Pages

Possibly award pertama saya...

Thursday, December 18, 2008

Ingat lagi pada dolly RSS karya Emila yang ditempah khas oleh Roxychicks untuk saya?

Chomel tak? Okay okay, lain sikit tapi saya suka sangat!


Itu merupakan hadiah pertama alam siber berkenaan dunia blogging yang diberikan kepada saya. Terharu pun ada, excited pun ada. Warna yang tepat, rupa yang kiut miut. Saya cuma tidak tampal di blog ini kerana takut anda merasa saya cuba memesongkan anda dengan penampilan yang lebih chomel dari rupa saya yang sebenar (ini ayat ikhlas)
Tapi saya suka suka suki sukiyaki sushi! 

(nota pada diri sendiri: Eh nak makan sushi lah malam ni...)

Er,
kembali.

Semalam saya telah melihat sesuatu yang cukup melonjak kegembiraan di celah rutin kerja yang sibuk: banner eksklusif tentang blog saya!



Ternampak banner ini di blog Amir (eh, ke Amirul? Amir je lah eh) ketika saya singgah untuk membaca. 

Woh, orang buat banner untuk saya lah! Dah lah diam-diam. Saya memang tak tahu tentang ini, jadi ia memang kejutan lah! Saya juga suka bagaimana warna dan font yang dipilih untuk banner tersebut agak sedondon dengan blog saya. Besh kan?

Terima kasih Amir, it was such a lovely surprise! Saya tak pandai designing, jadi jika saya mahu pulang the favour pun, ah, mungkin memalukan sahaja. Nanti saya cuba karang prosa-prosa untuk kamu, mahu yang jiwang atau yang abstrak? Hehe.

Possibly my first blog award.... 
eh, gedik pulak saya senyum sorang-sorang ni!

Amir-san, domo arigatou ghozaimashitta  :D




10 comments:

Amirul Rezza Amer Johari said...

why dont u go and get the new one. kamu tak baca reply komen tadi, ya.

roxychick said...

dahlaaa..
takyah cover2.. ko nak dedicate this post to amir tp sbb takot aku sentap, ko tpaksa dedicate kat aku gak kan...?

dahlaa...

(penulis komen sedikit emo pagi ni)

*nota kaki: amir, azyze melonjak kegembiraan sehingga siling ofis kami sedikit retak, kala melihat banner yg direka kamu. sehinggakan saya terpaksa menenangkan dia dan menyuruh dia mengucap 2 kalimah syahadah...

=p

Amirul Rezza Amer Johari said...

=p

azyze gomez said...

Roxy:
hamboih hamboih...
nanti aku bagi award kat hang na roxy...
siap piala lagi!
(corny tak?)

Amir:
dah cuba but it's even smaller dari yang kelabu ni. and oh, yang kelabu tu lebih menonjol (white tends to blend ngan background) so i stick with the kelabu version for me blog ye.

thanks anyways, saya simpan dua dua! :)

Amirul Rezza Amer Johari said...

Huh, kamu link saya?

Terima kasih.

Itu bukan award. itu kata hati. Panggil saya Amer. heh. Agak janggal dipanggil Amir. Walaupun bunyinya sama. heh.

kamu tahu, saya sangat sukar nak tafsir benda abstrak. apa-apa pun, terima kasih.

one love said...

hehehe!
cute sangat!

Pzaewx Skars. said...

yelah. azyze, kamu berambut lurus berkaca mata bukan?

azyze gomez said...

salah!

saya berambut K.E.R.I.N.T.I.N.G dan berkaca mata.

Pzaewx Skars. said...

Btul ke. Saya rasa saya nampak kamu dalam flickr husband roxy. husband roxy ke? tak tau. subhi ape tah. kalau itu bukan kamu, sori ya.

azyze gomez said...

haish, yang mana pulak ni... seingat saya subhi tak pernah la pulak bubuh gambar saya... dalam file yanng mana?