Pages

Jalan, makan dan gelak

Monday, December 01, 2008

Dalam hidup saya, saya ada 2 kumpulan kawan yang agak dekat dengan hidup saya. 
Pertama, kawan-kawan rapat dari UiTM, turut dikenali sebagai Vouchers Inc. Yang ini anda mungkin perasan kerana kerap juga saya menulis tentang mereka. 


Kedua, 
Tasha & Mar, kawan dari zaman sekolah.

Mereka ini, saya gelar Geng Makan, sebab bila dengan mereka saya tak pernah rasa segan untuk memesan apa sahaja yang saya terasa hendak makan, mahupun perlu menyekat sebarang nafsu. Bila mana rakan-rakan Vouchers saya sangat mementingkan penampilan fizikal mereka (sekaligus buat saya fikir dua-tiga kali untuk pesan makanan bila bersama mereka), Geng Makan saya bersikap lebih lepak dan lebih mengaprisiasi makanan dari pelbagai peringkat kehidupan. 

Sebut sahaja, dari kedai makan tepi jalan ke restoran tomyam ke restoran "Boleh makan sekali je sebulan" (kerana mahal!), semua kami cuba tanpa memikirkan konsekuen yang mungkin kami dapat dari sesi pemakanan kami. Untuk seorang food lover macam saya ni, sesuailah. 

[Tip: kalau suka makan tapi kawan2 anda semua jaga badan, carilah set kawan2 yang boleh layan. Jangan melebih-lebih sudah la!]

Saya suka suasana perjumpaan kami: jumpa, cari tempat makan, order makanan dan mula bercerita tentang segala yang indah dalam kehidupan. Sukar nak dengar topik keluhan atau curahan sakit hati di sesi kami... kalau ada pun, kami pantas move on to the finer and happpier things in life. Geng Makan saya adalah geng carefree saya juga  :)

Baru-baru ini kami berjumpa di Cineleisure, dan seperti biasa, cari port makan. 
Mulanya mahu cuba Midori, kedai manisan Jepun yang dengarnya turut menjual makanan, tapi sebaik lihat menunya, oh langsung tak menyelerakan. 

Mar, agaknya telah menduga kehendak tekak saya, akhirnya mengajak kami turun ke Ground Floor dan cuba makan di Senjyu Sushi. 

Woh, tak sia-sia!
Makanan yang lazat, gubahan makanan yang hebat, suasana yang sangat chic dan relaks... rasanya saya akan ke sana lagi!

Saya mahu cerita panjang lagi tapi tugas memanggil saya...
Jadi saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar dinch dari telefon bimbit saya...


Starters Tasha: Salmon Tofu Miso Soup. Sedap, tak hanyir langsung. Pertama kali saya makan sup miso campuran sebegini dan saya suka! 


Main Course Tasha: Chicken Cheese Katsu Curry. Karinya, fantastik. Ayamnya lembut dengan jumlah keju yang cukup-cukup. 


Main Course Mar: Ebi Tempura Curry Rice. Saya tak rasa, tapi Mar suka. 

Air Mar: Bubblin' Passion. Campuran air soda dengan Passionfruit. Sedap tapi saya rasa sodanya terlalu kuat. But that's just me, saya kureng sikit bab air berkarbonat ni.

Minuman saya: Ao Umi (Mango +Calpis). Ada 3 lapisan sebenarnya, yang putih atas tu adalah Calpis Soda (minuman popular dari Jepun), di tengah adalah mangga, dan bawah sekali, rasanya Calpis Original (rasanya lebih kurang macam Yakult). Sedap!
Turut kelihatan adalah Aspara Niku Kushiyaki (asparagus berbalut daging bakar), dan kicap bercampur Wasabi yang buat kami tersedak dua-tiga kali  :p
 

Makanan saya: Mixed Agemono With Japanese Curry, serta semangkuk nasi. Kari tu siap ada pembakar lagi. Agemono terdiri dari cendawan Shitake, ayam, ikan salmon dan telur puyuh yang dicelup dalam tepung dan serpih roti lalu digoreng. 
 

Seperti biasa lah, perbualan kami mendahului segalanya, hingga saya terleka untuk mengambil gambar sushi yang kami makan dari conveyor belt dan juga pencuci mulut pilihan Tasha, Lavender Ice Cream. Puh, aiskerim tu. adui... potong betullah! Rasa macam makan perfume Lavender! Betul! 
Saya baru jilat sikit terus tekak saya terkunci, batuk dan separa migraine menyerang. Ceh, macam kena anaphylaxis. Tasha okay je layan. Mungkin saya sahaja yang tak tahan. 

Antara makanan lain yang tak dapat saya snap snap adalah Salmon Ikura dan teh hijau panas (Tasha) serta unagi sushi dan salmon black sesame sushi yang cukup lazat! Sampai sekarang saya kecur air liur teringatkan unagi sushi tu. Woohhhh....

Amacam, ada rasa nak makan Japanese sekarang??



10 comments:

roxychick said...

yelaa.. ko macam tau je tiba2 aku mcm rasa nak layan japs!

jom!

(btw, with me, u don hafta sekat pemakanan laa.. kdg2 tu i je cerewet. bkn nak jaga penampilan okeh..)

azyze gomez said...

tak, dengan you i boleh komplen "dagu dah jadik duaaa!!!!"

katya said...

halamak...aku dah lama xde mkn2 session. ko nihhh....meleleh air liur aku.

-radz

roxychick said...

eh.. hari tu nampak mcm ada 3 je..

ahaks!

azyze gomez said...

katya:
itu la pasalllll...
ko dah tukar kerjaya ke belum?
kang aku balik dari Philippines, kita try to have a gathering kecil-kecilan lah ye...

Roxy:
hamboih hamboih hamboih...
NAs Ahmad sangat statement uols...
AWAS! mak zass kembali baru taooo!

My name starts with M said...

aku nangis baca entry ni

azyze gomez said...

ala masssssss
jangan la!

macam aku kata, ko balik je holler2 aku. kita pi makan japanese, okeh?

Cik Puan Muda Stress said...

aku ni kawan apa?

My name starts with M said...

:) yea!

azyze gomez said...

cik pms:
ko kawan "dulu macam takut sebab senior sekarang suka sebab otak kero tapi jumpa payah sikit pasal dua-dua sibuk".

boleh?