razor everywhere with me.
I'm totally smart.
I've broken someone's bones.
I'm paranoid sometimes.
I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.
I need money right now.
I love sushi.
I talk really,really fast.
I have long hair.
I have lost money in Las Vegas.
I have at least one sibling.
I have worn fake hair/fingernails/eyelashes in the past. 
I couldn't survive without Caller I.D.
I like the way I look. 
I am usually pessimistic.
I have a lot of mood swings.
I have a hidden talent. 
I'm always hyper no matter how much sugar i have
I have a lot of friends.  <--- because most of them are more like, kenalan dan bukan kawan, y'know?
I am currently single
I have pecked someone of the same sex. 
I enjoy talking on the phone.
I practically live in sweatpants or PJ pants.
I love to shop.   <--- but actually having the means to do it is a different thing altogether.   
I would rather shop then eat. 
 I don't hate anyone.  <--- hate is such a strong word. dislike, itu ada. 
I'm completely embarrassed to be seen with my mother. 
I have a cell phone. 
I believe in God.
I watch MTV on a daily basis.
I have passed out drunk in the past 6 months.
I've rejected someone before. 
I have no idea what I want to do for the rest of my life.  <--- more or less lah. 
I want to have children in the future.
I have changed a diaper before. 
I've called the cops on a friend before.
I'm not allergic to anything.
I have a lot to learn.
I have been with someone at least 10 years older or younger.
I am shy around the opposite sex.  <-- malangnya my awkwardness makes me ebok gile, in a bad way hahaha 
I have tried alcohol before. 
I have made a move on a friend's significant other or crush in the past. 
I own the "South Park" movie. I would die for my best friends. 
I think that Pizza Hut has the best pizza.  
I have used my sexuality to advance my career. 
I love Michael Jackson, scandals and all. 
Halloween is awesome because you get free candy. 
I watch Spongebob Squarepants and i like it
I have dated a close friends's ex.
I am happy at this moment
I'm obsessed with guys
I study for tests most of the time.
I tie my shoelaces differently from anyone I've ever met.
I can work on a car.
I love my job.
I am comfortable with who I am right now.
I have more than just my ears pierced.
I walk barefoot wherever i can.
I have jumped off a bridge.
I love sea turtles.  <-- because they're so random  :p
I spend ridiculous money on makeup.
I plan on achieving a major goal/dream.
I'm proficient in a musical instrument. 
I worked at McDonald's restaurant.
I hate office jobs. 
I love sci-fi movies.
I think water rules.
I went college out of state. 
I like sausage.
I love kisses
I fall for the worst people  <-- lebih kurang, lebih tepat 'I fall for the wrong people'
I adore bright colours
I can't live without black eyeliner.
I don't know why the hell i just did this stupid thing. 
I usually like covers better than originals. 
I can pick up things with my toes. 
I can't whistle.
I can move my tongue in waves, much like a snakes slither.
I have ridden/owned a horse.
I still have every journal I've ever written in.
I can't stick to a diet.
I talk in my sleep. 
I try to forget things by drowning them out with loads of distractions.
Climbing trees is a brilliant past-time.
I have jazz in my blood.
I wear a toe ring.
I have a tattoo.
I can't stand at LEAST one person that i work with.
I am a caffeine junkie.
I have been to over 15 conventions. 
I will collect anything, and the more nonsensical, the better.
I'm an artist. 
I only clean my room when necessary. 
I like a person of the same sex.
I love being happy.
I am an adrenaline junkie.




Tag 2: My life in pictures (di tag oleh Nadh)

“The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.”

(sila klik gambar untuk rupa yang lebih jelas)




1. I’m Azyze  (gambar Jalan Azyze pun jadi lah)
2. I really want to go to Scotland
3. My favourite place is my bedroom  (although my bedroom looks nothing like this)
4. My favourite thing(s) are books (yep plural tau)
5. My fourite colour would be black, green and blue
6. My favourite drink(s) are teh o suam & ais kosong
7. My favourite food is laksa!
8. I was born in Hospital Besar Kuala Lumpur
9. I live in Taman Melawati
10. My college or rather uni was UiTM (but the faculty in pic is not mine)
11. My wish is world peace (insyaallah)
12. My hobby is watching DVDs (currently lah)
13. My favourite story  stories are Life Is Beautiful, Moulin Rouge and Silence Of The Lamb

I'm tagging whoever that feels like doing this



Tag 3: Pasal saya (di tag oleh Amer)

Nama panjang?
Ely Azyze

Nama pendek?
Elle / Azyze

Umur?
tahun ini mencapai usia neolitik (a.k.a 26 going on 27)

Anak ke-?
Pertama

Daripada?
Empat adik-beradik

Phone apa kau pakai?
Sony Ericcson W850i

Jenama monitor/CPU/laptop?
Macintosh

Streamyx/Broadband?
Streamyx di pejabat, broadband di tempat lain. 

Stesen radio apa kau dengar?
Tak dengar radio sangat, tapi jika dengar pun kemungkinan besar Hotfm, Flyfm, Mixfm & Litefm

Genre muzik kau?
Swing, Jazz, soul, r&b dan sedikit pop

Kau merokok?
Tidak. 

Arak?
Tidak.

Flavour aiskrim?
Tidak suka aiskrim tetapi jika dipaksa - Chocolate Mint. Lebih suka Ice Lolly (aiskrim murah yang tak ada 'krim' tu). 

Makanan favourite?
Laksa! I'm a laksa connoisseur, terutamanya laksa utara. Jika anda bukan orang utara yang claim boleh memasak laksa utara dengan lazat, jangan sesekali minta saya puji kerana kebarangkalian untuk anda gagal mencapai expectations saya sangat tinggi. 

Minuman?
Teh o suam kurang manis & ais kosong.

Pandai masak?
Pandai lah juga. 

Siapa basuh baju?
Sendiri.

Siapa iron baju?
Sendiri juga.

Boxer/brief?
Dua-dua pun bukan. Tapi pakai boxer/ shorts tidur best lah. 

T-shirt/kemeja?
Selalunya t-shirt. 

Slack/jeans?
Jeans 100%. Hanya pakai slacks jika ada acara rasmi di pejabat.

Suka benda branded?
Suka tengok sahaja, tak suka beli. Tak mampu dan tak minat nak bazir duit sebegitu. 

Lelaki LV, Topman, Zara=Gay?
Tak semestinya. Sekarang ini banyak juga budak-budak emo konon underground yang pakai Topman, pakcik-pakcik kaya yang pakai LV dan Zara di KLCC cukup gemar dikunjungi young male executives yang can do.  

Flip flops/selipar jepun?
Selipar jepun semenggah jika ke tempat dekat-dekat seperti kedai mamak, sneakers untuk sebarang aktiviti lain. 

Jam tangan ada?
Ada! Hidup macam tak lengkap kalau tak pakai jam tangan. Aksesori penting bila bosan tunggu orang atau tak tahu apa nak buat. (Buat-buat ulang tengok jam macam kejar masa)

Pakai gelang?
Pakai. Tapi bukan setiap hari. Ikut mood. 

Spek?
Ya, sebab saya rabun. 

Boyfriend/Girlfriend?
Boyfriend lah. Orientasi seksual saya masih mengikut hukum syarak.

Pernah peluk?
Pernah je peluk famili, kawan-kawan...

Pernah cium?
Pernah. Ape korang tak pernah cium orang ke? Even mak bapak korang pun?

Pernah ahem?
Ahem? Hahahaha! Kalau ahem kamu ini macam ahem yang saya fikir, tak pernah.

Barang termahal untuk BF/GF?
Nak kena fikir dahulu...

Pernah celebrate birthday bersama?
Tidak. Agak jiwang lah soalan ini. 

Kau panggil dia apa?
Nama dia. Hahahahaha

Kau sosial?
Tidak. Saya lebih kepada hermit yang pura-pura sosial, boleh?

AJL - cukup tak pencahayaannya?

Tuesday, January 20, 2009


Korang tengok AJL tak?

Jika tahun lepas saya dapat menjejak kaki ke stadium untuk AJL, tahun ini kami di depan TV sahaja, maka tak ada lah cerita saya me'mamarazzi'kan artis. Dengar cerita ada kawan-kawan yang ke sana lagi, jadi nanti jika ada cerita sensasi yang layak di blog, saya paparkan kemudian, okay?

On with the performance review!



Opening
Pembukaan lain dari yang lain untuk sejarah Juara Lagu. Dah tak ada opening lagu ala-ala citrawarna dengan penari kepak kain RTM dah. KL Stompers dan Floor Fever memang gempak (anda patut lihat mereka secara live, pergghhhh!), cuma tarian mereka berbaur Stomp The Yard sangat lah. Saya cadangkan, kalau mahu tiru tarian, lepas ini cuba youtube Adam Chu Dance Crew a.k.a ACDC. Itu baru menari!



Sofaz - Bukan Di Sini
Wah, susahnya nak bayangkan bahawa satu masa dahulu Sofaz adalah kumpulan huruf 'S' yang macam kembar New Boys. Sekarang Amir sudah bersuara jantan! Secara vokal, lebih baik dari tahun lepas. Mungkin pengalaman menyanyi di AJL lalu membantu mereka untuk nampak lebih yakin dan bertenaga kali ini. 

Ehem-ehemPersembahan warm-up yang baik *larikkk*



Aizat - lagu Kita
Ala-ala ala, Aizat, chomelnya!!!
Intro cerita lagu oleh Ally, Cheryl dan Faizal sudah cukup buat kita nampak Aizat sebagai budak bawah umur dengan cinta anak anjingnya (boleh puppy love?). Lepas tu, Aizat pulak semakin shrinking - lagilah nampak macam budak sekolah. 

Agaknya dalam hati Aizat "Dulu korang mengata aku sangat, sekarang, kau hado jawline cenggini??!"

Vokal Aizat memang jauh lebih baik dari zaman AFnya. Liriknya agak bagus bagi anak muda yang baru berkecimpung, dan melodinya boleh buat kita terbuai lah. Pasti lagu ini jadi anthem cinta budak-budak tingkatan 1-2 lepas ini. Usaha yang bagus untuk first effort, tapi rasanya tidak cukup bagus untuk menang. 

(Nampaknya kebangkitan pelajar-pelajar AF yang multi-talented tapi tak menang seperti Aizat dan Amylea semakin ketara. Munginkah bakat mereka bakal menenggelamkan juara-juara menang lite-lite AF lain?)

Ehem-ehem:  Jaket dengan Shoulder Pads pada lelaki kurus keding... ambik feel Jaafar Onn tahun 80-an ye?



Aiman - Dusta Berkalang
*Suara perempuan mengerang dari belakang kain putih*

Pekejad??!

*Aiman keluar dengan baju dia*
Inilah  yang dikatakan bila baju overshadow bakat. Ingat adik-adik, kalau kamu masuk pertandingan nyanyian, kamu perlu pastikan bakat nyanyian kamu lebih menyerlah dari bakat projek rekonstruksi baju dari bahan lebihan hantaran kahwin kakak kamu.



Setiap kali saya cuba fokus pada penyampaian lagu dan suara Aiman, biji-biji emas yang tergantung dari kepala ular di bahu dia tu macam memanggil-manggil saya. Takut betul.

  
Bila gold tassle tu goyang, 
lagi la pukauan ular sawa gitu...


Downright tacky!
Suara Aiman dah okay rasanya, tapi, entahlah. Kalaulah dia pilih baju dan solekan yang lebih 'tenang'...

Ehem-ehem: Menarik ye, kenapa solekan muka penari iringan dia macam mekap monyet dalam Chinese Odyessey lakonan Chow Sing Chi tu? Hmm...



Faizal Tahir - Coba
Akhirnya, Faizal dapat juga pijak pentas AJL. 

Buka mulut sahaja sudah menggila orang menjerit, apatah lagi sepanjang lagu. Saya suka gaya Faizal yang arrogant yet passionate. Macam itu lah rock star, attitude itu perlu ada. 

Berpengalaman melihat Faizal menyanyi dari zaman belajar dahulu hingga kini, saya tahu persembahan Fiazal untuk Coba bukan 100%. Bila sampai ke korus dan bridge, suara dia jelas di repress. Dah nak sampai ke penghujung, muka Faizal pun nampak macam menahan constipation. Simpan suara untuk Sampai Syurga, itu sudah pasti, tapi saya rasa sukar untuk Faizal menahan-nahan suara macam itu sebab dia seorang yang menyanyi sepenuh hati. 

Walau bagaimanapun, Faizal menguasai pentas dengan mudah, he captivated the audience sampai ke penghunjung.  Hebat!

Ehem-ehem: Teran sampai putih rambut ye.. Ish ish ish...



Estranged - Yang Pernah
Vokal Rich juga lebih baik dari tahun lepas. Dari TV, tak ada pula semput atau sengau, cuma ada kalanya kurang jelas sebutannya. Band bermain dengan baik, kombinasi lighting dan skrin complimented the performance

Orang kata practice makes perfect dan Estranged sudah hampir ke situ. Cuma susah untuk Estranged menang kerana mereka bukan lagi underdog

Ehem-ehem: Gimik kain silhouette yang beriya orang kata best tu, peh, tu gimik launching product yang paling kerap digunakan tu. Nyata-nyata korang tak pernah tengok launching kan? 


Ayu - Di Mercu
Itu Ayu ke??

Wah, cantiknya, Ayu berubah menjadi hybrid Oprah Winfrey + Whitney Houston + Dayang Nurfaizah! Sungguh what's up my nigga sistah! Tahniah besar buat jurusolek Ayu.

Agaknya penampilan Ayu sedikit sebanyak membantu keyakinan si cilik ini untuk menyanyi. Penyampaian lagu yang baik dan Ayu tidak swallow her words. Jelas, tona dan pitch tepat. Persembahan pun cukup ringkas dan tidak terlalu mencuba. Walaupun Ayu tidak dilihat sebagai contender utama pertandingan ini, dia berpotensi besar. Look out, jika album dan imej ayu kekal dalam nadi yang sama, dia mungkin kembali ke AJL tahun depan. 

Ehem-ehem: SMS kawan saya "Wah, itam-itam kat depan gown tu alunan bulu pubis kah?" Celaka ko hahahahahaah!



Heliza & Zahid - Doa Dalam Lagu
Mawi, Mawi, Mawi... jika kamu ada, selamat lagu ini. Malangnya kamu mungkin sedang main kejar-kejar keliling suite dengan Ekin saat lagu ini cuba diselamatkan oleh Zahid (with little success).

Zahid dan Heliza dua-dua boleh menyanyi, tapi kombinasi mereka kurang ngam lah. Mungkin kerana suara Zahid lebih tinggi berbanding Mawi - bila bersama Heliza ia tampil celaru. Sayang, the combination did not do justice to both singers

Kelang-kabut mereka membenarkan saya pergi ambil kuaci, refill air kopi, tulis-tulis nota review lagu lepas.  Sorry Zahid & Heliza. 

Ehem-ehem: Kesian Heliza, dah lah Mawi tak ada, pengacara balik-balik cakap pasal Zahid dan kekasihnya. Gamaknya nak kena menyerlah, ambik ko bibir merah berkilat tahap Kak Nita circa 80an! 



Faizal Tahir - Sampai Syurga



Pembukaan yang sangat menarik! Saya sebenarnya pernah melihat satu klip video penyanyi barat yang lebih kurang begitu (dari bilik bersiap hinggalah ke pentas, dia menyanyi dengan muka stone sambil orang siapkan), tapi Faizal berjaya mengadaptasi konsep tersebut ke pentas dan ia nyata berhasil. 

Memang betul, lagu ini jadi taruhan utama Faizal - lihat sahaja dia menyanyi dengan 200%. Kami di rumah terdiam melihat persembahan beliau. Kalau Juara Lagu pertandingan persembahan lagu, maka Faizal dah pasti jadi Juara. Paling beremosi dan paling tepat ke hati. 

Ehem-ehem: Overacting betul akak hairdresser tu, dengan rambut-rambut betul dia cantas.



Spider - Bila Nak Saksi
Anugerah 'persembahan mengenang nostalgia HMI RTM' milik Spider tahun ini.  Bosannya, mereka pun nampak macam budak kecik kena paksa naik pentas. Diorang pun bajet dah kemasukan mereka seolah cukupkan korum aja agaknya. Tenggelam lah. 

Ehem-ehem: Sms kawan saya "Bila Nak Berhenti?"



Stacy - Aku Stacy


Surprisingly Stacy jauh lebih bagus dari yang dijangka! Stamina Stacy memang ajaib, dah berjoget bagai nak gila pun masih boleh menyanyi dengan baik. Tak semput langsung! Persembahan yang mantap, koroegrafi yang cantik... saya rasa seolah menonton peserta di pertandingan luar negara pula. Ini baru dinamakan bertanding! Bravo Stacy!

Ehem-ehem:  Terbukti kan kenapa Stacy yang masuk AJL, bukan Nubhan... opps!


Ziana Zain - dingin
Cantiknya Kak Ziana!

Satu-satunya penyanyi 'veteran' malam itu dan wow, Ziana berjaya buktikan mengapa dia terpilih ke AJL. Menonton Kak Ziana bagai mengimbau zaman kegemilangan penyanyi berkening ala The Rock ini... masih gemersik seperti dahulu. Saya bangga kerana di masih boleh memberi saingan sengit walaupun penonton nyata menunjukkkan minat yang lebih mendalam pada genre & trend yang lebih youthful

Sekadar berdiri di tengah pentas sudah cukup untuk memukau penonton, pentas itu dia yang punya. Saya rasa Ziana layak menang vokal terbaik.

Ehem-ehem: Nasib baik Kak Ziana tak terpeleot... kalau tidak, cupcakes tumbling down lah jawabnya! Dan abang Azwan Ali amboi amboi amboi....over tau!



Meet Uncle Hussein - Laguku Untukmu
Pembukaan dengan orkestra dan koir.... pelik tapi berkesan. MUH mulakan persembahan bagai ribut lalu dan momentum itu kekal hingga ke klimaks persembahan. Mereka juga  kekal true to themselves dan tidak cuba menjadi orang lain. Mereka sapu bersih persembahan Pop Rock, Estranged tiada harapan pun untuk menang. 

Sekali lagu underdog jadi pilihan juri untuk Juara Lagu. Macam ada pattern saja... 

Ehem-ehem: Faizal nak sangat enterframe masa ending performance MUH,  tapi bila Lan bagi mic, terus kantoi!



Farah Wahida - Persoalan Cinta
Mungkinkah lagu ini masuk Etnik Kreatif semata kerana Er-Hu? Sebab korusnya sangat pop! 
Bagus tu bagus kerana buat kali pertama ada pemecahan dominasi lagu-lagu berunsur kemelayuan dalam Etnik Kreatif, tapi seriously, anda rasa lepas ni ada kah artis bukan melayu yang mungkin dapat masuk? Dan banyak mana sangat artis melayu yang mahu berkonsepkan instrumen kaum lain untuk lagu2 mereka? 

Farah Wahida yang kelihatan sedikit tepung gomak berjaya lah menanyi tapi secara realitinya  nan hado peluang menang persembahan terbaik kerana siapa lah yang mahu mengundi dia? Kesian, masa dia mula menyanyi, tepukan macam mahu tak mahu sahaja. Tak apa lah dik oii, janji kipas uols meletop!

Ehem-ehem: Kak Ani mesti bangga,  uols! *Sapu air mata*



Elyana - Kalis Rindu
Hampeh betul, kami di rumah tak dengar baris pertama lagu sebab mikrofon perlahan sangat. Nasib baik masalah tu diperbetulkan.

Korang perasan tak, walau comel manapun Elyana, rasa tidak ummphh persembahan dia bila dia duduk dari awal sampai akhir, kan? Diva tu diva sebab boleh nyanyi sambil duduk tapi... Kenapa Elyana, kenapa biar performance yang comel berakhir dengan anti-klimaks? 

Ehem-ehem: teringat zaman selalu naik satu bas mini dengan Elyana yang bertudung gi skolah kat Shah Alam dulu. Tak pasal-pasal saya rasa tua!


Jac/Wada, Haqiem/Jamal, Hafiz/M.Nasir
Gila lah, budah Wada tu memang boleh menyanyi! Jac seperti biasa tidak mengecewakan. Cuma kombinasi rambut dan subang Jac sedikit ponggal, dan penari-penari di belakang sedikit menyemak.

Haqiem agak overdo, tapi mungkin inilah yang disukai emak-emak dan makcik-makcik, jadi all's well. Rasa macam tengok peserta Tom Tom Bak kan? Oh, Abang Jamal bermullet??
Apa, itu wig??! ! 
*pitam*

Hafiz rasanya si kecil yang paling hebat. Kawalan suara not bad walapun terkucil sedikit pada nota rendah. Siap joget mengepak ala M.Nasir... tak tahan betul! Dan oh abang Nasir pojaan hatiku, need I say more?

Kombinasi ketiga-tiga mereka untuk Isabella memang berhantu juga, ini memang persembahan penutup yang cukup baik!



Syabaslah TV3 kerana anda berjaya melangkau kejayaan tahun lepas. Iluminasi Muzik boleh dikatakan AJL terbaik dalam beberapa tahun ini. Tenaga kerja AJL patut berbangga kerana kejayaan sebegini sukar untuk diulangi. 

Tahniah juga untuk pemenang-pemenang. Faizal Tahir memang deserved the awards he won, Meet Uncle Hussein berjaya pecah stadium dengan lagu selamba tapi bertuah itu, dan Farah Wahida pula, well, okay lah kan...


Apa agaknya senario AJL 2010 pulak ek?
Kita tunggu aje lah!
 

kuaci gurih indah ke?

Monday, January 19, 2009

Cantiklah pompuan gila ni. 
Sakit pulak hati aku tengok...


Jangan risau,
I janji akan hadiahkan posting panjang indah sebaik sahaja I selesai menyiapkan manuskrip Kempen 6 I, okay sayang? 

Sabar ye darling, I tengah gigih ni...

crap semuanya, crap!

Thursday, January 15, 2009

Saya mahu berterima kasih kepada kamu semua.

Terima kasih kerana menghapuskan benda alah di bawah ini dari muka dunia, atau setidaknya melumpuhkan penjualannya di seluruh dunia. 


Kerana anda, kawan yang ke luar negara atau cuti-cuti Malaysia balik dengan key chain yang walaupun lame dan tak punya fungsi (how many keychains yang kita perlu dalam hidup?),ia  tidaklah se cheap-ass bangang macam versi plastik zaman awal 90-an ini. 

Terima kasih. 
Sila berikan tepukan pada diri sendiri!

meh saya bagitau satu rahsia...

oh oh, 
sebenarnya posting sebegini sangatlah tidak baik untuk blog anda. Peh, saya boleh bayangkan apa pelawat pertama kali kata bila buka blog ini dan baca posting seperti ini...

"Buang masa klik aku je" dan mereka terus blah. 

Tapi tak pedulilah kan, yang PMS saya, yang meroyan saya dan ini blog saya. Muahah haha haha!

Yang pentingnya:


Saya rasa Kal Penn sangat hot!




Peerghhh!

Terima kasih, dan terus bermimpi kawanku...

Wednesday, January 14, 2009

Hari Isnin saya telah menerima satu kejutan yang cukup manis. Bila sudah berkelapangan, akan saya ceritakan di sini. Buat pemberi hadiah, you made my day


Kamu tahu, 
god takes his own time, dan dia akan sampaikan hajat kamu dengan pelbagai cara. Adakalanya pada masa yang paling tak terduga. Adakalanya dari seseorang yang kamu tidak sangka, dan adakalanya ia merubah kamu menjadi seseorang yang kamu tidak jangka. 

Biar seteruk mana pun kamu, biar apa pun situasi kamu, jangan putus harapan.
Adakalanya kedewasaan membuatkan kita lupa pada the childhood innocence yang tertanam dalam hati. 

Bila kamu sudah jatuh ke dalam longkang jahanam, 
kamu fikirlah yang indah,
kamu cubalah yang terbaik, 
dan lihat ke langit lalu berdoa lah pada Dia.

Insyaalah, Dia mendengar pintaan kamu.


If your heart is in your dreams
No requests is too extreme 
When you wish upon a star
Your dreams come true

p/s: terima kasih juga pada Walt Disney. Tak ada dia, maka tak bermimpi lah saya masa kecil dahulu. 

Ruc Bourbon

Tuesday, January 13, 2009


Oh, how wonderful would it be if I could walk along Bourbon Street in New Orleans, the birthplace of jazz.

Imagine walking into a bar, seating down with a long, cool tea and be dazzled as great jazz minds like Louis Armstrong, John Coltrane, Peggy Lee, Ella Fitzgerald dan Chet Baker work their magic, encapsulating you in a warm, dreamy state of bliss. 

Pretty wishful thinking.

They've all pass over to the afterlife, but at a click of a button, their soul and passion resonates to the very core of me. 

If I could have just a speck of talent that they were bestowed with...
If these fingers could caress the piano like fish takes to water...
If life was as dreamy as the tunes of yesteryears...
If...

Saya perlu jejakkan kaki ke New Orleans satu hari nanti...


Jeffrey Dean Morgan

Monday, January 12, 2009

Kamu tahu tidak, perasaan menahan perasaan?
Kamu simpan, simpan simpan lepas itu satu insiden kecil yang tidak signifikan langsung tiba-tiba menyebabkan banjir emosi yang dasyat?

Saya pun kadang-kadang begitu.
Simpan, sorok -  tapi hah kau, kalau ada benda yang bingo! hit the right spot, sekecil manapun ia, memang berhamburlah segala isi perut.

*bayangkan efek batu kecil terkena cermin kereta dan cermin retak seribu.*


Batu kecil yang lethal itu telah datang dalam bentuk filem P.S I Love You malam semalam.




Cis.
Memanglah adik saya sudah warning awal-awal untuk sediakan tisu dan tiger balm untuk membantu pernafasan. Saya siap buat air, tutup lampu dan tenangkan minda untuk mendapat impak mega soppy love story yang digembar-gemburkan oleh semua orang. Ditambah pulak dengan efek kucing peliharaan yang dok meleseh-leseh sambil buat mata terkedip-kedip bila sampai bahagian sedih yang memerlukan saya untuk turut menangis bersama Hillary Swank muncul. 


Baca surat je, nangis. Teringat kat Gerry je, nangis.
 Terpaksa saya nangis sekali!


Tapi apekejadah tengok cerita sedih tapi masih menangis walaupun ending credits dah selesai?

Ni menangis dasyat ni, tahap badan bergoyang. Saya sendiri terfikir, kenapa aku tak boleh berhenti menangis ni? Cerita tu tak lah sedih tahap maut... aish, is this a virus of some sort?

Saya dapati air mata saya masih tak mahu berhenti keluar, dan badan seolah mencari kehangatan pelukan comforting dari seseorang (okay, saya terpaksa settled for pelukan comforter sahaja lah) serta kata-kata assuring untuk melega limpahan emosi yang entah datang dari mana.

Adalah dalam lima enam minit menangis menekup muka dengan bantal, baru saya sedar yang hati saya sebenarnya sudah berat dan kecewa dari awal minggu - kerana keadaan Palestin. Saya sudah sakit hati dan memang betul-betul risaukan keadaan saudara kita di Palestin. Setiap hari tengok di TV, dengar di radio, baca di internet... makin lama makin menggunung ketidakselesaan saya. Marah melihat kekejaman yang semakin hari semakin teruk, dan kecewa teramat sangat kerana saya hanya mampu melihat mereka mati tanpa mampu berbuat apa-apa secara langsung untuk membantu mereka. 

Kamu tahu perasaan pecah hati? Lebih kurang begitulah. 

Agaknya, dinding yang saya bina menyekang rasa jiwa akhirnya tak mampu menampung beban. Terus melimpah-ruah. Kocak air masa tsunami. 


Ya, ya, reaksi sejagat umumnya adalah untuk berasa marah tahap langit dan perasaan ini mendorong kita untuk melakukan (atau setidaknya pun, berfikir untuk melakukan) perkara-perkara ganas seperti bakar bendera, ludah Amerika, pijak barangan keluaran Yahudi, mencarut sampai pagi mahupun pecahkan cermin kereta (sendiri punya tak apa).

Bagi rakyat kebanyakan, mungkin sekadar sama-sama maki Yahudi bila kita jumpa-jumpa minum kopi. (Ada yang kaw-kaw maki Yahudi ketika minum di Starbucks. Peh, berapa punya oxymoron lah situasi itu.) Tak kurang juga yang mendiam diri dan cuba mengawal fikiran.


Selalunya reaksi saya taklah sampai nangis lama-lama cenggini.
Tapi, kalau kamu pun tengah PMS, mungkin kamu faham. 

Dah nama pun perempuan kan, nangis je lah!
Cheh!




p.s: p.s I Love You memang cerita jiwa perempuan sangat! Suka lah! :)
p.s.s: abang gerald butler hot, tapi abang harry connick jr ngan abang Jeffrey Dean Morgan lagi hot lah!



pasal makan... bukan 'bakan'

Friday, January 09, 2009

Ye, ye, saya tahu.
Lembabnya nak update.
Topik sebenar agak panjang lah.... tak ada masa untuk berdedikasi secara sepenuhnya.

Jadi kita posting ala-ala Jalan Jalan cari makan aje la ye.

Bulan lepas, saya, Mar dan Tasha sempat ke La Manila di Mid Valley. Makanannya, okay lah. Tak sehebat Secret Recipe, tapi taklah selahabau Splendid. 





Kalau kamu feeling-feeling makanan ala Secert Recipe tapi duit hanya ada RM10, pergi makan di La Manila. Mereka ada menu set yang agak memberangsangkan!





Makanan restoran mahal memang best, tapi tekak melayu tu melayu juga lah. 
Pekena nasi campur cenggini (ini di Foodcourt Giant Taman Permata), pergghhhh....




Makanan Jepun tak semestinya mahal. 
Tu, ayam teriyaki dari Isetan KLCC (RM4.50 untuk peha besar tu!) memang champion! 
Lebih sedap dari teriyaki tempat lain. Sebelahnya, Salmon Teriyaki dari Sushi King. 





Ruji di kanan tu adalah Tom Yam dan ayam goreng kunyit dari 
Melati Curry House, Taman Melawati. Tiap kali ke sana, ini la yang dipesan 
selain kailan ikan masin. Makan ramai-ramai best sebab portionnya banyak! 
Yang kiri tu, ruji sebab Hari Raya di negeri-negeri utara 
mesti ada ketupat daun palas. Wajibul ghunnah lah. 




Dan yang ini... er... kuih 'unik' Filipina.
Yang panjang-panjang itu pisang, dibalut dengan kulit pohpiah dan digorengkan. 
Yang bulat-bulat itu, ubi manis digoreng dan kemudian disalut dengan gula.
Tapi saya tidak makan kerana, er... kerana.... rupanya... anda boleh agak kot kenapa!


Teaser: kisah cinta budak Sitiawan

Monday, January 05, 2009




p/s: zabienne, tangan amatur boleh join tangan pro tak?  :)

Get well soon, Pah

Saya mahu!!!


Kamu tahu, 
tahun baru ini semacam ada konspirasi untuk mematahkan semangat juang kita. 

Semua orang nampaknya sakit.
Ada juga dirundung kegelisahan dan kesedihan.
Tak kurang juga perkara-perkara bingung yang berlarutan.

Contohnya:
1. Tak ada stesen TV yang siarkan countdown yang indah pun. Poyo betul.
2. Saya boleh terlepas countdown. Alih-alih sudah 12.03 pagi.
3. Jumlah duit dalam bank tidak pun melonjak naik walaupun saya sudah main harap-harap dapat dari tahun lepas. Makin susut ade la.
4. Semua orang sakit. Cik PMS, kucing saya, baby sebelah rumah, saya sendiri, dan paling sedih, Roxychicks sekeluarga.

Tapi saya optimistik. Wehh... saya optimis tegar nih! 
Ade je ape bende best yang terjadi untuk compensate ketidakbest-an awal 2009:

1. Saya sudah jumpa Zairul Azwan Zainal di dunia siber! (semakin jiwanglah walking down memory lane kita, kan? hahahah)
2. Di saat saya menulis ini, adik saya, Eze sedang dalam perjalanan ke Melaka. Dia dipanggil untuk temuduga yang nampaknya macam dapat sahaja. Oh, jawatannya, tak silap saya lecturer di sebuah kolej bertaraf antarabangsa. Alhamdulillah...
3. Err... saya masih hidup.

Jadi itulah, 
saya cuba jadi optimis ni.
Jangan padam bara yang cukup payah saya nyalakan ini.


Merujuk tajuk posting hari ini, 
marilah kita sama-sama berdoa agar Roxychicks selamat menjalani pembedahan minor nya dan kembali pulih seperti sediakala. Sakit apa, well, ia agak personal jadi kita tunggu sahaja update dari empunya badan, okay?

Pah, 
sambil lu layan angan atas katil spital tu, gua hulurkan kat lu lagu nih. Selamat layan, and come back cepat pasal gua dah tak mampu dengan 'bebelan' Encik Posing Macho You-Know-Who tanpa badan lu sebagai penebat bunyi dia. 

Okeh bebeh?
Layannn.... (berserta efek hippies layan bong)


Untuk kamu yang bakal tiba

Friday, January 02, 2009


Kamu tahu, 
hari yang perfect

adalah apabila kita akhirinya
dengan duduk memandang langit
tanpa sepatah bicara
ditemani sayup lagu Because of You nyanyian Tony Benett dan K.D Lang


Selamat tahun baru

"Masyaallah, aku cakap 'Autobots', bukan Opocot..."
Jika Transformers di alih-bahasa ke BM.




Halu kawan-kawan.
Maaflah tidak tinggalkan ucapan tahun baru pada kamu semua. 
Mahupun SMS, MMS, kartu ucapan dan sebagainya. 
Kehadiran 2009 macam serang hendap yang dah dibajet jadi. Saya macam John McCain lah dalam hal ini, dah tahu Obama akan menang pun tetappppp muka maintain no hal. Heheh.


Disebabkan saya tak sempat mengeposting-posting refleksi 2008 sebelum tahun baru, biar saya terus terang sahaja nyatakan yang anda mungkin takkan dapat pun tengok refleksi itu pasal saya sememangnya malas mahu pandang ke belakang.
Rumusan 2008: Tahun berlalu dengan pantas sekali dan terlalu banyak kejadian yang berlaku. Seharusnya tahun yang cukup interesting untuk direflect, tapi ah, saya memang PEMALAS. 

Buat anda yang memulakan hari-hari 2009 dengan kesedihan (kena tangkap di parti seks ambang 2009, mungkin), jom relaks jom. 2009 will be allllllll....right.

Mari kita ceria-ceria dan buat tag lah! 


Tag pertama: Semua soalan ada 7 jawapan. Boleh?

7 Fakta tentang aku:
- Dulu hidup makan suka-suki, sekarang selamat tinggal makanan laut yang girang.
- Kawan baik saya yang dah survive segala  putus cinta, sakit hati, jiwa gumbira saya: Asthma Inhaler. 
- Selalu dianggap bercanggah dan mengkonfiuskan sebab putaran iTunes dan radio di rumah boleh jump dari Kanye West (contohnya) tetiba ke Frank Sinatra dan kemudian ke Guns n Roses. 
- Orang paling mudah untuk diberi hadiah sebab kamu beri apa sahaja pun saya rasa best. Walaupun sebiji limau. (Thanks Roxychicks!)
- Boleh jadi gila jika tidak ada muzik dan buku.
- Melihat 2009 bakal berlalu dengan pantas juga, tapi harap ada buah-buah hasil yang ajaib!
- I think I am ready for a change.... dan cinta maybe hahahahaha

7 perkara menakutkan aku di dunia:
- Tellytubbies berdarah-darah yang main lambai-lambai di luar tingkap bilik saya
- Dibunuh dengan cara kejam seperti mana-mana kejadian true crimes yang saya baca dan tonton.
- Jika tiba-tiba ada orang amuk di pejabat dan tembak semua orang. Betul, saya siap dah fikir pelan menyorok saya. Saya psycho that way
- Jadi pekak atau buta. Macamana nak dengar muzik atau baca buku?? Melihat orang tersayang? Itulah, bila kurniaan tuhan ditarik balik, boleh gila woh. Saya salut mereka yang dilahirkan sebegitu, mereka mampu hidup adakalanya lebih baik dari orang yang berpancaindera lengkap.
- Bila orang beriya-iya nak korek rahsia saya yang sebenarnya tak ada rahsia ini. Saya bukan selebriti lah!
- Jika satu hari nanti di'kurnia'kan keupayaan melihat benda-benda ghaib. Takpe lah, terima kasih, no thank you vannekem
- Jika manusia dipaksa menelan cerita politik setiap saat dan ketika macam minum air atau makan nasi.

7 lagu buat masa sekarang:
- Best For Last  - Adele
- Single Ladies - Beyonce
- Private Party - India.Arie
- Teach Me Tonight - Amy Winehouse
- With A Little Help Form My Friends - The Beatles
- Say You Will - Kanye West
- So What - Pink

7 perkara selalu disebut:
- Hahahahahaha
- Motifff??!
- Uols!
- Ntah la
- Aku/saya ok je...
- Wokeh bebeh!
- I donnowwww

7 perkara yg amat bernilai:
- Keluarga
- Kawan-kawan
- Muzik (koleksi CD, Kaset, MP3 dan muzik secara umum lah) .
- Buku.
- Keupayaan melunaskan sifat 'suka hati aku lah aku suka so what' bila perlu tanpa berfikir jauh.
- Keupayaan membuat orang ketawa. (Saya rasa saya tidak cukup kelakar nak digelar pelawak.)
- Udara 

7 pertama kali dalam hidup aku:
- Pertama kali bernafas di luar perut mak saya: 20 Mei 1982
- Pertama kali naik kapal terbang: mungkin sekitar 1981 (dalam perut mak)
- Pertama kali makan wasabi sampai teredak keluar air mata: September 1998 
- Pertama kali 'menang' cabutan bertuah : Januari 2006
- Pertama kali jatuh cinta berbalas: mungkin 1997. Ya, mungkin hahhaahaha
- Pertama kali disalah anggap yang aku mencintai seseorang (padahal kawan sajor): 1997. (Hahahah tahun pelik dalam hidup)
- Pertama kali ada stalker dalam hidup: 2003.


7 orang bertuah sambung tag ini:
Andalah orang bertuah itu! (sila sebut sebanyak 7 kali)



Tag 2: Masa depan dan er, politik?

1.How do you see Malaysia in 20 years time bebeh?
Lagi dua puluh tahun, Malaysia insyaallah akan lebih maju dan berekonomi kukuh. Insyaallah, Amin. Tapi malangnya kadar jenayah juga naik seiringan dengan kemajuan. Harap-harap kita tidak berubah, gara-gara terlalu pandai, kita akhirnya jadi lebih brutal dan barbarik dari bertamadun. nau'dzubillah, minta dijauhkan mala petaka. Ozon semakin menipis tapi kita still buat dek je dan make-up artists tetp guna spray rambut beraerosol.  

2. Where are you in 20 years time, bebeh? I mean, di Malaysia lah.
Harap-harapnya sedang memasak untuk makan tengahari di hujung minggu. Bersama keluarga, dari dapur saya boleh dengar famili gelak ketawa atau jerit-jerit tengok cerita hantu di TV (atau adakah TV sudah obsolete?). Lepas masak, hidang makanan, makan sambil gelak-gelak kongsi cerita dengan famili. Kemas meja sambil dibantu semua orang, lepas itu buat kopi, hidang dan bergerak ke perpustakaan mini cum bilik muzik cum pejabat di rumah dan indulge... lepas tu sterika baju untuk ke pejabat esok (dengan jawatan ebok ajaib pasal kalau dah 46 tahun dok jadi copywriter cabuk lagi apekejadah?). 

Hah, dasyat sangat berangan itu. 


3. Kalaulah KJ masih ada di Malaysia, where do you want him to be in 20 years time, bebeh?
KJ tak KJ, dunia politik Malaysia tetap sama. Bergelora, pembangkang dan kerajaan masih bertekak macam nak rak dalam Parlimen tapi lepas sesi selesai, pergi minum kopi dan makan roti canai sambil bertukar gosip siapa ada affair dengan siapa dan resipi nasi kukus macam zaman mak buat dulu. 

Kita masyarakat umum ni yang over taksub dan berapi-api lebih, sampai sanggup letak anak jadi perisai bila buat protes umum, sanggup rusuh-rusuh menegakkan ahli politik kegemaran walhal anak bini di rumah bergantung punca pada kita. Politicians relaks je, korang mati katak pun, gaji dia jalan kan? Keluarga korang pecah-belah pun, dia masih boleh cuti-cuti luar negara kan? Negara tunggang langgang terbakar pun, dia masih mampu ada rumah di AS dan jadi hero di mata dunia Barat kan? 

Yang rugi tetaplah orang marhaen. Tetap. Kalau kita tak berubah lah. 

Tapi kalau saya boleh wish, saya wish lah yang terbaik untuk KJ, mahupun semua ahli politik biar bersifat Japanese Enchapalitis atau tidak. Sama-sama sembahyang satu masjid, satu kiblat dan satu niat ikhlas, ya?