Pages

Hidup bukan cerita dongeng

Monday, November 10, 2008

Menanti...


Sekali-sekala kita tentu rasa hidup diwarnai uforia. Kita rasakan bagai kita di puncak dunia, bagai kita memeluk semesta. Segalanya ada di genggaman. Segalanya mungkin.

Jangan bermimpi.
Dunia tak punya puncak, ia bulat, bukan bersegi. 
Purata diameter pokok di dunia lebih besar dari purata peluk manusia, jadi jangan bermimpi hendak memeluk semesta.
Dan jika menggenggam beras pun ada yang terlepas di celah jari, jangan bermimpi nak genggam segalanya.
Tidak semuanya mungkin, kerana hidup dan mati pasti.

Saya sering beritahu diri saya agar tidak berharap untuk bermandi cahaya kejayaan buat masa yang lama. Kegembiraan selalunya disusuli dengan kesedihan. Ia inevitable. Ia kitaran hidup. Orang tua-tua selalu pesan, jangan gelak beriya sangat, nanti malam menangis dalam tidur. 

Tidak ada happily ever after. 
Yang ada hanya kesedihan yang bertopeng bahagia...buat sementara.


Tanya Hans Cristian Andersen. 
Dia akan beritahu anda:

Si duyung sebenarnya tak dapat anak raja idamannya.  
Bayangkan, dia berkorban meninggalkan keluarga dan dunia yang dikenalinya untuk mengejar si jejaka. Dijualnya satu-satu kelebihan diri, suaranya, untuk sepasang kaki. Sepasang kaki yang sakit bak dicucuk pisau tajam bila berjalan menggunakannya. 
Si duyung sanggup ke pantai, sanggup menari untuk memenangi hati si putera walau sakit tak terhingga. Bersaing pula dengan gadis tepian pantai yang si putera lihat selepas diselamatkan duyung dari lemas di lautan - satu-satunya wanita lain yang mencair hati si putera.   
Hampir-hampir dapat hati si putera, cinta si jejaka beralih arah pada gadis tepian pantai, yang sebenarnya puteri raja negara jiran. 

Apa jadi pada si duyung?
Hatinya berkecai. 
Jika dapat pulang ke laut, tak apa lah juga.
Tapi sebab tak dapat berkahwin dengan putera, sumpah ahli sihir menjadi nyata - si duyung tersumpah menjadi bebuih lautan, terhempas ke pantai dan hilang...

(Ending gembira The Little Mermaid bak topeng, ia hanya  manipulasi Disney untuk buat kita berharap, dan agar budak-budak tak diterjah realiti kehidupan)


Apa yang kita belajar dari kisah ini?
Saya rasa anda boleh buat konklusi sendiri. 
 




No comments: