Pages

Rebiu penutup 2008: 808s & Heartbreak

Tuesday, December 30, 2008


Album terbaru Kanye West, 808s & Heartbreak.



Meremang.


Jika anda mencari Kanye West yang lama, lupakan.
Lupakan ego sebesar semestanya.
Lupakan beat hiphop comel dan lirik bertalu hingga anda tak mendengar, sekadar humming lagunya.
Ia tak ada di sini.


Album ini tidak sekali menonjolkan si lelaki kulit hitam yang angkuh mengangkat diri sebagai the best thing that ever happened in black music. Alter-ego Kanye itu tidak wujud langsung dalam album ini. Tidak seperti Beyonce yang baru kini berani mempersembahkan Sasha Fierce (All My Single Ladies oh! oh! oh!) agar kita sedikit lupa akan the real Beyonce dan perkahwinannya dengan rap mogul Jay-Z, Kanye lebih telus dan berani untuk meruntuh segala dinding yang dibina melindung peribadi yang sebenarnya cukup sensitif.


Persembahan Kanye kali ini adalah siapa dia sebenarnya, dan tentang perjalanan mengubat hati yang dilalui sepanjang 2007-2008. Kematian ibunya Donda West (tulang belakang dan punca hidup West) serta putus tunang dengan kekasih hati Alexis Phifer seolah memulas picu kreativiti Kanye untuk berfikir di luar cengkerang hiphop yang jadi makanan rujinya selama ini dan take it to the next level.


Senyuman ikhlas tanpa topeng Kanye hanya berlaku bila dia bersama 1. Ibunya dan 2. Alexis. Sekarang dua-dua sebab pembakar perjuangannya sudah tiada. 




Percintaan Kanye & Alexis 2002-2008.
Tinggal kenangan


Seperti tajuknya, album ke-empat rapper turned singer ini berkisar tentang remuk jiwa dan kekecewaan semata. Tema ini cukup konsisten, dan saya bukan sekadar berkata tentang liriknya. West, seperti yang kita tahu adalah penulis lirik yang baik, namun 'jiwa' seorang yang dilanda kecewa berpanjangan itu telah berjaya beliau resapkan melalui koposisi lagu dan melodi, dari susunan trek hinggalah ke kulit album. 808s (dengan s) sebenarnya bermakna mesin drum TR-808 yang digunakan dengan lantang dalam album ini. Ia juga kebetulan kod kawasan tempat album ini dirakam, Hawaii. Heartbreak pula, ah, sudah terang lagi bersuluh?


Ya, jika ini kali pertama anda mendengar Kanye West menyanyi, mungkin anda sedikit terkejut. Mana rap Kanye? Well, bukan di album ini. 808s & Heartbreak hanya memapar rap yang minima dari Mr. West. Dari 12 trek, rap Kanye hanya muncul sekali-sekala. Selebihnya, Kanye dengan lantang memperjudikan nasib jatuh bangun kariernya dengan menyanyi penuh 'soul'.

Album ini merupakan taruhan besar Kanye, dia menyanyi, cheh!, memang memberi bahan untuk para kritik menujah lembing dengan mudah, tapi Kanye hanya memekak telinga pada komen yang ditulis di dada akhbar. Rasanya, bila jiwa kamu sudah membeku, kata orang bukan jadi ukuran hidup...mungkin.


(Pelik, pengulas muzik luar Amerika semuanya memuji usaha Kanye West kali ini, tapi percaya atau tidak, rebiu pengulas muzik Amerika yang paling tajam dan pedas sekali. Agaknya dunia pop ala media is god di sana bikin mereka lebih vindictive gamaknya. Ah, lupakanlah ethical journalism. Dah lama tak wujud di U S of A)

Cuma saya perlu ingatkan, album ini mempunyai penggunaan AutoTune yang agak melampau. Apa itu AutoTune? Teknologi pemprosesan suara... alah, suara macam synthesizer yang mulanya dipopularkan Cher dalam lagu Believe dia tu. Sekarang ni saya rasa Lil Wayne raja lagu bersuara AutoTune. Efek tona berlekuk-lekuk ini turut digunakan oleh Rihanna. Ulas Kanye, dia menggunakan AutoTune dengan mewah kerana "It's the funniest thing to use!". Pada mulanya saya agak kurang gemar kebanjiran AutoTune dalam album ini, tapi bila dengar kerap, agak boleh tahan lah dari assault lagu-lagu Lil Wayne, kan? 


West membuka cerita duka beliau dengan Say You Will, sebuah lagu yang meletak rentak keseluruhan album ini. Ia adalah luahan harapan yang sudah diketahui penghujungnya - kekecewaan. Pukulan gendang tribal menjadi nadi utama lagu ini, walau ia tidak seprominent Love Lockdown. Tema gendang tribal mengikut Kanye diujudkan untuk melakar mood sekaligus lari dari rentak stereotype dram dalam muzik hiphop. Ia berjaya menghasut saya untuk tutup lampu dan hayati album ini sepenuhnya, jadi ya Mr. West, kamu berjaya.

Trek kedua dan ketiga, Welcome To The Heartbreak (dengan rapper baru, Kid Cudi) dan Heartless mungkin melega hati peminat rap Kanye, kerana ada unsur-unsur rap dan melodi lama Mr. West yang timbul-timbul tenggelam. Tapi trek ke-empat, Amazing (featuring Young Jeezy) kembali mengikut susur galur yang dicaturkan.

Love Lockdown, walau banyak yang menyangka akan menjadi lagu pembuka album ini, sebenarnya berada di trak 5. Ia, walaubagaimanapun, telah diangkat menjadi single pertama album penuh warna derita ini. Kamu tontonlah videoklip (okay, MTV. zaman saya panggil videoklip!) lagu ini untuk benar lihat muka Kanye yang kering menderita. Saya suka sentuhan penari natif Afrika itu. Cukup interpretatif, kan?

Ahhhhh, pedulilah kalau ada yang kata Paranoid dan Robocop bunyinya lebih hiphop dari lagu lain, dan jika liriknya sedikit the old Kanye. Temanya tetap sama, jika kamu fahami betul-betul, kamu akan dapat dengar bunyi denial bersulam sakit hati. Betul.

Saya boleh terus bercerita satu persatu trek lain, tapi saya rasa seeloknya kamu pergi beli, pinjam, curi atau download (gasp ke?) album ini untuk menikmati lagunya, termasuk Street Lights, Bad News, See You In My Nightmares (kolaborasi bersama Lil' Wayne) dan Coldest Winter. Oh, satu trivia buat 'Grey's geeks' - Street Lights telah dimainkan dalam satu episod Grey's Anatomy. Cepat pergi cari!

Mr. West menutup ceriteranya dengan sebuah persembahan 'live' bertajuk Pinnochio's Story. Petikan dari Konsert Glow In The Dark Tour di Singapura ini lah yang paling menusuk kalbu sekali. Anda mungkin pernah dengan komplen bintang dan selebriti tentang kehilangan privasi - seperti Piece Of Me dari Britney atau Scream dari Wacko Jacko - yang itu semua versi sinis sarkastik atau sakit hati. Pinnochio's Story adalah versi sedih, mungkin setepatnya "Babi lah, hidup menekankan, biar aku mati sahaja kalau begini!"



I feel you lah Abang Kanye


"...do you think I sacrificed real life
for all the things, the flashing lights

Do you think I sacrifice real life
for all the things, the flashing lights....

Its funny Pinocchio lied and that’s what kept him from it
I tell the truth and I keep runnin'

Its like I'm looking for something out there 
Trying to find something

I turn on the tv and see me and see nothing..."
- antara lirik Pinocchio's  Story



Kata Kanye "I just want to be a real boy"

Fuhh, penutup yang cukup mantap lah!

(menyesal gila tak cuba pun dapatkan tiket ke konsert Kanye di Singapura tempohari!)


Secara peribadi,
pengalaman mendengar album ini seperti saya menonton cerita sedih tak berpenghujung.
(fikir Titanic dan sebarang cerita jahanam-sampai-ke-akhir lain)

Sampai ke penghujung perjalanan muzik saya dengan Mr. West, saya berhujan airmata (efek secara retorik lah, bukan secara langsung).

Kesedihan itu universal, dan saya tak perlu jadi popstar atau kehilangan kekasih untuk memahami album ini.

Mr. West, saya berdiri dan bagi tepukan gemuruh pada usaha kamu.
Just when they thought you can't top Graduation, you proved them wrong.


p?s: Kanye, kamu mahu kahwini saya? Saya kosong lagi!

Semakin hampir dengan penghujungnya... atu mungkin permulaan?

Seperti gelung Mobius, hidup kita berputar tanpa henti, tapi ia punya lebih banyak lekuk
 dan tekstur dari, well, tayar mungkin?



Lagi 2 hari kita masuk tahun baru 2009 mengikut kalendar Kristian yang sudah diadaptasi jadi kalendar sejagat. 

Semalam kita sudahpun masuk tahun baru dalam kalendar Islam. 

Saya tertanya, ini maknanya kita semakin hampir ke satu penghujung, atau kita sebenarnya sedang hampir dengan satu permulaan bagi kembara terhebat hidup kita?

Saya harap ia yang nombor dua itu.


Eh, baru tersedar, tahun ini saya tak buat rebiu album / lagu langsung kan?
Hmm... nak buat lah. Tunggu ya.  



saya tak ada itu, macam kamu punya

Monday, December 22, 2008

errgh... jeles tau.

Saya rasa lah kan, saya tak ada pun gambar-gambar zaman sekolah versi posing poyo tapi rasa best. Macam yang Cik PMS bubuh dalam blog dia.

Saya tak ada gambar di mana saya bersesi gedik-gedik dengan feather boa, sleepover sambil main pukul-pukul bantal dengan kengkawan perempuan, camwhoring dasyat walaupun zaman tu mana ada terma camwhoring, pergi mall jalan-jalan dengan kawan, ponteng sekolah panjat pagar mahupun serong pergi makan sarapan di medan selera berdekatan sekolah lalu masuk lambat tapi buat muka kering je.

Saya juga tidak ada memori re-union dengan kawan-kawan sekolah. Tak ada sesi makan-makan selepas berjauhan, mengenang kembali keindahan atau kehampehan zaman berbaju putih berkain biru berseluar hijau. Tak ada sesi mengutuk Puan Yeah (bukan nama sebenar) yang kadang-kadang gagap atau cikgu KMT yang macam penguin atau punggung En. Nahi (bukan nama sebenar) yang sangat, er, padat pasal seluar terlalu ketat dan guru besar lari kengkang kejar budak-budak India yang ponteng kelas dan sebagainya.
(Mas, kau ingat?)

Saya tak punya memori sebegitu, apatah gambar.
(Mungkin terlalu weird, freak dan yang sama waktu dengannya. Bukan mungkin, memang iya pun. Saya tak punya ramai kawan ketika bersekolah.)

Paling kaw pun cuma sekali sekala ponteng kelas tusyen Bahasa Malaysia dan pergi makan aiskerim di Book Cafe atau minum air Coke di KFC berdekatan pusat tusyen. Itupun serong sebab cikgu tusyen tu sumpah Fitri (kawan sekelas saya) gagal subjek Bahasa Malaysia masa PMR. Untuk pengetahuan anda, Fitri lulus dengan cemerlang untuk PMR & SPM dan sekarang jadi peramugara yang gajinya saya yakin jauh lebih tinggi dari saya.

Ada lah sekali-dua kami bergambar, tapi disebabkan saya jurukamera nya maka gambar saya bersama kumpulan harammmmmmm tak ada. Masa tu saya ghairah mengetip gambar, dan semuanya mahu candid. High dengan bunyi yang keluar dari kamera tu agaknya.

Krek krek, bunyi bila saya tolak butang leper untuk forward filem. Nombor di tepi punat kamera pun berubah turun satu angka.

Mereka jalan, saya ketip. (Krek Krek. 34.)
Mereka gelak, saya ketip. (krek krek. 33.)
Mereka lintas jalan, saya ketip. (krek krek. 32.)
Sekali-sekala nampak serangga yang comel atau bunga yang cantik, saya ketip. (krek krek. 31. 30.)

Saaaampaiii lah angka berubah dari 1 jadi 0 dan filem akan rewind sendiri (grek grek grek sambil efek swish swish)


Lepas cuci filem, hampeh. Semuanya gambar orang.
Gambar Rajes ternganga sambil pottu di dahi hampir tertanggal.
Gambar Mar terbeliak sambil bongkok membuat latihtubi bermejakan lantai bilik Rajes.
Gambar Fitri dan Yaacob kontrol macho di tepi jambatan selepas balik tusyen.
Gambar Yani & Ina posing ayu dengan baju kotak-kotak warna biru berlengan panjang (yang gila cool dulu tapi sekarang mungkin akan di chop nerd).

Tapi gambar saya tak ada.

Satu-satunya gambar yang wujud zaman sekolah secara berkumpulan (selain gambar darjah untuk majalah sekolah) adalah gambar harijadi saya yang ke 16.

Dan bagai satu mischief act of some unknown force - atau mungkin karma- tuhan telah menentukan saya tampil dalam gambar sebagai seorang budak perempuan chubby berambut separa panjang bercukur di tepi berpipi tembam bermata kuyu ala-ala ting tong sambil membuat tanda 'peace' dan

(bersedia atau tidak)
.
.
.
.
ber t-shirt hitam dengan gambar lelaki berambut kuning panjang dan tulisan besar "Bon-Jovi".


Ape kejadah???!!!!!


Jangan harap anda akan dapat lihat gambar itu.




Sehodoh gambar ini, hodoh lagi t-shirt itu.



(nota: t-shirt itu hodoh. percayalah. dan saya tak suka pun Bon Jovi.)
*geleng kepala memikirkan bertapa losernya diri sendiri*

Possibly award pertama saya...

Thursday, December 18, 2008

Ingat lagi pada dolly RSS karya Emila yang ditempah khas oleh Roxychicks untuk saya?

Chomel tak? Okay okay, lain sikit tapi saya suka sangat!


Itu merupakan hadiah pertama alam siber berkenaan dunia blogging yang diberikan kepada saya. Terharu pun ada, excited pun ada. Warna yang tepat, rupa yang kiut miut. Saya cuma tidak tampal di blog ini kerana takut anda merasa saya cuba memesongkan anda dengan penampilan yang lebih chomel dari rupa saya yang sebenar (ini ayat ikhlas)
Tapi saya suka suka suki sukiyaki sushi! 

(nota pada diri sendiri: Eh nak makan sushi lah malam ni...)

Er,
kembali.

Semalam saya telah melihat sesuatu yang cukup melonjak kegembiraan di celah rutin kerja yang sibuk: banner eksklusif tentang blog saya!



Ternampak banner ini di blog Amir (eh, ke Amirul? Amir je lah eh) ketika saya singgah untuk membaca. 

Woh, orang buat banner untuk saya lah! Dah lah diam-diam. Saya memang tak tahu tentang ini, jadi ia memang kejutan lah! Saya juga suka bagaimana warna dan font yang dipilih untuk banner tersebut agak sedondon dengan blog saya. Besh kan?

Terima kasih Amir, it was such a lovely surprise! Saya tak pandai designing, jadi jika saya mahu pulang the favour pun, ah, mungkin memalukan sahaja. Nanti saya cuba karang prosa-prosa untuk kamu, mahu yang jiwang atau yang abstrak? Hehe.

Possibly my first blog award.... 
eh, gedik pulak saya senyum sorang-sorang ni!

Amir-san, domo arigatou ghozaimashitta  :D




teaser: selamat pagi dari siang ke malam!

Wednesday, December 17, 2008



Di Filipina, kawan-kawan menggunakan 'Good Morning!' sebagai kata aluan.
Walaupun sudah tengah malam.

Kring kring!
Saya angkat telefon. 
Uh, hello?"

.
.
.
.
.

"Hey, good morning!" sungguh kelakar rasanya bila anda sudah berbaju tidur dan melena diri atas katil.
Heh.


Mungkin kau orang tak faham

Friday, December 12, 2008

Saya bangun dengan kepala separa sakit.
Tidak, saya bukan minum pun malam semalamnya, ia bukan hangover.
Positif 100%.
 
Sambil mengurut kepala, hidung menghidu bau waffles yang merayap masuk dari celah daun pintu.

"Tadaa!" Mikael masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang penuh sajian makan pagi. 

"Kamu buat sarapan?" 

Mikael tersenyum. Dulang diletak di sisi katil. "Cubalah."

Saya jongket bahu. Bau waffles yang kuat menerjah  sinus hingga sakit kepala makin menjadi. Saya goyangkan hidung. "I don't eat waffles."

Senyumnya makin melebar. "Tak cuba tak tahu. Ini resipi turun termurun keluarga aku. Kita panggil Cosmic Waffles. Nah..."

Saya geleng, tapi dipaksa juga. 

Cosmic Waffles Mikael adalah waffles terbaik pernah saya rasa seumur hidup.

Bukan waffles Mikael. 



Woh, rindunya!

ah sementara itu

Wednesday, December 10, 2008

Nanti.
Sementara kamu semua pikir-pikirkan jawapan kepada soalan di bawah tadi, saya mahu tanya sikit.

Apa pendapat kamu kalau saya mahu pasang lagu di blog ini? 
Sebelum ini pernah buat, tapi berkurun lalu lah. 
Kemudian saya buangkan sebab benci reaksi terkejut lagu tetiba muncul bila sekali-sekala buka blog sendiri. Tambah pula jika lagu ganggu iTunes yang sudah sedia terpasang.

Tapi semenjak dua menjak ini saya rasa macam mahu pula. 
Mahu kongsi lagu (satu lagu sahaja) penenang jiwa gitu.

Kamu rasa:
Pilihan 1 - 
Ely patut bubuh lagu untuk menyerlahkan personaliti beliau. Lagipun blognya terlalu poyo dan suram. Ada muzik baru best, kasi feel pada tulisan dia.

atau

Pilihan 2 - 
Chait, jangan bubuh muzik lah. Aku paling benci kalau ada  muzik pop-up masa aku tengah layari blog orang. Habislah keganasan Emo-Metal aku kalau tiba-tiba keluar lagu jazz dari laptop aku!


Silalah bantu saya. Pandangan anda amat saya hargai dan akan disalurkan ke badan-badan bukan kebajikan yang memerlukan. 

piktograf

Mari main satu permainan. 

Cuba teka, apa jawapan di bawah.....






Bila keadaan saya sudah lebih, er... kembali ke asal, saya blog ya.

Mohon lalu Kak Ngah... 
*lari keluar*

Posting emo yang mungkin akan dipadam selepas ini

Tuesday, December 02, 2008




Aku stress.

Sepatutnya aku sudah berambus dari pejabat selewatnya pukul 4 tadi sebab aku nak kena cari beg pakaian atau back pack yang murah tapi sesuai untuk bawak pegi trip esok namun malangnya aku tak sempat nak siapkan manuskrip kempen dalam masa yang aku target tu jadi akhirnya melewah ke pukul 4.20 petang. Kawan aku plak dah janji nak ajak aku pergi Mid Valley untuk tukar duit masa waktu makan tengahari tadi tapi sebab dia pun banyak kerja maka dia pun tak jadi nak pergi waktu tengahari dan perjanjian bisu anatara kita ialah kami akan keluar opis sebaik kerja selesai yang pada masa tersebut dianggarkan boleh blah selewat-lewatnya pukul 5. Masalahnya pukul lima dia melewah ke dalam pukul lima suku dan lima suku menjadi lima setengah dan lima setengah menjadi lima empat puluh lima dan bila saja dia selesai buat kerja utama dan suruh aku bersedia (ready getset go katanya) dan aku pun mula tutup semua perisian komputer aku dan aku pun dah kemas barang sambil fikirkan jalan paling efisyen dan jimat masa untuk pergi tukar duit kemudian cari beg di MidValley kemudian beratur naik teksi ke KL Sentral dan kemudian naik LRT dari KL Sentral ke Wangsa Maju dan jika tak jumpa beg yang sesuai maka aku akan naik teksi pergi Jusco atau Carrefour untuk cari dan beli dan kemudian perlu naik teksi balik ke rumah dan kemudian re-pack beg aku sebelum tidur dan bangun pada jam 5 esok pagi - 




tiba-tiba bos panggil kawan aku masuk mesyuarat. 






Sekarang dah pukul nam setengah dan kawan aku masih lagi dalam mesyuarat yang lembab dan belum tentu habis sebelum pukul tujuh dan aku dapat rasakan yang kami akan ke MidValley sia-sia sebab penukar wang dah tutup dan kat MidValley tak ada kedai yang mahu jual kat aku beg galas versi besar pada harga bawah RM100 (sebab itu saja bajet aku paling kaw) dan aku akhirnya akan lebih sakit hati dan rasa seperti nak korek biji mata sendiri dan mula menyesal kenapa tak keluar sahaja awal-awal tadi tapi lepas tu rasa macam tak lojik nak mempersoalkan hal tu pasal aku memang dah nak tunggu kawan aku kan jadi aku akan bertambah stress. 

Memang nyata stress aku lebih bertambah bila aku tengok Federal Highway bergerak macam semut langgar tiang dan teringat yang aku aku kena cari (selongkar) beberapa t-shirt yang terpaksa dibawa ke P'pines sebab wujudnya aktiviti-aktiviti yang nampaknya akan lebih cenderung kepada sesi peluh berganda dan penjahanaman baju sekaligus memerlukan aku tukar lima nam pasang sehari (mungkin aku over cerita, tapi mampuslah) dan aku masih atk boleh nak buat keputusan untuk pakai sahaja top ungu aku untuk malam dinner sekaligus langsung tak represent tema "Hollywood Stars Semi Casual" tu ataupun cari (selongkar) seluar baggy jeans aku yang dah berkurun tak bersentuh dan cari jaket serta topi dan jadi rapper ala Missy Elliot sebab aku rasa aku boleh pull off the look cuma aku tak ada bling2 yang sesuai untuk represent 'the hood' dan aku tak nak lah dikatakan terlalu poyo plak, plus that jeans will add about another 3 kilos dalam beg nanti dan hazablah aku nak bawak. 


Aku rasa bisa-bisa migraine dah mula muncul kat biji mata aku dan aku macam nak kena cari jalan untuk lepaskan stim yang dah mula keluar sikit-sikit kot lubang telinga aku ni tapi takkan la aku nak jerit, paling paling aku boleh buat adalah tulis benda ni yang hanya membakar lagi sakit hati aku yang mungkin tak bertempat ni. Bodoh lah. Aku harap semuanya jadi lancar dan bila aku balik dari P'pines nanti, aku boleh baca post ni balik, gelak macam nak mampus dan akhirnya tekan delete dengan hati lapang.


But I'm not convinced.






 

Jalan, makan dan gelak

Monday, December 01, 2008

Dalam hidup saya, saya ada 2 kumpulan kawan yang agak dekat dengan hidup saya. 
Pertama, kawan-kawan rapat dari UiTM, turut dikenali sebagai Vouchers Inc. Yang ini anda mungkin perasan kerana kerap juga saya menulis tentang mereka. 


Kedua, 
Tasha & Mar, kawan dari zaman sekolah.

Mereka ini, saya gelar Geng Makan, sebab bila dengan mereka saya tak pernah rasa segan untuk memesan apa sahaja yang saya terasa hendak makan, mahupun perlu menyekat sebarang nafsu. Bila mana rakan-rakan Vouchers saya sangat mementingkan penampilan fizikal mereka (sekaligus buat saya fikir dua-tiga kali untuk pesan makanan bila bersama mereka), Geng Makan saya bersikap lebih lepak dan lebih mengaprisiasi makanan dari pelbagai peringkat kehidupan. 

Sebut sahaja, dari kedai makan tepi jalan ke restoran tomyam ke restoran "Boleh makan sekali je sebulan" (kerana mahal!), semua kami cuba tanpa memikirkan konsekuen yang mungkin kami dapat dari sesi pemakanan kami. Untuk seorang food lover macam saya ni, sesuailah. 

[Tip: kalau suka makan tapi kawan2 anda semua jaga badan, carilah set kawan2 yang boleh layan. Jangan melebih-lebih sudah la!]

Saya suka suasana perjumpaan kami: jumpa, cari tempat makan, order makanan dan mula bercerita tentang segala yang indah dalam kehidupan. Sukar nak dengar topik keluhan atau curahan sakit hati di sesi kami... kalau ada pun, kami pantas move on to the finer and happpier things in life. Geng Makan saya adalah geng carefree saya juga  :)

Baru-baru ini kami berjumpa di Cineleisure, dan seperti biasa, cari port makan. 
Mulanya mahu cuba Midori, kedai manisan Jepun yang dengarnya turut menjual makanan, tapi sebaik lihat menunya, oh langsung tak menyelerakan. 

Mar, agaknya telah menduga kehendak tekak saya, akhirnya mengajak kami turun ke Ground Floor dan cuba makan di Senjyu Sushi. 

Woh, tak sia-sia!
Makanan yang lazat, gubahan makanan yang hebat, suasana yang sangat chic dan relaks... rasanya saya akan ke sana lagi!

Saya mahu cerita panjang lagi tapi tugas memanggil saya...
Jadi saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar dinch dari telefon bimbit saya...


Starters Tasha: Salmon Tofu Miso Soup. Sedap, tak hanyir langsung. Pertama kali saya makan sup miso campuran sebegini dan saya suka! 


Main Course Tasha: Chicken Cheese Katsu Curry. Karinya, fantastik. Ayamnya lembut dengan jumlah keju yang cukup-cukup. 


Main Course Mar: Ebi Tempura Curry Rice. Saya tak rasa, tapi Mar suka. 

Air Mar: Bubblin' Passion. Campuran air soda dengan Passionfruit. Sedap tapi saya rasa sodanya terlalu kuat. But that's just me, saya kureng sikit bab air berkarbonat ni.

Minuman saya: Ao Umi (Mango +Calpis). Ada 3 lapisan sebenarnya, yang putih atas tu adalah Calpis Soda (minuman popular dari Jepun), di tengah adalah mangga, dan bawah sekali, rasanya Calpis Original (rasanya lebih kurang macam Yakult). Sedap!
Turut kelihatan adalah Aspara Niku Kushiyaki (asparagus berbalut daging bakar), dan kicap bercampur Wasabi yang buat kami tersedak dua-tiga kali  :p
 

Makanan saya: Mixed Agemono With Japanese Curry, serta semangkuk nasi. Kari tu siap ada pembakar lagi. Agemono terdiri dari cendawan Shitake, ayam, ikan salmon dan telur puyuh yang dicelup dalam tepung dan serpih roti lalu digoreng. 
 

Seperti biasa lah, perbualan kami mendahului segalanya, hingga saya terleka untuk mengambil gambar sushi yang kami makan dari conveyor belt dan juga pencuci mulut pilihan Tasha, Lavender Ice Cream. Puh, aiskerim tu. adui... potong betullah! Rasa macam makan perfume Lavender! Betul! 
Saya baru jilat sikit terus tekak saya terkunci, batuk dan separa migraine menyerang. Ceh, macam kena anaphylaxis. Tasha okay je layan. Mungkin saya sahaja yang tak tahan. 

Antara makanan lain yang tak dapat saya snap snap adalah Salmon Ikura dan teh hijau panas (Tasha) serta unagi sushi dan salmon black sesame sushi yang cukup lazat! Sampai sekarang saya kecur air liur teringatkan unagi sushi tu. Woohhhh....

Amacam, ada rasa nak makan Japanese sekarang??



15 weird things, habits and little known facts about myself.

Adui... susah betul lah jadi diva ni..
adeeeeee je orang nak suruh balas emel lah, hantar surat lah, buat tag lah...
okaylah, I buat lah...


(matilah kena keji ngan readers)


Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 7 people to do this


Here are the rules:
Link to your tagger and list these rules on your blog.
Share seven facts about yourself on your blog – some random, some weird.
Tag seven people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
Let them know they have been tagged by leaving a comment on their blogs.

Okeh, here goes...


Saya pun bukak Photobooth dan snap gambar beberapa saat lepas...

Allah, tergerak ke tepi la korang... tu,nampak rambut saya in motion tu? Kat sudut kiri tu...

Orang yang telah mengetag saya adalah perempuan PR beranak satu bersuami satu, Puan Aida Nurni.


7 fakta tu..
  1. Saya tidak berapa gemar makan roti, roti canai, capati, kek dan segala benda yang diperbuat dari tepung. 
  2. Saya juga tidak makan karamel (yang buat dari telur tu) serta sebarang cheesecake.
  3. Saya suka banyak artis dari tahun 50an, 60an dan 70an, tapi majoritinya saya discover sendiri, bukan disebabkan oleh mak dan bapak saya.
  4. Hidup ini paling selesa bila saya :berkasut sneakers. Saya rasa gumbira, jalan riang ria, macam dunia ni menanti kehadiran saya!
  5. Bilik saya macam kubang kerbau, tapi meja di pejabat lebih tersusun. Setiap kali sebelum pulang saya akan kemaskan apa yang patut, dan saya akan perasan jika ada benda yang terusik keesokan paginya. Walaupun tak sekemas mana, saya bangga berjaya menjadikannya an organized mess dari mess semata-mata. 
  6. Saya suka beli buku nota dan organizer tapi berlambak yang tak digunakan. 
  7. Saya tahu saya ada creative streak, tapi kenapa ia seolah separuh jalan sahaja? Rasa macam tak akan jadi seseorang yang excellent, selalu tempat kedua. Orang putih kata, Jack of all trades but master of none. Sedih, kan?

4. Sekarang saya mengetag:
-Cik berambut lucu
- Encik sudah berkapel 6 kali
- Puan anak mami tapi la ni duduk KL
- Cik wartawan yang suka tukar-tukar alamat blog
- Cik minat jenama adik Quicksilver
- Cik yang singgah baca blog saya dari Klubbkidd
- Cik sesapa sahaja yang rasa macam nak buat.