Pages

Lambat tapi sampai tau!

Friday, November 28, 2008

Banyak benar nak saya selesaikan secepat mungkin. Sebab itulah posting pun macam ada tak ada sahaja. Kenapa saya sibuk sangat? Kelam-kabut?
Meh nak cerita.


Episod 1 : Tilam
Saya dapati tidur saya makin lama makin tidak nyenyak. Selang sejam-dua mesti terjaga. Betulkan bantal, tukar posisi, pergi bilik air. Tapi tetap tak selesa. Hasilnya, saya ke pejabat dengan mata rakun. 

Lebam ye, bukan comel.


Bukan sekadar bermata lebam, asthma saya pun makin kerap datang. Letaklah bantal tinggi mana pun, saya tetap rasa sesak. Akhirnya saya terperasan sebabnya - tilam saya sudah uzur.

Mau tak uzur, sudah 10 tahun lebih saya menggunakan tilam tersebut. Apatah lagi dengan saya yang berat ni, nyata-nyata jangka hayatnya lebih pendek dari biasa. Selain dari wear and tear biasa, saya rasa koloni anai-anai yang menyerang bawah katil saya dua tahun lepas mungkin sudah berjaya menceroboh masuk ke dalam tilam, kerana ada rasa sedikit hollow di tengahnya. Jangan risau, kalau ada pun anai-anai tersesat ke dalam tilam, mereka sudah mati akibat dihimpap saya setiap malam  :p


Jadi, off to the furniture store for a new mattress!

Konon-konon saya mahu beli tilam yang gitu-gitu sahaja, lebih kurang layak untuk 2-3 tahun pakai sahaja sebab bila dah berpindah nanti cadangnya nak beli katil yang lebih besar (berpindah?? ya, sila jangan speku hehe). Tapi bila ke kedai, tengok tilam murah semacam tak best lah, jadi akhirnya saya beli juga tilam spring.

Gila betul, dah bayar baru saya rasakan impaknya: beli tilam saiz bujang kosnya hampir setengah ribu! Habis duit, habis!


Kalau kau mendap, siap kau!


Tapi, ya lah, kalau beli tilam murah, nanti masalah tidur sama sahaja dengan sebelum beli tilam, apa guna, kan? Biarlah saya melabur lebih sedikit... harap-harap tilam baru dapat bantu masalah sinus dan asthma saya agar berkurangan... maklumlah, postur tidur dah betul kan...

(Selepas 2 minggu menggunakan tilam baru, tidur masih terganggu kerana rasanya sinus masih sama. Ceh, kena jumpa doktor juga nampaknya. )




Episod 2: Kongsi bilik
Insyallah, Rabu ini saya akan berlepas ke Filipina. Kali ini bukan untuk bercuti, tapi atas urusan kerja. South East Asia Cluster Creative Conference + Teambuilding katanya... haruskah ditambah 'teambuilding' tu?? Hazablah, baru ingat nak bawa baju riang ria, tapi sekarang perlu pula berbaju sukan segala. Matilah badan yang dah dormant lama tak bersenam ni nak kena panjat bukit masuk hutan belah rotan. 


Harap-harap tak ada lah aktiviti gila seperti Flying Fox dan Absailing. Gila, kali terakhir saya lakukan aktiviti sebegitu adalah 3 tahun lepas, siap dapat 'cenderahati' lagi - tapak tangan terkoyak akibat rope burn. 
Bukan sesuatu yang anda mahu rasa, percayalah.    


Team Malaysia yang akan ke sana adalah saya dan Kak R. Kami dah pernah sebilik di beberapa tugasan luar sebelum ini jadi saya tahu saya takkan ada masalah dengan beliau. Dan dia pun rasanya dah tune dengan dengkuran saya, hehe. Tapi tiba-tiba saya dapat emel dari penganjur program dengan bait-bait kata yang cukup menyiksakan: 


ROOM ASSIGNMENTS
FEMALE FAMILY SUITE: All Female Associates


Saya akan dilonggokkan dengan semua peserta perempuan lain? Yang  1. nyata-nyata tak saya kenali, 2. campuran orang Filipina, Thai dan Vietnam (jadi adat & praktis agama kita berlainan) dan  3. saya perlu mencari pakaian tidur yang lebih efisyen dari apa yang saya selalu pakai!

Aduh... tak selesa saya nak tidur ramai-ramai sekadar memakai seluar pendek dengan singlet. Adoi... saya memang tak gemar pakai pijama, dress tidur mahupun baju kelawar (uweekk!). Takkan nak pakai kain batik kot? Hadui, malasnya...

Mati lah diorang dengar saya berdengkur (matilah malu)

Oh, okay, okay. Belum ke tahap ini lagi.


Episod 3: Kenyit Mata
Sudah 3 tahun menangkap gambar tanpa mengenyit sebelah mata memang telah memanjakan saya. Keadaan kamera digital kompak yang cukup kecil, chomel, mudah dibawa dan mudah untuk camwhore telah lama memadam memori saya tentang aperture, depth of field, ISO dan perkara teknikal lain yang saya pelajari zaman ber SLR filem dahulu. 

Cerdiknya... (klik pada gambar untuk faham)

Sekarang saya perlu belajar semula mengenyit mata dan menyesuaikan diri dengan efek kaca mata yang agak mengganggu. Pembelian terbaru saya tak ada live view, tapi best!  :)

*Hint hint*

Nantilah, bila ada hasilnya, saya pamer di sini ya...


Makcik pun tak nak kalah, nak...



Post kilat: Lagu aku rasa best

Monday, November 24, 2008

Post kilat ini untuk Waegabond, yang sudahpun memprivasikan blog dia, jadi tak guna saya link anda ke sana pun. 

Kalau kau masih lagi cari lagu feel good pagi-pagi November kamu, aku syorkan kau check out Jamie Lidell. 

Lelaki dari Brazil ini, wah, genius! Album terbarunya, Jim, sudahpun diangkat sebagai album paling black dari mamat kulit putih untuk 2008. 

Gila groovy.
Tengok video di bawah ni:



Lagu: Another day  Album: jim

Word!
(sambil sikat afro)

Monday, November 17, 2008



Someone said that my recent posts sound a bit too jiwang, and I guess if you only know the jovial me (instead of getting the 360 like some of my closer friends), then you'd agree with the commentor. It might seem confusing, but that's just another side of me that you don't get to see publicly. We all have different tones and shades that we choose to portray; conciously or subconciously (yes, you do too); so yeah, Ely Azyze pun ada jiwangnya jugak babe  :)



Hambek ko, Kumpulan Hidayu circa 1991. 
Amacam, jiwang kekar tak? Hik hik hik


There are a few things that I wanted to post today, but I've been hit by a sudden work related tsunami, so that would have to wait. However, just to torture you guys, here are a few hints on what's to come:



Tilam  - kongsi bilik - kenyit mata


Haaa...cukup tantalizing tak untuk tunggu posting iols?
Hik Hik!

p/s: Nadh & Roxy, korang jangan speku2 okay. Tak ada kena mengena dengan Expose Mistik mahupun kisah Memey. Cuba tengok, mana ada mention tuala basah? 

Papercut

Friday, November 14, 2008

Semalam, ketika melayar internet dan membuat survey entah apa-apa, saya terlihat keputusan ini:


What Scrapbooking Item Are You?



You are PAPER!
You are an all natural basic person who likes to act as a foundation to others. You are willing to take a backseat in most of your relationships and let others take the spotlight, while you show your support and help them shine! Underneath it all, you are the one who makes it all happen. You are the focus and stability in any group, even if you are not the leader. Others look to you to set the pace and provide ideas for ways to get things done. But Paper Beware - sometimes you get a little edgy with the people who look to you for support and can give them some papercut remarks that can hurt their feelings. Remember to watch what you say, because you are best when leading by example.




Ya, betul. Saya mengaku. Saya dah pernah lukakan hati cukup ramai orang tanpa saya sedari.
Alah, tentu ada punya.

Baru-baru ini pun mulut saya terlebih pantas dari akal. Saya perasan muka kamu (you know who you are) berubah selepas saya cakap apa yang saya cakap hari itu.

Saya minta maaf ya. Apa keputusan kamu, hak kamu. Saya mohon maaf jika cara saya menyatakan pendapat berbunyi bagai saya mahu berlaga pedang dengan keputusan besar kamu. 
 


Selamat tinggal cintaku

Thursday, November 13, 2008

Minggu ini minggu bersedih.

Selamat tinggal cinta halwa telingaku. 

Terima kasih kerana sudi jadi peneman saya. Terima kasih kerana buat saya ketawa terbahak-bahak tanpa pikirkan apa orang kata.

Terima kasih kerana membuka mata saya kepada pelbagai perkataan inggeris yang ajaib, dan membuktikan pada saya bahawa komedi dan penggunaan bahasa yang luas sebenarnya boleh jalan seiring. 

Terima kasih kerana menyentuh hati saya. 

Saya akan kenang sampai bila-bila, memori indah bila kamu buat hati saya berbunga.

Selamat tinggal The Russell Brand Show @ BBC Radio 2.




Selamat tinggal abang Russell si rambut semak mata memukau otak geliga.
Selamat tinggal Jingle Race Wars (establishing good jingles), Nannecdote, Sounds Nice Is Nasty dan GAY!.
Selamat tinggal Matt Morgan, Mr. Gee dan Noel Gallagher. 

Russell & Matt ketika bersiaran dari van aiskrim di Blackpool


Terima kasih cintaku.

Selamat bersemadi dalam perpustakaan iTunes saya. Kamu akan jadi lagenda yang bakal saya ulang-ulang sampai lebam tapi tetap suka. 
 
Saya tunggu kamu jadi adik Jack Sparrow, betul, saya tunggu.

Hingga nanti, cintaku...

All in love is fair

Wednesday, November 12, 2008

Mendengar All In Love Is Fair nyanyian Barbra Streisand mengingatkan saya kepada Firhan.

Fir, how are you?
I hope you've found your rainbow's end. 
I'm still grasping straws, but I choose to be here, so here I'll stay.

Mungkin satu hari nanti, di keadaan lain, kita akan berjumpa kembali.
I hope there will be laughter then, but if there's none, I understand. 


f... kerana belum ada entry bermula dengan huruf f

Tuesday, November 11, 2008

I have a soft spot for dorks. And nerds.
Of the male species. 

And I mean those who are dorks by nature, not those overly-crass fashion victims we see melepak at mamaks around midnight. Pakai spek mata rim hitam tebal tak menjadikan anda jejaka hot, kacak namun berjiwa sensitif seperti Johnny Depp, okay? 

Who would've thought that glasses would be fashionable? Damn those fashion rebels, they have made dorky the new sexy, so the streets are littered with green posers yang heeeesshhh, dinch lah!

Anyway, 
since the entertainment industry once ruled spectacles as a fashion faux pas, and since anything dictated by the tv is akin to god's word to the masses, a lot of nerds and dorks have succumbed to wearing contact lenses to avoid rejections. However, we dorks refuse to totally give in, thus, the curly hair stays.

No, not this kind of curly...


And definitely not this kind!


Maksud saya, yang macam Louis Stevens ni. 

Dorks are rebels at heart too, you see.   
Kalau tak, berani kah mereka belasah saja jalan-jalan dengan rambut kerinting kembang yang dianggap di luar norma kehidupan alaf baru? Di zaman bila rambut lurus macam dawai jadi pujaan dan keinginan wanita mahupun lelaki, si rambut kerinting yang melawan kitab fesyen sering menyerlah dari yang lain. Jika dahulu mereka dikutuk, sekarang, kuasa si dork/nerd menular dengan kuat, apatah lagi bila ramai ikon dunia hiburan berani keluar dari kepompong the perfect man/ woman dan menampilkan personaliti sebenar mereka: ulat buku rabun berpakaian semak tanpa peduli apa orang kata dan muncul dengan penuh klutzy di tempat awam tanpa malu. 

(Huh, panjangnya ayat tu)

Dan semakin menyerlah mereka ini, semakin ramailah yang mula mengetahui bahawa kebanyakan dorks/nerds, walaupun skema, punyai bakat yang sangat hebat di laur bidang akademik (sekaligus menyangkal notion bahawa dorks/nerds berotak genius tapi zero dari segi sosial). 

Buktinya, these delicious nerds!


Ingat Danny Masterson dari That 70s Show?
Masih seperti dulu  :)


Mr 'hot shoes' Adam Sevani...
(AcDc rules!) <-- ayat pujian versi 80an sangat! 


Dan si H.O.T Simon Amstell!


Ruang sebelah Amstell tu saya dah chup!


So a few friends (Vouchers lah, sebenarnya) are baffled as to why I dig guys with, quote "rambut mop, muka nerd pulak tu"?

My answer was because I am one, so suka lah. They accepted the answer walaupun agak skeptikal kerana ahli keluarga saya yang lain cukup peka dengan perihal berias tatasolek diri dan sebagainya. "Kau terpeleotlah," kata Unee. Kawan-kawan lain mengangguk. 
Saya senyum dan iakan sahaja.

Apa yang mereka tidak tahu (pada masa itu lah),
adalah darah nerd/dork berambut kembang mengalir kental dalam diri saya. 
Buktinya, perkenalkan...


  Bapak saya.



 

Hidup bukan cerita dongeng

Monday, November 10, 2008

Menanti...


Sekali-sekala kita tentu rasa hidup diwarnai uforia. Kita rasakan bagai kita di puncak dunia, bagai kita memeluk semesta. Segalanya ada di genggaman. Segalanya mungkin.

Jangan bermimpi.
Dunia tak punya puncak, ia bulat, bukan bersegi. 
Purata diameter pokok di dunia lebih besar dari purata peluk manusia, jadi jangan bermimpi hendak memeluk semesta.
Dan jika menggenggam beras pun ada yang terlepas di celah jari, jangan bermimpi nak genggam segalanya.
Tidak semuanya mungkin, kerana hidup dan mati pasti.

Saya sering beritahu diri saya agar tidak berharap untuk bermandi cahaya kejayaan buat masa yang lama. Kegembiraan selalunya disusuli dengan kesedihan. Ia inevitable. Ia kitaran hidup. Orang tua-tua selalu pesan, jangan gelak beriya sangat, nanti malam menangis dalam tidur. 

Tidak ada happily ever after. 
Yang ada hanya kesedihan yang bertopeng bahagia...buat sementara.


Tanya Hans Cristian Andersen. 
Dia akan beritahu anda:

Si duyung sebenarnya tak dapat anak raja idamannya.  
Bayangkan, dia berkorban meninggalkan keluarga dan dunia yang dikenalinya untuk mengejar si jejaka. Dijualnya satu-satu kelebihan diri, suaranya, untuk sepasang kaki. Sepasang kaki yang sakit bak dicucuk pisau tajam bila berjalan menggunakannya. 
Si duyung sanggup ke pantai, sanggup menari untuk memenangi hati si putera walau sakit tak terhingga. Bersaing pula dengan gadis tepian pantai yang si putera lihat selepas diselamatkan duyung dari lemas di lautan - satu-satunya wanita lain yang mencair hati si putera.   
Hampir-hampir dapat hati si putera, cinta si jejaka beralih arah pada gadis tepian pantai, yang sebenarnya puteri raja negara jiran. 

Apa jadi pada si duyung?
Hatinya berkecai. 
Jika dapat pulang ke laut, tak apa lah juga.
Tapi sebab tak dapat berkahwin dengan putera, sumpah ahli sihir menjadi nyata - si duyung tersumpah menjadi bebuih lautan, terhempas ke pantai dan hilang...

(Ending gembira The Little Mermaid bak topeng, ia hanya  manipulasi Disney untuk buat kita berharap, dan agar budak-budak tak diterjah realiti kehidupan)


Apa yang kita belajar dari kisah ini?
Saya rasa anda boleh buat konklusi sendiri.