Pages

Lambat tapi sampai tau!

Friday, November 28, 2008

Banyak benar nak saya selesaikan secepat mungkin. Sebab itulah posting pun macam ada tak ada sahaja. Kenapa saya sibuk sangat? Kelam-kabut?
Meh nak cerita.


Episod 1 : Tilam
Saya dapati tidur saya makin lama makin tidak nyenyak. Selang sejam-dua mesti terjaga. Betulkan bantal, tukar posisi, pergi bilik air. Tapi tetap tak selesa. Hasilnya, saya ke pejabat dengan mata rakun. 

Lebam ye, bukan comel.


Bukan sekadar bermata lebam, asthma saya pun makin kerap datang. Letaklah bantal tinggi mana pun, saya tetap rasa sesak. Akhirnya saya terperasan sebabnya - tilam saya sudah uzur.

Mau tak uzur, sudah 10 tahun lebih saya menggunakan tilam tersebut. Apatah lagi dengan saya yang berat ni, nyata-nyata jangka hayatnya lebih pendek dari biasa. Selain dari wear and tear biasa, saya rasa koloni anai-anai yang menyerang bawah katil saya dua tahun lepas mungkin sudah berjaya menceroboh masuk ke dalam tilam, kerana ada rasa sedikit hollow di tengahnya. Jangan risau, kalau ada pun anai-anai tersesat ke dalam tilam, mereka sudah mati akibat dihimpap saya setiap malam  :p


Jadi, off to the furniture store for a new mattress!

Konon-konon saya mahu beli tilam yang gitu-gitu sahaja, lebih kurang layak untuk 2-3 tahun pakai sahaja sebab bila dah berpindah nanti cadangnya nak beli katil yang lebih besar (berpindah?? ya, sila jangan speku hehe). Tapi bila ke kedai, tengok tilam murah semacam tak best lah, jadi akhirnya saya beli juga tilam spring.

Gila betul, dah bayar baru saya rasakan impaknya: beli tilam saiz bujang kosnya hampir setengah ribu! Habis duit, habis!


Kalau kau mendap, siap kau!


Tapi, ya lah, kalau beli tilam murah, nanti masalah tidur sama sahaja dengan sebelum beli tilam, apa guna, kan? Biarlah saya melabur lebih sedikit... harap-harap tilam baru dapat bantu masalah sinus dan asthma saya agar berkurangan... maklumlah, postur tidur dah betul kan...

(Selepas 2 minggu menggunakan tilam baru, tidur masih terganggu kerana rasanya sinus masih sama. Ceh, kena jumpa doktor juga nampaknya. )




Episod 2: Kongsi bilik
Insyallah, Rabu ini saya akan berlepas ke Filipina. Kali ini bukan untuk bercuti, tapi atas urusan kerja. South East Asia Cluster Creative Conference + Teambuilding katanya... haruskah ditambah 'teambuilding' tu?? Hazablah, baru ingat nak bawa baju riang ria, tapi sekarang perlu pula berbaju sukan segala. Matilah badan yang dah dormant lama tak bersenam ni nak kena panjat bukit masuk hutan belah rotan. 


Harap-harap tak ada lah aktiviti gila seperti Flying Fox dan Absailing. Gila, kali terakhir saya lakukan aktiviti sebegitu adalah 3 tahun lepas, siap dapat 'cenderahati' lagi - tapak tangan terkoyak akibat rope burn. 
Bukan sesuatu yang anda mahu rasa, percayalah.    


Team Malaysia yang akan ke sana adalah saya dan Kak R. Kami dah pernah sebilik di beberapa tugasan luar sebelum ini jadi saya tahu saya takkan ada masalah dengan beliau. Dan dia pun rasanya dah tune dengan dengkuran saya, hehe. Tapi tiba-tiba saya dapat emel dari penganjur program dengan bait-bait kata yang cukup menyiksakan: 


ROOM ASSIGNMENTS
FEMALE FAMILY SUITE: All Female Associates


Saya akan dilonggokkan dengan semua peserta perempuan lain? Yang  1. nyata-nyata tak saya kenali, 2. campuran orang Filipina, Thai dan Vietnam (jadi adat & praktis agama kita berlainan) dan  3. saya perlu mencari pakaian tidur yang lebih efisyen dari apa yang saya selalu pakai!

Aduh... tak selesa saya nak tidur ramai-ramai sekadar memakai seluar pendek dengan singlet. Adoi... saya memang tak gemar pakai pijama, dress tidur mahupun baju kelawar (uweekk!). Takkan nak pakai kain batik kot? Hadui, malasnya...

Mati lah diorang dengar saya berdengkur (matilah malu)

Oh, okay, okay. Belum ke tahap ini lagi.


Episod 3: Kenyit Mata
Sudah 3 tahun menangkap gambar tanpa mengenyit sebelah mata memang telah memanjakan saya. Keadaan kamera digital kompak yang cukup kecil, chomel, mudah dibawa dan mudah untuk camwhore telah lama memadam memori saya tentang aperture, depth of field, ISO dan perkara teknikal lain yang saya pelajari zaman ber SLR filem dahulu. 

Cerdiknya... (klik pada gambar untuk faham)

Sekarang saya perlu belajar semula mengenyit mata dan menyesuaikan diri dengan efek kaca mata yang agak mengganggu. Pembelian terbaru saya tak ada live view, tapi best!  :)

*Hint hint*

Nantilah, bila ada hasilnya, saya pamer di sini ya...


Makcik pun tak nak kalah, nak...



5 comments:

My name starts with M said...

ko beli dslr!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku cemburuuuuuuuuuuuuuuuu!!!! wahhh!!

anyway canon ke nikon? ke olympus ke sony?

pastu share bilik ramai2 dgn org lain cam nervousnessssss jeeee... besnye jln2 negeri org dgn dslr! amik gmbr bebanyak tau!!! hihi

dan chop, kalo pindah umah jgn la pindah sekali umah mwati tu.. sedih aku kalo kwn2 mwati jual rumah di mwati... huhu.. melawati rocks wei :P

azyze gomez said...

hehehe
melawati rox, tapi anai-anai yang datang dengan melawati tu yang tak larat...

roxychick said...

eleh.. iols tau.
iols tau.. nak iols jwb kan ke ha?
ha? ha? ha? hahahahahahahahaaaa...

azyze gomez said...

roxy,
no no noooo
nanti iols akan umum sendiri..
alah, macam anak erra tu... bila sampai masanya baru dia umumkan kan...
click2 tu kira still di peringkat pesenyawaan lah hehe

roxychick said...

wah.. kira fetus blm terbentuk lg la ni eh..? haha.