Pages

Posting kejadian sebelum raya...

Monday, October 06, 2008

Ya, sebelum raya macam-macam berlaku, tapi sebab kejarkan deadlines kerja sebelum bercuti, maka satu benda pun tak sempat saya susulkan ke sini. 

Jadi, apa lagi, balas dendamlah!

Episod Satu: Budak Kecik Sudah Tiba!
Voucher Demam aka Mama Aida telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 17 September 2008, jam 2.25 petang! 



Saya sempat menjenguk Aida beberapa jam selepas beliau  bersalin, and let me tell you nothing is more radiant than a new mama! Kalau kegembiraan Aida tu ada cahaya, mau terang satu hospital tu macam KLCC waktu malam. Abang Naza pula memang every inch the proud father. Dalam borak-borak, sekali sekala terkilas senyum lembut beliau... apatah lagi bila baby Aryssa dibawa masuk ke dalam bilik. Saya pulak yang naik kembang hati dan nak menangis. Heh.



Aida & Naza, 
The Voucher Vault Incorporated mengucapkan tahniah dan semoga baby Aryssa membesar dengan kasih sayang dan kemesraan yang selalu kami lihat antara korang berdua. 

Ni dia wajah terkini si budak Kecik Vouchers Junior tu...

Geram kan?




Episod Dua: Buka Puasa Famili (tolak 2)
Buka puasa terakhir kami di Kuala Lumpur, sebelum bertolak Ke Pulau Pinang seharusnya disertai seluruh ahli keluarga, tapi Am & Fina rupanya sudah buat pelan lain dengan kawan-kawan. Kononnya dah lama tak jumpa bla bla bla

Budak-budak zaman sekarang... *geleng kepala*

Walau bagaimanapun, disebabkan saya dah berniat dari awal, maka saya ajak juga mak, bapak & Eze ke Restoran Ayuthai di Taman Melawati. Alah, sedepa dari rumah, makan pun sedap. Tak perlu keluar jauh-jauh.

Kami tak pernah kecewa dengan Ayuthai. Masakan Thai yang sejati sememangnya boleh buat anda terkenang-kenang... sampai mengigau. Nak tahu bertapa authenticnya restoran ini, jenguk dapurnya. Dari tuan punya kedai hingga tukang masak hingga tukang buat air, semuanya bangsa Thai. Nasib baiklah anak tuan punya kedai fasih berbahasa Melayu. Kalau tk, jenuh juga kami main pung prang pung prang memesan makanan.  

Kalau anda rasa seperti mahu bertom-yam mantap, inilah tempatnya. 



Selain Tom Yam, cuba juga...

 
Tidak kelihatan dalam gambar adalah Ayam Pandan dan Jus Tembikai. Oh, dan nasi tambah untuk mak & eze. Hehe.


Paling best, anda boleh juga buat tempahan sebelum ke sana (untuk mengelakkan tragedi meja penuh). Nak info, lihat lembar Myspace mereka.



Edisi Tiga: Nine Goddess & Teh Tarik
Lima hari kami di Pulau Pinang, lima-lima hari hujan turun. Macam pesta hujan pula. Jalan ke Balik Pulau hampir-hampir ditutup kerana tanah runtuh yang tak sudah-sudah. Banyak rumah dan sawah yang banjir. Dengar kata ombak kuat berdentum di pantai. Tapi rasanya tak ada berita bot karam. Alhamdulillah.

Disebabkan hujang lebat ya amat, kami tak ke mana hinggalah Syawal ke-dua. Saya tak sempat mengetik gambar rumah-rumah dan sawah yang dilimpahi air, yang dapat cuma gambar sungai di belakang rumah Tok. 


Bayangkan, jarak sungai dengan perkarangan rumah ada lah dalam 2.5 meter. Kami tunggu masa sahaja ia melimpah, tapi alhamdulillah ia tak terjadi. Kadar air sungai konsisten setinggi itu selama 2 setengah hari. 

Sekali sekala nampak biawak di bawa arus. Macam orang main slide di Sunway Lagoon. Wheee!  

Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini tiba dengan tenang dan bersahaja. 
Walau kami tak berkesempatan ke pusara ahli keluarga (kekecewaan yang amat), namun peluang berkumpul bersama kebanyakan saudara-mara cukup bernilai.  

Dan alhamdulillah, Tok sudah beransur sihat. 
Walau masih lemah, suaranya sudah boleh bikin gamat satu rumah semula  :)


Edisi Tiga Suku: Nak Laksaaaaa!!!!!
Tahun ini Mak Chaq sudah buat keputusan awal-awal: mahu hidangkan Mee Kari di pagi Raya.

Apa, tak ada laksa??!

Tak ada. 
Sampai sudah saya kempunan laksa.

Terbayang-bayang laksa Pokok Janggus di Kampung Perlis. Ish, lima minit sahaja dari rumah Tok, tapi tutup sebab Raya!

No laksa = No Raya!
Sentappppp!!!


(trivia: Janggus (sebutannya Jangguih) adalah bahasa utara untuk gajus.)

5 comments:

My name starts with M said...

aida.. nora aida?

azyze gomez said...

ya, nora aida binti nurni!

dah beranak pinak dah kawan2 kita kan...

Cik Puan Muda Stress said...

aku balik Taiping raya hari tu.

semua rumah yang aku pegi, semua masak laksa siut. aku rasa next time kau ikut aku ke Tepeng je la.

azyze gomez said...

zeek:
sakit ati aku.
aku pi jalan rumah sedara mara pun, semua hidang ketupat, rendang ngan lemang.

agaknya orang Penang takde mood raya sakan kot, asyik ujan je...

school of thoughts said...

hi elle...

Thanks for the posting.. aku tgk anak sendiri pun geram, nak cubit je pipi gebu tuh. Tapi nanti dia call teledera lak... heheh...