Pages

Hado!

Tuesday, October 21, 2008

Dalam perjalanan ke rumah terbuka Tini di Kajang, Nurul gelak terbahak-bahak sambil tanpa segan silu berposing. 

"Cepatlah, cepat tangkap gambar aku nih!" kata Nurul sambil tergetis-getis berposing.

Uns dan Honey* yang duduk dihadapan pun turut tergelak besar. 

Saya pun menurut perintah. Dengan terbahak-bahak, saya menekan punat kamera. 


Klik! (flash)

"Fokus sikit kat tag ni, hik hik hik hik!"


Dengan muka merah efek gelak ebok ala Santa, Nurul posing pula dengan maskara. "Tiga tau uols!!"

Klik! (flash)



"Yang ini! Yang ini tak boleh kalau tak ambik! Cepat nuks ahahahahahahaha uhuk uhuk uhuk!"
Dari gelak besar terus tersedak tercungap... mintak nafasssss....hahaha

Klik! (flash hilang)



Tu dia... pil hormon pipi gebu kulit licin gitu.

Saya dan Nurul gelak tahap puaka. Orang di kereta sebelah menggeleng kepala. 
Dari dalam kereta mereka, mungkin mereka menjuih mulut mengata dengan isteri dan anak mereka 
"Tengok tu, tak senonoh betul budak-budak perempuan tu! Lambai coli, tayang-tayang kat orang. Lepas tu gelak-gelak... tak ada moral!" 


Itulah, mereka tak tahu.
Mereka tak tahu yang Nurul memang perempuan gembira ketwa ria.
Mereka tak tahu yang kami kalau dah sekereta, maka gamatlah jalanraya.
Mereka tak tahu yang kami dajalkan Honey, dan itu semua barang Honey yang kami selongkar dari begnya ketika mencari bekas kanta lekap dia.

Dan mereka tak tahu, 








Honey sebenarnya Harun*!


*Larikkkkkkkk*


*Nama ditukar untuk melindungi hak asasi dan privasi kawan kitorang. Vley?

5 comments:

My name starts with M said...

hahhahaha ok funny!
patut la ada pil itu.. hehe

azyze gomez said...

itu la pasal!

roxychick said...

kesian harun..

babe, harun salim bachik ka harun hashim?

=p

azyze gomez said...

roxy:
tak baik tau uols...
harun iols glemer ocay... siap bibir juih lagi!

Cik Puan Muda Stress said...

kau + nurul = lethal