Pages

Rebiu penutup 2008: 808s & Heartbreak

Tuesday, December 30, 2008


Album terbaru Kanye West, 808s & Heartbreak.



Meremang.


Jika anda mencari Kanye West yang lama, lupakan.
Lupakan ego sebesar semestanya.
Lupakan beat hiphop comel dan lirik bertalu hingga anda tak mendengar, sekadar humming lagunya.
Ia tak ada di sini.


Album ini tidak sekali menonjolkan si lelaki kulit hitam yang angkuh mengangkat diri sebagai the best thing that ever happened in black music. Alter-ego Kanye itu tidak wujud langsung dalam album ini. Tidak seperti Beyonce yang baru kini berani mempersembahkan Sasha Fierce (All My Single Ladies oh! oh! oh!) agar kita sedikit lupa akan the real Beyonce dan perkahwinannya dengan rap mogul Jay-Z, Kanye lebih telus dan berani untuk meruntuh segala dinding yang dibina melindung peribadi yang sebenarnya cukup sensitif.


Persembahan Kanye kali ini adalah siapa dia sebenarnya, dan tentang perjalanan mengubat hati yang dilalui sepanjang 2007-2008. Kematian ibunya Donda West (tulang belakang dan punca hidup West) serta putus tunang dengan kekasih hati Alexis Phifer seolah memulas picu kreativiti Kanye untuk berfikir di luar cengkerang hiphop yang jadi makanan rujinya selama ini dan take it to the next level.


Senyuman ikhlas tanpa topeng Kanye hanya berlaku bila dia bersama 1. Ibunya dan 2. Alexis. Sekarang dua-dua sebab pembakar perjuangannya sudah tiada. 




Percintaan Kanye & Alexis 2002-2008.
Tinggal kenangan


Seperti tajuknya, album ke-empat rapper turned singer ini berkisar tentang remuk jiwa dan kekecewaan semata. Tema ini cukup konsisten, dan saya bukan sekadar berkata tentang liriknya. West, seperti yang kita tahu adalah penulis lirik yang baik, namun 'jiwa' seorang yang dilanda kecewa berpanjangan itu telah berjaya beliau resapkan melalui koposisi lagu dan melodi, dari susunan trek hinggalah ke kulit album. 808s (dengan s) sebenarnya bermakna mesin drum TR-808 yang digunakan dengan lantang dalam album ini. Ia juga kebetulan kod kawasan tempat album ini dirakam, Hawaii. Heartbreak pula, ah, sudah terang lagi bersuluh?


Ya, jika ini kali pertama anda mendengar Kanye West menyanyi, mungkin anda sedikit terkejut. Mana rap Kanye? Well, bukan di album ini. 808s & Heartbreak hanya memapar rap yang minima dari Mr. West. Dari 12 trek, rap Kanye hanya muncul sekali-sekala. Selebihnya, Kanye dengan lantang memperjudikan nasib jatuh bangun kariernya dengan menyanyi penuh 'soul'.

Album ini merupakan taruhan besar Kanye, dia menyanyi, cheh!, memang memberi bahan untuk para kritik menujah lembing dengan mudah, tapi Kanye hanya memekak telinga pada komen yang ditulis di dada akhbar. Rasanya, bila jiwa kamu sudah membeku, kata orang bukan jadi ukuran hidup...mungkin.


(Pelik, pengulas muzik luar Amerika semuanya memuji usaha Kanye West kali ini, tapi percaya atau tidak, rebiu pengulas muzik Amerika yang paling tajam dan pedas sekali. Agaknya dunia pop ala media is god di sana bikin mereka lebih vindictive gamaknya. Ah, lupakanlah ethical journalism. Dah lama tak wujud di U S of A)

Cuma saya perlu ingatkan, album ini mempunyai penggunaan AutoTune yang agak melampau. Apa itu AutoTune? Teknologi pemprosesan suara... alah, suara macam synthesizer yang mulanya dipopularkan Cher dalam lagu Believe dia tu. Sekarang ni saya rasa Lil Wayne raja lagu bersuara AutoTune. Efek tona berlekuk-lekuk ini turut digunakan oleh Rihanna. Ulas Kanye, dia menggunakan AutoTune dengan mewah kerana "It's the funniest thing to use!". Pada mulanya saya agak kurang gemar kebanjiran AutoTune dalam album ini, tapi bila dengar kerap, agak boleh tahan lah dari assault lagu-lagu Lil Wayne, kan? 


West membuka cerita duka beliau dengan Say You Will, sebuah lagu yang meletak rentak keseluruhan album ini. Ia adalah luahan harapan yang sudah diketahui penghujungnya - kekecewaan. Pukulan gendang tribal menjadi nadi utama lagu ini, walau ia tidak seprominent Love Lockdown. Tema gendang tribal mengikut Kanye diujudkan untuk melakar mood sekaligus lari dari rentak stereotype dram dalam muzik hiphop. Ia berjaya menghasut saya untuk tutup lampu dan hayati album ini sepenuhnya, jadi ya Mr. West, kamu berjaya.

Trek kedua dan ketiga, Welcome To The Heartbreak (dengan rapper baru, Kid Cudi) dan Heartless mungkin melega hati peminat rap Kanye, kerana ada unsur-unsur rap dan melodi lama Mr. West yang timbul-timbul tenggelam. Tapi trek ke-empat, Amazing (featuring Young Jeezy) kembali mengikut susur galur yang dicaturkan.

Love Lockdown, walau banyak yang menyangka akan menjadi lagu pembuka album ini, sebenarnya berada di trak 5. Ia, walaubagaimanapun, telah diangkat menjadi single pertama album penuh warna derita ini. Kamu tontonlah videoklip (okay, MTV. zaman saya panggil videoklip!) lagu ini untuk benar lihat muka Kanye yang kering menderita. Saya suka sentuhan penari natif Afrika itu. Cukup interpretatif, kan?

Ahhhhh, pedulilah kalau ada yang kata Paranoid dan Robocop bunyinya lebih hiphop dari lagu lain, dan jika liriknya sedikit the old Kanye. Temanya tetap sama, jika kamu fahami betul-betul, kamu akan dapat dengar bunyi denial bersulam sakit hati. Betul.

Saya boleh terus bercerita satu persatu trek lain, tapi saya rasa seeloknya kamu pergi beli, pinjam, curi atau download (gasp ke?) album ini untuk menikmati lagunya, termasuk Street Lights, Bad News, See You In My Nightmares (kolaborasi bersama Lil' Wayne) dan Coldest Winter. Oh, satu trivia buat 'Grey's geeks' - Street Lights telah dimainkan dalam satu episod Grey's Anatomy. Cepat pergi cari!

Mr. West menutup ceriteranya dengan sebuah persembahan 'live' bertajuk Pinnochio's Story. Petikan dari Konsert Glow In The Dark Tour di Singapura ini lah yang paling menusuk kalbu sekali. Anda mungkin pernah dengan komplen bintang dan selebriti tentang kehilangan privasi - seperti Piece Of Me dari Britney atau Scream dari Wacko Jacko - yang itu semua versi sinis sarkastik atau sakit hati. Pinnochio's Story adalah versi sedih, mungkin setepatnya "Babi lah, hidup menekankan, biar aku mati sahaja kalau begini!"



I feel you lah Abang Kanye


"...do you think I sacrificed real life
for all the things, the flashing lights

Do you think I sacrifice real life
for all the things, the flashing lights....

Its funny Pinocchio lied and that’s what kept him from it
I tell the truth and I keep runnin'

Its like I'm looking for something out there 
Trying to find something

I turn on the tv and see me and see nothing..."
- antara lirik Pinocchio's  Story



Kata Kanye "I just want to be a real boy"

Fuhh, penutup yang cukup mantap lah!

(menyesal gila tak cuba pun dapatkan tiket ke konsert Kanye di Singapura tempohari!)


Secara peribadi,
pengalaman mendengar album ini seperti saya menonton cerita sedih tak berpenghujung.
(fikir Titanic dan sebarang cerita jahanam-sampai-ke-akhir lain)

Sampai ke penghujung perjalanan muzik saya dengan Mr. West, saya berhujan airmata (efek secara retorik lah, bukan secara langsung).

Kesedihan itu universal, dan saya tak perlu jadi popstar atau kehilangan kekasih untuk memahami album ini.

Mr. West, saya berdiri dan bagi tepukan gemuruh pada usaha kamu.
Just when they thought you can't top Graduation, you proved them wrong.


p?s: Kanye, kamu mahu kahwini saya? Saya kosong lagi!

17 comments:

Amer said...

amer: saya nak saya nak! *sambil tolak tolak kanye ke tepi.

azyze: kepala hotak hang, baru 15 taun nak kawen ngan aku. chaitt.

Agak2nya bila keluang man the series nak keluar lagi kan? yelah, time hingus masih meleleh, dialah pujaan.

Ingat lagi tak satu tabloid reported that keluang man ada di sebuah blok flat di KL?

time itu, saya tinggal di blok itulah. bodoh kan tabloid tu?

azyze gomez said...

hish budak kecik ni...
tau takpe!

p/s: dongeng sungguh cerita keluang man tu! ade pulak kat flat? kluang man duduk kat dalam rumah orang sakit jiwa la!

Cik Puan Muda Stress said...

amer,

you're scary dude.
jom kopi?

elly,

apparently you werent kidding about the whole album review thingy.

whatever that means.

jom kopi?

azyze gomez said...

Cik PMS:
ko nak berkopi ngan budak kecik tu, kena pi Kedah la hehehe

Amer said...

yela, lepas ni label la saya budak kecik.

*sedih la konon.

mai secewenn.

roxychick said...

cpms, tak abis2 kopi.. cuba la minum benda lain (jgn arak sudah..)

amboi amer. nak saya tolong pinangkan azyze untuk awak?

*lariiiiiiiii.....*

Amer said...

ya allah. no roxy no!

serious i tak cheat dengan u!

azyze is just a friend. ok?

azyze gomez said...

saya rasa anda semua sudah lari dari topik posting ini iaitu tentang album Kanye West.

Sila kembali ke topik tersebut.
Sekian.

roxychick said...

erk.





erk..


(sambil batuk kokol lalu terhambur darah dan mengenai imac azyze lantas merosakkan sistem operasi imacnya itu dan dgn serta merta menyebabkan seluruh ofis bergelap akibat litar pintas yg tidak diketahui dari mana puncanya..)

Amer said...

*terover.

azyze gomez said...

i wonder who...
hahaha


p/s: cheh darah yang tersembur kat sweater aku ni sape nak basuh? sape sape sape?? nasib baik tak kena t-shirt threadless aku nih

(muka riak ala Kanye West)

roxychick said...

haha. priceless.

takpe amer. saya pon suka dgn exaggeration2 ni.. mmg forte saya.

Cik Puan Muda Stress said...

ops sorry. terlambat sekejap. pegi berak tadi. sungguh nyaman.







apa? kanye west?


hurm..


berak lagi sekali lagi best.





*join che pah larikkkkkkk

roxychick said...

eww. berak tpt lain la cpms...

My name starts with M said...

haha kelaka baca comments kat atas :))

ely nak tanya track #3&4 sama title? aku malas nak google.. hehe

drpd tak de perasaan kat kanye, baca review ni terjadi ada perasaan pulak (perasaan dgr dia menyanyi je bukan nak kawen ok)

tp sweetnya kalo ko kawen dgn kanye... kalo rindu ko terpaksa aku bukak E!

Amer said...

Azyze,

SELAMAT TAHUN BARU!

azyze gomez said...

Cik PMS:
Ko cirit ke hape asyik berak je nih?

Roxy:
PMS banyak sangat minum red bull kot...

Mas:
Track 3 - Heartless
Track 4 - amazing

Hahahah you're the only one that's supporting my mimpi samapi kertu pun tak dapat hahahah. Tapi terima kasih atas sokongan anda!

(adik aku kata "ko ingat ko Catherine Zeta Jones nak kahwin degan poster boy ko?')