Pages

saya tak ada itu, macam kamu punya

Monday, December 22, 2008

errgh... jeles tau.

Saya rasa lah kan, saya tak ada pun gambar-gambar zaman sekolah versi posing poyo tapi rasa best. Macam yang Cik PMS bubuh dalam blog dia.

Saya tak ada gambar di mana saya bersesi gedik-gedik dengan feather boa, sleepover sambil main pukul-pukul bantal dengan kengkawan perempuan, camwhoring dasyat walaupun zaman tu mana ada terma camwhoring, pergi mall jalan-jalan dengan kawan, ponteng sekolah panjat pagar mahupun serong pergi makan sarapan di medan selera berdekatan sekolah lalu masuk lambat tapi buat muka kering je.

Saya juga tidak ada memori re-union dengan kawan-kawan sekolah. Tak ada sesi makan-makan selepas berjauhan, mengenang kembali keindahan atau kehampehan zaman berbaju putih berkain biru berseluar hijau. Tak ada sesi mengutuk Puan Yeah (bukan nama sebenar) yang kadang-kadang gagap atau cikgu KMT yang macam penguin atau punggung En. Nahi (bukan nama sebenar) yang sangat, er, padat pasal seluar terlalu ketat dan guru besar lari kengkang kejar budak-budak India yang ponteng kelas dan sebagainya.
(Mas, kau ingat?)

Saya tak punya memori sebegitu, apatah gambar.
(Mungkin terlalu weird, freak dan yang sama waktu dengannya. Bukan mungkin, memang iya pun. Saya tak punya ramai kawan ketika bersekolah.)

Paling kaw pun cuma sekali sekala ponteng kelas tusyen Bahasa Malaysia dan pergi makan aiskerim di Book Cafe atau minum air Coke di KFC berdekatan pusat tusyen. Itupun serong sebab cikgu tusyen tu sumpah Fitri (kawan sekelas saya) gagal subjek Bahasa Malaysia masa PMR. Untuk pengetahuan anda, Fitri lulus dengan cemerlang untuk PMR & SPM dan sekarang jadi peramugara yang gajinya saya yakin jauh lebih tinggi dari saya.

Ada lah sekali-dua kami bergambar, tapi disebabkan saya jurukamera nya maka gambar saya bersama kumpulan harammmmmmm tak ada. Masa tu saya ghairah mengetip gambar, dan semuanya mahu candid. High dengan bunyi yang keluar dari kamera tu agaknya.

Krek krek, bunyi bila saya tolak butang leper untuk forward filem. Nombor di tepi punat kamera pun berubah turun satu angka.

Mereka jalan, saya ketip. (Krek Krek. 34.)
Mereka gelak, saya ketip. (krek krek. 33.)
Mereka lintas jalan, saya ketip. (krek krek. 32.)
Sekali-sekala nampak serangga yang comel atau bunga yang cantik, saya ketip. (krek krek. 31. 30.)

Saaaampaiii lah angka berubah dari 1 jadi 0 dan filem akan rewind sendiri (grek grek grek sambil efek swish swish)


Lepas cuci filem, hampeh. Semuanya gambar orang.
Gambar Rajes ternganga sambil pottu di dahi hampir tertanggal.
Gambar Mar terbeliak sambil bongkok membuat latihtubi bermejakan lantai bilik Rajes.
Gambar Fitri dan Yaacob kontrol macho di tepi jambatan selepas balik tusyen.
Gambar Yani & Ina posing ayu dengan baju kotak-kotak warna biru berlengan panjang (yang gila cool dulu tapi sekarang mungkin akan di chop nerd).

Tapi gambar saya tak ada.

Satu-satunya gambar yang wujud zaman sekolah secara berkumpulan (selain gambar darjah untuk majalah sekolah) adalah gambar harijadi saya yang ke 16.

Dan bagai satu mischief act of some unknown force - atau mungkin karma- tuhan telah menentukan saya tampil dalam gambar sebagai seorang budak perempuan chubby berambut separa panjang bercukur di tepi berpipi tembam bermata kuyu ala-ala ting tong sambil membuat tanda 'peace' dan

(bersedia atau tidak)
.
.
.
.
ber t-shirt hitam dengan gambar lelaki berambut kuning panjang dan tulisan besar "Bon-Jovi".


Ape kejadah???!!!!!


Jangan harap anda akan dapat lihat gambar itu.




Sehodoh gambar ini, hodoh lagi t-shirt itu.



(nota: t-shirt itu hodoh. percayalah. dan saya tak suka pun Bon Jovi.)
*geleng kepala memikirkan bertapa losernya diri sendiri*

19 comments:

Amirul Rezza Amer Johari said...

ah. maka timbullah harapan di hati kecil ini nak melihat gambar tersebut. alahh kamon la azyze, dengan saya sahaja. hek. roxy msti dah tengok.

*kes kamu macam saya. asyik nak tangkap gambar orang. sampaikan kakak tak benarkan bawa kamera ke kem-kem sebab gambar saya memang tak ada. so baik tak pyh bwk.

azyze gomez said...

hahahaha jangan harap !
heheh

roxy pun tak pernah tengok gambar tu, apatah lagi orang lain.
noooooo horror show sangat ahahaha

one love said...

hehehe...

reading ur entry reminds me of my life masa di boarding school dulu...

gambar2 yg ada muka saya cuma gambar berkumpulan untuk buku tahunan dan gambar2 paksarela yang lain...

sampai uni! and until now, ada ramai kawan sekolah saya terkejut tgk saya rajin diambil gambar sebab during schooltime, i was the photographer...

bukan loser, cuma those who we were... uniquely designed by God :)

best kan!

roxychick said...

i totally agree with you one love.
we are who we are. if tak unique, the world will be a dead place to live in.

babe, bg la aku tgk gambar ajaib tuuuu...

tak amir. wpon saya ni partner-in-crime dia, harammmm...

azyze gomez said...
This comment has been removed by the author.
azyze gomez said...

one love:
yah, ke'weird'an saya zaman lalu membentuk siapa saya hari ini, jadi saya tak kesah sangat.
Lagipun, walaupun saya tak banyak kawan di sekolah, di universiti saya jumpa orang-orang yang bawa makna lebih besar dalam hidup saya. so kira saya dan takdir kosong-kosong lah.
:)


Pah:
kamu ni membodek ke hape?

"great minds think alike"
dan pasal kita selalu think alike lah saya tak rasa terlalu keseorangan dalam hidup yang penuh mental dan merapu meraban ini. yihaa!

roxychick said...

yeehawww!

My name starts with M said...

aku ingat cikgu NAHI. hahahaha

beb, ko takde gmbr pun tapi ko ada video beb. tunggu la nnt aku upload video ko kipas2 ayam bbq pastu main 'kasih, kawin, cerai!' dgn cikP.

Cik Puan Muda Stress said...

buat orang terperanjat aje.

aku dah mati2 ingat ada gambar rambut kerinting mu itu.

Cik Puan Muda Stress said...
This comment has been removed by the author.
azyze gomez said...

mas:
video aku cukur buku tangan dengan pisau tu??

jangan mas jangan! ko nak mampus??!

habis lah anonymity ku (poyo kan??)


Cik PMS:
sorrylah peluang ko nak gelakkan aku tak wujud lah. hehe

Pzaewx Skars. said...

ahhh saya sokong M. sila-sila publishkan. bila dah publish, saya hadiahkan banner satu.

*matila kena kejar dengan azyze sambil pakai t-shirt bon jovi.

Awin Roslin said...

bon jovi punya rambut dulu. HODOH nauzubillah. :l

azyze gomez said...

Amer:
T-shirt bon jovi tu dah lama reput dah. Dan nooooo Mas itu ultimate betrayal Mas, nooo! (not on your blog, at least hahaha

Awin:
Itula pasal!

Cik Puan Muda Stress said...

wah banyaknya komen.

nampak sangat ramai 'peminat' nak tatap rambut keteng mu ittew.

ahaks.

(gelak gedik 80-an)

Pzaewx Skars. said...

CPMS, tepat sekali. And, jika anda berjaya membuatkan azyze publishkan gambar tersebut, satu banner khas yang sesuai dengan layout blog anda akan saya hadiahkan.

*tawaran kepada sesiapa sahaja ok.

aaaaaaaa tatau la azyze. heh.

My name starts with M said...

aku letak kat FB aci tak?

(video cukur bulu tangan tu sgt classic dan precious...)

Pzaewx Skars. said...

aku cuba tolerate. mari kita naikkan jumlah komen entri ini ke 20++ so that azyze knows everybody is craving for the thing. kau komen aku reply. aku komen kau reply. amacam? haha.

azyze gomez said...

Mas:
tak aci! eh, kejap. FB account ko private ke tak? kalau private, aci. Hahaha.

Tak yah la Mas. aku rasa aku mengaibkan diri sendiri pulak hahahah

Amer:
Sudah, sudah.
Shooh, budak kecik, baik kamu pergi tunggu result PMR kamu tu.
*gelak kejam*

;)